Wednesday, May 27, 2009

sentap

hari rabu yang indah ini, banyak juga entry2 blogger2 yang buat aku tersentap sekejap. in a good way. and in a bad way.

memang bagus blogging nih. at least aku dapat keluar dari kotak selesa aku dan 'tengok' kehidupan dari kacamata orang lain pulak.

dan entry2 'sentap' hari nih, antaranya ialah:-

1) MN - how prepared are you to face death?

wahhhh! sentap hokay! entry ini buat aku check balik diri aku. cukupkah amalan aku untuk berjumpa Maha Pencipta sekiranya aku dijemput pada saat ini jugak? sudahkah aku perfectkan ibadah aku? sudahkah aku sebarkan cukup ilmu2 bermanfaat kepada orang lain? sudahkah aku didik anak2 aku agar mereka dapat doakan aku dialam sebelah sana? sudahkah aku cukup bersedekah dan beramal jariah? sudahkah aku selesaikan hutang piutang dengan manusia, dan juga dengan Dia?

waahhh... rasa jiwa ni macam mengecil sekecil-kecilnya.... banyak sungguh perhitungan yang masih belum selesai dimuka bumi ini. sudah ternyata aku memang belum bersedia. :(

terima kasih MN.




2) RM - rumah nur salam

antara entry2 yang memang mampu mengalirkan air mata tanpa segan silu lagi. tentang anak2 yang terpilih untuk malang. hanya mereka2 yang berjiwa besar sahaja yang mampu membantu anak2 ini jadi manusia2 hebat dimasa hadapan. kakred, hang memang rock! aku tau, cerita-cerita macam ni, it is only the tip of the iceberg. antara direkodkan atau tidak. antara kita tahu atau tidak.

sebagai manusia, let's do what we can to help them. mari kita masing2 keluar dari zone selesa kita dan buat sesuatu yang membahagiakan orang lain. those outside our circle.

this kind of story, always remind me of one thing:

my sole existence, is only a speck of dust if compared to the entire universe. the world certainly does not revolved around me!

terima kasih RM.




3) MIO - berkongsi ilmu

entah kenapa aku tetiba emo pulak bila baca entry ni. aku takdelah refer pasal benda-benda spesel yang patented dari segi design ke, brand ke, function ke. memang pun ada perkara-perkara yang ada hakcipta terpelihara. tapi aku nak refer pada ilmu pengetahuan secara general.

honestly, aku meluat kat orang yang kedekut ilmu nih. apatah lagi bila apa yang dia tau tu actually takde la sehebat manapun. tapi yang jenis perasan bagus. ish ingat orang heran sangat ke ngan ko tu?

lagi satu, kalau betul rahsia sangat tip2 dan ilmu2 hang tu, tak payahlah nak war-warkan kat orang "saya tak boleh bagitau semua ya. kalau saya bagitau semua lepas ni saya tak boleh la carik makan". ya allah! mentaliti kelas berapa tu? just shut the hell up ok? that is one of the most offensive statement you can ever say to people!

furthermore, kat mana ko belajar kalau ajar ilmu kat orang, ilmu kau makin susut?

pathetic creatures!

nevertheless, terima kasih kat MIO sebab menyedarkan saya ada jugak makhluk2 perasan bagus yang macam ni.



okeh, this will be all for today. actually ada dua tiga lagi yang begitu menyentap. tapi aku tak berani nak link sini pasal aku rasa a bit private lah. biarlah aku sentap sengsorang :P

later alligator! :D

9 comments:

Erna said...

sentapan rohani ;)

jambu_batu said...

alo beb...
kita sama.aku pun baru lepas baik dari 'sentapan' selama 3 bulan lepas.i have overcome it slowly.Hoping it will fade away...

Have a nice day.

IntanSham said...

btol lah KNV.. mmg perlu muhasabah diri bila membaca entri2 itu...

cysev3n said...

teringat plak kat entry2 saya pasal mamat yg mintak tolong utk buatkan website yg dia dapat bayaran (tapi saya tak).. adakah itu tergolong dalam kedekut ilmu jugak? iskkk..

knv said...

yan,
you have given him the first chance. dan specialty gitu HARUSSSSS dibayar. i wasn't refering to that.

Ealyie said...

kak,
sentap mu, sentappp ku jua ka.. muhahahaha...;)

Fauziah said...

:) roda2 kehidupan... tq knv.

MN said...

kak non plak dah lama tak buat entry sentap... :(

knv said...

MN,
oh sekarang zaman merudum.

baca orang punya entry jea..

:P

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger