Friday, April 29, 2011

these small hours will remain 3 comments


i feel like lewis today! :D

petang tadi hantar mak pegi lcct. dia ada rombongan cik kiah ke pekanbaru, palembang. ada sedara mara yang hendak dilawat.

dalam kereta aku hulur duit sikit kat mak, the usual monthly allocation.

"alhamdulillahhhhhh...." sahut mak.

entah kenapa aku nampak mak happy bebenor sambil cium-cium duit tu. dan terus ada rasa menyelinap dalam hati. happy dapat happykan mak.

yep. these small hours will remain forever.

i love u, mak.

:)



Our lives are made
In these small hours
These little wonders
These twists and turns of fate
Time falls away
But these small hours
These small hours
Still remain

indeed TO BE learnt. certainly NOT YET learnt! 3 comments


especially by malaysians!

tak tau nak cakap macamana, tapi sesungguhnya mentaliti orang2 malaya ni kalau tak berubah, jangan harap boleh jadi macam developed country. apa guna kemewahan material yang negara ini ada kalau secara hakikatnya capacity otak kita tak boleh nak manfaatnya apa yang ada disekeliling kita dengan cara yang baik dan betul. mental development tidak sejajar dengan material development. how can?

contoh, kalau still nak mengutip duit2 syiling yang jatuh dari lori yang kemalangan tengah jalan raya, renti kan lah. unbelievable isn't it? aku simply label orang2 gini sebagai haramjadah. lagi ada hati mengaut keuntungan haram semasa orang dalam kesusahan. memang haramjadah. dah lah nak bersedekah pun malas, lagi nak dapat income cara haram? memang haramjadah.

ok.. ok.. hari jumaat tak baik mencarut. jadi aku sambung review aku ke satu masa dan waktu dan ketika yang sesuai.

aku dapat ini dari nadiahkhair punya website. mekasih deknon. :D mari kita hayati bersama. insyaallah boleh cermin2 diri kalau ada yang berkenaan dengan kita.

salam jumaat.


************ LESSON TO LEARN FROM JAPAN ***********
10 things to learn from Japan.


1. THE CALM
Not a single visual of chest-beating or wild grief. Sorrow itself has been elevated.

2. THE DIGNITY
Disciplined queues for water and groceries. Not a rough word or a crude gesture.

3. THE ABILITY
The incredible architects, for instance. Buildings swayed but didn’t fall.

4. THE GRACE
People bought only what they needed for the present, so everybody could get something.

5.. THE ORDER
No looting in shops. No honking and no overtaking on the roads. Just understanding.

6. THE SACRIFICE
Fifty workers stayed back to pump sea water in the N-reactors. How will they ever be repaid?

7. THE TENDERNESS
Restaurants cut prices. An unguarded ATM is left alone. The strong cared for the weak.

8. THE TRAINING
The old and the children, everyone knew exactly what to do. And they did just that.

9. THE MEDIA
They showed magnificent restraint in the bulletins. No silly reporters. Only calm reportage.

10. THE CONSCIENCE
When the power went off in a store, people put things back on the shelves and left quietly!


Wednesday, April 27, 2011

meraih pahala cara orang ada-ada! 9 comments


Orang ada-ada? Orang berduit laaaaa… :D

1. Beli al-quran, telekong, sejadah,etc banyak2 dan sedekah dimasjid-masjid pilihan anda.

2. ‘Bela’ anak2 yatim as in tanggung perbelanjaan sekolah, makan pakai depa, hulur duit bulan2 kat rumah anak2 yatim pilihan anda.

3. Sedekah untuk akaun wakaf. Yang ni banyak badan dah anjurkan. Beli tanah ikut kaki persegi untuk buat masjid, bangunan ilmu dan sebagainya. Beli satu kaki persegi pun cukup kalau tak mampu 100 kaki persegi.

4. Beli baju, kasut, buku, kaset, cd, dvd; dan sedekah kepada mereka2 yang memerlukan seperti perpustakaan, masjid, sekolah, rumah anak2 yatim, hiv etc.

5. Meraikan orang2 susah. Buat besday party, kenduri kendara, buka puasa yang melibatkan golongan2 ini.

6. Sponsor orang pegi umrah, haji; atau buat upah haji untuk sedara mara, makpak yang telah meninggal dunia tak sempat pi makkah. umrah murah, dalam rm5k sekepala je.

Kalau dah buat semua ni pun, masih ada duit lagi yang berbaki, maka sila sedekahkan aje pada Casa Arina. Taulah kaknon ko ni mengerjakannya! :P

Selamat beramal soleh wahai orang ada-ada!

apsal ai dah tak sempat tengok tv! 19 comments


Aku biasanya punched-out around 5.30pm (kalau tak outstation dan takdak appointment ngan client). lepas tu terus berdesup masuk highway NKVE to bukit raja. By 6pm, biasanya aku dah sampai depan tasik seksyen 7. By hook or by crook aku akan memaksa(kan) diri jalan satu round tasik besau tu. Aku jalan slow2 jek, so makan dalam 15-20 minit la jugak. Aku bantai je pakai baju kerja, just tukar walking shoes. Bawak handbag lagi muahahahhah! Belasahlah. Aku tak sempat la nak pi tukar track suit semua. Yang penting dapat jalan situ dalam satu round. Cukuplah bagi aku activity for the day.

Done with that, maka aku terus balik rumah. Rumah aku ngan tasik tu around 5 minit je, so biasanya dalam 6.30pm dah sampai rumah. Masa ni kecoh la mandi solat asar semua. Pastu pi hambat anak2 mandi pulak. Aku cuba pastikan kami dinner sebelum maghrib, so that lepas solat maghrib boleh terus proceed with the kids homework.

Dalam pukul 8pm, dah ready to start with their homeworks. Inilah masa2 yang mencemaskan. Inilah jugak masanya aku ngan laki aku bertukar2 profession jadi cikgu maths, cikgu bm, cikgu bi, cikgu pendidikan seni, bahasa arab, tauhid, fekah, khat dan yang seumpama dengannya. Akmal would have double homework since his kumon class started few months ago. Untuk aisyah, I can depend on her to tend to her works. Really independent, that girl. So biasanya aku akan focus banyak pada Akmal dan Aimie. Aimie ni jenis malas nak berusaha lebih. Malas nak susah payah. Dia main buat je ikut pandai dia. So memang nak kena check kerja dia satu2. Kalau tak check kang dia banyak merapu meraban, especially tang BM ngan jawi semua tu. Akmal pulak, Alhamdulillah getting better. Cuma part karangan2 tu memang nak kena tengok jugak jugak. Buat ayat semua tu masih lemah. But improving each day so far. Arina pulak can be independent and annoying simultaneously. Dia suka buat kerja yang bukan kerja dia, pastu dok suruh aku ajar benda yang susah2 yang kakak ngan abang dia buat. Kalau aku free aku layan la, kalau aku tak free memang sia2 la kena halau muahahahah!

Sebenarnya pukul 8-10pm on weekdays ni betul2 men-draining kan tenaga. Kalau laki aku balik awal, aku pass the baton to him. So aisyah dengan aimie would be under his care. Aku concentrate akmal dengan arina je. Kalau laki aku takdak, outstation ke apa ke, memang letihhhhhhh weh! Deal dengan budak2 biasa la kan. Memang nak kena sabar banyak banyak banyak banyak. Aku ni dahlah takleh tolerate kalau depa slow2 buat kerja. Haruslah nak menengking je kerjanya. Kesian lak kata anak2. Sekarang ni memang aku cuba sangat2 untuk tak cepat2 marah. Istighfar banyak2. Aku dok ingat aku letih, yang bebudak tu pun lagi letih aku tak tau. Kesian kat depa.

Ok so buat homework ni can go on until 10pm. Kalau terbabas pun aimie je selalunya sampai 10.30 gitu. Si aimie ni agak happy go lucky. Selamba je. Buat kerja ikut phase dia sendiri a.k.a terhegeh hegeh muahahhaha! :P

Dan adalah kelegaan paling besarrr bila the kids dah siap2 kemas buku for tomorrow class. Kalau depa habis awal, aku allow depa tengok tv sampai pukul sepuluh. Tapi selalunya memang tak sempat. So memang terus naik atas to solat and get ready for bed.

Solat maghrib dan isyak juga selalunya berjemaah. Maghrib aku jadik imam, isyak laki aku jadi imam. Solat ni pun amik masa lama jugak pasal nak tunggu masing2 amik wuduk, pakai telekong etc. ya allah memang menguji kesabaran sungguh. Part2 tunggu nak solat Jemaah ni memang laki aku amat sabarrrrrrr sekali. So I pass this particular baton to him mostly.

Dan by 11pm, seriously mata aku takleh nak bukak dah. Total shut down. Kalau aku minum kopi lebih sikit hari tu, sempat jugak lah aku nak baca buku sikit sebelum tidur. Itu pun dok menguap2 patpuloh kali seminit kot hahahahha.

Dan disini perlu aku nyatakan yang aku bersyukur pasal aku tak perlu nak fikir pasal nak masak2, nak kemas2, sapu2, lap2 semua. Disinilah aku rasa ada pembantu rumah, ada mak ayah tinggal sekali, amat berbaloi2. Kalau semua benda aku nak kena buat, harus aku naik hantu tiap2 hari. dan kepada ibu2 yang harus buat semua itu, aku memang doakan yang terbaik untuk korang semua. Sabar banyak2, dan redha dengan apa yang Allah peruntukan untuk kita. Honestly, I CAN’T be a mommy, wifey, worker and housewife all at the same time. I just refused to do that.

Jadi inilah kisah weekday aku. So bila weekends, akulah manusia paling happy sekali. finally boleh bernafas sikit. Yes yes the kids too. :D

So, what’s your story? :)

Tuesday, April 26, 2011

i don't know what you did 10 comments


BUT i'm so very proud of you, arina!! :D

she came back from school today with a medal! hahaha! aku happy sangat. arina is so unpredictable. masa mula2 masuk sekolah dulu, cikgu dia heran apsal dia tak reti baca lagi. aku cakap kat cikgu tu, memang dia tak kenal huruf lagi pun. masa kat birm dulu memang depa tak ajar baca pun untuk budak2 nursery. (in fact tak bangga nak share yang anak2 aku memang tak reti baca lancar sampailah masuk darjah satu. so i'm not worried about arina.)

anyway, as i said arina is quick and smart. she's laid back when she wants to but really 'into it' when the right time (for her) comes. so i think she must be doing quite well when aisyah ran to me excitedly and said,

"arina won a medal!!"

hahahhaha.. good for you girl!

mommy's so proud of you eventhough i don't have that much idea what you did in school. yer, sungguh horror mama mu ini! :D

love you to bits, darling! :D




Monday, April 25, 2011

teriyaki sos yang halal 6 comments


Kalau korang tau apa2 brand sos teriyaki yang halal, sila recommend kat aku. Setau aku kebanyakkan teriyaki sos ni mengandungi mirin (around 14% alcohol content), so I’m not so comfortable with it. Ada tak yang ada certified halal jakim?

Honestly dulu bedal je teriyaki sos yang jual kat jusco tu. Entah bila aku ter-discover pasal mirin dalam tu. So if you guys have any certified halal of the product, please share. Aku suka bangat ayam teriyaki tu. Nyam nyam!

Sunday, April 24, 2011

habuan pesta buku kl 10 comments


went to klibf pwtc pagi tadi. tapi tak dok lama pun. kowserrrr aku orang ramai nm kat situ. tak tawaf habis2 pun orang dok bersesak2. lepas dapat buku2 yang aku nak, buku2 budak, terus keluar.

untuk the kids, banyak aku beli buku bm. kata nak mempertajamkan bahasa kebangsaan gitu. :D

ok, kalau belum pi, boleh le drop by pwtc. aku recommend datang weekday hahahah! harus aman damaiiiiii. :D












Friday, April 22, 2011

antara dua darjat 10 comments


dua2 manusia ni ternama. antara kita tau atau tidak aje. sepatutnya kenal lah. tapi aku sendiri baru tau tentang kedatangan insan yang ke-dua tu, walaupun sudah 2-3 hari dia sampai ke malaysia.

yang pertama itu sudah lama diwar-warkan kan di sokkabar. sejak setahun lepas kot muahahahha ok.. ok.. exaggerate la tu kak non. alah tapi kalau betul sejak setahun lepas pun aku tak heran. kita ni kan memang suka apa2 yang happening2 terkinja2 melompat2 menggeletik2 happy2 aje kan. kan. kan. :P eh, bukan ke??

jadi agak terharu bila mengenangkan kedatangan insan kedua itu tidak begitu mendapat tempat di ruang2 advertisement malaysia. atau adakah memang sukar untuk mencari ruang2 itu? atau adakah memang sebenarnya kita yang memang tidak mahu ambil tahu?

subhanallah. kesian kat kita.

ok ini mengisahkan tentang kehadiran dua manusia bertuah ini ke negeri malaysia yang bertuah ini, kebetulan serentak di minggu yang sama.

malam itu, insan pertama itu ditangisi distadium negara.

siang esoknya, insan kedua juga 'berkonsert' di kl. cuma peminat tidaklah sehebat si insan pertama. :D

Insan pertama, justin beiber.
sila google akan ke-havoc-annya. malas aku nak review. takdak pekdah.

Insan kedua, As Sheikh Dr. Abdul Rahman bin Abdul Aziz As-Sudais, Imam Masjidil Haram, Makkah.

Kenyataan Media Berkenaan Sheikh Sudais; Imam Masjidil Haram Menjadi Tetamu Kerajaan Malaysia

PEN: 04/2011/17 (JAKIM)

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :

KENYATAAN MEDIA BERKENAAN SHEIKH SUDAIS; IMAM MASJIDIL HARAM MENJADI TETAMU KERAJAAN MALAYSIA

1. Sukacita dimaklumkan bahawa kerajaan Malaysia menerima kedatangan dan kunjungan Imam Masjidil Haram iaitu As Sheikh Dr. Abdul Rahman bin Abdul Aziz As-Sudais atau dikenali sebagai Sheikh Sudais ke Malaysia sebagai tetamu kehormat kerajaan Malaysia bermula 18 April 2011.

2. Dikesempatan tersebut, Jakim sebagai agensi penyelaras di peringkat Persekutuan telah mengatur kunjungan dan lawatan Sheikh Abdul Rahman Sudais di Malaysia termasuklah mengimamkan solat dan menyampaikan tazkirah/kuliah di beberapa buah masjid sepanjang kunjungan hormat beliau di Malaysia.

3. Bermula pada esok hari iaitu 20 April 2011, Sheikh Sudais dijadualkan akan membuat kunjungan hormat kepada YAB Perdana Menteri di pejabat YAB Perdana Menteri di Putrajaya. Pada hari yang sama, beliau akan mengimamkan solat Asar di Masjid Asy-Syakirin, KLCC.

4. Seterusnya muslimin muslimat berpeluang untuk bersama-sama menunaikan solat Jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 22 April 2011 (Jumaat) ini dimana beliau sekaligus akan menyampaikan khutbah Jumaat. Manakala pada sebelah malamnya pula, Sheikh Imam Haramain ini akan mengimamkan solat Maghrib dan Isyak serta menyampaikan kuliah maghrib di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur.

5. Seterusnya, orang ramai di sekitar Hulu Langat adalah dialu-alukan untuk menyertai satu Muhadharah/kuliah yang akan disampaikan oleh Syeikh Sudais di Darul Quran Kuala Kubu Baru bermula pada jam 11.00 pagi pada hari Sabtu; 23 April 2011. Beliau akan turut mengimami solat Zohor di Masjid Darul Quran Kuala Kubu Baru bersama para pelajar dan kakitangan Darul Quran.

6. Sehubungan dengan itu, semua muslimin dan muslimat adalah dijemput hadir dalam majlis-majlis tazkirah beliau dan sebagai makmum kepada Sheikh Haramain di masjid-masjid berkaitan.

7. Atas kerjasama pihak media dalam mengwar-warkan perkara berkenaan amatlah dihargai dan diucapkan berbanyak terima kasih

Mana satu yang kita lebih kenal? cer teka cer teka cer teka. :D

ini bukan justin beiber :P


what makes a good boss? 7 comments


Pandai buat kerja? Pandai tangani konflik? Fair? Highly motivated?

Tak cukup.

As my boss said it, a good boss is when he can groom his subordinates to be AS GOOD as he is! So kesimpulannya, being a boss is not about personal achievement so much. Apa gunanya rating boss yang bagus kalau anak2 buah dia semuanya hampeh?

And that has been my problem semenjak dua menjak ini. Aku tak kisah sangat about aku, personally. I know I’m good as a worker. Tapi sekarang adalah penting untuk aku pastikan yang anak2 buah aku jugak bagus2 belaka. And it’s not an easy task, so far.

Because it involves attitude from the other side. Attitude yang sudah masak dengan diri masing2 sejak 20, 30, 40 tahun yang lepas.

Sukar untuk aku tarik keluar manusia2 yang tidak MAHU keluar dari kotak selesa dia, setelah duduk dalam tu berpuluh puluh tahun. Apa daya aku? Sampai mana limit aku untuk hambat manusia untuk jadi lebih baik dari sekarang? Bukan untuk aku, tapi untuk diri mereka sendiri. Mereka TAHU yang mereka perlu keluar dari kotak itu, tapinya cuma tidak MAHU.

Maka jadilah aku boss yang serba salah dan sentiasa ber-guiltyconscience. Adakah aku yang tidak cukup baik untuk membimbing manusia2 ini? Atau mereka sendiri yang refused to be guided? Oh! Sungguh susah jika kita harus bertanggungjawab atas masa depan manusia-manusia yang tidak mahu bertanggungjawab atas masa depan masing2.

I’m still far from being a good boss then.

Demmmmmmmmmmmmmmmm!

p/s: I’m looking for a sales engineer (I think). You good in talking? Don’t mind sampah sarap? Don’t mind terjun longkang terjun sungai? Don’t mind my sharp mouth? Then please send your resume in ASAP. aku sumpah aku akan groom ko sampai dapat kereta vios sekeng heng. :P

Thursday, April 21, 2011

artis ke sekolah? 15 comments


dok belek2 sokkabar dua tiga hari lepas.

alkisahnya seorang artis tersohot malaysia dijemput untuk temui pelajar and peminat(?) yang merupakan budak budak sekolah. kempen sekolahku hebat. :D

entah apsal aku terasa ala geli gelian gitu.

perlukah ini semua?

bak kata kakak artis,

"adik2 semua, kalau nak jadi artis pun biarlah sampai habis belajar. ikut lah pesan kakak ini"

errr.. tetiba teringat pulak si budak engineering yang akhirnya jadi tukang kasut berjaya. :D

aku tau.. aku tau.. tak wajar prejudis dengan artis2 ini. merekapun manusia juga. ada yang pandai-pandai juga. yang cantik2 juga. yang alim2 juga. kenapa aku perlu prejudis?

tapi sungguh kalau aku jadi budak2 tu yang bermulut laser, maka aku akan tanya balik.

"tapi kalau dah niat nak jadi artis buat apa nak belajar rajin2 pulak?"

muahahahhah i know i know, sungguh keji.

yes, i can't help but ridiculing actors and actresses. aku memang tidak boleh cari kesinambungan artis dengan kehidupan ini. kenapa perlu diconfusekan budak2 sekolah? cer bayangkan ada artis yang suruh budak2 itu belajar rajin2 pun ala2 spm tak pass, so camno tu? i can't understand the connection.

anywayyyyyyyyy, sudahlah kaknon. it's none of your business pun. it can be sweetheart. cer tetiba anak2 aku balik sekolah dan terkinja2 nak jadi kakak cantik itu yang pandai berlakon dan menyanyi? :P

errr.. takdak retis baca blog aku kan?

peaceeeeeeeeeeeeeee! :D

Wednesday, April 20, 2011

it's still very much the car you drive!! - Part 2 21 comments


last few weeks, when i was still driving the waja semput; i went to fetch akmal from school after his co-co session.

i could see him from afar, so i drove in slowly and park right beside him and a group of friends.

akmal bukak pintu belakang, and about to enter the car when i heard one of his friends bluntly said;









"Elehhhh.. kereta ni je ko naik?"

Ouchhhh!!!

As much as i want to feel nothing, I remember that I did feel something that day. Hurting. For the kids of course. Kecik2 sudah material kah? :P

My oh my! Penyakit ini sudah menular kepada kanak2 yang sepatutnya innocent. That reminds me that i need to keep reminding my kids that it simply does not matter what car people drive and how big their houses are. that it's a BIG NO-NO to ask people about those things, let alone ridiculing them if what they have is lesser then you.

what have become of us, honestly?

things i missed! 6 comments


cooking.. baking..trying out new recipes that caught my attention in the net. seriously!

sighhh. i don't know what becomes of me now. i was nor here neither there. macam diawang-awangan gitu.

so i can say that spending time in the kitchen is one of my mojos seperti entry dibawah hahah! it makes me happy. i can be very exhausted in the office/at site but once i decide to take out the mixer at 6pm, the huge tong berisi koko powder, tepung, caster sugar, vanilla essence, etc; i'm seriouly high! my cluttered mind seems to be able to de-clutter itself with each beating of the eggs. priceless! :D hilang semua penat lelah satu hari.

so now i'm finding excuse to do this often. aku suka bangat kalau kawan2 ajak buat potluck ke apa ke hahah. so i have excuse to bake again. sabtu ni we are having a small gathering. aku nak buat kapkek KCT dan mushroom soup with fresh bake buns. omg i can't wait!! :D

;">

what's your mojo? 11 comments


Ada perkara2 dalam hidup kita ni yang boleh buatkan kita sentiasa bersemangat. Yang boleh buatkan kita tak tidur malam kerana excited. Yang buatkan kita tak sabar2 untuk bangun tidur the next day. Yang boleh buatkan kita kenyang walaupun tak makan. Yang buatkan kita asyik nak tersengih sepanjang waktu macam orang tiga suku. Yang buatkan tiada istilah penat bila mengerjakannya. something we really really really passionate about.

Ish ish ish bestnyerrrrrrrrrrrrrrr! Hanya tuhan yang tahu! :D

Our mojo jojo!

Tapi harus diingat, perkara2 ini tidak semestinya bersifat kebendaan yang besar-besar sahaja. It can be anything at all to your heart’s desire. Tanya diri anda apakah yang boleh buatkan anda teruja sokmo? Deep inside you would know the answer.

And these things, no matter how big or small, can help you to stop being mundane and monotonous. Hidup ni … macam hiduplah. Full of routine that can choke you to death. Bangun pagi pegi kerja balik kerja tido. Bangun pagi pegi kerja balik kerja tido. Bangun pagi pegi kerja balik kerja tido. So we need to identify our mojos. Selitkan mojo2 ini diantara rutin2 hidup yang mundane itu. Semoga kita sentiasa bersemangat untuk esok hari. Dan kalau ada masalah mendatang pun, mojo2 ini sentiasa ada untuk kita keep going on and on and on.

So, indentify your mojo, and do more of it. It will keep you sane and inspired.

GO GO MOJO!!! :D



Tuesday, April 19, 2011

miskin di bandar? 15 comments


from Utusan:

Jika miskin desa membabitkan golongan yang tiada pekerjaan tetap, 'miskin' bandar pula lebih banyak membabitkan golongan berpendapatan pertengahan tetapi menanggung hutang. Mereka tinggal di rumah batu, mempunyai kereta, motosikal selain pekerjaan tetap dengan gaji sekitar RM3,000 sebulan.

Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan, taburan peratus isi rumah mengikut kelas pendapatan Malaysia menunjukkan 43.1 peratus atau kira-kira 7.9 juta daripada 18.47 juta penduduk yang tinggal di bandar berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan.

Dengan gaji sebanyak itu, banyak kos terpaksa ditanggung antaranya hutang kad kredit, ansuran pinjaman peribadi, pinjaman kereta, sewa rumah, bil elektrik, air dan telefon, tol, meletak kenderaan, cukai pendapatan selain perbelanjaan anak-anak.


berita lanjut sila CLICK SINI.

hmmm.. a bit disturbing. about 8 juta penduduk di bandar actually earns less than 3k per month! i think the killing factor would be the credit card and personal loan. dua-dua ni memang mencekik tengkuk. mana ngan rumah, kereta, anak2.

hmmm...

Monday, April 18, 2011

beli rumah 24 comments


Sekarang ni masa yang sesuai untuk beli rumah. Sapa setuju angkat kaki! :P

Sungguh. Belilah rumah sekarang wahai deknons. Jangan tangguh2 lagi. Takut kang jadi makin mahal. Apartment 3 bilik yang paling murah pun dalam rm200k sekarang. Rumah atas tanah? Mak oii mahalnyerrrrrrrrrrrrrrrrrr. Shah Alam, yang kat kawasan industrial seksyen 16 tu pun dah rm365k for 22x70 gitu. Belum depan umah aku nih, mostly lebih setengah juta. Telah ayaq liuq aku dengar member2 seperjuangan beli rumah rm500k, rm700k, rm1++ mill! Mak aii banyaknyerrrr duit ko nyaahhhh. Pekata belanja aku pi paris FOC! :P

So memang beruntung orang yang dah beli rumah 10-15 tahun yang lepas. Senang2 naik double or triple dah value rumah tu sekarang, depends on location of course.

Amacam, baik tak intro? Hahahahhah! Actually aku ada dua rumah nak jual ni, satu apartment 3 bilik satu teres 22x75. Sapa nak beli angkat kaki! :P. aku berangan nak pi beli pulak rumah ada tanah kat tepi tepi tu, bukan simen je semua hahahh! Oh rumah idamanku! :D

Friday, April 15, 2011

akmal yang dramatik 16 comments


akmal showed me his bm/agama paper yang flunked tu. bulat mata haku nengoknya hah! berkerut2 dahi sampai! teruk bebenorrrrrrrr nye punnnnnnnnnnn!

akmal: i know. you are not happy.

mama: of course i'm not happy. are you happy with this?

akmal: i know. i know. you are dissappointed with me. i'm not your son. (sulking tetiba. aku tampor kang sia2 jek)

mama: what on earth.. ?

akmal: yeah.. i'm not your son. you are dissappointed with me.

mama: listen buddy! i'm your mother, and you're my son. no matter what grade you've got. of course i'm dissappointed because you have not tried your best. but you are still my son whether you like it or not! got it?


saborrrr je haku tau. main reverse saiko pulak budak ni. udah2. pegi je buat karangan bebanyak akmal oi! hentikan repekansss ini.

bible berbahasa melayu? 9 comments


orang melayu ni suka kecoh hal2 remeh kan? :P tsk tsk tsk! ada pulak yang tembak aku kang pas ni. aphal lak kaknon? berani ko kata bible berbahasa melayu ni hal remeh temeh? berani kao???? ini soal akidah kaknon! ini soal tauhid!

:P

berani tak berani tu belakang cerita ah. aku cuma menyatakan pendapat. kadang2 elok jugak berlaga pendapat ni. so that in the end kita boleh sama2 agree to disagree. :D

ya, aku rasa kerisauan umat2 melayu tentang bible2 yang dicetak dalam bahasa melayu ini agak remeh. sesuatu yang tidak perlu diperpanjang2kan. tak perlu diperdebat2kan. tak perlu dipertelagahkan. pegi la fokus buat benda lain yang lagi pekdah.

pasal apa? pasal dah sah2 terang dan nyata membuktikan yang kita ni takut dengan bayang2 sendiri. ni aku nak bagi satu soalan simple. gamaknya orang islam macamana yang ada hati nak baca bible ni? orang islam macam mana? macam aku? macam kamu? macam ustaz? macam mat rempit? pelajar pelajar sekolah? penjawat2 awam? serious, gamaknya orang macam mana sebenarnya yang akan berminat nak baca buku2 agama ni? ehh? bible buku agama? very much so!

aku dok fikir2 balik. kita ni, kalau setakat al-quran tu pun pun malas nak baca (dok berabuk kat atas para tu dari zaman akad nikah lagi sampai ke sudah ni), apa kejadahnya nak baca bible pulak? it just doesn't make sense. you tell me, kalau jenis nak mengaji pun tak de hati, nak ke masjid pun berat kaki, nak pegi kuliah pun setahun sekali, ada hati ke kita nak tambah bahan bacaan berupa bible dalam bahasa melayu pulak? ada hati ke?

tepuk dada tanya tetek! :P

i don't know why, but we malays tend to focus on the wrong issue.

isunya yang sebenar disini ialah, bagaimana nak suruh orang read 'enough' al-quran. bagaimana nak memperdengarkan tentang islam kepada orang, bagaimana nak kukuhkan akidah dan tauhid kita ni dulu sebagai muslim. bagaimana nak tingkatkan dakwah kepada muslim baik non-muslim. itu yang patut kita fokuskan sebenarnya.

bila kristian sibuk berdakwah dalam bahasa melayu, bila lagi kita nak berdakwah guna bahasa mereka pulak? itu yang patut kita fikirkan. bila 'musuh' kita dah guna senjata laser dalam peperangan, takkan kita nak marah dia pulak sebab kita masih gunakan parang? yang kita ni, tak terasa ke nak upgrate pakai laser pulak? gitu lah analoginya. teknologi tidak boleh disekat2. begitu jugak dakwah puak kristian ni. takkan kita nak marah depa selama2nya sebab cuba nak mempelbagaikan marketing strategi depa? apa usaha kita pulak untuk dakwah kita? apa usaha kita untuk pulak untuk menarik orang islam ke arah islam?

that's the real issue!

ok, salam jumaat.

fesbuk 12 comments


for now, i'm no longer in facebook.

ada dapat sms dari rakan tersayang tanya about diriku yang tidak kelihatan di sana. ok for info, aku tidaklah de-fren kan sesapa pun. aku cuma de-activate kan account aku for now.

kenapa?

well, you know me. aku kan gila?

so kalau rindu2 kat aku, just drop by here worait?

i'll be in Casa Arina.

this is my house.

:D

Thursday, April 14, 2011

Zakat bukan charity 11 comments


Ada orang menyama-ratakan zakat dengan sedekah dan amal jariah.

WRONG!

Kenapa? Kerana tak faham. Tak tau. Malas belajar. Rasa tak penting. Tak ada kena mengena. Tak sesuai dengan prinsip diri. :P

Zakat adalah wajib. Of course lah kalau kita berkemampuan. Dan orang2 yang dikenakan cukai pendapatan itu adalah orang2 yang berkemampuan. Maknanya kalau anda bayar income-tax, maka anda sudah layak pun untuk berzakat. You dig?

Anyway, taukah anda yang zakat adalah ibadat yang ‘berkembar’ dengan solat? Malah ada para sahabat nabi saw yang menganggap zakat itu kedudukannya sama penting dengan solat, dan tidak harus dipandang enteng sama sekali.

Surah Al-Baqarah: 43 Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah Zakat

Surah Al-Baqarah: 83 ….dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik dan dirikanlah sembahyang serta berilah Zakat.

Surah Al-Ma’idah: 55 …Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang dan menunaikan Zakat.

Surah Al-Tawbah: 5 …….Kemudian jika mereka bertaubat (dari kekufurannya) dan mendirikan sembahyang serta memberi Zakat…

Surah Maryam: 31 Dan Dia menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada dan diperintahkan daku mengerjakan sembahyang dan memberi Zakat

Statistically speaking (unjuran penduduk dari Jabatan Perangkaan Malaysia), pada tahun 2009 jumlah penduduk melayu di selangor yang berumur 25 tahun ke atas adalah seramai lebih kurang 1,259,260 juta orang. Lembaga Zakat anggarkan sebanyak 40% dari jumlah ini layak untuk berzakat iaitu seramai lebih kurang 500,000 orang. Dan dari jumlah ini, pembayar zakat di Selangor pada tahun 2008 adalah seramai 146,413 orang sahaja. Berapa percent itu? Around 30%.

Jadi sudahkah anda berzakat? setakat pembaca casa arina ni, harus semua pun wajib berzakat kan? so don't take it easy. bayarlah zakat. kadang2 kita pening kepala fikir kenapa duit kita tak cukup2. rupa2nya sebab kita lupa nak 'bagi' balik hak orang yang bukan milik kita.

just a thought. please take it. :D

Wednesday, April 13, 2011

rahmat 8 comments


what's your defination of 'rahmat' Allah?

bila kita asalnya miskin, dan kita doa dan berusaha sungguh2 agar Allah tambahkan rezeki kita bertumpuk-tumpuk, lalu akhirnya kita kaya?

bila kita asalnya kaya, tapi kita tak jujur dalam menangani kekayaan, lalu kita jatuh miskin?

bila kita dapat anak2 yang pandai dan terang hati dan penyejuk kalbu?

bila kita dapat suami baik?

bila kita dapat kerja bagus?

bila kita dapat anak berpenyakit kronik?

bila kita bersama-sama bersatu hati di masjid?

bila kita dapat susukan anak dengan susu ibu?

bila kita dapat kereta company baru? :P

bila kita menderma banyak duit kat orang?

bila kita cemerlang dalam pelajaran?

bila kita gagal dalam perniagaan?

anything?

rahmat allah itu, ialah walaupun apa pun situasi kita, walau apa pun yang Allah bagi kat kita samada susah atau senang, kaya atau miskin, bahagia atau derita, ketawa atau tangisan, dapat atau hilang; hatta semua situasi pun; akan buat kita makin DEKAT dengan Allah.

kalau kita kaya, tapi kita makin dekat dengan Allah, itu rahmat.

kalau kita busy macam mana pun dengan hal dunia, tapi kita makin dekat dengan Allah, itu rahmat.

kalau kita hilang anak, suami, isteri, kekasih; tapi kita makin dekat dengan Allah, maka itu rahmat.

kalau kita jatuh miskin, tapi kita makin dekat dengan Allah, maka itu rahmat.

rahmat ialah bila kita sentiasa bersama Allah, dan Allah sentiasa bersama kita dalam semua keadaan. jadi selalu selalu la soal diri kita, apa2 yang kita lakukan, adakah kita makin dekat, atau makin jauh dengan Allah?

semoga kita semua sentiasa dirahmati. amin.

off to JB (again) 3 comments


tsk tsk tsk.. kalau pi UK ka, US ka, beijing ka :P; kan best?

anyway, ini kerja.

should be grateful i still have one.

:D

have a happy life today, peeps!

Tuesday, April 12, 2011

pengganti waja semput 18 comments


hahahahahahahahah!

tetiba terasa poyo tahap gaban.

boss aku masuk bilik sambil sengih2 selipar jepun.

"your car is coming in this week."

cececeececececeeeeeeeeeeeeeeeeeeee. aku pun bajet kembang kempis kembang kempis la. tersipu-sipu kemaluan awwww! :P

actually atas dasar nak memotivasikan aku (woi tak cukup motivated lagi ke boss woi!!), company dengan suka citanya bagi aku kereta baru, nak gantikan waja semput dalam entry emo aku nan lalu. :D

mula2 tu rasa biasa je. tapi la ni dok kembang kempis hidung tak tau pasai apa. riak la tu kot? muahahahahahah!

bagi channnnnnnn la nak riak sikit (allah macam selama ni tak riak kan? kan? kan? :P)

ok.. ok.. dah dapat kereta baru kena la bagik speech sikit kan? ehemm! ehemmm!

ok sebagai kesimpulannya, aku amat berbangga sebab jadi wakil melayu pertama yang diberi layanan sebegini rupa semenjak 30-40 tahun yang lepas. hahahha poyo bebenorrrr. anyway, yes i still take it as a compliment. aku berjaya menerobos pintu myth yang mengatakan "orang melayu kat sini mana boleh pergi jauh. asyik asyik orang dia aje yang dapat semua. orang kita ni duduk je la melopong." dan yang seumpama dengannya. dengan attitude aku yang laid back dan tak heran nak mengampu sesapa, mengipas sesapa, membodek sesapa. dengan ke'eccentric'kan aku sebagai individual yang tidak mengganggu dan tidak diganggu. yes, after 9 long years, i'm still considered as a loner. i still come and go as i pleased. yang penting aku deliver kerja aku.

mekasih boss, atas dasar strictly business, aku akan lenjan keta ko tu sampai nanti ko bagi kereta lain pulak kat aku hahaha.

ok ok udah.

kereta apa?

cer teka cer teka cer teka..... :P






























































































































































































































90% pelanggan kedai judi adalah orang melayu islam 12 comments


wadehelllllll???

cewah cewah macam seprais sangat padahal tak seprais pun hahahha. errrr.. tetiba aku rasa macam berada di las vegas la pulak muahahha! :P

kesiannya bangsa aku. camana boleh berangan2 nak kaya dengan berjudi? kesian. kesian. tapi better la jugak dari lanun2 skim piramid cepat kaya tu yang dok kaut duit orang lain untuk kemeslahatan diri sendiri. at least berjudi ni sorang2 kan? kat akhirat sok kena belasah sorang2 je kan? so orang lain sila jangan campur :P.

macam2 statistik haru kat msia sekarang ni.

antaranya; setiap 15 minit akan berlaku SATU kes cerai dikalangan pasangan melayu. ini dari mahkamah syariah.

hmmmm....

Monday, April 11, 2011

untuk amankan anak2 dan makpak jugak 16 comments


ok. this method is tried and tested. and working so far. jadi aku rasa terpanggil untuk berkongsi dengan pembaca2 tegar (poyo sungguh kamu kak nonnnnnnnnn :P) Casa Arina.

honestly, aku ni agak gagal part2 nak kawal nafsu amarah. nak2 bila anak2 buat hal kat rumah. bak kata mio, nak berak pun tak aman. please imagine empat orang budak2 yang punya empat pemikiran dan empat cara untuk mendatangkan kemarahan ibubapanya dengan serentak. letih nyahhhh!


anyway, sejak mengamalkan tip mudah ini, aku rasa ada perasaan tenang yang menyusup dilubuk hati. muahahahhaha! iye lah tenang, kata dah tak kowserrr terpekik terlolong lagik dah. baik aku simpan suara nak bermarhaban di mesejid. :D ok tang aku tu tak kisahlah kan. patut pun tenang kata dah tua bangka nih hahah. yang aku tengokkan ialah tang tenang budak2 nih. tang lembut hati depa. priceless.

gini, korang tau kan alarm clock radio yang macam kat atas tu? masa kat uk dulu memang kami rembat banyak benda ni kat carboots. entah apsal laki aku dok ngompol menatang ni. murah kot 2nd hand. nak beli kat msia boleh tahan gak kot.


what we did actually, kami set kan untuk jam tu berbunyi at 5.30am. tapi instead of bunyi siren nenongggneeenonggg tu, kami setkan supaya radio IKIM yang triggered, at frequency 92.5MHz kot. radio ikim ni yang bagusnya, sebelum dan sesudah azan subuh, memang akan ada disiarkan segala mala zikir, ayat2 matsurat, al-quran, hadith, etc. seriously good. so most of the time, bila aku dan budak2 terjaga, memang the first thing we will hear ialah alunan ayat2 suci ini semua. i don't know how to say it, tapi in a way aku rasa protected; knowing alunan ayat2 ini sentiasa berada dalam subconcious kami anak beranak. lagi satu yang bagus, boleh letak satu jug air dekat dengan radio clock tu, so that secara tak langung seolah2 air itu dibacakan dengan ayat2 suci. dan boleh bagi minum kat budak2. ini macam bonus la kan. nak harap kita buat air yassin macam tak terbuat. so ni jalan ringkas :P.


so far aku suka dengan kesannya. anak2 tak gaduh cari alasan tak nak solat. ringan je kalau suruh tu. dan yang paling surprising, bila depa dapat hafal jugak zikir2 tu without realizing it. again as i said, when you constantly recieve the same info again and again and again even when you were sleeping, your subconcious mind will take it as it is. so kerja aku jadi mudah in a way.

i think this is the easiest way to get the 'ruh' of al-quran to be inside of you, at the back of your mind. well. don't take my word for it. ada orang yang tidak percaya dengan 'kuasa' ayat al-quran. some can even say, "how do you expect a simple verse and du'a can help you?". i can't say much. only to share that i did it, and it seems to work just fine.


try it. especially untuk ibu2 yang mengandung. untuk anak2 kecil. untuk anak2 besar jugak. untuk makpak jugak. better late than never!

Friday, April 8, 2011

just got back from JB 7 comments


a practically non-stop 14.5 hours on-land journey.

letih woh! semoga laku laaaaa tong sampah tong sampah haku tu wehhhhhhhhhh! boss, sila berbangga punya kuli efisen lagi jujur lagi menawan kebabom macam aku. memang terhebat dipasaran! :p

ely, intan dan iszan, aku dah lama nak ajak korang minum2 kopi kat JB. next time ek?

Thursday, April 7, 2011

a point worth pondering! 5 comments


nicely written by faisal tehrani. isu ini aku dah lama berdebat dengan laki aku yang juga orang gomen. i wish the system is improving a the moment, or at least they have put some thought on it.

any ptd who would like to give their insight? you are very much welcomed!


"Bagi mengelakkan berlakunya kesilapan yang sengaja atau tidak atau kerana kejahilan seseorang maka pihak Jabatan Perkhidmatan Awam seharusnya melihat semua sistem dan tatacara pelantikan dan penempatan pegawai terutamanya PTD yang menguasai hampir semua jawatan-jawatan penting dalam kerajaan termasuk bidang-bidang yang bukan kemahiran mereka.

Bagi jawatan Pengarah Jabatan Agama misalnya walau pun nak diletakkan PTD (M) padahal sepatutnya ustaz-ustaz (S) yang lebih layak, maka hantarlah PTD yang mempunyai latar belakang agama ke Jabatan Agama. Ramai juga pegawai PTD yang berlatar belakang agama yang mampu untuk mentadbir dan mengetuai Jabatan Agama.

Kita melihat bekas Pengarah Jais (nota saya: Mohamad Khusrin Munawi) bukanlah berlatar belakangkan agama dan kita tidak tahu pula apakah Pengarah Baru sekarang yang dilantik itu adakah mempunyai latar belakang agama atau tidak.

Sebaiknya berilah peluang kepada ustaz-ustaz di Jabatan Agama itu untuk mengetuai Jabatan Agama supaya hal berkaitan dengan agama dapat ditangani dengan lebih baik dan tidak menimbulkan fitnah dan memburukkan nama penjawat awam khususnya PTD ketika memberi komen kepada pihak media yang juga "ba ya nga wau nga" dan "murakkab".

PTD yang generalis itu perlu berada dalam kerangka 8 bidang sahaja. Bila berkaitan dengan agama maka kembalikan orang agama mengetuainya dan bukan PTD yang mencacatkan Jabatan Agama dan agama keseluruhannya. Jelas ianya menampakkan kejahilan PTD dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pengarah JAIS dan seterusnya memalukan perkhidmatan awam keseluruhannya kerana telah menjadi berita antarabangsa."

complete article CLICK HERE


morning report! 14 comments


Morning routine aku samada akan buat aku rasa kelat; atau happy; masa sampai opis. Depends on perkara2 berbangkit subuh2 itu :P.

I always aimed to wake at 5.30am. tapi selalunya terbabas sampai 5.45am. kalau bangun awal dan siap mandi awal, sebelum azan subuh aku layan al-matsurat sikit. Takpun baca quran sikit. Takpun solat sunat sikit. Tengoklah mood dan masa. In between ni laki aku pun bangun pasal nak kejar bilik air. Kang lambat kang memang takleh masuk la dah budak2 dok conquer bilik air kan.

Lepas solat subuh, aku start kejut aisyah. She would always be the first to go shower dan bersiap2. Ada sedikit kiasu disitu. Aisyah apparently the perfectionist kind. Takleh lambat2. Takleh panic2. Dia akan susun hidup dia secara teratur. (very unlike me :P). masa aisyah mandi, aku akan kejut aimie pulak untuk mandi kat bilik air lagi satu. Aimie si periang ini akan ambil masa lamaaaaaaaaaaaaaaaaa untuk mandi sampai satu rumah boleh hangin dengan dia. Tapi being aimie, ada aku kesahhhh? Gitulah gamaknya.

Masa depa mandi ni barulah aku keluarkan semua baju2 uniform designated for that particular day. Arina ada 3 jenis uniform lain2 untuk hari lain. Aisyah, aimie and akmal pulak alternate between PE dengan hari2 biasa. Tudung pun asing2 juga. Underwear, stoking. Semua aku susun elok2 letak atas tilam.

Lepas aimie aisyah selesai, aku kejut akmal ngan arina pulak. Akmal jenis mandi p.ramlee. tak sempat aku nak kata apa dah siapppppp dah. Heran bin ajaib. Masa ni memang kalut la pasal masing2 dok pakai uniform sendiri2. Ya allah lembab hokayyy?? Aku selalu tak sabar tengok depa terkial2 nak sikat rambutnya, sarung kainnya, sarung bajunya, tudungnya, etc etc. jadi memang aku tolong pakaikan depa biaq cepat sikit.

Lepas siap akmal aimie aisyah akan solat subuh. Akmal jadi imam. Aku jadi tok guru kat belakang monitor solat depa. Dalam masa yang sama si arina siap mandi. Lagi nak tergolek2 atas katil. Terus aku pakaikan baju dia cecepat. Bila semua orang dah siap tu by then selalunya lagi sepuluh minit nak pukul 7. Aku ada masa 10 minit je nak bersiap2. Pukul 7 dah kena keluar hantar bebudak.

Laki aku biasanya around 6.30 dah keluar dah. Opis jalan sultan salahudin kl nun. Kalau lambat kang jawabnya berjanggut la jem.

10 minit untuk bersiap-siap tu, aku tepek2 apa yang patut, sarung tudung sarung seluar pastu zasssssssss dengan pantasnya turun bawah. Masa ni bebudak sarapan sikit milo ngan roti je gitu. Semuanya instant.

Pastu kelam kabut pulak pakai kasut hanggut beg masuk dalam keta. Berdesup pi sekolah aisyah aimie akmal. Pastu berdesup lak pegi hantar arina pre-school. Pastu alternate days berdesup lak hantar mak aku pergi kuliah agama. Lepas tu…. Ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh….. legaaaa… nyamannnnn… terus ke opis. Biasanya around 7.50am. aku antara makhluk2 pertama kat opis la kan. Aman je rasa masuk2 kerja sunyi sepi. barulah bernafas lapang sikit. :D

Mood aku kat opis akan depends apa yang jadi dari 5.45am to 7am tu. Tau2 ajelah. Budak2 ni banyak je punca2 nak buat aku marah. Tapi setiap kali aku marah memang aku rasa tak best sepanjang hari. ni berazam untuk bersabar banyak2. Bukan senang nak didik anak2 masa depa kecil ni. Insyaallah bila depa besar sok depa ingatlah apa yang aku dok buat untuk depa ni. Semoga melekat dihati semua pesanan aku selama ni.

Ok habis rutin pagi. Nanti aku sambung rutin malam pulak. Apsal aku langsung tak dapat tengok tv dah masa weekday sekarang ni. :P

wow! 6 comments


"The Government will seek input from parents before deciding on the teaching of Science and Mathematics in English in schools, said Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak."


err, masih belum diputuskan kah?

anak anak yang mengharukan 7 comments


no pun intended!

memang aku kerap terharu dengan anak2. budak2 ni amat innocent. sekarang aku berdebar2 mengenangkan yang zaman innocence mereka akan berakhir jugak satu hari nanti. tak bestnya bila anak2 hilang sifat keanak-anakkan. errrr... perlukah aku tambah lagi clan casa arina? ihikssss! gataiiiiiiiiiiiii! :P

anywayyyyyyyyyyyyyy....

every now and then i will hand out some pocket money for the kids. while doing so one day, Aisyah asked me back, "Do you have enough money for yourself, mommy? You can have mine."

omaigod. syahdunya aku rasa. anak-anak. i seriously hope that i'm a fair mom to all of you. i know i can be a real bongoks sometimes. i'm trying my very best. semoga allah rahmati kita semua.

Wednesday, April 6, 2011

the kids exam result 12 comments



fuhhhh terasa kiasu dengan post ini! :P

btw, nothing to show. cuma aku nak recordkan yang the kids did pretty well in the overall results considering banyak paper BM and agama/kafa yang tidak mencapai tahap standard untuk buat engineering (semoga tidak beralih angin jadi pemain piano pulak nanti :P).

congratulations kids!! when all of you are old enough to understand what the heck your mother is saying here, i want you to know that especially today, i'm proud of all of you. cerdik2 anak guwe ropernyer... (itulah pentingnya henggelish edukeshyennnnnn) muahahahahhahahaha :P.

of course there are always room for improvement, and we'll take it one step at a time, wokey? thanks for compromising us as your far-from-perfect parents. thanks for being such good kids. live this life for the after life kids. insyaallah we will be re-united in heaven. amin.

cita2 aku untuk anak2 adalah spesifik seperti dibawah; tiada kompromi:-

1. akmal - islamic scholar dari darul quran, uni al-azhar dan uni al-madinah.
2. aimie - librarian dari switzerland
3. aisyah - medical doctor dari UK
4. arina - prime minister of malaysia. yang ni aku ajar kat rumah je cukup.

ok kids. jom kita cari program yang sesuai for your rewards! :D

Ada degree engineering tapi jadi tukang kasut berjaya 19 comments


Sapa? Bila? Kenapa? Bagaimana?

Sila tanya orang2 disekeliling anda. Nak2 di negera Malaysia yang tercinta ini, memang ramaiiiiiiiiiiiiiiii yang turn out gini gaya.

Why do you think is that?

Boleh tak aku nak salahkan education system di Malaysia lagi? Hahahahha ngko ni kan kak nonnnnnnn, bukan main lagik yerrrrrr? Semua orang salah. Semua orang tak kena. Apa ko pikir ko tu bagus sangat ke hah??? Iye. Nak buat macam mana. Memang aku pikir aku bagus punnnnn. :P

Anyway back to the controversial facts. Aku fikir begini. Sejak berpuluh puluh tahun yang lepas, pelajar2 di Malaysia atau Malaya adalah tidak lain dah tidak bukan dimomokkan sejak celik2 mata lagi yang kita hanya boleh berjaya dalam hidup sekiranya kita dapat straight A. pandai baca dan pandai mengira. Yang pandai2 lain macam berniaga, pomen kereta, mekap orang, buat kek, main piano, berpidato, berenang, mengimpal (welding la welding!), masak memasak dan banyak lagi lah; pandai2 macam ni sila tolak jauh-jauh bawah karpet. Kalau ada makpak yang bila tanya anak nak jadi apa dan anak kecik innocent menjawab dengan semangat ‘adik nak jadi tukang kasut!’ dah sah2 akan membuatkan mulut makpak terlongo dan kemudian terus2 dimatikan semangat anak kecil itu dengan ubah topic tukang kasut ke doctor, lawyer, arkitek, engineer, ptd dan lain2 lagik. Dan teruslah anak ini memahami (sebab dimomok2kan tiap2 hari) yang tukang kasut itu sebenarnya bukanlah sesuatu yang bagus kerjayanya. Sila simpan aje bawah karpet, nak. Tak guna kau nak berimpian jadi tukang kasut. Tak sesuwaiiii (sengau sikit). Kalau kau jadi tukang kasut cemerlang sekalipun, kalau kau nak sambung belajar amik degree tukang kasut, nanti gomen tak boleh nak sponsor. Sebab bukan couse feberet. Jadi lupakan aje niatmu nak.

Jadi kerja anak2 ni hanyalah buka buku tutup buku pergi sekolah balik sekolah buat homework yang tak abis2. Tak paham apa benda yang kau belajar? Oh tak apa nak. Kerja kau kena hafal sahaja. Dulu makpak pun macam tu jugak. Faham tak faham tolak tepi. Tak perlu faham bagaimana hubungan kinetic energy dengan squared velocity. Tak penting semua teori2 itu. yang penting kau hafal sahaja formula ini itu sini sana sinun. Lepas tu kau hafal sahaja bentuk2 soalan begitu begini beginun. Ini lah cara tersohor untuk dapat A++++++++ dalam setiap mata pelajaran. Kemudian memang mudah urusan kau ke university lepas dapat 18 A+++++++++++++ dalam SPM. Semua company akan berebut2 untuk menaja kau buat degree. Lagi senang buat master teruslah. Baru sesuai dengan kegeligaan kepala hotak kau tu. Kemudian kau pun teruja untuk memilih kos-kos yang powerful untuk membuktikan yang kau memang tererrrrrrrrrr! Yang kalau nak sebut subjek2 yang ko amik tu memang tergeliat lidah makpak kau.

Masa diuniversiti pulak, sungguh pulun ko study nak. Sampai tak sempat nak bercakap dengan orang (tapi bercinta pandaiiiiiii :P), sampai tak sempat nak belajar bersosial. Tak sempat nak berpublic speaking. Tak sempat tak sempat tak sempatttttttttttttttttttt! Anyway kau tak perasan pun. Nanti bila pergi interview esok baru ko perasan yang kau tak reti pun nak jawab apa bila tukang interview tu tanya “can you please tell us something about yourself?”. Masa tu baru kau rasa nak mengelupur dan larik sembunyi bawak meja. Akhirnya setelah 10 kali belajar di-interview, barulah kau berjaya diambil bekerja dengan syarikat tersohor dunia.

Akan tetapi, later in the workinglife, baru lah kau perasan yang kau tak minat langsung kerja kau sekarang. Masa tu umur dah jauh meningkat. Kau kembali ke passion lama kau, iaitu mendesign kasut. Semakin lama semakin ramai pelanggan kasut kau. Eh cantik pulak design kau yerrrr? Makin lama makin kebabom dan meletup2 rating kau sebagai sabarudin tukang kasut. Akhirnya income kau dah sama dengan pendapatan kerja opis kau. Dan akhirnya kau ambil keputusan untuk berhenti kerja dan jadi tukang kasut sepenuh masa. Oh kau sungguh happy dan agak confuse jugak. Sebab terkenang2 kata2 makpak kau masa kau kecik dulu yang kerjaya tukang kasut tidak menjamin hidup. Dan kau tertanya2 kalaulah kau tak payah belajar tentang tenaga kinetic yang berkadar terus dengan jisim dan halaju kuasa dua, dan terus masuk sekolah design kasut, tentu kau sudah lebih berjaya sekarang.

Akhirnya kau happylah dengan hidup kau sekarang sambil selalu ulang2 kat orang yang “sekarang ni aku langsung tak apply apa yang aku belajar kat sekolah dulu. Buat habis karen aje belajar susah2!”

bak kata pakcik kereta mayat,

WOHA!!!

her antics 2 comments


mama: who's your best friend at school?


arina: no one.

mama: why?

arina: nobody want to friend me.

mama: why is that, you think?

arina: because i'm the new student.

mama: i don't think so dear.

arina: yes it's true.

mama: no it's not. everybody is the same. if you are new, they are all new then.

arina: no that's not true. i AM the new student.

mama: ok. ok. so why don't you talk to your friends then?

arina: because i'm the new student.

mama: err.. can we please stop talking in circles?

arina: i don't. only you.

the only thing i love about the above, is still her english. thank god she has not lost it yet. yes, arina is more the anti-social kind. and i think i worry more than her. hahaha biasaknya mak kiasu. can't wait for her to get into standard one. one thing for sure, she never fails to amaze me! love you kiddo!



Tuesday, April 5, 2011

i resigned to the fact that 15 comments


it is still VERY MUCH the car you drive!

selama ni aku cuba bersangka baik. bahawa rakyat jelata malaysia ni semuanya humble2 belaka. orang kaya tak pandang rendah pada orang tak kaya. rakyat2 jelata boleh accept yang ada orang pakai kancil dan ada orang pakai merc. so what la kan kalau ko pakai kapalterbang sekalipun? ada aku kesah?

tapi aku sebenarnya silap besarrrrrrrrrrr disitu. rata2 malaysians masih materialistik. cakap aje dibibir yang tak kisah pakai kereta apa pun tapi hakikatnya orang akan lebih hormat kalau kita meluncur bawak kereta mewah dari bawak kereta cokia cap ayam. sah lagik sahih! jangan ada sesapa yang tak ngaku!

ceritanya gini.

aku orang sales. sebelum ni aku pakai family van untuk pergi kerja (iyerrrrr.. v.a.n.). apsal pakai van? dahhhhhhh... anak2 aku kan ramai. kena la beli van. kang tak muat kang sapa yang susah? ok ok pastu dijadikan cerita, boss aku kata 'ana tak payahlah bawak van tu, you guna aje kereta company yang spare tu. baru sesuai. van tu nampak macam nak balik kampung lah.' apa2 ajelah labu.

maka aku pun start pakai kereta company. waja sepuluh tahun lepas. yang dulunya dibawak ke segala ceruk site bagai, yang kemik kiri kanan depan belakang, yang dua pintu tak boleh nak bukak dari luar, yang window screen sangkut2 nak turun naik dan mengeluarkan bunyi yang sungguh horror sekali setiap kali aku wind down screen masa nak bayar toll, yang penuh patches berlainan kaler disana sini, yang setiap kali aku on aircond akan berbunyi aircond belt screeching macam nak rak sebatu lagi orang dah dengar, dan ada dua tiga benda istimewa lagi. WOW!!!!! aku terkesima. dan conpused jugak. adakah boss aku begitu buta dan menganggap bahawa kereta spare ini SESUAI untuk bawak ke hulu ke hilir untuk buat sales? hmmmmmm... lama aku termenung. mungkin ye. sebab katalah client nampak aku bawak waja semput ini, dah tentu2 depa kesian nakmampus kat aku dan tanpa ditanya terus depa issue order untuk tong sampah tong sampah aku. ohhhhh gituuuuuuuuu. maka bersyukurlah aku sebab dapat boss yang begitu memahami tektik2 perniagaan ulung dunia. aku rasa macam nak nangis keharuan.

berbalik kepada kisah kereta semput aku, yerrrr. sejak berwaja semput itu, barulah aku faham betapa superficialnya khalayak malaysians. banyak sungguh episod2 sadis yang aku alami semata2 kerana waja semput ku dipandang sebelah mata oleh orang kiri kanan depan belakang. pernah sekali aku pegi hotel nak jumpa client. since dah lambat aku terus ke valet parking. boleh depa tak layan aku? bolehhhhhhh????? oiiiii! kalau takat valet charge 20 hengget tu tak herannya aku. dan pernah sekali aku berwaja semput nak lunch di Saloma, KL. boleh pak guard tu suruh aku parking jauh nak mampus bawah bukit sanun sedangkan terang dan nyata kat depan2 tu ada parking? wadefak sungguh la kan. hanginnnnn aku satu badan. mentang2 la keter aku berwarna warni ngko ingat aku takdak duit???

so gitulah kawan2. gitulah sikap kita sebenarnya. jangan tak ngaku. aku sepuk kang. tapi sungguh. dengan layanan2 dari orang sekeliling yang begitu bila aku berwaja semput, aku terasa lebih kyusuk dan tawaduk, lebih hamble, lebih rasa nak lempang dan maki orang2 yang hanya tengok luaran sahaja. dan akhirnya, aku terpaksa mengaku yang riches and fames masih no. 1 di hati2 kita. termasuk aku.

shitttttttttttttt!

pardon my french 14 comments


les gens peuvent être so fucking bizarre. putain incroyable. Je me rappelle maintenant pourquoi je n'ai pas acquis de nombreuses amitiés dans le passé. parce que sans s'en rendre compte fait, je suis moi-même en garde contre les gens. les gens sont si difficiles à s'il vous plaît, peu importe de quel côté vous vous trouvez.

pas étonnant que certaines personnes peuvent obtenir vraiment foutu dans la vie. car nous avons tendance à faire des choses incroyables bizarre. et à la fin de tout cela, nous sommes ceux qui va payer.

il damnés. Je pense que la vie serait plus belle si seulement nous pouvons prendre une pause de l'humanité, de temps en temps. non?

Monday, April 4, 2011

besday lunchdate! :D 11 comments










please don't 13 comments


working attitude yang hampeh:

1. suka amik MC and/or EL pada hari Isnin dan Jumaat (semata2 sebab nak panjangkan cuti tanpa sebab musabab). pleaselah toksah dok buat perangai lagu ni. setahun sekali ok la beb. tapi bila saban bulan dok buat lagi dan lagi dan lagi; sendiri mau ingatlah. first, you are actually putting your credibility at risk. people (especially the management) will start to question your honesty and reliability. untuk aku, orang2 macam ni memamg menyusahkan. nak2 bila ada kerja2 yang masih belum disiapkan sepenuhnya. kalau kerja tu urgent, terpaksa ada orang lain pulak yang terpaksa cover untuk engkau. adilkah begitu? kalau tak suka orang buat macam tu kat kita, so please jangan buat macam tu kat orang. kalau betul2 nak cuti than please apply leave properly, through the right channel. bukannya melalui MC atau EL.

2. tak suka nak buat kerja lebih dari scope kerja. oh come on. ramai betul orang2 yang silap perception kat sini. kau ingat ko buat kerja lebih itu untuk company kah? WRONG! you are doing it only for YOU! kau buat lebih. kau yang dapat lebih. company sikitpun tak luak. duit? oh berkira pasal duit ye? ok. ok. mengikut pengalaman aku, tang duit tu memanglah kita tak dapat there and then. but the knowledge will! kan aku dah cakap, hanya dengan knowledge kita akan dapat duit lebih. knowledge first, duit second. money is to be earned. to earn it you need to prove that you are worthy of it. ko ingat company ni suka2 je bagi duit kat pekerja gitu? not a chance. just fikir gini, lagi banyak yang kita willing to do, lagi banyak yang kita belajar, dan lagi 'berharga' kita jadi. semua ilmu2 yang kita dapat tu, nobody is able to take that away from us. mana2 kita pergi tu, ilmu itu akan mengekor kita, maka kita akan survive kat mana2 tempat pun later in life.

ok dua ni dulu.

aku memang tak pernah kerja company melayu. kat company aku melayu memang kurang. tapi yang aku sedih perangai2 kat atas ni memang melayulah yang rajin dok amalkan. honestly, buat malu islam aje.

love note from my sweet darling 5 comments


i was rummaging my handbag, when i noticed a folded envelope stashed inside among the other craps. there's heart at the front, and at the right hand top corner stated my name and hubby's. i smiled. there's warmth flooding inside.

waited until i arrived at the office to take my own sweet time to read through the content. i was touched. aisyah is indeed the most sensitive one of the lots. she's keen to please, think a lot and really smart in her own quiet way. she would be the first to worry if she can't do well, that takes after me very much! :D

so here is the content. aisyah dear, mommy n ayah loves you very much, too!



Sunday, April 3, 2011

happy birthday, darling! 10 comments


esok besday laki ai tersayang. horror sungguh! mampus aku terlupa! nasib baik pepagi tadi budak2 dok sibuk nak buat card untuk ayah dia. tsk tsk tsk! rasa bersalah la pulak. tapi darling, i think you ok je kan? pasal you pun ala2 memory loss gitu kalau datang besday ai! hahhahaha!

anyway dah lama laki aku dok mintak buatkan donut lembut gebus ala2 big apple tu. tapi memandangkan aku ni lebih M dari R, maka dok termenung aje la BM tu kat dapur. so sementelahan besday, kejam gilbabs pulak kalau tak buat. maka dari pagi tadi aku dok bersinsing lengan menguli tawwwww!

ok again i need to thank sis rima dari Bisatoui (link ada kat belah kiri blog aku nih) pasal share resipe kebabom donut ni. siyes korang, makan satu nak lagi dan lagi dan lagi dan lagi. nak2 aku buat kecik2 comey lotey gitu kan.

ok darling, here are your donuts. hadiah? errrr... upah seks je, buleh dak? MUAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHA! :P






Saturday, April 2, 2011

me, time and money 7 comments


Time and money.

Have you got both? Aku sehingga kini cuba mencari equation yang meng’seimbang’kan kedua-dua factor ini. Supaya (money.x)²+ time.x + C = 0. (ok, lama gila dah tak selesaikan quadratic equation hahahha).

Aku selalu rasa yang mereka yang punya masa tentu takde duit dan orang yang punya duit tentu takda masa. Alangkah bertuahnya manusia2 yang ber’duit’ DAN ber’masa’ sekaligus di luar sana. Yes, commendable. I know.

Dulu masa di Birm, income aku menjurus kepada zero. Tapi aku punya banyak masa untuk aktiviti2 yang tak kurang pentingnya. Yang best, anak2 makan air tangan aku fully setiap hari. aku punya masa untuk berdoa kepada makanan2 tersebut agar keluarga aku makan benda2 yang berkat sahaja. (oh I seriously think this is A governing factor in developing the kids, agar jadi soleh dan solehah. Air tangan seorang ibu itu amat priceless). Aku punya masa untuk pergi majlis ilmu, mendalami hal2 dunia dari pandangan akhirat. Aku jadi lebih aman tanpa perlu bertanggungjawab dengan perkara2 yang tidak berkenaan dengan hidup aku. Oh and my bakings and cookings as well! At times aku amat rindu dengan masa2 itu. When I got to do simple things but meant so much at the end. Eventhough I love my financial freedom now, tapi kalaulah Allah takdirkan laki aku pi sambung buat phd for another 4 years kat oversea dan aku kena tinggalkan kemewahan kat msia ni, I think I would still go for it.

Dulu masa aku busy cari duit 24-7, masa aku banyak terfokus kepada dunia dan material. Time is really really scarce. Lepas punched out at 5.30pm, I’ll proceed to functions/prospective clients/biz meetings/etc. Walaupun aku selalu pujuk diri sendiri mengatakan yang this is only temporary; I’ll spend time with the kids later, when I’m richer. I’ll go to kuliah ilmu later, when I’m richer. I can give more to ummah later, when I’m richer. But honestly, how do you define ‘temporary’?. Sampai dapat income 6 figures? Unless kalau aku decide to join mana2 skim cepat kaya a’la pakmantelo, where I can jadi jutawan dalam masa 15 hari sajork, mungkin lama lagi nak tercapai niat aku tu. Truth be told, it’s seriously no ‘bed and roses’ the journey to being rich. The 'temporary' can be a very long time indeed. In betweens you need to sacrifice time and money. Meaning at times you need to sacrifice your role being a mom, a wife, a daughter. And most importantly, your role being a hamba to Allah.

Memang orang selalu akan counter aku, ‘tapi kerja dan cari duit ni kan ibadah jugak? Jadi kaya itu kan fardu kifayah untuk umat islam? Lagi kita kaya lagi kita boleh tolong ramai umat islam’. ya sungguh. Aku tak pernah sangkal semua itu. Malah orang2 kaya memang begitu senang untuk buy their way to syurga. Dengan gunakan harta2 kekayaan, wakaf, zakat dan sedekah menjadi begitu mudah untuk mereka. Adalah lagi bagus untuk umat2 islam kaya daripada miskin. Tapi ini aku bercakap untuk aku. Daripada pengalaman2 yang lepas, I know that I can’t afford to carry it all. I missed being with the kids. Monitoring their development. I missed solat Jemaah dengan keluarga. I missed attending majlis2 ilmu for my sake. I missed touching the ground and feel the flower and breathe the fresh air. Aku tak reti mana nak sumbat benda2 penting ini dalam jadual seharian yang cukup demanding, meletihkan, memenatkan. Adakah aku diciptakan untuk jadi sepenat ini? I don’t think so. Aku rasa memang aku sendiri yang cari pasal mengkomplikatedkan tujuan hidup yang mudah sebenarnya. Nak2 kita orang islam, complete guidelines sudahpun tertera dalam handbook kehidupan kita. Lagi terang dan nyata.

The thing is, dengan apa yang ada sekarang, aku masih selesa membayar zakat, bersedekah dan memperuntukkan sejumlah wang untuk aktiviti ummah. For me this is the essence of being rich in the first place, so you can give back what is due from you. So selagi aku terus berkemampuan untuk menginfakkan sebahagian rezeki aku kepada ummah in a constant basis, so I think I’m rich enough. And it’s enough.

But then again, I know my opinion is very commendable. Remember that I’m speaking for myself. People have different reasons doing different things. People have their own justifications why they do what they do. I never claimed what I’m doing is right for other people. But I’m just sharing my thoughts on things. Kalau ada kebaikannya, maka baiklah ia.

Salam hari Sabtu. (yes I’m working today :P)

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger