Wednesday, May 26, 2010

melayu II

aku start bekerja pada 1 July 1999. sehingga 31 August 2009. dalam 10 tahun. rezeki aku sepanjang 1o tahun itu, aku bekerja dengan company2 yang didominasi oleh kaum cayanunalip. kat company pertama, i was the only malay in the whole company masa aku start kerja situ. kat company kedua pula, i was the only malay in the department, and the only malay ever made manager during my time.

the first 5-6 years, honestly, aku terasa hebat. well, you know how they are. work wise, memang tip top. menjadikan aku seorang yang tip top jugak. money is what mattered most. hidup dan mati, kerana duit. ok.. ok.. aku over kot, tapinya itu yang boleh aku buat kesimpulan. dan ketika itu, i seriously work for the money. depa memang pandai. pandai ambil hati. pandai appreciate. as long as you deliver, you will be remunerated handsomely. and i delivered big time. so aku adalah asset mereka. dan aku suka duit mereka. so it seemed.

dan aku mula terbuka mata ketika masuk tahun2 akhir bekerja sebelum cuti setahun. honestly, aku sudah mula rasa semak dikelilingi mereka-mereka itu. aku semak bila mereka menganggap aku adalah sebahagian dari mereka. padahal aku tidak. dan aku tidak pernah ingin jadi sebahagian dari mereka. aku tidak berbangga berhempas pulas kerja untuk mereka. aku jadi semakin semak bila mereka mula memperlekehkan orang melayu di depan aku. of course, bukan aku yang mereka maksudkan, tapi sedarlah wahai kamu, aku orang melayu. mengutuk melayu, samalah seperti engkau mengutuk aku.

mereka mentertawakan melayu2 yang bekerja sebagai bartender dikelab2 eksklusif kerana melayu2 itu tidak tahu jenis2 wine dan beer yang mereka order. mereka mentertawakan melayu2 yang suka minta rasuah untuk luluskan projek2 mereka. mereka bertanya kepada aku kenapa melayu ramai anak tetapi tidak pandai menjaga anak2? mereka memperlekehkan ahli2 politik melayu yang tidak habis2 bergelut sesama sendiri. mereka kasihan dengan orang melayu malaysia yang tidak setara dengan orang melayu singapura (wth??). ya. mereka ketawa dengan penuh sinis.

dan aku hanya mampu tersenyum pahit. kerana memang betul cerita mereka tentang bartender melayu tak sedar diri itu, tentang melayu2 yang makan rasuah itu, tentang melayu2 yang buang bayi itu, tentang ahli2 politik melayu itu. semuanya betul.

dan aku semak. aku sedih. aku meluat. aku marah. aku tau melayu memang tak perfect. tapi sila jangan kutuk melayu depan aku, seolah2 aku adalah engkau. please GTH. apa kau ingat bangsa kau tu bagus sangat? mulia sangat? nama sahaja malaysian tapi cakap BM masih tergagap2. bangga sangatkah tidak tahu berbahasa kebangsaan sendiri? seburuk2 melayu, kami masih percaya pada syurga dan neraka. masih punya agama. tapi engkau? engkau hanya nampak duit. tuhan engkau hanya duit. dan aku berpendapat itu adalah sekeji2 manusia.

jadi aku sudah letih sebetulnya. surely i'm not meant to be there forever?

18 comments:

Crazee Choc's said...

saya pun sedih dgn melayu kita.... tp kalau org kutuk melayu say pasti terasa.. especially yg kutuk tu bangsa lain... depa tu bukan la bagus sgt... ni semua salah british dulu yg letak org melayu keje kat kampung2,,, bengong punya british (apa kes?)

MLCB said...

Saya mat salih.

knv said...

marisa
rasanya dah tak sesuai nak salahkan british tu. dah lama bebenor. takkan tak belajar2 lagi kot? hahhahah! :P

cikgetah
hahahhaha... patutlah peluk2 edward cullen lagik hahahhaha! :P

KS said...

Orang2 seperti itu patut hantar ke btn kenegaraan. Baru tahu sedar diri (akak akan pergi ni nanti kalau ada rezeki hehe)

tapikan kak, kalau akak dah dalam 'system', akak akan lagi nampak segala keburukan orang melayu especially our politicians. Mmg memualkan. I hope u're ready for that.

Mamaboyz said...

knv,
hope you can get your ptd job, i believe the public service needs u

errr sabtu ni ada rumah tak? sudi tak menerima kitorang sbg tetamu? :D

Fid said...

knv
sebab yg dok layu tuh
tapikan satu lg PELUANG
kalau dibalami mmg haru
hang tau knv sejak aku ambik kerja bidang baru
me no longer engineer u tau
me la ni designer!!kjkakak
engineer la juga but tak direct dan tukaq boss dan ada peluang...
tiba2 bos2 lama semua kejung melihat
awat aku bkn macam aku??
baru depa tau aku depa balam atau aku yg kelam...

dan melayu yg alpa tetap wujud
asyik nak bodeekksssss pun ada

aku baru jadi saksi kes melayu cari pasal ngan bumiputera...siot bdak bongok kembang payung tuh...ikutkan aku nak ja aku minta ijin bos cayanunalip nak lempang bdak ngoks tu

Min Aina Ila Aina said...

Saja tanya, akak taknak tukar profesion jd pendidik? pendidik anak2 Melayu.

Ms Lola said...

mereka mentertawakan melayu2 yang suka minta rasuah untuk luluskan projek2 mereka

mereka bertanya kepada aku kenapa melayu ramai anak tetapi tidak pandai menjaga anak2?

-> Ini mmg fakta. Dan mulut org kita tak boleh nak tutup - baik melayu, cina & india & omputih sekalipun. Apa yg boleh kita buat, is to prove them wrong. Tak payah buang masa nak fikir kenapa org cakap mcm tu, org ckp mcm ni. well, kalau takde keja dan nak mengisi masa lapang, boleh lah nak fikir - tapi lepas tu boleh buat apa? kutuk diorg balik? (kalau kutuk-mengutuk boleh membuat diri terasa bahagia, by all means kutuklah...)


nama sahaja malaysian tapi cakap BM masih tergagap2
-> Sepatutnya dlm perlembagaan kena sebut - definisi ORANG MALAYSIA ialah orang yg boleh bertutur dlm BM dgn baik.

p/s: SUBSIDI (yg tidak munasabah) harus dihentikan!!! *tiba-tiba*

mak encik | SZ said...

tumpang sedih...tp itu lah hakikatnya...susah betul kita nak bersatu, tp secara automatik bila jadik kaum minoriti / berdagang/ berhijrah ke tempat orang, sifat itu akan wujud...

HUda said...

setuju sangat dengan segala pertuduhan yang dibacakan itu yang arif!!! memang melayu kita yang ada disekeliling kita terutama yang mentadbir amatlah nipis pengimanan tanggungjawab mereka..membiarkan diri dicerca hena sebegitu rupa..amatlah sedih..justeru itu kita amat sgt memerlukan org2 spt knv dalam sistem yang gah itu adanya...
(aku konpius berucap di mana ni haha apa2 pun aku setujuuu!!!)

liadevega said...

Ya Allah Ana, sangat hampir kisah hang dgn kisah aku few years back...

aku keje kat this mnc yg dikuasai oleh cayanunalip gak..aku masuk terus jadi asst manager kat this department (48 org) yg semuanya non-muslim...dah la aku baru, melayu, superior depa lagi..depa sgt2 skeptikal kat aku sampai la i can prove them wrong...pastu bermulalah episod2 tak sensitif ngan org melayu muslim ni... meeting sembang bahasa depa, buat happy hour kat pub, serve alcohol depan2 aku, kutuk2 politician melayu, caterer functions non-muslim...blabla..aku sungguh stress tp nasib baik my boss tu sgt baik sbb tu aku keje sampai 2 tahun kat situ sblm aku menerjunkan diri utk mendidik ANAK2 MELAYU... now i have no regrets at all.

Along said...

Sadly I have to agree with some of the statement made by your chayanunalip friends. TAPI....tak semua melayu macam tu. Dan x semua bangsa2 yg lain tu best. You cannot stereotype.

But I respect la, you can survive for so long in that environment. If it was me, I think I would have quitted after a year.

Good luck with your next job!!

knv said...

ks
memualkan ek? sapa yang patut pi btn? yang C ke yang M? :P

doc
alamak, cadangnya nak ke newcastle. lama ke singgah birm?

fid
balam tu apa? melayu carik pasal ngan bumiputera? tak paham aku weh! :P

MAIA
ni tengah mendidik la ni.. :P

lola
sebab fakta la memang tak buleh nak kata apa. sengih aje la walau telinga pedih. sebenarnya buleh aje nak mengata depa part2 yang lain tu, tapinya malas nak carik pasal. dah sah2 tak sesuai. lama2 itu yang buat semak jiwa raga tu.

tarik subsidi? lucut warganegara aje boleh tak? you wouldn't believe how bad it can be. :D

mss
yang lagi sadis, kat negara sendiri tak nak bersatu, kat negara orang pun tak nak bersatu jugak hahahhaha :P

ude
oh kau lebih mengetahui, kan? muahahahahhahahah! siapakah yang dicerca itu? mereka dan keluarga mereka jugakk!!! :P

lia
oh memang best dapat keluar dari environment tu kan? heaven! aku jeles ngan hang :D

along
sebab betullah sedih. sebab betullah semak. kalau tak betul memang carik pasal la ngata gitu kan? memang tak semua. masa depa dok ngata tu as if i takkan terasa. sebab they see me differently. apakejadah entah.. :P

Fid said...

knv
buka la kamus dewan
terbalam balam...aku nak translate ngan google translate ke???

ahaa
kan ada kaun bumi depa bkn melayu
sama Islam la

ada bdak ni haa
gaduh
hal kecik jaaa

Mamaboyz said...

ok takpe kalau gitu, kejap je spend one night sbb kitorang on the way to cornwall and portsmouth

see u some other time!

MS said...

tapi knv, bangsa diorg pun sama jek. their politician. diorg pun ada buang baby. ada kes ah long...tapi, mmg melayu mcm tu pun. fakta tapi nak buat cemana...sobsob

knv said...

fid
aku tak tengok lagi kamus hahahha

doc
insyaallah nanti jumpa :D btw kami tak pi mana pun. tetiba my hubby ada kerja. esok baru nak jalan. tinggal rumah sapa sabtu lepas? mana tau kot2 kenal pulak.

mommysarah
actually depa pun banyak yang huduh gak. cuma kita ni memang bukan jenis suka ngata2 orang nih. kalau ikutkan boleh aje nak maki berbakul2 :P

ena said...

oleh kerana daku da terlambat, nak komen pendet je pasal...

"mereka kasihan dengan orang melayu malaysia yang tidak setara dengan orang melayu singapura"

apa yg ada pada melayu spura? ada buditatabahasa? ada ramah tamah?? ada?ada??

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger