Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Saturday, January 7, 2012

merlin season 4 19 comments


kami anak beranak dah khatam merlin season 4. best gilosss! thanks to the kedai dvd haram yang jual the compilations dengan harga yang murah; this is definitely one of the series yang worth our time and money. parents and kids loved it to the max.

aku memang ketandusan cerita nak ditengok. ketandusan masa yang sebenornya. weekday toksah cerita la. balik rumah aje mengadap anak2 sampai pukul sepuluh. by then aku pun nak pengsan dah. weekend ajelah kalau sempat nengok CSI atau movies2 lama kat HBO. aku haram tak tau perkembangan cerita2 melayu terkini mahupun tak terkini. kengkadang rasa macam dok dalam gua pulak. aku cuba jugak nak ikuti satu dua drama melayu, tapinya rasa macam bodoh sgt pulak lepas tu. tak tercapai akalku apa yang cuba disampaikan dalam cerita2 tu. so we passed.

back to merlin. aku rasa cerita ni memang sesuai dengan seisi keluarga. cukup semua element dalam tu. saspen, loveydovey, magic, orang kacak dan cantik, plot yang bagus, etc etc. arthur itu sungguh hansam ok? dan morgana jugak. owh sungguh exquisite witch itu. love her flawless face. ya allah, aku mahu cantik macam itu juga kat syurga nanti. :D

akhirnya kawin jugak arthur dengan gwen. Queen Guinevere. yippieeee! tapi tak puas hati sebab gwen tak cantik sangat hahahha. patutnya depa amik hallebarry jadik gwen tu hahah. tapi sebelum jadi kawin tu amat horror sekali sebab lancelot came back from the dead dan goda si Gwen balik. arthur saw them kissing dan telah mengamuk. gwen was exiled but later get back together. dan morgana sungguh kasihan sekali. bersungguh2 pompuan tu cuba nak gagalkan arthur tapi tak menjadi. thanks to merlin. lagi satu tak puas hati apsal merlin tak exposed himself to arthur even until the last episode. frust aku tengok arthur dok lekeh2kan si merlin yang dok berkorban banyak untuk dia. but arthur a good soul.

all in all, memang puasa hati. sapa yang teringin nak join merathon merlin sila beli aje the complete dvd dikedai yang berdekatan.

sorry terpecah rahsia kat sini hahahahhaha! :P

Wednesday, November 23, 2011

4 of 40 4 comments



Hadis empat puluh adalah koleksi hadis-hadis yang disusun oleh Imam Nawawi di dalam kitab karangannya yang bernama Matan Arba'in. Terdapat sebanyak empat puluh dua buah hadis sabda junjungan Nabi Muhammad SAW yang membicarakan mengenai akidah dan tauhid di dalam Islam. Pentingnya karya Imam Nawawi ini sehingga Ibnu Hajar mengarang sebuah kitab bernama Fathul Mubin Li-Syarhil Arba'in yang mengupas dan mebincangkan hadis-hadis himpunan Imam Nawawi.

Aku tertarik dengan Hadis 4 yang berbunyi:

"Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas'ud r.a, katanya Rasulullah SAW telah menceritakan kepada kami, sedangkan baginda seorang yang benar dan dibenarkan kata-katanya, sabdanya : 'Sesungguhnya sesaorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa setitik air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama itu pula, kemudian seketul daging seperti yand demikian itu juga, iaitu 40 hari. Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan menulis empat pekara : rezekinya, ajalnya, amalannya, celaka dan bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain daripadaNya, sesungguhnya sesaorang kamu itu tetap akan beramal dengan amalan ahli syurga sehinggalah di antaranya dengan syurga itu jaraknya cuma sehasta sahaja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya (suratan takdir) sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya sesaorang kamu tetap akan beramal dengan amalan ahli neraka sehinggalah di antara dirinya dengan neraka cuma sehasta saja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya sehingga dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka akhirnya masuklah dia ke dalam syurga itu."

Pada aku, hadis ini amat significant and relevant untuk ditilik-tilik dan direnung-renung oleh umat islam sekarang ni. agar kita boleh memupuk kasih sayang antara satu sama lain. agar kita tidak tergamak untuk mencela orang lain. agar kita tidak merasa diri hebat dalam hal amal ibadat. agar kita appreciate perbezaan yang hadir antara kita dan manusia lain.

sesungguhnya, hanya Allah yang tau kemana kita akan pergi. iman yang dicampak dalam hati kita, Allah boleh rentap pada bila2 masa yang Dia suka. iman dan hidayah itu hak Allah secara eksklusif. kalau ditakdir kita ke syurga, itu semata2 kerana rahmat Allah. sebab itu dibawakan kepada kita kisah seorang pelacur yang masuk syurga akhirnya hanya kerana menolong seekor anjing untuk minum. kita sendiri tidak akan tahu apakah amalan kita yang boleh membantu kita untuk ke syurga. hanya Allah yang lebih mengetahui.

hadis ini pada aku dapat membantu manusia untuk tidak prejudis dengan orang lain dan tidak riak dengan amalan sendiri. sudah sampai masanya kita memandang semua orang dengan pandangan kasih sayang. sudah sampai masanya kita sebarkan yang baik-baik sahaja. sudah sampai masanya kita memperdengarkan tentang keindahan islam kepada orang lain. sudah sampai masanya kita berfikir sebelum mulut kita laju dalam mengata dan mengeji orang. biarlah kita sibuk memperbaiki diri sendiri sehingga kita tiada masa untuk melihat kesilapan orang lain.

marilah sama sama berdoa agar dipertingkatkan iman dan taqwa kita sebagai manusia. marilah sama sama berdoa agar hidayah sampai kepada kita dan orang2 yang kita sayangi. marilah sama2 berdoa agar hidayah dan iman itu kekal dalam hati-hati kita sehingga hembusan nafas yang terakhir.

amin ya rabbal a'lameen.

Thursday, November 3, 2011

feel the power 9 comments




to those yang sedang berjinak-jinak mahupun hanya berniat untuk mengamalkan solat malam, i highly recommend this book.

it will give you an immediate boost and a sense of refreshment. with a deeper understanding on why we need to emphasis on solat malam.

give it a try. may it gives you strength to wake up in the wee hours untuk berbisik bisik dengan Allah yang Maha Agung. untuk bersama2 para malaikat yang sentiasa berzikir kepada Allah.

it can be the one AND only answer you've been looking for all your life.


Saturday, October 1, 2011

fantastico!!!! 10 comments


awesome!
impressionnant!
ontzagwekkend!
terrível!
ehrfürchtige!
minunat!
.


.


.


.


.


.


.


.


.


..


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


..


.


.


.


.


.


.


.


..


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.









thanks so much MIO for picking me as the lucky one! akak doakan agar kamu dilimpahi rahmat, kasih sayang serta pengampunan Allah sentiasa. insyaAllah tidak sia2 quran digital ini. tried and tested yesterday. the whole family is excited about it! my father was saying how he has been wanting to buy this all this while. dan kebetulan it was my father's birthday wednesday the 28th Sept. so it was the PERFECT gift for my father!

loved the sleekness! i'm thinking of buying another one for the kids jugak. senang sungguh nak check bacaan tajwid semua. and the translation!!!! love it to the max!!! i tell you this is one gadjet worth buying! syukur kita hidup dalam zaman teknologi canggih macam ni. memang tiada alasan lagi untuk tidak menuntut ilmu. tiada alasan lagi untuk kata, 'saya tak tahu'. SubhanAllah, Walhamdulillah, Laailahaillallah, Allahukabar!

thanks again MIO. you are the best!

:D

Tuesday, April 12, 2011

90% pelanggan kedai judi adalah orang melayu islam 12 comments


wadehelllllll???

cewah cewah macam seprais sangat padahal tak seprais pun hahahha. errrr.. tetiba aku rasa macam berada di las vegas la pulak muahahha! :P

kesiannya bangsa aku. camana boleh berangan2 nak kaya dengan berjudi? kesian. kesian. tapi better la jugak dari lanun2 skim piramid cepat kaya tu yang dok kaut duit orang lain untuk kemeslahatan diri sendiri. at least berjudi ni sorang2 kan? kat akhirat sok kena belasah sorang2 je kan? so orang lain sila jangan campur :P.

macam2 statistik haru kat msia sekarang ni.

antaranya; setiap 15 minit akan berlaku SATU kes cerai dikalangan pasangan melayu. ini dari mahkamah syariah.

hmmmm....

Thursday, April 7, 2011

a point worth pondering! 5 comments


nicely written by faisal tehrani. isu ini aku dah lama berdebat dengan laki aku yang juga orang gomen. i wish the system is improving a the moment, or at least they have put some thought on it.

any ptd who would like to give their insight? you are very much welcomed!


"Bagi mengelakkan berlakunya kesilapan yang sengaja atau tidak atau kerana kejahilan seseorang maka pihak Jabatan Perkhidmatan Awam seharusnya melihat semua sistem dan tatacara pelantikan dan penempatan pegawai terutamanya PTD yang menguasai hampir semua jawatan-jawatan penting dalam kerajaan termasuk bidang-bidang yang bukan kemahiran mereka.

Bagi jawatan Pengarah Jabatan Agama misalnya walau pun nak diletakkan PTD (M) padahal sepatutnya ustaz-ustaz (S) yang lebih layak, maka hantarlah PTD yang mempunyai latar belakang agama ke Jabatan Agama. Ramai juga pegawai PTD yang berlatar belakang agama yang mampu untuk mentadbir dan mengetuai Jabatan Agama.

Kita melihat bekas Pengarah Jais (nota saya: Mohamad Khusrin Munawi) bukanlah berlatar belakangkan agama dan kita tidak tahu pula apakah Pengarah Baru sekarang yang dilantik itu adakah mempunyai latar belakang agama atau tidak.

Sebaiknya berilah peluang kepada ustaz-ustaz di Jabatan Agama itu untuk mengetuai Jabatan Agama supaya hal berkaitan dengan agama dapat ditangani dengan lebih baik dan tidak menimbulkan fitnah dan memburukkan nama penjawat awam khususnya PTD ketika memberi komen kepada pihak media yang juga "ba ya nga wau nga" dan "murakkab".

PTD yang generalis itu perlu berada dalam kerangka 8 bidang sahaja. Bila berkaitan dengan agama maka kembalikan orang agama mengetuainya dan bukan PTD yang mencacatkan Jabatan Agama dan agama keseluruhannya. Jelas ianya menampakkan kejahilan PTD dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pengarah JAIS dan seterusnya memalukan perkhidmatan awam keseluruhannya kerana telah menjadi berita antarabangsa."

complete article CLICK HERE


wow! 6 comments


"The Government will seek input from parents before deciding on the teaching of Science and Mathematics in English in schools, said Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak."


err, masih belum diputuskan kah?

Saturday, August 7, 2010

ustaz kazim elias yang cool 5 comments


adalah antara idola aku, antara aku sedar atau tidak.

suara dia adalah peneman setia aku sepanjang menetap di birmingham ini. sekarang ini kalau tidak mendengar dia every other day, jiwa rasa resah gelisah. macam ketagih syabu pulak.. hahahha.. (eh eh eh, pernah ke menagih syabu dulu? :P)

aku suka juga dengar ceramah2 agama untuk makanan jiwa, orang kampung kata soul food gitu. :P majlis ilmu itu seharusnya kerap dikunjungi. dan sekarang sudah canggih. walaupun tidak mampu ke masjid saban hari, tidak mampu ke kuliah agama saban minggu, tidak kuasa ke usrah saban bulan, internet itu dekat sahaja. thanks to the internet orang2 jauh macam aku ni kiranya boleh la jugak nak touch base.

i think he's one of the coolest nice guy around. :D dia tidaklah semuda Ustaz Hasrizal dari SaifulIslam.com mahupun seperti Ustaz Zaharrudin di Leicester ataupun Dr. MAZA di Minda Tajdid. sebab itulah agaknya dia tidak begitu popular dikalangan orang2 muda macam aku (eh muda ke? :P).

anyway, i started listening to him after gotten a link from a website. masa tu tengah nak masak. boring2 maka aku pun bukak speaker besar2. masuk je 5 minit pertama, aku boleh confirm yang aku suka kat dia. jatuh hati. tertawan. cantik tertarik menarik da bomb! :D seperti bila kita masuk kelas pertama bersama cikgu yang baru. of course we expect the worst. tapi it turned out, it was one of the best usrah i've ever attended, virtually.

dia mengajar dengan penuh hikmah. penuh bersahaja. penuh ceria. penuh makna. he's naturally a good teacher. dia sendiri kata, cikgu yang baik ialah cikgu yang 'memudahkan' ilmu untuk sampai kepada anak2 murid. dia antara cikgu2 yang bila menegur kita buat silap, kita terasa nak menangis sebab rasa bersalah instead of rasa nak marah sebab cikgu provoke dengan cara yang menjengkelkan. he's real cool.

aku suka bila dia berjaya buat aku berfikir out of the box. dia mengajar yang islam itu tidak sempit. islam itu mudah walaupun penuh dengan hukum dan tatasusila. dia juga mengingatkan aku yang semua perkara dalam islam ada hitam putihnya. mengingatkan aku agar islam diambil as a whole, not as parts. dia membuatkan aku ingin menyesuaikan diri aku dengan islam, dan bukan menyesuaikan islam dengan aku. mengingatkan aku yang seburuk2 manusia ada baiknya, dan sebaik2 manusia ada buruknya. jadi tak payah prejudice dengan orang lain. mengingatkan aku yang islam itu sepatutnya destiny. islam itu matlamat. dan tak kisah apa alat pun yang kita guna untuk capai matlamat itu. dia menyarankan walaupun duit itu bukan segalanya, tapi orang kaya yang beriman adalah better dari orang miskin yang beriman. jadi tak salah langsung untuk cari duit macam nak mati asalkan lillahhitaa'la.

dia juga ingatkan aku yang benda2 susah yang kita buat atas dunia ni, semuanya berpahala. sebab tu kerja tu susah. sebab tu taat beribadat itu susah. sebab tu didik anak tu susah. sebab tu nak taat kat suami tu susah. sebab tu nak bersedekah itu susah dan berat. pasal Allah nak bagi pahala. dan Allah tak bagi pahala itu dengan sia-sia. semuanya ada harganya. jadi tak payahlah susah2 nak mengeluh.

dan ada orang tanya dia tentang cita-citanya. tentang kenapa dia buat banyak benda tak henti-henti dari muda sampai ke tua. jawabnya satu sahaja.

"saya nak masuk syurga"

without pretentious.

i think that's cool. :D

Friday, May 28, 2010

female genital mutilation 8 comments



aku baca buku ni dalam 10 tahun lepas. antara buku2 yang harus dibaca untuk meluaskan pengetahuan tanpa perlu berjalan jauh.

mostly about a different definition on woman circumcision. how a girl fight her right about not wanting to be circumcised. because according to the way it was done in Togo, Africa; it was an horrifying demented barbaric ritual.

bila datang sini tiba2 aku teringat balik cerita ini. i thought people no longer practise FGM nowadays. tapi bila borak2 dengan seorang nurse melayu muslim yang kerja dihospital sini, rupa2nya masih ada yang mengamalkannya. oleh sebab itu, semasa ingin mendaftar kelahiran bayi di sini, akan ada satu kotak yang harus ditanda oleh parents; iaitu bahagian circumcision. kepada makpak yang tick yes; maka siaplah akan disoal siasat oleh polis. apparently, ada ibu yang dipenjarakan kerana mengaku ingin circumcisedkan bayi perempuan mereka.

kakak nurse itu bercerita, FGM ini banyak diamalkan oleh kaum2 black muslim di Africa sana. dan definasi bersunat mereka amat dahsyat. sebahagian besar kemaluan seperti dicantas terus. yang tinggal hanya lubang kencing. amat berbeza dengan yang kita amalkan dimalaysia. jadi bila masa mahu melahirkan bayi, doktor disini terpaksa menstruktur semula kemaluan ibu agar dapat membantu mengeluarkan bayi dengan selamat. horror, bukan? dan British government amat prihatin dengan segala istilah woman circumsion since they will equate that to FGM.

so cerita ini menarik perhatian aku kepada beberapa isu besar:-

1) About FGM in nature. Aku tak sure samada ritual ini masih lagi diamalkan oleh orang2 islam atau tidak. aku harap tidak.

2) Yang menyedihkan, aku nampak buku ini adalah dapat memportraykan Islam sebagai satu agama extreme yang menyusahkan umatnya. sedangkan aku rasa ritual FGM ini bukan datangnya dari ajaran Islam, tapi berasal dari budaya dan tradisi kaum yang mengamalkan FGM sendiri. bagi mereka anak2 perempuan tidak suci dan sempurna sekiranya tidak disunatkan begitu. regardless that, when a non-muslim read this book, i bet they will sneer at the muslims. kepada yang dah baca buku ni, what do you think?

3) Dan yang sedih jugak, disebabkan perempuan itu tiada tempat mengadu, beliau terpaksa melarikan diri sampai ke US to fight for the political asylum. menunjukkan juga yang masyarakat islam sekitar tidak mampu untuk membantu gadis malang ini. oh ini memang sedih.

4) Dan agak menarik, perempuan itu ditolong oleh seorang peguam wanita US yang beragama Bahai. jadi buku ini juga sebenarnya adalah satu dakwah pihak Bahai. Laili Miller Bashir, the co-writer adalah peguam wanita Bahai itu. dan kalau baca tentang usaha2 mereka menolong perempuan ini tanpa mintak duit satu sen pun, kita akan terhumble sendiri. it was a long and tiresome journey.

again termalu sendiri sebagai umat islam. berjuta muslims dalam dunia, and the only people willing to help this girl are the non-muslims :(. dan buat aku tertanya-tanya, kita orang islam ada tak yang boleh tulis buku kisah benar seperti ini untuk berdakwah? aku terfikir macam faisal tehrani, habiburrahman dan prof kamil. btw kalau nak tau pasal agama Bahai, sila klik sini.

5) Aku berharap sangat yang Fauziya itu tidak putus asa dengan Islam dan rahmat Allah. aku tak taulah apa cerita dia sekarang. tapinya at the end of the seemingly endless fighting with the court and with the people back home, she was finally granted the asylum in the US. aku cuma harap dia masih islam dan tidak convert kepada agama lain.

Wow, look at how one book can add to your perception of life. Selamat membaca. :)


 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger