Thursday, April 7, 2011

a point worth pondering!


nicely written by faisal tehrani. isu ini aku dah lama berdebat dengan laki aku yang juga orang gomen. i wish the system is improving a the moment, or at least they have put some thought on it.

any ptd who would like to give their insight? you are very much welcomed!


"Bagi mengelakkan berlakunya kesilapan yang sengaja atau tidak atau kerana kejahilan seseorang maka pihak Jabatan Perkhidmatan Awam seharusnya melihat semua sistem dan tatacara pelantikan dan penempatan pegawai terutamanya PTD yang menguasai hampir semua jawatan-jawatan penting dalam kerajaan termasuk bidang-bidang yang bukan kemahiran mereka.

Bagi jawatan Pengarah Jabatan Agama misalnya walau pun nak diletakkan PTD (M) padahal sepatutnya ustaz-ustaz (S) yang lebih layak, maka hantarlah PTD yang mempunyai latar belakang agama ke Jabatan Agama. Ramai juga pegawai PTD yang berlatar belakang agama yang mampu untuk mentadbir dan mengetuai Jabatan Agama.

Kita melihat bekas Pengarah Jais (nota saya: Mohamad Khusrin Munawi) bukanlah berlatar belakangkan agama dan kita tidak tahu pula apakah Pengarah Baru sekarang yang dilantik itu adakah mempunyai latar belakang agama atau tidak.

Sebaiknya berilah peluang kepada ustaz-ustaz di Jabatan Agama itu untuk mengetuai Jabatan Agama supaya hal berkaitan dengan agama dapat ditangani dengan lebih baik dan tidak menimbulkan fitnah dan memburukkan nama penjawat awam khususnya PTD ketika memberi komen kepada pihak media yang juga "ba ya nga wau nga" dan "murakkab".

PTD yang generalis itu perlu berada dalam kerangka 8 bidang sahaja. Bila berkaitan dengan agama maka kembalikan orang agama mengetuainya dan bukan PTD yang mencacatkan Jabatan Agama dan agama keseluruhannya. Jelas ianya menampakkan kejahilan PTD dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pengarah JAIS dan seterusnya memalukan perkhidmatan awam keseluruhannya kerana telah menjadi berita antarabangsa."

complete article CLICK HERE


5 comments:

Unknown said...

Jgn kata bidang agama je kak, adik saya mengadu ptd ofis dia pun hampeh.. Mcm tong kosong.. Sbb bukan dr bidang yang sepatutnya..

DeeYa said...

hmm.. yang jadi penulis novel mengeluarkan nas dari al-Quran dan hadis pun patut ada tanggungjawab untuk merujuk dari sumber yang tepat tentang terjemahan dan penggunaan al-Quran dan Hadis2 tu. jgn jadi jahil muraqab.

knv said...

mast, ye semua bidang pun applicable.

mar, u r talking about FT?

Anonymous said...

I think ada plus and minus ...
Yes, the Ustazs are good in the field re Islam etc, ideally they should be leading the Jab Agama Islam instead of PTD. (Excuse my minimal knowledge of what PTDs are, setahu aku, Govt servant 'creme de la creme'). However, I think some top positions are better taken by 'management' material with sufficient knowledge of the field, in this case to agree with "management with sound Islamic background' to manage. Let the Ustazs do what they do best, educate/enlighten us, and let the PTDs run the 'management' role yang penuh dengan bebanan politik, social, and pura2..again with penuh tanggungjawab terhadap the 'field' (baik sangka).

Unfortunately, just like dunia sekarang, Jab Agama Islam needs sound finances, solid direction to be able to operate (nak bayar gaji) etc. Not saying the Ustaz tak boleh, but prefer not to divert their expertise to do something yang new/tak perlu for them and crumble both. Dah lah tak ramai... eg: Would you let, Nik Aziz to run Malaysia, continue global trade, Islamic Finances, meet the Westerners, nego education exchange, Nego technological exchange, Military, global policy, OICs, at the same time, for him to be what he does best, Imamkan us all (sesuci-sucinya).. ? If you feel okay about this, then Yes the Ustazs should run Jab Agama Islam. And the next question - are they capable to do these?

Oh oh...a huge number of successful hospitals are NOT run by doctors... :)

Hahahhaha berjela...

knv said...

mek, aku tak tau kat luar, tapi kalau kat msia the system's still very much commendable. yang aku nampak silap besar ialah bila orang yang manage tu bukan dari bidang yang sepatutnya. bukan hanya jabatan agama islam,tapi juga untuk bidang2 teknikal macam jkr, jba, etc.

how do we explain somebody from law school have to make technical decision dalam jkr (contoh). memang la ada technical advisor but still, benda2 macam ni you need to live it first to understand it. tu pasal gomen sampai terpaksa hantar mamat2 yang social science ni pegi buat master pulak dalam transport engineering semata2 kerana mamat2 tu adalah menejer2 di kementerian pengangkutan. why? tak bolehkah dari awal2 lagi menejer2 ini dilantik dari kalangan jurutera2 yang at least ada basic dalam mechanics? i just don't get it. but that's what's happening in malaysia. and i tell you if only malaysia stop doing this, we will be saving a lot of unnecessary elements out there.

nik aziz? oh, aku hope dia boleh buat semua yang kau tulis tu. sepatutnya seorang tokoh islam memang harus berkaliber macam tu. contoh terbaik, Muhammad saw.

wallahualam.

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger