Showing posts with label on the news. Show all posts
Showing posts with label on the news. Show all posts

Saturday, May 21, 2011

the happenings 12 comments


1. kejadian tanah runtuh hulu langat. semasa aku tulis ni, confirmed 2 orang anak2 telah arwah. i bet they're already in heaven now, re-united with the moms or dads. al-fatihah untuk mereka. kita yang tinggal ni tak tau macamana lagi nasibnya kelak.

2. been quite 'exciting' weeks for me. laki aku tiga minggu outstation. so hal anak2, terpaksalah dipikul diatas batu jemala patik ni saja. aku agak hairan pasal apa aku rasa exhausted sesangat bila laki aku takdak. padahal kalau dia ada pun, aku jugak yang do most of the stuff kat rumah. but somehow, aku tetap terasa macam patah tangan sikit semenjak dia takde. and i surprised myself by missing him so much now. macam ada rasa lawang dalam jiwa. begitukah rasanya kalau your other half's gone? then he is indeed the other half. (eh eh baru perasan ke? :P)

3. dan kami sekarang dalam proses membeli dan menjual harta-harta saddiq segaraga yang berada didalam dan diluar negara. :P jadi amat letih meng'entertain' buyer dari rumah ke rumah. real estate is an exhausting job, no matter how exciting. i better stuck to selling tong sampah then hahaha. tetiba terasa bertambah letih teringatkan tong sampah.

4. out of the blue, the company offer me 'partnership'. gilos! but i have to buy the equities. mana aku nak cekau cash ratus ribu boss oiii! pinjam kat engkau dulu boleh? yes yes. indeed exciting. concern aku hanya satu, bolehkah i manage being an 'owner' instead of just a worker? subhanallah rasa tak tertanggung beban dibahu ni. i'm no superworker. nothing near a good salesperson. boleh ke aku deliver tanggungjawab besau tu? honestly, i'm scared like hell. dan serabut. dan serabut. dan serabut. they need me to make up my mind fast. and i'm scared. hell.

5. workwise, ni tengah serabut rush out for 8 tenders simulataneously. macam2 hal. aku doa semoga anak2 buah aku competent la hendaknya buat kerja masing2. semalam aku ke sabah untuk presentation ke client. next week mungkin kena turun tawau pulak for the site visits. letih toksah cakap la.

6. dan insyaallah, 1-4 june, aku akan fly off to join my husband. without the kids! strangely, for the very first time, i am really looking forward to be with him without the kids. yep, aku pi sorang je. kebetulan cuti sekolah, maka dengan happynya aku tinggalkan budak2 ngan makayah. serious. i need this vacation. the exhaustion practically crawling under my skin. nak komplen banyak2 pun tak guna jugak. so there, we are honeymooning just the two of us, for the very first time since 11 years ago. dulu? takdak. :P

ok that the bits and pieces here and there.

semoga usaha2 kita semuanya diberkati. semoga ibu/bapa arwah anak2 yatim yang terkorban di hulu langat redha dengan ketentuan allah. nanti anak2 itulah yang akan tunggu mereka dipintu syurga. amin.

Tuesday, May 3, 2011

sungguh? 9 comments


KUALA LUMPUR 2 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak berharap kematian pengasas al-Qaeda, Osama bin Laden yang terbunuh dalam satu serangan tentera Amerika Syarikat (AS) hari ini akan membuatkan dunia menjadi lebih aman, selamat dan adil.


the question is,

HOW?

adakah selama ini osama yang menyebabkan dunia ini tidak aman, tidak selamat dan tidak adil?

you've got to be kidding me!

Friday, April 29, 2011

indeed TO BE learnt. certainly NOT YET learnt! 3 comments


especially by malaysians!

tak tau nak cakap macamana, tapi sesungguhnya mentaliti orang2 malaya ni kalau tak berubah, jangan harap boleh jadi macam developed country. apa guna kemewahan material yang negara ini ada kalau secara hakikatnya capacity otak kita tak boleh nak manfaatnya apa yang ada disekeliling kita dengan cara yang baik dan betul. mental development tidak sejajar dengan material development. how can?

contoh, kalau still nak mengutip duit2 syiling yang jatuh dari lori yang kemalangan tengah jalan raya, renti kan lah. unbelievable isn't it? aku simply label orang2 gini sebagai haramjadah. lagi ada hati mengaut keuntungan haram semasa orang dalam kesusahan. memang haramjadah. dah lah nak bersedekah pun malas, lagi nak dapat income cara haram? memang haramjadah.

ok.. ok.. hari jumaat tak baik mencarut. jadi aku sambung review aku ke satu masa dan waktu dan ketika yang sesuai.

aku dapat ini dari nadiahkhair punya website. mekasih deknon. :D mari kita hayati bersama. insyaallah boleh cermin2 diri kalau ada yang berkenaan dengan kita.

salam jumaat.


************ LESSON TO LEARN FROM JAPAN ***********
10 things to learn from Japan.


1. THE CALM
Not a single visual of chest-beating or wild grief. Sorrow itself has been elevated.

2. THE DIGNITY
Disciplined queues for water and groceries. Not a rough word or a crude gesture.

3. THE ABILITY
The incredible architects, for instance. Buildings swayed but didn’t fall.

4. THE GRACE
People bought only what they needed for the present, so everybody could get something.

5.. THE ORDER
No looting in shops. No honking and no overtaking on the roads. Just understanding.

6. THE SACRIFICE
Fifty workers stayed back to pump sea water in the N-reactors. How will they ever be repaid?

7. THE TENDERNESS
Restaurants cut prices. An unguarded ATM is left alone. The strong cared for the weak.

8. THE TRAINING
The old and the children, everyone knew exactly what to do. And they did just that.

9. THE MEDIA
They showed magnificent restraint in the bulletins. No silly reporters. Only calm reportage.

10. THE CONSCIENCE
When the power went off in a store, people put things back on the shelves and left quietly!


Friday, April 22, 2011

antara dua darjat 10 comments


dua2 manusia ni ternama. antara kita tau atau tidak aje. sepatutnya kenal lah. tapi aku sendiri baru tau tentang kedatangan insan yang ke-dua tu, walaupun sudah 2-3 hari dia sampai ke malaysia.

yang pertama itu sudah lama diwar-warkan kan di sokkabar. sejak setahun lepas kot muahahahha ok.. ok.. exaggerate la tu kak non. alah tapi kalau betul sejak setahun lepas pun aku tak heran. kita ni kan memang suka apa2 yang happening2 terkinja2 melompat2 menggeletik2 happy2 aje kan. kan. kan. :P eh, bukan ke??

jadi agak terharu bila mengenangkan kedatangan insan kedua itu tidak begitu mendapat tempat di ruang2 advertisement malaysia. atau adakah memang sukar untuk mencari ruang2 itu? atau adakah memang sebenarnya kita yang memang tidak mahu ambil tahu?

subhanallah. kesian kat kita.

ok ini mengisahkan tentang kehadiran dua manusia bertuah ini ke negeri malaysia yang bertuah ini, kebetulan serentak di minggu yang sama.

malam itu, insan pertama itu ditangisi distadium negara.

siang esoknya, insan kedua juga 'berkonsert' di kl. cuma peminat tidaklah sehebat si insan pertama. :D

Insan pertama, justin beiber.
sila google akan ke-havoc-annya. malas aku nak review. takdak pekdah.

Insan kedua, As Sheikh Dr. Abdul Rahman bin Abdul Aziz As-Sudais, Imam Masjidil Haram, Makkah.

Kenyataan Media Berkenaan Sheikh Sudais; Imam Masjidil Haram Menjadi Tetamu Kerajaan Malaysia

PEN: 04/2011/17 (JAKIM)

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :

KENYATAAN MEDIA BERKENAAN SHEIKH SUDAIS; IMAM MASJIDIL HARAM MENJADI TETAMU KERAJAAN MALAYSIA

1. Sukacita dimaklumkan bahawa kerajaan Malaysia menerima kedatangan dan kunjungan Imam Masjidil Haram iaitu As Sheikh Dr. Abdul Rahman bin Abdul Aziz As-Sudais atau dikenali sebagai Sheikh Sudais ke Malaysia sebagai tetamu kehormat kerajaan Malaysia bermula 18 April 2011.

2. Dikesempatan tersebut, Jakim sebagai agensi penyelaras di peringkat Persekutuan telah mengatur kunjungan dan lawatan Sheikh Abdul Rahman Sudais di Malaysia termasuklah mengimamkan solat dan menyampaikan tazkirah/kuliah di beberapa buah masjid sepanjang kunjungan hormat beliau di Malaysia.

3. Bermula pada esok hari iaitu 20 April 2011, Sheikh Sudais dijadualkan akan membuat kunjungan hormat kepada YAB Perdana Menteri di pejabat YAB Perdana Menteri di Putrajaya. Pada hari yang sama, beliau akan mengimamkan solat Asar di Masjid Asy-Syakirin, KLCC.

4. Seterusnya muslimin muslimat berpeluang untuk bersama-sama menunaikan solat Jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 22 April 2011 (Jumaat) ini dimana beliau sekaligus akan menyampaikan khutbah Jumaat. Manakala pada sebelah malamnya pula, Sheikh Imam Haramain ini akan mengimamkan solat Maghrib dan Isyak serta menyampaikan kuliah maghrib di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur.

5. Seterusnya, orang ramai di sekitar Hulu Langat adalah dialu-alukan untuk menyertai satu Muhadharah/kuliah yang akan disampaikan oleh Syeikh Sudais di Darul Quran Kuala Kubu Baru bermula pada jam 11.00 pagi pada hari Sabtu; 23 April 2011. Beliau akan turut mengimami solat Zohor di Masjid Darul Quran Kuala Kubu Baru bersama para pelajar dan kakitangan Darul Quran.

6. Sehubungan dengan itu, semua muslimin dan muslimat adalah dijemput hadir dalam majlis-majlis tazkirah beliau dan sebagai makmum kepada Sheikh Haramain di masjid-masjid berkaitan.

7. Atas kerjasama pihak media dalam mengwar-warkan perkara berkenaan amatlah dihargai dan diucapkan berbanyak terima kasih

Mana satu yang kita lebih kenal? cer teka cer teka cer teka. :D

ini bukan justin beiber :P


Thursday, April 21, 2011

artis ke sekolah? 15 comments


dok belek2 sokkabar dua tiga hari lepas.

alkisahnya seorang artis tersohot malaysia dijemput untuk temui pelajar and peminat(?) yang merupakan budak budak sekolah. kempen sekolahku hebat. :D

entah apsal aku terasa ala geli gelian gitu.

perlukah ini semua?

bak kata kakak artis,

"adik2 semua, kalau nak jadi artis pun biarlah sampai habis belajar. ikut lah pesan kakak ini"

errr.. tetiba teringat pulak si budak engineering yang akhirnya jadi tukang kasut berjaya. :D

aku tau.. aku tau.. tak wajar prejudis dengan artis2 ini. merekapun manusia juga. ada yang pandai-pandai juga. yang cantik2 juga. yang alim2 juga. kenapa aku perlu prejudis?

tapi sungguh kalau aku jadi budak2 tu yang bermulut laser, maka aku akan tanya balik.

"tapi kalau dah niat nak jadi artis buat apa nak belajar rajin2 pulak?"

muahahahhah i know i know, sungguh keji.

yes, i can't help but ridiculing actors and actresses. aku memang tidak boleh cari kesinambungan artis dengan kehidupan ini. kenapa perlu diconfusekan budak2 sekolah? cer bayangkan ada artis yang suruh budak2 itu belajar rajin2 pun ala2 spm tak pass, so camno tu? i can't understand the connection.

anywayyyyyyyyy, sudahlah kaknon. it's none of your business pun. it can be sweetheart. cer tetiba anak2 aku balik sekolah dan terkinja2 nak jadi kakak cantik itu yang pandai berlakon dan menyanyi? :P

errr.. takdak retis baca blog aku kan?

peaceeeeeeeeeeeeeee! :D

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger