Showing posts with label muhasabah. Show all posts
Showing posts with label muhasabah. Show all posts

Monday, March 18, 2013

this is life 4 comments

bismillah.
 
hidup ni, kena hati hati kan? kadang2 bila kita rasa kita dah berada atas landasan yang betul, punya keluarga yang bahagia, kesihatan yang baik, rezeki yang tak putus, so-called amalan baik yang berterusan.... tiba-tiba..
 
Allah 'tampar' kita dengan ujian yang menggoncang semua keyakinan. things that made us question our purpose and existence all over again. our faith and belief. when we thought that everything with us are really OK and we are just waiting to die and ready to go to heaven, Allah tests us in the most unbelievable way. ways that blown us apart sometimes.
 
jadi, hidup ini kena berhati-hati. nothing is perfect in this world. because nothing is permanent. keimanan itu tiada apa tanpa ujian. dan aku doa kita semua akan lulus ujian keimanan itu. afterall, our destiny is only Allah. Allah. and Allah. tak berbaloi untuk mengikut rasa hati untuk mengecapi sedikit dan sebentar keasyikan dunia yang begitu menggoda.
 
dunia ini hanya untuk akhirat. ya.. itu yang sebetulnya. ya Allah, please make us strong enough to face the world. perbaiki urusan dunia kami. janganlah Kau pesongkan hati hati kami setelah Kau berikan kami petunjuk.
 
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (155)

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. (156)"
~al-Baqarah

Tuesday, July 3, 2012

we are not perfect... so.. 3 comments


be better! improve. start doing. stop complaining. do more. talk less.

mari kita berhenti jadi manusia yang banyak kerenah. stop finding faults with the world, where the faults are actually within ourselves.

stop explaining. stop pleasing others. it's okay if we are different. we are only supposed to please the Almighty. The Creator. The Ultimate One.

don't be bugged down with things that does not matter. embrace the important ones.

read the Quran. everyday please. the words will protect us more than we can ever imagine. feel the Quran vibrates inside us. feel what The Creator tried to outline. the promises. the warnings. the way to heaven and hell. the happy verses. the sad ones. the frightening ones.

may at last we'll find peace with ourselves.

ameen.

Tuesday, December 20, 2011

kiamat 2012 6 comments


sungguh ke? insyaallah. :)

dengan izin allah apa benda pun jadi. kiamat itu sudah pasti. tapi Allah tidak meninggalkan kita dengan total loss of the subject. banyak kitab2 yang boleh kita rujuk untuk merenung2 tanda2 kiamat.

seperti semua kejadian antara langit dan bumi, kiamat juga is a process on its own. subhanallah. bijaksana sungguh pencipta kita ini. persoalannya disini, adakah kita cukup bijaksana untuk bersedia menghadapi tanda2 ini.

it doesnt matter when kiamat arrives. it truly does not matter. yang matternya apakah persediaan kita sekarang. suka atau tidak, kiamat akan sampai. seperti juga malam lailatulqadar akan sampai setiap penghujung ramadhan. mereka2 yang beribadat without fail dihujung ramadhan akan tetap dapat habuan 1000 malam terbaik. kita harus sibuk beribadat. bukannya sibuk mengspekulasi bilakah datangnya hari kehancuran.

kiamat tak mungkin berlaku kepada orang2 yang beriman. sebelum kiamat akan datang angin dingin sejuk yang akan meragut nyawa manusia2 yang masih punya sekelumit iman dalam hati masing2. hari kiamat hanya akan datang kepada manusia2 yang jahil dan hidup dalam maksiat. mereka pernah mendengar kalimah tauhid diucapkan oleh datuk nenek mereka, tetapi mereka tidak tahu apakah maksudnya kalimah tauhid itu. manusia akan kembali ke zaman jahililah.

no doubt. sememangnya kiamat sudah dekat. tapi tak usah sibuk2 bilakah berlakunya ia. tidak perlu susah hati dengan konspirasi freemason, anti-christ and what not. it is not important. berbaliklah kepada tujuan kita dijadikan dibumi, tidak lain dan tidak bukan hanya untuk beribadat kepada Allah. tidak perlu tunggu tanda itu ini sebelum mahu sujud pada allah. tidak perlu nampak kalimah dilangit baru kecut perut nak bertaubat.

semoga kita semua diampunkan allah.

Thursday, December 1, 2011

mohonlah pada yang satu 2 comments


hanya Allah!

mohonlah pada Allah apa sahaja yang kita inginkan dalam hidup ini. sebaik baik doa bermaksud:

"ya Allah, kurniakan kami kebahagian hidup didunia dan diakhirat. dan jauhkan kami dari api neraka"

besarlah rahmat pada sesiapa yang dimakbulkan doa ini kepada mereka. apalagi yang perlu? bahagia dunia dan bahagia akhirat. alangkah indahnya kehidupan!

Allah adalah punca segala bahagia, ketenangan, kekayaan, kemahsyuran dan kemakmuran. kenapa masih tidak percaya dan mencari pada yang selain dari Allah? kepada tidak yakin untuk tunduk menadah tangan merendah diri meminta pada Allah?

percayalah, walau seribu permintaan kita, ia hanyalah hal remeh untuk Allah yang MAHA segala-galanya.

"Mintalah padaKu, Aku akan makbulkan"

jadi kenapa masih mahu mencari kepada selain dari Allah?

mahu anak2 pandai? minta pada Allah.
mahu naik gaji? minta pada Allah.
mahu tingkatkan iman dan taqwa? minta pada Allah.
mahu rezeki melimpah ruah? minta pada Allah.
mahu rumah besar? minta pada Allah.
mahu rajin beribadat? minta pada Allah.

dan bersedia untuk berkerja ke arah itu.

sujud. sujud. dan sujud.

mintalah dengan hati yang paling rendah dan hina. jangan mengeluh kalau kita tidak dapat apa yang diidamkan. tapi tanyalah diri lagi dan lagi;

adakah sudah cukup aku meminta?

Wednesday, November 23, 2011

4 of 40 4 comments



Hadis empat puluh adalah koleksi hadis-hadis yang disusun oleh Imam Nawawi di dalam kitab karangannya yang bernama Matan Arba'in. Terdapat sebanyak empat puluh dua buah hadis sabda junjungan Nabi Muhammad SAW yang membicarakan mengenai akidah dan tauhid di dalam Islam. Pentingnya karya Imam Nawawi ini sehingga Ibnu Hajar mengarang sebuah kitab bernama Fathul Mubin Li-Syarhil Arba'in yang mengupas dan mebincangkan hadis-hadis himpunan Imam Nawawi.

Aku tertarik dengan Hadis 4 yang berbunyi:

"Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas'ud r.a, katanya Rasulullah SAW telah menceritakan kepada kami, sedangkan baginda seorang yang benar dan dibenarkan kata-katanya, sabdanya : 'Sesungguhnya sesaorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa setitik air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama itu pula, kemudian seketul daging seperti yand demikian itu juga, iaitu 40 hari. Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan menulis empat pekara : rezekinya, ajalnya, amalannya, celaka dan bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain daripadaNya, sesungguhnya sesaorang kamu itu tetap akan beramal dengan amalan ahli syurga sehinggalah di antaranya dengan syurga itu jaraknya cuma sehasta sahaja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya (suratan takdir) sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya sesaorang kamu tetap akan beramal dengan amalan ahli neraka sehinggalah di antara dirinya dengan neraka cuma sehasta saja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya sehingga dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka akhirnya masuklah dia ke dalam syurga itu."

Pada aku, hadis ini amat significant and relevant untuk ditilik-tilik dan direnung-renung oleh umat islam sekarang ni. agar kita boleh memupuk kasih sayang antara satu sama lain. agar kita tidak tergamak untuk mencela orang lain. agar kita tidak merasa diri hebat dalam hal amal ibadat. agar kita appreciate perbezaan yang hadir antara kita dan manusia lain.

sesungguhnya, hanya Allah yang tau kemana kita akan pergi. iman yang dicampak dalam hati kita, Allah boleh rentap pada bila2 masa yang Dia suka. iman dan hidayah itu hak Allah secara eksklusif. kalau ditakdir kita ke syurga, itu semata2 kerana rahmat Allah. sebab itu dibawakan kepada kita kisah seorang pelacur yang masuk syurga akhirnya hanya kerana menolong seekor anjing untuk minum. kita sendiri tidak akan tahu apakah amalan kita yang boleh membantu kita untuk ke syurga. hanya Allah yang lebih mengetahui.

hadis ini pada aku dapat membantu manusia untuk tidak prejudis dengan orang lain dan tidak riak dengan amalan sendiri. sudah sampai masanya kita memandang semua orang dengan pandangan kasih sayang. sudah sampai masanya kita sebarkan yang baik-baik sahaja. sudah sampai masanya kita memperdengarkan tentang keindahan islam kepada orang lain. sudah sampai masanya kita berfikir sebelum mulut kita laju dalam mengata dan mengeji orang. biarlah kita sibuk memperbaiki diri sendiri sehingga kita tiada masa untuk melihat kesilapan orang lain.

marilah sama sama berdoa agar dipertingkatkan iman dan taqwa kita sebagai manusia. marilah sama sama berdoa agar hidayah sampai kepada kita dan orang2 yang kita sayangi. marilah sama2 berdoa agar hidayah dan iman itu kekal dalam hati-hati kita sehingga hembusan nafas yang terakhir.

amin ya rabbal a'lameen.

Thursday, November 3, 2011

rumah yang dielak malaikat rahmat 2 comments


(sharing from facebook https://www.facebook.com/layarMinda)

1-Rumah orang yang memutuskan hubungan Silatul Rahim.

2-Rumah orang yang memakan harta anak yatim secara haram.

3-Rumah yang memelihara anjing.

4-Rumah yang banyak menyimpan gambar yang mencerca Para Sahabat Nabi, orang yang telah mati dan sebagainya.

5-Rumah yang mengumandangkan nyanyian yang memuja selain daripada Allah SWT.

6- Rumah yang sering meninggikan suara.

7- Rumah yang didiami mereka yang syirik kepada Allah SWT seperti tukang tilik, ahli syihir dan nujum.

8-Rumah yang menggunakan perhiasan daripada emas seperti pinggan dan mangkuk daripada emas.

9- Rumah yang makan makanan yang berbau seperti bauan rokok, perokok, penagih dadah .

10- Rumah yang didiami mereka yang sentiasa bergelombang dengan maksiat.

11- Rumah yang didiami mereka yang melakukan dosa-dosa besar.

12-Rumah yang didiami mereka yang derhaka kepada kedua ibu bapa.

13- Rumah pemakan riba,intres.

14-Rumah yang mengamalkan budaya syaitan.

15- Rumah yang memiliki patung-patung.

16-Rumah yang memiliki loceng seperti loceng gereja.

17- Rumah yang didiami peminum arak.

18- Rumah yang mempercayai tukang tilik.

19- Rumah yang didiami mereka yang mendapat laknat Allah SWT, pemakan rasuah, pemberi rasuah dan mereka yang mengubah kejadian Allah SWT seperti wanita yang mencukur bulu kening, wanita yang memakai gelang atau rantai di kaki.

20- Rumah yang didiami mereka yang berhadas besar tanpa mandi Janabah/Junub.

21- Rumah yang melakukan pembaziran ( berhias dengan berlebihan ).

22- Rumah yang melakukan maksiat di dalamnya.

sumber:
http://akhbaralyom.net/news_details.php?lng=arabic&sid=44301 (feel free to double check the resource)

ALLAH KNOWS BEST..

Monday, October 17, 2011

jangan jadi perempuan ini 9 comments


Al-Anaanah
Yang banyak keluh kesah. tidak pernah puas dengan apa yang ada. Semuanya tidak cukup baginya.

Al-Manaanah
Perempuan yang banyak mengungkit-ngungkit kepada suami akan hal yang lepas lepas.

Al-Hunaanah
Perempuan yang ingin kepada suami yang lain. Yang berkenan dengan lelaki lain selain suaminya.

Al-Hudaaqoh
Perempuan yang suka memaksa suami supaya mengikuti kehendaknya.

Al-Buroqah
Perempuan yang saban hari hanya suka bersolek2 dan bercantik2 sehingga tidak mengendahkan amal ibadat yang lainnya.

As-Salaaqoh
Perempuan yang banyak bercakap dan berleter.

Friday, October 14, 2011

empat 4 comments


..manusia yang terbaik:
1. memberi salam kepada orang yang tidak pernah bagi salam kepada kita
2. memberi pada orang yang tidak pernah memberi kepada kita
3. memaafkan orang yang tidak pernah minta maaf kepada kita
4. menziarah orang yang tidak pernah menziarah kita

..orang yang tidak akan dilaknat oleh Allah:
1. orang yang sentiasa berzikir (a.k.a mengingati Allah)
2. orang yang memudahkan orang lain untuk berzikir/mengingati Allah
3. orang yang mengajar (ilmu)
4. orang yang belajar (ilmu)

..orang yang dikira menuntut ilmu (pahalanya seperti sedang berperang fisabilillah) :
1. orang yang mengajar
2. orang yang belajar
3. orang yang mendengar
4. orang yang menyukai/memudahkan ketiga-tiga orang diatas

..golongan manusia:
1. orang tidak mempunyai lisan dan hati, senang berbuat maksiat, menipu serta dungu
2. orang yang mempunyai lisan, tapi tidak mempunyai hati (suka bercakap pasal ilmu tapi tidak suka mengamalkan)
3. orang yang mempunyai hati, tapi tidak mempunyai ucapan (berilmu tapi tidak pandai berkata-kata, dilindungi Allah)
4. orang yang belajar, mengajar dan mengamalkan ilmunya

..orang yang dirindui syurga:
1. orang yang membaca alqur'an
2. orang yang menjaga lidah
3. orang memberi makan orang yang lapar
4. orang yang berpuasa di bulan Ramadhan

Monday, October 10, 2011

solat malam 12 comments


Kalau sempat. Bangunlah solat malam walau sekadar 2 rakaat. It will do wonders. Susah memang susah pada permulaannya. Tapi niat dalam hati sebelum tidur tiap-tiap hari semoga Allah permudahkan.

Ya Allah, bangunkan aku untuk bertahajud kepadamu malam ini. Wahai para malaikat, gerakkan aku untuk bangun solat pada malam ini. Wahai mata, semoga engkau tidak mengantuk untuk bangun solat pada malam ini.

Dan jangan lupa berzikir sebelum tidur.

Biasanya akan terjaga juga sekitar 3-4 pagi. tapi biasanya juga badan seolah-olah tidak mampu untuk bangun menuju ke bilik air untuk mengambil wudhu. Terasa kepayahan yang amat sangat. Tidak mengapa. Esok doa lagi benda yang sama. Lusa. Tulat. Lagi dan lagi. Jangan berhenti berdoa dan merayu kepada Allah. Dia Maha mendengar.

Ya Allah, pilihlah aku jadi hamba yang sentiasa bertahajud kepadaMu ya Allah.

Berniatlah untuk memperkenalkan diri kepada Allah yang Maha Agung. Sesungguhnya manusia2 yang bangun beribadat pada waktu malam, bilangannya amatlah sedikit dibandingkan dengan manusia2 yang lena tidur. Manakan sama orang yang tidur dengan orang yang berdiri di dingin malam semata2 untuk meraih keredhaan Allah. Akan ada getar dalam hati yang paling dalam. Terasa seperti dekat benar dengan Allah.

Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Allah turun setiap malam ke langit dunia pada sepertiga malam terakhir, dan menyatakan, ‘Siapa yang berdoa kepadaku, pasti aku kabulkan. Sesiapa yang memohon kepadaku, pasti aku beri, dan sesiapa yang memohon ampun kepadaku, pasti aku ampuni.’” (Hadis Riwayat Al-Jama’ah).

Untuk ibu-ibu yang mempunyai anak bermasalah, bangun solat malam. Untuk suami2 yang mahu dihormati isteri dan anak2, bangun solat malam. Untuk isteri2 yang mahu dicintai suami, bangun solat malam. Untuk keharmonian rumah tangga, bangun solat malam. Terasa kesempitan rezeki, bangun solat malam. Terasa dunia menyesakkan dengan seribu satu macam masalah, bangun solat malam. Yang terkena sihir/buatan orang, bangun solat malam. Yang berhutang keliling pinggang, bangun solat malam.

Insyaallah, akan dijauhi dari segala penyakit, akan lahir kesan taqwa pada wajah, akan dikasihi sekelian mukmin dan manusia, akan dapat bercakap dengan penuh hikmah dan bijaksana dan akan dikurniakan dan diberi rezeki yang halal lagi diberkati.

Itu habuan dunia. Akhirat apatah lagi.

Jom, mari perkenalkan diri kepada Allah. Untuk menjadikan duniawi lebih mudah ditangani, solat malam adalah kunci.

Friday, September 16, 2011

bersyukurkah? 1 comments


aku pernah post di wall fesbuk;

"..bersyukur bukan hanya di lidah dan dihati. tapi juga pada perbuatan. pada perbuatan itulah yang paling sukar.."

apakah definasi syukur yang paling jitu?

ia bukan sekadar mengucap alhamdulillah dibibir dan dihati. i mean; any tom, dick and harry can do that. :P

ada ustaz berpendapat yang 'syukur' paling tepat diterjemah sebagai perbuatan yang kita lakukan. for muslims, it's simply i.b.a.d.a.h. patutnya, semakin kita kata kita bersyukur, lagi berquality dan berquantity ibadah kita untuk allah. lagi berganda-ganda. lagi mantap.

jika begitu, maka aku mengaku yang aku sendiri tak cukup bersyukur lagi. kebiasaannya aku lebih lama disejadah bila aku susah hati. bila banyak masalah. bila rasa sempit. bila anak2 tak sihat. bila hutang menimbun2. masa itu doa berjela-jela-jela-jela mintak tolong kat Allah. tapi bila dapat rahmat, aku hanya ber-alhamdulillah dibibir tak putus2. nak bersujud syukur pun tak sempat2. apatah lagi nak bangun solat malam semata2 untuk ucap terima kasih kat Allah.

no wonder orang kata, adalah lebih sukar untuk bersyukur diwaktu senang daripada diwaktu susah. adakah kerana Allah itu sinonim hanya diwaktu susah?

subhanallah. astaghfirullah.

semoga kita tak termasuk dalam golongan manusia2 jahil dan tak reti2 bersyukur.

Monday, September 12, 2011

ilmu dan aman 10 comments


aku dalam usaha mengenali ilmu2 yang bisa membuatkan aku aman.

kalaulah dari dulu aku tahu yang berilmu itu aman dah lama gamaknya aku menuntut. bukan tunggu separuh hidup baru nak terhegeh2 belajar. :P

sekarang ni hati aku selalunya nyaman. tapi masih ada juga hari2 dimana aku terpaksa berhadapan dengan situasi/tempat/manusia yang amatlah menjengkelkan jiwa. tapi bila berilmu dibawah sedar, maka akhirnya aku akan ketawa dengan ketidaksabaran diri sendiri.

dengan ilmu, aku sedar yang apa juga yang berlaku, hanyalah semata2 untuk menguji reaksi aku sebagai manusia. adakah bila berdepan dengan manusia gagah, aku akan terasa kecut. atau bila berdepan dengan manusia lemah, aku pula terasa hebat. atau bila berdepan dengan manusia bodoh, adakah aku terasa pintar. atau bila berdepan dengan manusia kaya, adakah aku terasa miskin.

ilmu mencerahkan yang apa sahaja yang berlaku, it simply does not matter. things can come in all sort of faces. semuanya untuk mengajar kita. dan dengan ilmu, we can embrace everything dengan hati yang lapang. dapat atau hilang, dihina atau dipuji, semuanya disyukuri. semuanya direnungi. tiada apa yang patut dibanggakan. tiada apa yang patut dikesali. semuanya tenang2 sahaja. :D

57-22: Tidak menimpa suatu bencana di bumi dan tidak kepada diri kamu melainkan telah ada dalam kitab sebelum Kami (Allah) melaksanakannya. Sesungguhnya yang demikian itu bagi Allah adalah mudah.
57-23: Supaya kamu jangan berputus asa terhadap apa yang luput daripada kamu, dan kamu jangan bersuka ria terhadap apa yang diberikan-Nya kepada kamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.

sungguh bertepatan dengan firman2 mulia dalam surah al-hadid diatas.

if only we knew.

dengan ilmu, aku meletakkan perkara ditempat yang selayaknya. tiada lagi kekecohan. tiada lagi kemarahan. tiada lagi ketidakadilan. semuanya tenang2 sahaja.

dengan ilmu, ada terbit rasa kehambaan yang paling bawah. dengan menyerahkan segalanya kepada yang maha kuasa. maka tiada lagi kerisauan. just do your best and get on with it. yang selebihnya bukan hak kita untuk menentukannya.

ilmu memudahcara. fahamilah tujuan, dan buatnya akan jadi mudah.

oh oh if only we knew.

Saturday, August 13, 2011

35! 28 comments


I turned 35 today. :D

Terasa agak blessed bila besday jatuh bulan ramadhan. Boleh gitu? Belasahhh. :D But i still use it to my full advantage. Bangun awal sikit sebelum sahur untuk solat sunat. Doa banyak2 kat allah supaya Dia menjadikan aku manusia yang sentiasa bertahajud kepada-Nya. Minta ampun diatas segala dosa dan maksiat yang aku lakukan sepanjang 35 tahun aku hidup ini. Subhanallah. Tak terperi banyaknya! Dan juga berterima kasih kepada Allah diatas segala rahmatnya untuk aku. Allahuakbar. Juga tak terperi banyaknya! Mengalir air mata penyesalan diatas nikmat Allah yang pernah aku dustai antara sengaja atau tidak.

Ampunkan aku Allah!

And i’m 35 today. Aku berdoa agar umur aku cukup panjang untuk mengutip pahala2 untuk dibawa ke dunia sana. Berdoa agar umur aku cukup panjang untuk mendidik anak2 aku jadi manusia2 soleh dan solehah. Berdoa agar umur aku cukup panjang untuk jadi isteri terbaik untuk suami aku. Menjadi anak yang diredhai emak dan ayah. Kawan yang baik untuk sahabat2 yang kusayangi semua. Semoga aku berupaya menyentuh hati2 manusia disekeliling aku dengan sentuhan yang baik dan bermakna. Semoga tidak sia2 hidup aku didunia ini.

Dan hari ini juga, aku pohon ampun dan maaf kepada sesiapa sahaja yang pernah aku sakiti selama ini. Minta maaf. Dari hujung ke hujung. Aku juga memaafkan semua yang pernah menyakiti aku. Urusan selebihnya, aku serah bulat2 kepada yang maha kuasa.

Hidup ini sememangnya penuh dengan rahmat. Antara kita sedari atau tidak sahaja. Di saat ini, aku sudah tidak mampu untuk merungut tentang apa2 sahaja berkaitan kehidupan ini. Tidak layak lagi untuk merungut sebetulnya. Apa lagi yang tidak cukup? Tiada apa2. Tiada apa2. Mari kita raikan kehidupan ini. Bersyukur banyak2. Lebihkan memberi dari meminta. Lebihkan penyelesaian daripada ungutan. Buat sehabis baik. Dan tawakal sahaja kepada Allah. Hanya Dia sebaik2 pelindung yang memiliki arasy yang agung. When Allah is on your side, you will indeed conquer the world.

Hasbunallahu wa ni’mal wakil..

Selamat meniti hari2 akhir ramadhan.

Salam sayang dari aku.

:)

Wednesday, August 10, 2011

airmata dan pengharapan di bulan ramadhan 7 comments


syukur suami salwa sudahpun kembali kepada keluarganya.

salwa juga telah menulis mengenai ini dalam blog barunya.

sila klik untuk baca kisah sebak ini untuk renungan bersama.

sesungguhnya, Allah akan memuliakan sesiapa yang dikehendakinya. mari sama2 meraih kasih sayang Allah dibulan yang mulia ini.

http://cintahati.com/ramadhan-dan-ujian-buat-kami/

Friday, August 5, 2011

12 things to avoid during ramadhan 10 comments


by Dr. Zakir Naik:

1. Dont sleep during the day and pray all night. By doing this you are converting the day into night and the night into day, which is not the purpose of fasting.

2. Avoid being lazy and inactive during the day.

3. Dont waste time playing games during the day. Rather, please Allah by increasing in your worship of him..

4. Avoid having Iftar parties. Ramadan wasnt meant to be a food extravaganza.

5. Dont ask your wife to spend Ramadan in the Kitchen. Eat something light and quick - she isnt Biryani woman.

6. Spend the last 10 days worshipping Allah rather than trying to prepare for Eid! A day that is better than a thousand months is in these last 10 days. You can't afford to miss this.

7. Dont stay awake the full night. Your body has a right over you, and when it wants rest, then rest.

8. Avoid excessive socialising after Taraweeh

9. Avoid shopping a lot in Ramadhaan.

10. Dont eat the full night.

11. Dont loiter around at night rather than worshipping Allah.

12. Eid doesnt require loads of preparation. Dont fall into this trap! Keep it simple, and it will be blessed.



Wednesday, August 3, 2011

maksiat bersyarat 3 comments


Dalam kitab al-Tazkirah fi Ahwal al-Mawta wa Umur al-Akhirah oleh Imam al Qurtubi, diceritakan berkenaan seorang lelaki yang dalam perjalanan untuk mencari hidayah telah bertemu dengan sufi yang hebat, iaitu Ibrahim Adham. Beliau bertanya, apakah ada ruang kepada beliau untuk lakukan maksiat, lalu dijawab oleh Ibrahim Adham:

"Kamu boleh lakukan maksiat dengan syarat:

1) JANGAN KAMU MAKAN REZEKI ALLAH kerana tidak layak orang yang makan rezeki Allah derhaka kepada Allah.

2) JANGAN KAU TINGGAL DI BUMI ALLAH kerana tidak layak orang yang tinggal di bumi Allah melakukan maksiat dan penderhakaan kepadaNya.

3) BUATLAH MAKSIAT ditempat yang Allah tidak nampak akan kamu.

4) SEKIRANYA MALAIKAT MAUT DATANG hendak mencabut nyawamu, maka katakanlah kepada malaikat maut untuk menangguhkan sedikit masa lagi umurmu supaya engkau sempat bertaubat. Sekiranya engkau dapat lakukan perkara tersebut, maka dipersilakan untuk membuat maksiat.

5) SEKIRANYA MALAIKAT ZABANIAH PENJAGA NERAKA DATANG hendak mengheretmu ke dalam neraka, maka katakan kepadanya bahawa kamu tidak akan mengikutnya. Sekiranya engkau dapat lakukan demikian, maka, dipersilakan untuk melakukan maksiat."

Setelah mendengar kata-kata tersebut, lelaki itu menangis teresak-esak kerna dia sedar bahawa tidak layak bagi seorang hamba Allah untuk lakukan maksiat kepada-Nya.

Thursday, July 21, 2011

sambut ramadhan 16 comments


sebelum tu, ada orang lagi ke mai baca blog aku nih? :P

anyway kepada sesapa yang masih lagi datang bertandang sini, mai la kita sama-sama buat checklist untuk ramadhan yang bakal menjelang.

ramadhan adalah bulan yang punya seribu rahmat. duniawi dan akhirat. :D terpulanglah pada kita apa yang ingin kita raih dalam bulan special ini. kalau awal2 kita dah niat untuk dunia, insyaallah kita dapat dunia. kalau awal2 kita dah niat akhirat, insyaallah kita akan dapat akhirat. it's as simple as that.

nak dapat dua-dua boleh? dunia dan akhirat? hehehhe.. kalau tanya aku, maka aku akan jawab, untuk dunia tu, sila concentrate usaha anda pada 11 bulan yang lain tu. serious. kalaulah kita tahu apa yang allah peruntukkan untuk kita dalam bulan ramadhan ini, maka kita takkan hingin nak sambut syawal pun. tak tau? mari pergi belajar beramai-ramai. it's about time to learn. :D

countdown your ramadhan. tandakan di calender. walaupun hati kita tak rasa apa2 langsung semasa memangkah calender pada hari2 tersebut. rasa manis dan rahmat ramadhan ini, hanya allah yang berupaya untuk menitipkan ke dalam diri kita. tapi sebelum tu, show our effort.

start bangun disepertiga malam untuk prektis sahur nanti. solat sunat dua rakaat. doa sepotong dua. dan tido balik. insyaallah by ramadhan, bangun sahur akan jadi mudah. doa banyak2. hanya allah yang akan bagi kemanisan bangun malam untuk beribadat. antara waktu dimana doa paling mustajab. allah sendiri dah janji gitu.

beli baju raya, kasut raya, langsir raya, almari raya, kereta raya, sekarang ini lagi. jangan dikacau bulan ramadhan itu. peruntukkan hanya untuk mendapat rahmat allah yang melimpah ruah.

sekian. mari tanda calender today. start our countdown. semoga kita punya waktu untuk mendirikan ibadah2 wajib dan sunat dan tidak dibebankan banyak sangat dengan urusan dunia yang tidak mungkin akan habis sampai kiamat. duit? takkan cukup2. bila kita dapat satu gunung emas, maka kita mau segunung lagi. manusia memang begitu.

it's indeed the time rest. time to pause, and reflect.

salam ramadhan wahai sahabat2 yang ku sayangi sekalian. :)

Wednesday, May 4, 2011

ujian anak by prof kamil 7 comments


Anak merupakan salah satu ujian Allah yang besar.

Ujian utama ialah bagaimana mahu mendidik mereka supaya sentiasa menunaikan solat lima waktu? Sebagai ibu bapa, saya mahu mereka sentiasa bersolat walaupun tanpa kehadiran kita. Ia asas penting kepada pembentukan menjadi manusia yang baik di sisi Allah.

Rasulullah (selawat dan salam kepada baginda, kaum keluarga dan para sahabat) pernah bersabda:

“Ajarlah anak-anakmu solat ketika umur mereka tujuh tahun dan rotan mereka (sekiranya enggan solat) pada umur 10 tahun”

Ia adalah manual asas dalam proses hubungan antara ibu bapa dengan anak-anak.

Di rumah, ia boleh dititik berat dengan sepenuh hati. Saya sendiri akan mengejutkan kesemua anak-anak untuk bangun solat subuh, mengajak mereka ke masjid dan sentiasa berpesan supaya jangan lupa solat ketika mereka bersendirian di rumah.

Pada hujung minggu lepas yang baru berlalu, anak-anak berada bersama sepupu-sepupu. Saya izinkan anak-anak bermalam bersama mereka. Ketika mahu pulang ke Segamat, saya bertanya soalan rutin,

“Semalam Sofea solat subuh?”

Diam.

“Solat?,” saya bertanya lagi.

Beliau menggelengkan kepala.

“Ini yang ayah tidak suka. Lain kali Ayah tidak benarkan lagi bermalam di rumah orang”.

Wajahnya menampakkan kesedihan.

Saya berpaling kepada Amirul.

“Amirul solat?”

“Solat,” jawab beliau.

“Amirul solat sunat sebelum subuh?”

“Tak…”

“Kenapa di sekolah dan di rumah Amirul boleh solat sunat? Ayah tengok bila bersama sepupu-sepupu, Amirul jadi lalai. Amirul sepatutnya jadi ketua, ajak sepupu-sepupu untuk solat. Amirul tahu yang Allah pilih Amirul. Amirul sudah pergi ke Mekah dan Madinah masa muda lagi. Nanti kalau kita pergi Madinah, Amirul akan duduk di sana”

Saya cuba memberi motivasi.

Saya tahu – akhirnya – Roza akan memberi jalan kepada Sofea. “Ayah tidak marah sofea tidur rumah orang tetapi Sofea kena solat. Janji?”.

Itulah peranan yang selalu dimainkan oleh Roza dengan anak-anak.

Benar, Sofea baru berusia lapan tahun. Ia masih kecil. Namun ia sudah melepasi umur yang telah disebut secara spesifik oleh Rasulullah (selawat dan salam kepada baginda, kaum keluarga dan para sahabat) melalui hadis di atas.

Anak-anak memang ujian besar kepada kedua ibu bapa. Mudah-mudahan mereka menjadi anak yang soleh dan solehah agar menjadi peninggalan yang akan membantu kita apabila dihisab nanti.

click HERE to follow his blog. i simply heart prof kamil. quoting him, "saya manusia biasa-biasa" tapi penuh luarbiasa pengalamannya. baca blog dia buat aku rasa lapang dan ringan. the way he writes is soothing. :)

Tuesday, May 3, 2011

monolog pagi 0 comments


ustaz pesan,

hal2 duniawi, tengoklah pada orang yang lebih rendah daripada kita. insyaallah jiwa akan tenang, damai dan penuh syukur. udah2 lah cinta pada dunia dan isi2nya.

hal2 akhirat, tengoklah pada orang yang lebih tinggi daripada kita, supaya sentiasa kita bersemangat untuk melipatgandakan ibadah.

dunia ini tiada apa2. sekadar ujian dan cubaan. takkan sama manusia yang taat, dengan manusia yang engkar. sebab itulah ada syurga dan neraka.

walaupun hidayah itu hak allah, jangan berhenti dari menyebarkan yang baik baik. sesungguhnya kita tidak tahu nasib kita disana.

terima kasih ustaz.

Thursday, April 14, 2011

Zakat bukan charity 11 comments


Ada orang menyama-ratakan zakat dengan sedekah dan amal jariah.

WRONG!

Kenapa? Kerana tak faham. Tak tau. Malas belajar. Rasa tak penting. Tak ada kena mengena. Tak sesuai dengan prinsip diri. :P

Zakat adalah wajib. Of course lah kalau kita berkemampuan. Dan orang2 yang dikenakan cukai pendapatan itu adalah orang2 yang berkemampuan. Maknanya kalau anda bayar income-tax, maka anda sudah layak pun untuk berzakat. You dig?

Anyway, taukah anda yang zakat adalah ibadat yang ‘berkembar’ dengan solat? Malah ada para sahabat nabi saw yang menganggap zakat itu kedudukannya sama penting dengan solat, dan tidak harus dipandang enteng sama sekali.

Surah Al-Baqarah: 43 Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah Zakat

Surah Al-Baqarah: 83 ….dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik dan dirikanlah sembahyang serta berilah Zakat.

Surah Al-Ma’idah: 55 …Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang dan menunaikan Zakat.

Surah Al-Tawbah: 5 …….Kemudian jika mereka bertaubat (dari kekufurannya) dan mendirikan sembahyang serta memberi Zakat…

Surah Maryam: 31 Dan Dia menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada dan diperintahkan daku mengerjakan sembahyang dan memberi Zakat

Statistically speaking (unjuran penduduk dari Jabatan Perangkaan Malaysia), pada tahun 2009 jumlah penduduk melayu di selangor yang berumur 25 tahun ke atas adalah seramai lebih kurang 1,259,260 juta orang. Lembaga Zakat anggarkan sebanyak 40% dari jumlah ini layak untuk berzakat iaitu seramai lebih kurang 500,000 orang. Dan dari jumlah ini, pembayar zakat di Selangor pada tahun 2008 adalah seramai 146,413 orang sahaja. Berapa percent itu? Around 30%.

Jadi sudahkah anda berzakat? setakat pembaca casa arina ni, harus semua pun wajib berzakat kan? so don't take it easy. bayarlah zakat. kadang2 kita pening kepala fikir kenapa duit kita tak cukup2. rupa2nya sebab kita lupa nak 'bagi' balik hak orang yang bukan milik kita.

just a thought. please take it. :D

Wednesday, April 13, 2011

rahmat 8 comments


what's your defination of 'rahmat' Allah?

bila kita asalnya miskin, dan kita doa dan berusaha sungguh2 agar Allah tambahkan rezeki kita bertumpuk-tumpuk, lalu akhirnya kita kaya?

bila kita asalnya kaya, tapi kita tak jujur dalam menangani kekayaan, lalu kita jatuh miskin?

bila kita dapat anak2 yang pandai dan terang hati dan penyejuk kalbu?

bila kita dapat suami baik?

bila kita dapat kerja bagus?

bila kita dapat anak berpenyakit kronik?

bila kita bersama-sama bersatu hati di masjid?

bila kita dapat susukan anak dengan susu ibu?

bila kita dapat kereta company baru? :P

bila kita menderma banyak duit kat orang?

bila kita cemerlang dalam pelajaran?

bila kita gagal dalam perniagaan?

anything?

rahmat allah itu, ialah walaupun apa pun situasi kita, walau apa pun yang Allah bagi kat kita samada susah atau senang, kaya atau miskin, bahagia atau derita, ketawa atau tangisan, dapat atau hilang; hatta semua situasi pun; akan buat kita makin DEKAT dengan Allah.

kalau kita kaya, tapi kita makin dekat dengan Allah, itu rahmat.

kalau kita busy macam mana pun dengan hal dunia, tapi kita makin dekat dengan Allah, itu rahmat.

kalau kita hilang anak, suami, isteri, kekasih; tapi kita makin dekat dengan Allah, maka itu rahmat.

kalau kita jatuh miskin, tapi kita makin dekat dengan Allah, maka itu rahmat.

rahmat ialah bila kita sentiasa bersama Allah, dan Allah sentiasa bersama kita dalam semua keadaan. jadi selalu selalu la soal diri kita, apa2 yang kita lakukan, adakah kita makin dekat, atau makin jauh dengan Allah?

semoga kita semua sentiasa dirahmati. amin.

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger