Saturday, August 13, 2011

35!


I turned 35 today. :D

Terasa agak blessed bila besday jatuh bulan ramadhan. Boleh gitu? Belasahhh. :D But i still use it to my full advantage. Bangun awal sikit sebelum sahur untuk solat sunat. Doa banyak2 kat allah supaya Dia menjadikan aku manusia yang sentiasa bertahajud kepada-Nya. Minta ampun diatas segala dosa dan maksiat yang aku lakukan sepanjang 35 tahun aku hidup ini. Subhanallah. Tak terperi banyaknya! Dan juga berterima kasih kepada Allah diatas segala rahmatnya untuk aku. Allahuakbar. Juga tak terperi banyaknya! Mengalir air mata penyesalan diatas nikmat Allah yang pernah aku dustai antara sengaja atau tidak.

Ampunkan aku Allah!

And i’m 35 today. Aku berdoa agar umur aku cukup panjang untuk mengutip pahala2 untuk dibawa ke dunia sana. Berdoa agar umur aku cukup panjang untuk mendidik anak2 aku jadi manusia2 soleh dan solehah. Berdoa agar umur aku cukup panjang untuk jadi isteri terbaik untuk suami aku. Menjadi anak yang diredhai emak dan ayah. Kawan yang baik untuk sahabat2 yang kusayangi semua. Semoga aku berupaya menyentuh hati2 manusia disekeliling aku dengan sentuhan yang baik dan bermakna. Semoga tidak sia2 hidup aku didunia ini.

Dan hari ini juga, aku pohon ampun dan maaf kepada sesiapa sahaja yang pernah aku sakiti selama ini. Minta maaf. Dari hujung ke hujung. Aku juga memaafkan semua yang pernah menyakiti aku. Urusan selebihnya, aku serah bulat2 kepada yang maha kuasa.

Hidup ini sememangnya penuh dengan rahmat. Antara kita sedari atau tidak sahaja. Di saat ini, aku sudah tidak mampu untuk merungut tentang apa2 sahaja berkaitan kehidupan ini. Tidak layak lagi untuk merungut sebetulnya. Apa lagi yang tidak cukup? Tiada apa2. Tiada apa2. Mari kita raikan kehidupan ini. Bersyukur banyak2. Lebihkan memberi dari meminta. Lebihkan penyelesaian daripada ungutan. Buat sehabis baik. Dan tawakal sahaja kepada Allah. Hanya Dia sebaik2 pelindung yang memiliki arasy yang agung. When Allah is on your side, you will indeed conquer the world.

Hasbunallahu wa ni’mal wakil..

Selamat meniti hari2 akhir ramadhan.

Salam sayang dari aku.

:)

29 comments:

Iza said...

Like!

Rizza said...

Happy Birthday Ana..
Semoga segala impian ko tercapai dan diberkati...

Hana Soffelia said...

Happy befday sis. May god bless u and happy always.

Lynn said...

Happy birthday Kak Ana! :)

Ms Lola said...

eh, eh!! happy belated birthday!!!

Sz said...

selamat ulangtahun ke-35 kaknon!

mamaDhea said...

happy belated birthday kak non.. :)

reena said...

Happy birthday kak! May Allah bless u always!

tinidewi said...

happy birthday :-)

mynie said...

happy birthday, kak ana! semoga Allah beri keampunan, rahmat dan kelapangan..

SM@A said...

Salam Sis ...

Happy birthday !!!
Didoakan mendapat keberkatan dunia akhirat.

knv said...

korang,
mekasihhh banyak2 for the kind words and thoughts.

i vow to be wiser. we'll see how it goes.. heheh!

:D

mirah said...

K Ana, Happy belated birthday. Moga sentiasa dalam rahmat Allah.. :)

sisdee said...

happy belated birthday dear...35 adalah lambang kematangan..mudah2an dengan kematangan ini kita jadi lebih bersyukur pd nikmat Allah dan jadi hamba yang REDHA...;)

semoga sihat dan diperkuatkan iman..AMIN!!!

azrinna said...

Happy Birthday KNV. Doa saya mudah2an murah rezeki, umur yg panjang utk di isi dgn kebaikan dan bahagia selalu. Amin!

Kak Inni said...

happy belated besday sis.... semoga pjg usia, dimewahkan rezeki Allah Taala dan bahagia dunia akhirat.... aminnn

saudah said...

Happy Birthday..

chilun @ cik pau @ bibimie said...

i'm 34 today... hik hiks...
happy belated birthday yer kak non... moga kegala doa dan harapan di makbul Allah jua... amin...

London Fashion Store said...

Salam Kak,
Selamat ulangtahun hari lahir yang ke-35. Semoga apa yang dihajatkan akak didepan Allah s.w.t akan tercapai ;) Tersentuh dgn doa akak, yang memohon diberi kesempatan utk mendidik anak2 menjadi insan cemerlang dunia akhirat....;)

jedi said...

hepi besday...


moga kita terus dirahmatinya

Liyana said...

Selamat ulang tahun kak. Semoga dilimpahkan rahmat seperti yang dilimpahkan ke atas orang2 beriman.

knv said...

subhanallah!

terima kasih diatas doa2 kalian yang baik2 belaka. kudoakan yang serupa untuk kalian juga. :D

semoga kita kita saling kenal mengenali dan sayang menyayangi kerana Allah. insyaallah nanti diangkat jadi tetangga allah disana.

jazakallah khairan. :D

KS said...

selamat ulang tahun kak! semoga diberkati dan dilimpahi rahmat selamanya aminnn...

Anaa said...

Alhamdulillah.. nama kita sama kan.. :) dan birthday pun dalam bulan yang sama.. zodiak jer beza.. happy birthday.. semoga segala doa2 Ana dimakbulkan Allah, dan sentiasa berada dibawah lembayung rahmatnya.. Amiinn..

m-i-o said...

i'm 3 days late :(

however, it's better late than never! happy 35th birthday kaknonvogue :)

i'll surely remember your birth date next year - sebab 138 adalah 3 angka terakhir nombor telefon sy -hehehe!

insyaAllah, telah/dan akan banyak jiwa yg disentuh utk berbuat kebaikan melalui apa yg disampaikan di blog ini. errr itu termasuklah menyusukan anak dengan freestyle yg dibeli dgn harga runtuh! :P

semoga dipanjangkan umur, dilapangkan rezeki dan diberi keberkatan hidup di dunia dan akhirat. ameeeen.

akhir kata, berapa kalikah nombor 3 dicatatkan dalam komen ini? :P

knv said...

ks, thanks dear. bila la gamaknya nak jumpa hang in person. :D


anaa, yerrr samaaaaaa hahahahah! anak pun sama empat orang :P. thanks for the dua. amiin. :D


mio, no 3 tertera sebanyak 5 kali dalam post hang tu. nak bagi hadiah apa nih jawab betul soklan kuis?

mekasih deknon for the doa. lapang itu sungguh syok. biarlah diluar itu nampak sempit asal didalam itu lapang seperti taman. nyamannnnnnnnnn. :D

kimmy said...

Happy birthday... :)

I follow ur blog ya ;)

Anonymous said...

Teringat room mate yg dpt cincin harga rm138....boyfren dia belikan
Ikut tarikh besday dia... Ini cerita 11 - 12 thn yg lalu....

- marisa

flowerella said...

KNV

Hope it's still not too late to wish you a happy birthday. God bless, always.

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger