sebelum tu, ada orang lagi ke mai baca blog aku nih? :P
anyway kepada sesapa yang masih lagi datang bertandang sini, mai la kita sama-sama buat checklist untuk ramadhan yang bakal menjelang.
ramadhan adalah bulan yang punya seribu rahmat. duniawi dan akhirat. :D terpulanglah pada kita apa yang ingin kita raih dalam bulan special ini. kalau awal2 kita dah niat untuk dunia, insyaallah kita dapat dunia. kalau awal2 kita dah niat akhirat, insyaallah kita akan dapat akhirat. it's as simple as that.
nak dapat dua-dua boleh? dunia dan akhirat? hehehhe.. kalau tanya aku, maka aku akan jawab, untuk dunia tu, sila concentrate usaha anda pada 11 bulan yang lain tu. serious. kalaulah kita tahu apa yang allah peruntukkan untuk kita dalam bulan ramadhan ini, maka kita takkan hingin nak sambut syawal pun. tak tau? mari pergi belajar beramai-ramai. it's about time to learn. :D
countdown your ramadhan. tandakan di calender. walaupun hati kita tak rasa apa2 langsung semasa memangkah calender pada hari2 tersebut. rasa manis dan rahmat ramadhan ini, hanya allah yang berupaya untuk menitipkan ke dalam diri kita. tapi sebelum tu, show our effort.
start bangun disepertiga malam untuk prektis sahur nanti. solat sunat dua rakaat. doa sepotong dua. dan tido balik. insyaallah by ramadhan, bangun sahur akan jadi mudah. doa banyak2. hanya allah yang akan bagi kemanisan bangun malam untuk beribadat. antara waktu dimana doa paling mustajab. allah sendiri dah janji gitu.
beli baju raya, kasut raya, langsir raya, almari raya, kereta raya, sekarang ini lagi. jangan dikacau bulan ramadhan itu. peruntukkan hanya untuk mendapat rahmat allah yang melimpah ruah.
sekian. mari tanda calender today. start our countdown. semoga kita punya waktu untuk mendirikan ibadah2 wajib dan sunat dan tidak dibebankan banyak sangat dengan urusan dunia yang tidak mungkin akan habis sampai kiamat. duit? takkan cukup2. bila kita dapat satu gunung emas, maka kita mau segunung lagi. manusia memang begitu.
it's indeed the time rest. time to pause, and reflect.
salam ramadhan wahai sahabat2 yang ku sayangi sekalian. :)
16 comments:
walaupun saya jauh di sini, saya dah buat checklist dah.. moga KPI kita tercapai
dari pengalaman akak, berpuasa dioversea lagi 'aman' hahahah. tak banyak distraction sgt sebab hanya minoriti yang puasa.
Err... apa kata kita buat kad "Selamat menyambut Ramadhan" bukan selamat hari raya lagi.KNV, tpi ada persiapan yg mmg kita kna buat bila bln ramdhan iaitu kuih raya, mmg kena buat dh nk raya. melainkan "kuih tunjuk".
azrinna,
yes we should have card for ramadhan. :D kat uk even tesco pun akan rentang banner besar2 dalam bulan syaaban "welcome ramadhan al-mubarak".
hahaha.. akak memang kuih tunjuk je. beli borong pkns. :P
Tima kasih byk2 atas peringatan... taun ni rasa excited plak nak sambut Ramadhan compared dgn taun2 yg lepas. Agaknye sbb my daughter nak start belajaq posa this year kut... =)
Hoping to make the best of this year's Ramadhan. Wishing the same for you too =)
Sy masih singgah sini kak. Dont worry. hehe Memang tak sabar nak sambut Ramadan.Bulan yg baik untuk mempositifkan diri.
selamat menyambut Ramadhan KNV!
Sentiasa berkunjung ke blogmu dan selalu setuju ngan entry2 mu... he he... bkn bermakna mak turut tp klu berkunjung ke umah knv ni bila pulang terasa mcm sarat dgn ilmu... syukran... apa2 pun selamat menyambut ramadhan knv... semoga Allah menerima segala amal ibadah kita, bkn shj di bln Ramadhan Al Mubarak ini tp di setiap masa... insyaAllah... (masih teringat2 akak, kak long dulu UPSR di bln Ramadhan, kejutkan dia bersolat sunat sama2di tgh mlm... arghhh kan dah, kan dah, bergenang airmata ni... neng yatimah sggh la ya... he he)
salam kenal..
saya azam nak bersungguh2 sambut ramadhan dalam hati je, tapi nampaknya tak kuat mana... as u said, kena tunjukkan effort.. will do that:).
Selamat menyambut Ramadhan utk ko sekeluarga. Aku awal2 dah surrender. Tak larat rasanya nak puasa dari kul 5am-930pm tu weh. Terawih je la yang mampu rasanya. Itupun kat sini kena terawih kat rumah je. Nak masjid, masjid univ je yg ada jemaah perempuan.
nin, excited is good. salam ramadhan. :D
thanks hana. salam ramadhan to you! :D
fid, sama. nanti hantar kuih umah aku ek? hahahahah! :P
k.inni, besa lah neng yatimah tu. :D mekasih masih sudi lawat blog saya yang ala2 hidup segan mati tak mau ni hahahahah! sekarang ni blogging bila sampai seru je. selamat berposa kak! :D
salam Anaa. saya pun Ana jugak hahahahah! yes yes. effort must have. contoh beli telekong baru cantik kebabom untuk solat. hahahahha! :D
dilla, 9.30 ek baru bukak posa? last year aku sempat merasa 8.30 gitu. kesian ko. takpe nanti pulun la ganti bila dah bersalin sok. yang aku rindu masa kat sana ramadhan sebab tak dapat dengar surau2 buat terawih. 'aman' je semuanya hahah. tapi no hal. ko tuned in IKIM.fm. depa ada live streaming. take care ek.
ramadan mubarak, KNV!
eh! tersilap la knv, kul 5 tu abis subuh. hahaha... kul 230 fajarnya. Bab terawih kat masjid & surau tu memang rindula. Tapi bab aman lain aku suka. Somehow kat sini aku rasa life lebih tenang, banding dengan dok KL yang asik terburu-buru jee.
selamat menyambut bulan Ramadan almubarak...jangan lupa nanti pakai telekung kekabomm....g terawih tau..
saya masih melawat blog akak! heheeh...
knv, masih membaca blog ini, and thanks for ramadhan info...sungguh berkesan dihati....
Post a Comment