Anak merupakan salah satu ujian Allah yang besar.
Ujian utama ialah bagaimana mahu mendidik mereka supaya sentiasa menunaikan solat lima waktu? Sebagai ibu bapa, saya mahu mereka sentiasa bersolat walaupun tanpa kehadiran kita. Ia asas penting kepada pembentukan menjadi manusia yang baik di sisi Allah.
Rasulullah (selawat dan salam kepada baginda, kaum keluarga dan para sahabat) pernah bersabda:
“Ajarlah anak-anakmu solat ketika umur mereka tujuh tahun dan rotan mereka (sekiranya enggan solat) pada umur 10 tahun”
Ia adalah manual asas dalam proses hubungan antara ibu bapa dengan anak-anak.
Di rumah, ia boleh dititik berat dengan sepenuh hati. Saya sendiri akan mengejutkan kesemua anak-anak untuk bangun solat subuh, mengajak mereka ke masjid dan sentiasa berpesan supaya jangan lupa solat ketika mereka bersendirian di rumah.
Pada hujung minggu lepas yang baru berlalu, anak-anak berada bersama sepupu-sepupu. Saya izinkan anak-anak bermalam bersama mereka. Ketika mahu pulang ke Segamat, saya bertanya soalan rutin,
“Semalam Sofea solat subuh?”
Diam.
“Solat?,” saya bertanya lagi.
Beliau menggelengkan kepala.
“Ini yang ayah tidak suka. Lain kali Ayah tidak benarkan lagi bermalam di rumah orang”.
Wajahnya menampakkan kesedihan.
Saya berpaling kepada Amirul.
“Amirul solat?”
“Solat,” jawab beliau.
“Amirul solat sunat sebelum subuh?”
“Tak…”
“Kenapa di sekolah dan di rumah Amirul boleh solat sunat? Ayah tengok bila bersama sepupu-sepupu, Amirul jadi lalai. Amirul sepatutnya jadi ketua, ajak sepupu-sepupu untuk solat. Amirul tahu yang Allah pilih Amirul. Amirul sudah pergi ke Mekah dan Madinah masa muda lagi. Nanti kalau kita pergi Madinah, Amirul akan duduk di sana”
Saya cuba memberi motivasi.
Saya tahu – akhirnya – Roza akan memberi jalan kepada Sofea. “Ayah tidak marah sofea tidur rumah orang tetapi Sofea kena solat. Janji?”.
Itulah peranan yang selalu dimainkan oleh Roza dengan anak-anak.
Benar, Sofea baru berusia lapan tahun. Ia masih kecil. Namun ia sudah melepasi umur yang telah disebut secara spesifik oleh Rasulullah (selawat dan salam kepada baginda, kaum keluarga dan para sahabat) melalui hadis di atas.
Anak-anak memang ujian besar kepada kedua ibu bapa. Mudah-mudahan mereka menjadi anak yang soleh dan solehah agar menjadi peninggalan yang akan membantu kita apabila dihisab nanti.
click HERE to follow his blog. i simply heart prof kamil. quoting him, "saya manusia biasa-biasa" tapi penuh luarbiasa pengalamannya. baca blog dia buat aku rasa lapang dan ringan. the way he writes is soothing. :)
7 comments:
tq for sharing kak
Ya, betul..saya mula baca buku dia PhD Kecil Tapi Signifikan, lepas tu memang dah jatuh hati dengan cara dia bercerita, penuh dengan pujukan. Puan Roza pun ada blog.
baca entry knv tingat akak hari senin tuari akak suh ammar anak yg no 3 tu solat isyak.... lps abis solat dia dtg kat akak, dia ckp, ibu ammar dah solat isyak then teros solat subuh sekali.... so esok ammar tak payah bangun awal ya.... adehhh ni nak gelak ke nak rotan ni.... sabo jer la ngan anak2 ya
mmg benarlah bagai dikata.. ujian jugaklah utk mereka sebab ada ibu yg garang macam naga..
sejak kecik memang patut dididik. bukan setakat soal ibadah solat & puasa saja. Bab akidah tu yang paling utama. Cth: kenapa kita solat, kenapa kita puasa. Kalau anak-anak dah besar-besar esok lusa baru nak marah-marah, lupakan saja. Walaupun baku belum jadi ibu dalam ertikata sebenar, tapi aku dapat rasa payahnya tugas seorang ibu. Kena sentiasa tunjukkan contoh yang baik, jadi role model untuk anak-anak. Budak-budak ni lebih kepada ikut apa yang kita buat berbanding ikut apa yang kita suruh.
Thanks for sharing. The same writer Travelog Haji tu kan?
cts, my pleasure. :D
maia, dua2 itu penenang jiwa. :D
kak inni, hihihihi.. itu ikut logik depa la tu. bagus gak, at least dia tau yang kena solat jugak walau apa pun keadaan. tang timing tu boleh explain later. :D
yan, garang untuk kebaikan, insyaallah akan dihargai dihari muka. :D
dilla, memang payah. sesapa yang sabar tu insyaallah berbaloi2 dikemudian hari. ko sila doakan aku sabar banyak2 nak menghadap kerenah bebudak ni. sungguh mencabar fizikal dan mental. all the best to us mothers!
liyana, yep. dan ada few other new books lagi.
Post a Comment