Friday, October 14, 2011

empat


..manusia yang terbaik:
1. memberi salam kepada orang yang tidak pernah bagi salam kepada kita
2. memberi pada orang yang tidak pernah memberi kepada kita
3. memaafkan orang yang tidak pernah minta maaf kepada kita
4. menziarah orang yang tidak pernah menziarah kita

..orang yang tidak akan dilaknat oleh Allah:
1. orang yang sentiasa berzikir (a.k.a mengingati Allah)
2. orang yang memudahkan orang lain untuk berzikir/mengingati Allah
3. orang yang mengajar (ilmu)
4. orang yang belajar (ilmu)

..orang yang dikira menuntut ilmu (pahalanya seperti sedang berperang fisabilillah) :
1. orang yang mengajar
2. orang yang belajar
3. orang yang mendengar
4. orang yang menyukai/memudahkan ketiga-tiga orang diatas

..golongan manusia:
1. orang tidak mempunyai lisan dan hati, senang berbuat maksiat, menipu serta dungu
2. orang yang mempunyai lisan, tapi tidak mempunyai hati (suka bercakap pasal ilmu tapi tidak suka mengamalkan)
3. orang yang mempunyai hati, tapi tidak mempunyai ucapan (berilmu tapi tidak pandai berkata-kata, dilindungi Allah)
4. orang yang belajar, mengajar dan mengamalkan ilmunya

..orang yang dirindui syurga:
1. orang yang membaca alqur'an
2. orang yang menjaga lidah
3. orang memberi makan orang yang lapar
4. orang yang berpuasa di bulan Ramadhan

4 comments:

Anaasuria said...

nak jadi yang dirindui syurga..huhu..

knv, orang cina tak suka nomor empat.

Kak Inni said...

As salam, akak tak pernah keciwa klu bw kat blog knv coz akak akan pulang dgn ilmu... syukran

tinidewi said...

terima kasih :-)

knv said...

kak anaa, jom jom! hehehe.. on nomor empat, what you believe can haunt you back :P


kakinni, salam kak. lama tak nampak? hari tu saya ada pi kenduri rumah kazen dekat2 area rumah akak. kira lalu sebelah rumha la kira hahah. :D


tini, terima kasih kerana membaca. :D

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger