Monday, September 12, 2011

ilmu dan aman


aku dalam usaha mengenali ilmu2 yang bisa membuatkan aku aman.

kalaulah dari dulu aku tahu yang berilmu itu aman dah lama gamaknya aku menuntut. bukan tunggu separuh hidup baru nak terhegeh2 belajar. :P

sekarang ni hati aku selalunya nyaman. tapi masih ada juga hari2 dimana aku terpaksa berhadapan dengan situasi/tempat/manusia yang amatlah menjengkelkan jiwa. tapi bila berilmu dibawah sedar, maka akhirnya aku akan ketawa dengan ketidaksabaran diri sendiri.

dengan ilmu, aku sedar yang apa juga yang berlaku, hanyalah semata2 untuk menguji reaksi aku sebagai manusia. adakah bila berdepan dengan manusia gagah, aku akan terasa kecut. atau bila berdepan dengan manusia lemah, aku pula terasa hebat. atau bila berdepan dengan manusia bodoh, adakah aku terasa pintar. atau bila berdepan dengan manusia kaya, adakah aku terasa miskin.

ilmu mencerahkan yang apa sahaja yang berlaku, it simply does not matter. things can come in all sort of faces. semuanya untuk mengajar kita. dan dengan ilmu, we can embrace everything dengan hati yang lapang. dapat atau hilang, dihina atau dipuji, semuanya disyukuri. semuanya direnungi. tiada apa yang patut dibanggakan. tiada apa yang patut dikesali. semuanya tenang2 sahaja. :D

57-22: Tidak menimpa suatu bencana di bumi dan tidak kepada diri kamu melainkan telah ada dalam kitab sebelum Kami (Allah) melaksanakannya. Sesungguhnya yang demikian itu bagi Allah adalah mudah.
57-23: Supaya kamu jangan berputus asa terhadap apa yang luput daripada kamu, dan kamu jangan bersuka ria terhadap apa yang diberikan-Nya kepada kamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.

sungguh bertepatan dengan firman2 mulia dalam surah al-hadid diatas.

if only we knew.

dengan ilmu, aku meletakkan perkara ditempat yang selayaknya. tiada lagi kekecohan. tiada lagi kemarahan. tiada lagi ketidakadilan. semuanya tenang2 sahaja.

dengan ilmu, ada terbit rasa kehambaan yang paling bawah. dengan menyerahkan segalanya kepada yang maha kuasa. maka tiada lagi kerisauan. just do your best and get on with it. yang selebihnya bukan hak kita untuk menentukannya.

ilmu memudahcara. fahamilah tujuan, dan buatnya akan jadi mudah.

oh oh if only we knew.

10 comments:

sisdee said...

actually ilmu tak kira umur n pngkat tapi kdg2 kita sndiri yg lalai kan nk tuntut ilmu itu..

terus le kita mnuntut ilmu hingga ke liang lahat :)

MommyCT said...

ahhh ini ilmu alam redha yg aku fail sangat nih. tsk.

m-i-o said...

ilmu2 kebatinan secara teorinya nampak macam senang. lepas tu kita pun praktikkan sikit2. pastu kita konfiden, kita berlapang dada. kita nyaman. kita bahagia.

tiba2 kita pegi open house. carik2 rumah member, kita cakap kat driver sebelah - "ehhh takkanlah dot-dot-dot beli umah banglo besor macam tu kot. jom kita round belah sana"

tengok2 memang betollllll rumah banglo.

kita terus berdesupppp dlm hati - alamakkkkk....adakah meter level PIES (physical, intellectual, emotional dan spiritual) telah berubah disebabkan emosi kita terganggu dek rumah banglo itu?

2-3 hari juga bukak kitab nak adjust meter level tu :) hari ini, kembali seperti sediakala. nyaman.

m-i-o said...

errrr lupa nak bagi soalan kuis:

agak2 bila layan komen sy, terasa IQ tinggi ke rendah? hahahahahahaha!

errr, IQ rendah tak masuk bloglist akak khennnnn...? :P

knv said...

sisdee, ye. dah 30 tahun saya ingat saya pandai dan tak perlu mengukuhkan spiritual lagi. saya silap besar. patut lah selama ni hidup tak lengkap2. asyik tercari2 apa yang hilang. subhanallah!


momCt, mari belajar sis. hanya dengan ilmu kita akan belajar redha. :D


mio, i so get you. kadangkala akak sendiri masih begitu. itu tandanya kita masih ada penyakit hati. sebab tu kita ni kena rajin2 bangun solat malam. tahajjud dan taubat. untuk cuci hati jadi bersih. memang susah. hanya orang2 terpilih sahaja yang mampu bangun malam tatkala orang lain tengah tidur. tapi rewardnya. masyaallah. terasa seperti dunia dan semua isi2nya akan 'bekerja' untuk kita. mari kita sampai ke level itu.

tentang physical, manusia memang begitu. dapat segunung emas, kita mau segunung lagi. dengan ilmu, baru kita boleh menolak semua itu. :D

hahah.. i'm wayyyyyyy beyond memilih IQ ini. akak selalu lupa yang manusia2 low IQ inilah yang selalunya beri kita pengajaran yang tiada harganya. eksyennya akak dulu tak nak kawan dengan orang2 tak cerdik. semoga diampunkan tuhan. sekarang, akak syukur dapat menyampaikan yang baik2 kepada semua orang. :D

Anonymous said...

tak tau kenapa entry akak kali ni sungguh menyentuh jiwa saya,... so true... tp saya mengaku lately amatlah kurang saya menambahkan ilmu di dada........ apatah lagi ilmu utk alam yg kekal..

-marisa-

m-i-o said...

knv,
dijemput menyertai Quran Digital Giveaway di blog sy :P

http://my-internal-outlet.blogspot.com/2011/09/saya-patut-menang-quran-digital-oleh.html

mana tau ada rezeki buleh menang :)

knv said...

marisa, no sweat sis. masa itu sentiasa ada. sikit2 lama2 jadi bukit. :D


mio, takdak idea weh! sebab rasa macam tak layak je nak dapat quran digital miahahahah! :P

KS said...

kak non,

selamat menambah ilmu didada
selamat hari raya
selamat ulangtahun perkahwinan

knv said...

ks,
same to you dik. hang beraya di busan kah? ke putrajaya?

selamat hari raya, maaf zahir batin dari akak. :D

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger