Wednesday, November 23, 2011

4 of 40



Hadis empat puluh adalah koleksi hadis-hadis yang disusun oleh Imam Nawawi di dalam kitab karangannya yang bernama Matan Arba'in. Terdapat sebanyak empat puluh dua buah hadis sabda junjungan Nabi Muhammad SAW yang membicarakan mengenai akidah dan tauhid di dalam Islam. Pentingnya karya Imam Nawawi ini sehingga Ibnu Hajar mengarang sebuah kitab bernama Fathul Mubin Li-Syarhil Arba'in yang mengupas dan mebincangkan hadis-hadis himpunan Imam Nawawi.

Aku tertarik dengan Hadis 4 yang berbunyi:

"Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas'ud r.a, katanya Rasulullah SAW telah menceritakan kepada kami, sedangkan baginda seorang yang benar dan dibenarkan kata-katanya, sabdanya : 'Sesungguhnya sesaorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa setitik air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama itu pula, kemudian seketul daging seperti yand demikian itu juga, iaitu 40 hari. Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan menulis empat pekara : rezekinya, ajalnya, amalannya, celaka dan bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain daripadaNya, sesungguhnya sesaorang kamu itu tetap akan beramal dengan amalan ahli syurga sehinggalah di antaranya dengan syurga itu jaraknya cuma sehasta sahaja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya (suratan takdir) sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya sesaorang kamu tetap akan beramal dengan amalan ahli neraka sehinggalah di antara dirinya dengan neraka cuma sehasta saja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya sehingga dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka akhirnya masuklah dia ke dalam syurga itu."

Pada aku, hadis ini amat significant and relevant untuk ditilik-tilik dan direnung-renung oleh umat islam sekarang ni. agar kita boleh memupuk kasih sayang antara satu sama lain. agar kita tidak tergamak untuk mencela orang lain. agar kita tidak merasa diri hebat dalam hal amal ibadat. agar kita appreciate perbezaan yang hadir antara kita dan manusia lain.

sesungguhnya, hanya Allah yang tau kemana kita akan pergi. iman yang dicampak dalam hati kita, Allah boleh rentap pada bila2 masa yang Dia suka. iman dan hidayah itu hak Allah secara eksklusif. kalau ditakdir kita ke syurga, itu semata2 kerana rahmat Allah. sebab itu dibawakan kepada kita kisah seorang pelacur yang masuk syurga akhirnya hanya kerana menolong seekor anjing untuk minum. kita sendiri tidak akan tahu apakah amalan kita yang boleh membantu kita untuk ke syurga. hanya Allah yang lebih mengetahui.

hadis ini pada aku dapat membantu manusia untuk tidak prejudis dengan orang lain dan tidak riak dengan amalan sendiri. sudah sampai masanya kita memandang semua orang dengan pandangan kasih sayang. sudah sampai masanya kita sebarkan yang baik-baik sahaja. sudah sampai masanya kita memperdengarkan tentang keindahan islam kepada orang lain. sudah sampai masanya kita berfikir sebelum mulut kita laju dalam mengata dan mengeji orang. biarlah kita sibuk memperbaiki diri sendiri sehingga kita tiada masa untuk melihat kesilapan orang lain.

marilah sama sama berdoa agar dipertingkatkan iman dan taqwa kita sebagai manusia. marilah sama sama berdoa agar hidayah sampai kepada kita dan orang2 yang kita sayangi. marilah sama2 berdoa agar hidayah dan iman itu kekal dalam hati-hati kita sehingga hembusan nafas yang terakhir.

amin ya rabbal a'lameen.

4 comments:

Unknown said...

terima kasih kerna kongsikan ini...

syukur kerna Allah swt masih memberi nikmat iman pada diri ku ini...amin

SMM said...

amin.

tinidewi said...

ya betul katamu kak non. setuju sangat-sangat. BTW, teringat kata-kata seorang mualaf dalam radio ikim hari tu tentang kenapa Islam itu hanya dalam buku, tak terzahir dalam amalan, dia menjawab guru-guru yang mengajar ilmu, janganlah ingat mereka mengajar ilmu, tapi sematkan bahawa mereka mengajar kasih sayang.

Anaasuria said...

bila tengok orang yang yang berakhlak kurang baik, jangan dicemuh ... dia mungkin tak tahu apa yang kita tahu.. bahkan kalau dia tahu, dia mungkin lebih baik dari kita..

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger