Saturday, November 26, 2011

majlis ilmu


1) surah al-ankabut ayat 69:
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.

sesiapa yang bersungguh2 menjaga syariat Allah, maka Allah akan beri mereka kefahaman untuk menuju ke jalan yang diredhai.


2) untuk pelihara rumah dari cicak, lipas, lipan, kala jengking, ular dan seterusnya; amalkan baca surah al-baqarah. amalkan baca quran so that roh al-quran bergema dalam rumah. jangan kata serangga/haiwan berbisa, semut, cicak dan lipas pun boleh dijauhi. definitely the best remedy!


3) jarak manusia dengan arasy Allah hanyalah sekadar berdoa.


4) 3 perkara yang boleh buat kita DEKAT dengan Allah.
- amalan yang berterusan
- zikir (bukan makna sekadar mengucap subhanallah etc sambil pegang tasbih; tapi maksud zikir ialah INGAT allah. dimana2 sahaja, bila2 masa sahaja, sentiasa INGAT allah.
- doa. sentiasa berdoa kepada Allah samada sudah dimakbulkan atau tidak. berdoa masa susah dan senang.


5) azan sepatutnya boleh buatkan orang yang mendengarnya 'terpaut' pada Islam. syarat pemilihan mua'zzin amat penting. rasul suruh pilih orang yang bersuara merdu dan lantang. bilal dan mua'zzin kena berkualiti.


6) solat itu amatlah sukar, melainkan bagi orang yang kusyuk. siapakah orang yang kusyuk itu? Allah sebut orang yang kusyuk ialah orang yang perasan, tahu, yakin dan sentiasa membayangkan adanya pertemuan dengan Allah di akhirat kelak.

orang yang ingat mati, takut akan disoal dengan Allah tentang dosa2 didunia seperti mengumpat, meninggalkan solat, tidak menutup aurat, mengambil rasuah, etc. manusia2 yang berbuat dosa tidak yakin dengan adanya pertemuan dengan Allah.

saidina Ali r.a berpeluh dan menggeletar badannya selepas mengambil wudhu kerana rasa takut yang amat sangat untuk mengadap Allah ketika solat.


7) Uqbah berkata, orang2 yang memelihara syariat Allah (menjaga solat, membaca ayat2 Allah, elakkan diri dari maksiat dan dosa, etc) maka Allah akan memelihari mereka bilamana mereka berdepan situasi yang menyukarkan. Allah adalah sebaik2 pemelihara dan penjaga. maha penyayang dari para penyayang - surah yusuf ayat 64.


8) apa2 musibah yang menimpa kita, selalunya kerana kita tidak menjaga syariat Allah. kena check balik halal haram dari segi pendapatan, ibadah, pemakanan, pemakaian, kediaman, insurans, card credit, zakat, etc. setiap sesuatu yang berlaku ada sebab yang Allah sudah atur sejak awal. bukan kebetulan. samada untuk naikkan darjat atau menghapus dosa (kifarah).


9) perempuan yang ikhlas senyum kepada suami, akan dikurniakan cahaya dalam syurga sehingga dicemburui oleh para ahli ibadah. setiap tingkat manusia ada sumber pahala masing2. bukan hanya solat dan ibadah. sumber pahala isteri ialah suami. sumber pahala suami adalah isteri. sumber pahala anak2 adalah ibu bapa. sumber pahala orang kaya ialah orang miskin. sumber pahala orang miskin ialah sabar dan syukur.


10) zuhud sering di salah anggap. zuhud bukan menolak nikmat dunia dan hanya duduk2 sahaja didalam masjid, berpakaian kusut masai dan miskin. usman bin affan yang kaya raya juga termasuk dalam sahabat yang zuhud. saidina ali kata zuhud ialah kamu ambil nikmat dunia tapi jangan letak dihati, tapi di TANGAN. maknanya senang untuk disedekah kepada orang lain. kalau hilang nikmat maka tidak langsung terkesan di HATI.


11) alim ulama dulu bangun solat malam dengan berwangi-wangian dan pakaian2 yang paling mahal yang mereka ada. pakai samata2 untuk solat mengadap allah. diwaktu siang pakaian itu disimpan balik. yang cantik2 hanya untuk Allah. ini juga zuhud. kemewahan hanya bersekitaran Allah.


12) solat malam paling berkesan kerana kita berpeluang duduk bersendirian and mengadap Allah secara total. sunyi dan sepi adalah masa paling efektif untuk memuhasabah dan menilik diri. perasaan Allah memerhatikan kita secara langsung akan buat kita rasa hina dan lemah.


13) Allah adalah sebaik2 penjaga. mintalah padaNya sahaja. yakinlah hanya Dia penyelesai segala masalah. taatlah pada Allah, dunia akan tunduk pada kita. kalau bantah Allah, sekecil2 mahklukpun boleh lumpuhkan kita. akan diturunkan bencana2 tanpa kita sedari. seperti wabak, bencana alam, etc. bencana datang bila manusia tidak takut buat dosa, tidak patuh perintah Allah, maksiat secara terang terangan, derhaka pada Allah.

6 comments:

Ummu Auni said...

bab zuhud itu betul. Rasulullah SAW pernah tegur seorang sahabat yang berharta tapi pakai baju buruk dengan makna hadis lebih kurang Allah suka tengok kurniaanNya dipamerkan. gitulah

sisdee said...

best entry ko ni kak non..suka!!!..esp zuhud...kdg2 kita mnusia (aku le esp) nk bercantik2 tapi bukan pada yang mencipta..tapi nk tnjuk kat orang :((

semoga kita semua menjadi orang yang ingat pada PENCIPTA...

tq for this entry!!!

aida said...

kak non, pinjam2 nak tempek kat blog

Ealyie said...

i lap you hakak ;)

Unknown said...

terima kasih kerna ilmu ini....

knv said...

all,

thanks for reading!

:D

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger