Wednesday, November 30, 2011

syurga dan taqwa


salam. salah silap ejaan dan tatabahasa sila abaikan. in quite a rush! semoga ada manfaat yang boleh dikongsi bersama. amin. :)

Nabi muhammad memberi peringatkan kepada anak2nya dan kaum keluarganya, bahawa Nabi tidak dapat mewariskan apa2 kepada mereka. Nabi tidak boleh tolong walau kaum keluarga baginda diakhirat kelak. Tiap2 mereka masing2 harus beriman dan patuh perintah Allah.

Mana2 orang yang jadi pemimpin, Quran suruh mereka beri peringatan kepada orang2 yang hampir dengan mereka dulu seperti keluarga, kerabat etc. Selepas itu baru keluar kepada bukan kerabat, orang luar, etc.

Allah bagi syurga kepada insan2 terpilih. Ada yang tidak pernah sujud kepada Allah, tetapi tetap Allah janjikan syurga. Sahabat nabi yang baru masuk islam, terus berperang dalam Perang Uhud, tidak sempat solat walau sekali. Beliau mati syahid dalam perang uhud dan allah jemput beliau sebagai syuhada.

Orang islam masuk syurga dengan amalan dan ibadah masing2. Tiada siapa yang boleh melepaskan orang lain dari azab Allah. jangan menilai dan menghukum orang dari luaran. Jangan mudah menuduh orang tidak beriman. Contoh: orang yang menolak hudud sama berdosa dengan orang yang menolak poligami. Dua-dua menolak hukum Allah. jadi sebelum tengok salah orang, tilik diri sendiri dahulu. Jangan amalkan sikap mengata orang. Banyak yang tanpa kita sedari perbuatan kita yang menolak akidah seperti mengumpat, menghina dan memfitnah orang sedangkan dalam quran ada menghalang kita melakukan perkara2 ini, bukan hanya benda2 besar seperti mencuri, merompak, bunuh orang etc.

Berhati2 dalam melakukan dosa2 kecil kalau kita tidak buat dosa2 besar. Setiap sesuatu akan ditulis dan dibahaskan diakhirat kelak.

‘Syafaat’ di akhirat maksudnya pertolongan. Orang2 yang boleh beri syafaat ialah 1-para nabi, 2-para siddiqin (orang2 yang benar), 3-para ulama dan 4-orang2 yang baik muamalahnya sesama manusia. Nabi Muhammad diberi 2 pilihan oleh Allah: 1- samada mahu pengampunan dosa umat2nya semasa di dunia, atau 2-memberi syafaat di hari kiamat. Baginda pilih untuk memberi syafaat pada hari kiamat nanti.

Hari kiamat ialah hari di mana Allah PALING murka diatas setiap dosa2 anak Adam di dunia.

Di hari akhirat, bila matahari sejengkal (ada beberapa tafsiran sukatan sejengkal ini) dari kepala, semua umat di padang mahsyar mencari nabi adam untuk meminta pertolongan. Nabi adam menolak untuk menolong kerana baginda takut dan malu pada Allah kerana pernah makan buah Quldi yang diharam oleh Allah.

Proceed to Nabi Nuh. Baginda juga tidak mahu menolong. Nabi nuh cakap dia takut kerana Allah tegur baginda kerana pernah mendoakan anaknya yang kafir agar diampunkan Allah. Turun ayat quran yang menegur nabi nuh yang bermaksud, kalau anak kamu kufur kepada Allah maka dia bukan dari golongan kamu.

Proceed to Nabi Ibrahim. Baginda juga menolak. Umur nabi Ibrahim 400 tahun. Dalam 400 tahun tu baginda telah berbohong sebanyak 3 kali. Baginda malu dan takut pada Allah kerana pembohongan itu. Bohong pertama: baginda mengaku sakit taun dan tidak dapat hadir pada hari penyembahan berhala. Bohong kedua: baginda tidak mengaku menghancurkan berhala2. Bohong ketiga: tidak mengaku yang isteri baginda itu isterinya kerana tidak mahu raja merampas isterinya.

Proceed to Nabi Musa. Baginda pun takut untuk menolong kerana pernah menumbuk orang dalam pergaduhan. Nabi musa lari sebelum ditangkap oleh Firaun.

Proceed to Nabi Isa. Nabi Isa menolak. Baginda malu dengan Allah kerana ramai manusia sembah nabi isa sebagai tuhan. Nabi Isa malu kerana baginda didewa2kan oleh manusia. Beliau tidak tahu apa yang hendak dikatakan depan Allah.

(Kesimpulannya, Nabi2 ulul-azmi pun rasa takut dan malu pada Allah kerana kesilapan mereka yang kecil2 dan remeh temeh. Mereka tak sanggup mengadap Allah semasa di padang mahsyar. Bagaimana dengan kita yang terlampau banyak dosa2? Beranikah kita bertemu dengan Allah kelak dengan amalan yang sedikit dan dosa yang banyak?)

Proceed to Nabi Muhammad. Semua manusia berkerumun kepada nabi Muhammad. Manusia minta tolong. Nabi ketuk pintu syurga dan sujud dipintu syurga. Allah berfirman, angkat kepala kamu wahai Muhammad, hari ni bukan hari untuk ibadat. Kenapa kamu bersujud? Wahai allah, umat2ku sudah penat menanti hisab. Izinkan mereka masuk syurga tanpa hisab. Kerana allah sayang akan nabi, diizinkan 70000 orang bertaqwa masuk syurga tanpa hisab. Setiap seribu boleh bawa masuk lagi 70000 orang bertaqwa. Dengan izin allah. sebab itu orang yang bertaqwa masuk syurga tanpa hisab. Setiap hari jumaat imam akan mengucapkan “ittaqullah..” bertaqwalah kamu kepada Allah.

Kelebihan mengangis kerana takutkan Allah.

Nabi kata orang yang menangis kerana Allah tidak akan masuk neraka seperti tidak boleh masuknya susu perahan ke dalam kantung susu. Takutkan allah bermakna takutkan azab allah. azab bukan musibah.

Musibah kadangkala mempunyai hikmah disebaliknya. Tapi azab tidak begitu. Ada 5 musibah yang menimpa manusia (menurut imam Ghazali):
1-Berlakunya kemalangan ketika perjalanan/musafir
2-Apabila ditimpa buta selepas celik
3-Mati ketika muda
4-Miskin ketika tua
5-Ditimpa kehinaan selepas menikmati kemuliaan.

(to be continued..)

3 comments:

Ummu Auni said...

Semalam ustaz zahazan ada bagi tazkirah, ada orang alim ni banyak ibadat tapi duk kutuk orang yang buat maksiat. Lepas tu, orang buat maksiat ni memang hidup dalam maksiat tapi sentiasa berkeinginan untuk bertaubat dan taubatnya adalah taubat nasuha. Akhirnya orang alim ni masuk neraka despite the ibadat dan orang maksiat ni masuk syurga. Sebab apa? sebab orang alim ni ujub/takabur dengan ilmu & amalan dia.

Astaghfirullahaladzim. itulah fitnah yang paling besar. Ujub menghilangkan rasa ikhlas.

knv said...

aini, that's the challenge for alim ulama i think. macam dalam akak punya post before this "4 of 40" pasal hadis sebut pasal ahli syurga dan neraka.

kita memang tak akan tau kemana kita nak pergi. yang penting masa mati esok. sejahat2 orang kalau sembat taubat nasuha tetap akan diampunkan. sebaik2 orang kalau mati dalam sesat tetap masuk neraka.

siapalah kita nak kutuk2 orang kan. diri sendiri banyak yang tak betul lagi.

jedi said...

terima kasih atas ilmu ini kak...sungguh bermakna...

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger