Kalau sempat. Bangunlah solat malam walau sekadar 2 rakaat. It will do wonders. Susah memang susah pada permulaannya. Tapi niat dalam hati sebelum tidur tiap-tiap hari semoga Allah permudahkan.
Ya Allah, bangunkan aku untuk bertahajud kepadamu malam ini. Wahai para malaikat, gerakkan aku untuk bangun solat pada malam ini. Wahai mata, semoga engkau tidak mengantuk untuk bangun solat pada malam ini.
Dan jangan lupa berzikir sebelum tidur.
Biasanya akan terjaga juga sekitar 3-4 pagi. tapi biasanya juga badan seolah-olah tidak mampu untuk bangun menuju ke bilik air untuk mengambil wudhu. Terasa kepayahan yang amat sangat. Tidak mengapa. Esok doa lagi benda yang sama. Lusa. Tulat. Lagi dan lagi. Jangan berhenti berdoa dan merayu kepada Allah. Dia Maha mendengar.
Ya Allah, pilihlah aku jadi hamba yang sentiasa bertahajud kepadaMu ya Allah.
Berniatlah untuk memperkenalkan diri kepada Allah yang Maha Agung. Sesungguhnya manusia2 yang bangun beribadat pada waktu malam, bilangannya amatlah sedikit dibandingkan dengan manusia2 yang lena tidur. Manakan sama orang yang tidur dengan orang yang berdiri di dingin malam semata2 untuk meraih keredhaan Allah. Akan ada getar dalam hati yang paling dalam. Terasa seperti dekat benar dengan Allah.
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Allah turun setiap malam ke langit dunia pada sepertiga malam terakhir, dan menyatakan, ‘Siapa yang berdoa kepadaku, pasti aku kabulkan. Sesiapa yang memohon kepadaku, pasti aku beri, dan sesiapa yang memohon ampun kepadaku, pasti aku ampuni.’” (Hadis Riwayat Al-Jama’ah).
Untuk ibu-ibu yang mempunyai anak bermasalah, bangun solat malam. Untuk suami2 yang mahu dihormati isteri dan anak2, bangun solat malam. Untuk isteri2 yang mahu dicintai suami, bangun solat malam. Untuk keharmonian rumah tangga, bangun solat malam. Terasa kesempitan rezeki, bangun solat malam. Terasa dunia menyesakkan dengan seribu satu macam masalah, bangun solat malam. Yang terkena sihir/buatan orang, bangun solat malam. Yang berhutang keliling pinggang, bangun solat malam.
Insyaallah, akan dijauhi dari segala penyakit, akan lahir kesan taqwa pada wajah, akan dikasihi sekelian mukmin dan manusia, akan dapat bercakap dengan penuh hikmah dan bijaksana dan akan dikurniakan dan diberi rezeki yang halal lagi diberkati.
Itu habuan dunia. Akhirat apatah lagi.
Jom, mari perkenalkan diri kepada Allah. Untuk menjadikan duniawi lebih mudah ditangani, solat malam adalah kunci.
12 comments:
tsk. aku ni solat subuh awal waktu pun belum setel lagi uwaaaa. tapi semalam dah try baca 3 qul sebelum tidur. adalah improvement sikit. malam ni dan malam-malam seterusnya akan kucuba lagi. thanks for the reminder :-)
oh BTW, tak semestinya jam 3 - 4 pagi, kan? kalau beberapa minit sebelum subuh tu kira bangun malam juga kan? pandai je aku nak mengelat he he he.
hehehe.. ada beberapa pendapat ulama tentang waktu yang paling afdal. antaranya ialah tidur-solat-tidur. ada yang solat-tidur-solat. ada yang tidur-tidur-solat (sambung subuh terus). ada yang tidur-solat-solat.
imo, mana2 pun boleh ikut kederat. ada ulama bahagi malam kepada 6 bahagian. ada yang 3 bahagian. takpe. ikut kederat dulu. bila dah jadi kebiasaan baru improve tengok mana yang lagi afdal. buat sikit tapi berterusan yang paling baik.
terima kasih atas peringatan!
Selalu dikejutkan anak mintak susu 3-4 pagi,tapi lepas tu pegi sambung zzzz....jarang sgt terus masuk toilet berwuduk dan solat...sadis btul kan..dah ada peluang disia-siakan...
betullah org2x yang terpilih sahaja yang selalu bertahajud ni...
InsyaALLAH akan diusahakan terus solat tahajud mula dari malam ni...esok..esok..dan seterusnya.
hanis, mula2 memang macam tu. nak terjaga tu memang takdak hal. nak2 kita emak2 ni memang senang nak terjaga.
part yang paling susah ialah nak drag kan kaki pi toilet dan amik wuduk. kalo dah pass part tu, memang senang bangat lah.
insyaallah doa banyak2 mintak Allah tolong mudahkan. bila dah biasa bangun solat malam kalau tinggal mesti rasa semacam.
Ya..godaan tidur dan godaan syaitan ni memang hazab la sangat. Ada musimnya rasa senang sangat nak bangun, dah azam dalam seminggu nak wajibkan diri sekurangnya sekali solat malam, kemudian nak tingkatkan sikit demi sikit. Lepas tu datang peot...jadi terencat, nak mula balik tu aduh...
Lagi satu...kalau bangun sorang-sorang rasa feeling je nak solat. Tapi sekali bila suami pun nak bangun solat sama, udah datang pulak rasa malas sebab rasa mcm segan. Ntah apa-apakan?
maia,
betul betul, kalao lama tinggal tu memang seksa nak start balik. part istiqamah tu nak kena improve lagi hahahah.
kalao somi bgn jugak pi la solat bilik anak2 hahahha. lagi peaceful. :D
Thank you for this entry, I think this is the answer to my jiwa kacau episode. God Bless, KNV.
flowerella,
*hugsss*
semoga dipermudahkan my dear.. :)
nk buat dlm bulan ramadhan, so far alhamdulillah.. tapi da raya lepas tu la ni dah nak sambut raya deepavali..hmm.. hilang dah semangat ittew.. sobss.. thanks kak for ur simple reminder ni :)
ealyie, buat sikit2 dik. jangan paksa diri. tapi pastikan berterusan. jangan putus2 berdoa agar Allah 'pilih' kita untuk bangun solat malam.
kekuatan itu dari Nya jua.
:D
Kak, anak saya tido seksli dgn saya...
maia,
then can solat dengan aman in one of the empty rooms. boleh baca doa kuat2 takde sapa nak takut hahaha!
Post a Comment