Friday, April 22, 2011

antara dua darjat


dua2 manusia ni ternama. antara kita tau atau tidak aje. sepatutnya kenal lah. tapi aku sendiri baru tau tentang kedatangan insan yang ke-dua tu, walaupun sudah 2-3 hari dia sampai ke malaysia.

yang pertama itu sudah lama diwar-warkan kan di sokkabar. sejak setahun lepas kot muahahahha ok.. ok.. exaggerate la tu kak non. alah tapi kalau betul sejak setahun lepas pun aku tak heran. kita ni kan memang suka apa2 yang happening2 terkinja2 melompat2 menggeletik2 happy2 aje kan. kan. kan. :P eh, bukan ke??

jadi agak terharu bila mengenangkan kedatangan insan kedua itu tidak begitu mendapat tempat di ruang2 advertisement malaysia. atau adakah memang sukar untuk mencari ruang2 itu? atau adakah memang sebenarnya kita yang memang tidak mahu ambil tahu?

subhanallah. kesian kat kita.

ok ini mengisahkan tentang kehadiran dua manusia bertuah ini ke negeri malaysia yang bertuah ini, kebetulan serentak di minggu yang sama.

malam itu, insan pertama itu ditangisi distadium negara.

siang esoknya, insan kedua juga 'berkonsert' di kl. cuma peminat tidaklah sehebat si insan pertama. :D

Insan pertama, justin beiber.
sila google akan ke-havoc-annya. malas aku nak review. takdak pekdah.

Insan kedua, As Sheikh Dr. Abdul Rahman bin Abdul Aziz As-Sudais, Imam Masjidil Haram, Makkah.

Kenyataan Media Berkenaan Sheikh Sudais; Imam Masjidil Haram Menjadi Tetamu Kerajaan Malaysia

PEN: 04/2011/17 (JAKIM)

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :

KENYATAAN MEDIA BERKENAAN SHEIKH SUDAIS; IMAM MASJIDIL HARAM MENJADI TETAMU KERAJAAN MALAYSIA

1. Sukacita dimaklumkan bahawa kerajaan Malaysia menerima kedatangan dan kunjungan Imam Masjidil Haram iaitu As Sheikh Dr. Abdul Rahman bin Abdul Aziz As-Sudais atau dikenali sebagai Sheikh Sudais ke Malaysia sebagai tetamu kehormat kerajaan Malaysia bermula 18 April 2011.

2. Dikesempatan tersebut, Jakim sebagai agensi penyelaras di peringkat Persekutuan telah mengatur kunjungan dan lawatan Sheikh Abdul Rahman Sudais di Malaysia termasuklah mengimamkan solat dan menyampaikan tazkirah/kuliah di beberapa buah masjid sepanjang kunjungan hormat beliau di Malaysia.

3. Bermula pada esok hari iaitu 20 April 2011, Sheikh Sudais dijadualkan akan membuat kunjungan hormat kepada YAB Perdana Menteri di pejabat YAB Perdana Menteri di Putrajaya. Pada hari yang sama, beliau akan mengimamkan solat Asar di Masjid Asy-Syakirin, KLCC.

4. Seterusnya muslimin muslimat berpeluang untuk bersama-sama menunaikan solat Jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 22 April 2011 (Jumaat) ini dimana beliau sekaligus akan menyampaikan khutbah Jumaat. Manakala pada sebelah malamnya pula, Sheikh Imam Haramain ini akan mengimamkan solat Maghrib dan Isyak serta menyampaikan kuliah maghrib di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur.

5. Seterusnya, orang ramai di sekitar Hulu Langat adalah dialu-alukan untuk menyertai satu Muhadharah/kuliah yang akan disampaikan oleh Syeikh Sudais di Darul Quran Kuala Kubu Baru bermula pada jam 11.00 pagi pada hari Sabtu; 23 April 2011. Beliau akan turut mengimami solat Zohor di Masjid Darul Quran Kuala Kubu Baru bersama para pelajar dan kakitangan Darul Quran.

6. Sehubungan dengan itu, semua muslimin dan muslimat adalah dijemput hadir dalam majlis-majlis tazkirah beliau dan sebagai makmum kepada Sheikh Haramain di masjid-masjid berkaitan.

7. Atas kerjasama pihak media dalam mengwar-warkan perkara berkenaan amatlah dihargai dan diucapkan berbanyak terima kasih

Mana satu yang kita lebih kenal? cer teka cer teka cer teka. :D

ini bukan justin beiber :P


10 comments:

tinidewi said...

huwaaaaaaaaaaaaaa.... I LOVE IMAM ASSUDAIS!!!!! Why oh why?????? Kenapa tak tahu... HUUUUUUU... aku siap beli spesel edisyen lagi kaset2 dia masa kat Mekah. (Tapi balik malaysia download juga sebab takde radio :-p) tsk tsk miss him so much. kalau dia jadi imam, ai pun ikut nangis tsk tsk.

Unknown said...

justin bieber punya konsert malam jumaat.. parents yang kasi anak dia pi tgk tak tau le jenis apa..

sedih ngan anak2 sendiri.. camne le depa besar nanti

Anonymous said...

Dua2 pon aku tak kenai buleh???! Betapa ignorance nyer haku....huhuhuhu

Dilla said...
This comment has been removed by the author.
Dilla said...

1st of all: apakehalnya nak ditangisi justin bieber tu. Eeeuuwww... sore budak2 AF lebih sedap kot. Atau apakah JB howt kerana berdating dengan Kim Kardashian yg montoks itu?

2nd: Susahnya nak beramas mesra dgn ko skrg. On la balik fb tu ;P

Anonymous said...

Dilla - wahhh up to date ko with gossip artis..muahahhahaha
Tak pergi ke kenduri ari Jumaat ni? Kad dah sampai ke?..

transformed housewife said...

my students(the Yemenis & Saudis) told me abt Imam As-Sudais. They were so excited abt going to Masjid Wilayah.

knv said...

tini,
lain kali rajin2 dengau IKIM.fm muahahahahha!


mast, manusia sentiasa ada pilihan masing2. :D


madam, abih sapa aje yang ngko kenal? cerciter cerciter cerciter :P


dilla, howt? muahahahahhaahhahah! :P alaaa ngko email je aku kan senang. nanti dah sampai seru sok aku on FB balik ek? :P


mek, aku pun dapat kad kawin. malas nak pi je. satu table lagik ngan queen muahahahha! :P


th, haah kat masjid wilayah tu dia bagi khutbah jumaat kan. tak sempat nak dengar.

SM@A said...

Salam sis ...

Takde manfaatnye nak google si JB ni !!!
Dahlah jerit Hello Manila .. waktu start concert tu ....
My idola sekarang Ustaz Kazimmmmm ..dalam ceramah siap nyanyi2 lagi.

knv said...

hahahahah! siannnnn orang manila silap ropenyerrr hahahahah!

oh ustaz kazim tetap nomot satu! :D

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger