Morning routine aku samada akan buat aku rasa kelat; atau happy; masa sampai opis. Depends on perkara2 berbangkit subuh2 itu :P.
I always aimed to wake at 5.30am. tapi selalunya terbabas sampai 5.45am. kalau bangun awal dan siap mandi awal, sebelum azan subuh aku layan al-matsurat sikit. Takpun baca quran sikit. Takpun solat sunat sikit. Tengoklah mood dan masa. In between ni laki aku pun bangun pasal nak kejar bilik air. Kang lambat kang memang takleh masuk la dah budak2 dok conquer bilik air kan.
Lepas solat subuh, aku start kejut aisyah. She would always be the first to go shower dan bersiap2. Ada sedikit kiasu disitu. Aisyah apparently the perfectionist kind. Takleh lambat2. Takleh panic2. Dia akan susun hidup dia secara teratur. (very unlike me :P). masa aisyah mandi, aku akan kejut aimie pulak untuk mandi kat bilik air lagi satu. Aimie si periang ini akan ambil masa lamaaaaaaaaaaaaaaaaa untuk mandi sampai satu rumah boleh hangin dengan dia. Tapi being aimie, ada aku kesahhhh? Gitulah gamaknya.
Masa depa mandi ni barulah aku keluarkan semua baju2 uniform designated for that particular day. Arina ada 3 jenis uniform lain2 untuk hari lain. Aisyah, aimie and akmal pulak alternate between PE dengan hari2 biasa. Tudung pun asing2 juga. Underwear, stoking. Semua aku susun elok2 letak atas tilam.
Lepas aimie aisyah selesai, aku kejut akmal ngan arina pulak. Akmal jenis mandi p.ramlee. tak sempat aku nak kata apa dah siapppppp dah. Heran bin ajaib. Masa ni memang kalut la pasal masing2 dok pakai uniform sendiri2. Ya allah lembab hokayyy?? Aku selalu tak sabar tengok depa terkial2 nak sikat rambutnya, sarung kainnya, sarung bajunya, tudungnya, etc etc. jadi memang aku tolong pakaikan depa biaq cepat sikit.
Lepas siap akmal aimie aisyah akan solat subuh. Akmal jadi imam. Aku jadi tok guru kat belakang monitor solat depa. Dalam masa yang sama si arina siap mandi. Lagi nak tergolek2 atas katil. Terus aku pakaikan baju dia cecepat. Bila semua orang dah siap tu by then selalunya lagi sepuluh minit nak pukul 7. Aku ada masa 10 minit je nak bersiap2. Pukul 7 dah kena keluar hantar bebudak.
Laki aku biasanya around 6.30 dah keluar dah. Opis jalan sultan salahudin kl nun. Kalau lambat kang jawabnya berjanggut la jem.
10 minit untuk bersiap-siap tu, aku tepek2 apa yang patut, sarung tudung sarung seluar pastu zasssssssss dengan pantasnya turun bawah. Masa ni bebudak sarapan sikit milo ngan roti je gitu. Semuanya instant.
Pastu kelam kabut pulak pakai kasut hanggut beg masuk dalam keta. Berdesup pi sekolah aisyah aimie akmal. Pastu berdesup lak pegi hantar arina pre-school. Pastu alternate days berdesup lak hantar mak aku pergi kuliah agama. Lepas tu…. Ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh….. legaaaa… nyamannnnn… terus ke opis. Biasanya around 7.50am. aku antara makhluk2 pertama kat opis la kan. Aman je rasa masuk2 kerja sunyi sepi. barulah bernafas lapang sikit. :D
Mood aku kat opis akan depends apa yang jadi dari 5.45am to 7am tu. Tau2 ajelah. Budak2 ni banyak je punca2 nak buat aku marah. Tapi setiap kali aku marah memang aku rasa tak best sepanjang hari. ni berazam untuk bersabar banyak2. Bukan senang nak didik anak2 masa depa kecil ni. Insyaallah bila depa besar sok depa ingatlah apa yang aku dok buat untuk depa ni. Semoga melekat dihati semua pesanan aku selama ni.
Ok habis rutin pagi. Nanti aku sambung rutin malam pulak. Apsal aku langsung tak dapat tengok tv dah masa weekday sekarang ni. :P
14 comments:
wah kak non, cam i ler pulak report pagi ni... tapi bab solat tu fail lagi, nih baru start ajar basic-basic cam bacaan dalam solat
aida, anak2 akak pun tak perfect lagi bacaan. cuma nak biasakan dengan perbuatan dulu. sambil2 tu improve bacaan. :D
Waa..kira pantasla akak ni urus 4 anak. Saya ada sorang je anak yang belum sekolah bangun 5.30 juga dan keluar pukul 7 juga, kadang-kadang lewat 5-10 minit.
Kes saya ni kiranya maknye la yang lembap, bangun pagi baru terhegeh-hegeh nak masak nasi, nak adjust bekal anak bekal suami.kih kih.
fuhhhh...
baca oun semnmfutttt ni kak non...
maia, lembab jugak. nak2 bila mood tak baik tu. memang dragggggggg gitu. :P
suzi, dah lama2 tu kurang la semput :P
salam kak non!! wah saya sangat lama mencari2 di manakah ahkak menghilang.. casa arina mu yg dulu tu dah lama tak hapdet.. masyaAllah nasib baik sy terjumpa belog ahkak yg comeii ini..
*berakhir suda pencarian saya.. :)
*saya ialah milo ice a.k.a lin.. sudi2la dtg ke belog saya.. :D
baca je pun dah penat!
(mentang2 sendiri tgh rilek.. haha riak sungguh.. peace!)
Kak non,
Now u tell me, do u agree with me if i say " the office hour" yg kita ada ittew adalah our own sweet time? :p
Sbb masa tu kita cuma perah otak utk setel keje di office sahaja... Tp bila time dgn anak laki, masa tu all engines are on turbo mode! Manakan x cukup kaki dan tangan nak buat keje umah, manakan nak perah otak nak pikior menu apa nak belasah, dan paling x tahan engine reflex yg mmg akan on sampai laaaaa kita nak pejam mata tido! Hahahaaaaa.... Serius sbb tu kita jadi sewel agaknyer :p
aku nak jadik mcm ko kak!!!! er..err.. part bangun pkol 5:30am tu & melaksanakan suruhanNya tanpa gangguan anak2.. :( Aku selalu miss sbb alasan ANAK! Keji kan..:( How come kak nak buat apa mcm ko buat tu..?? :'(
kahkahkahhhhh! i second madam keji kesuma dewi :P
masa minggu pertama masuk keje selepas 60 days maternity leave tu - sy siap kompius betapa senang-lenangnya duk kat opis. nak berak pun rasa bahagiaaaaaa je. kahkahkah!
at least bolehla nak kunyah2 beskut sambil cicah2 kopi. klo kat umah, jgn harap wehhhh - makan nasik pun main telan aje tak sempatnya nak cukupkan kunyah 44 kali :P
linchalo,
welkam bek! ko rindu kat akak kah? kalau rindu sila bagi seposen. :D
mynie,
hoh! tunggu la masuk kerja nanti! :p
madam,
tang engine reflex tu memang tepat nyah. otak aku ni rasanya bekerja 24-7. hatta dalam tidoq pun. ye pasal tu la kita merengggg gitu. :P hahahahaha
sungguh lagi! bila aku masuk opis je pepagi tu, macam satu kegembiraan pulak. bukan maksud aku workaholic, tapi lega dapat stop and stretch for a while. the office is my excuse to spend time on me, as an individual. and getting paid for that? priceless! :D
ely,
bagi alamat ko. nanti akak hantar something khas untukmu! :D rahsia tersohor untuk beramal dengan mudah! :D
mio,
tang berak tu akak setuju banget. eh tapi ko boleh ke berak ngan aman? bukan bilik air ko pakai plywood je ke? boss ko cebuk pun ko dengar kan? muahahahahah :P
kunyah 44 kali? 4 kali pun mujurrrrrrrrrrrr! :P
mmg klu pepagi mood dah ke laut, sampai petanglah ke laut jugak.. kan kan..
mcm sya bila laki takde seminggu, berdesupp buat keje pepagi siapkan bebudak seblm gi keje.. tp, bila laki ada bersiap pon lek lek jek.. hihi..
wah... inspired dgn bgn pukul 5.30 pagi tuh. Dulu buat mcm tuh, tapi bila ada anak kecik nih, masa kita nka bangun tu lah dia nak susu, dah tu tentu je terlajak, bangun2 dah subuh isyh... okay... menjadi inspirasi saya utk bgn awal, so that blh solat sunat... tapi kalau tang mengaji saya lebih suka mengaji sambil susukan anak, dan masa anak2 ada, moga2 mereka terasa auranya... terima kasih.
sya, kalau boss bagi duit insyaallah mood tu naik ke darat balik muahahahahah! :P
noor, breastfeeding mother ni lain cara dia nak kutip pahala dik. hang menyusu tu pun lagi besarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr pahala dari akak yang buat solat sunat ni. if you ask me, jangan sampai ibadat kita itu jadi beban pulak. bila dah beban tak rasa syok nak buat hihihihih. sekarang ni kita orang pompuan yang sekaligus jadi isteri ibu pekerja ni can't afford to be stressful, nanti jadik singa hahahah!
take care!
Post a Comment