Tuesday, June 22, 2010

kejayaan harian seorang suri rumah

i am a house wife, temporarily. :)

my daily life and expectation is quite simple nowadays, no matter how demanding and hectic the routine can actually be.

dulu dioffice, aku kena sediakan target bulanan, target tahunan, target lima tahun, etc. tapi sekarang aku sudah berkecimpung dengan target harian. target2 simple yang sebenarnya amat menduga jiwa dan raga.

sudah tentulah most of it bersekitaran dengan kemajuan anak2 dunia akhirat. again, aku amatlah mengaku yang aku masih tidak cukup istiqamah dalam menghadapi kerenah anak2 yang macam2. untuk ibu2 diluar sana yang memang selama ini menjaga dan mengajar anak2 24/7, you guys are truly and madly and wonderfully amazing. insyaallah i'm getting there bit by bit.

jadi kejayaan kami (suami isteri) hari-hari, ialah bilamana kami berjaya melakukan semua ini in a daily basis:

1. pastikan anak2 solat
alhamdulillah akmal memang sudah boleh dilepaskan sedikit demi sedikit. alhamdulillah anak bujang aku ni lembut hati. kiranya idaklah bengkeng kalau aku berleter-leter suruh pi solat. bila difikir-fikir, he has done quite well at his age. compared ngan aku la dulu kan. betullah. takde sight yang paling best dari tengok anak2 kecik kita melakukan solat. sejuk kat hati tu lain macam. semoga dia boleh diharapkan untuk bimbing adik2nya nanti. dan semoga di boleh diharapkan untuk mendoakan aku ngan ayahnya dialam yang satu lagi, esok-esok.

aimie dan aisyah, masih dalam training dibawah ayahnya. kerja aku ialah mengajar depa hafalan ayat2 dalam sembahyang. yang ini memang liatnyaaaa AKU ni nak buat hari-hari. padahal kalau betul buat pun sekejap aje. dalam sepuluh minit everyday. tapi ya allahhhhh.. aku rasa yang banyak syaiton tu kat aku kot. asyik culasssssss aje. so yang ni aku nak kena improve lagi. aimie aisyah memang jenis eager to learn. kalau ajar tu cepat aje dapat. itulah, aku tend to take for granted la pulak bila anak2 rajin dan minat semacam.

2. mengajar anak-anak mengaji
akmal masih baca surah al-baqarah. yang memang constant mengaji on weekdays la. aku ajar akmal satu page al-quran sehari. insyaallah lama2 habislah tu. sekarang ni aku cuma nak dia biasakan diri baca quran setiap hari. insyaallah kalau dah jadi budaya sekarang bila besar esok lembut hati dia untuk amalkan quran sepanjang hayat. yang ini pun aku doa banyak2 janganlah aku culas.

aimie aisyah baru iqraq set je. aku tau.. agak pathetic disitu. depa dah 7 tahun. tapi masih merangkak rangkak. i take full responsibilities on their delayed progress. depa aku ajar 2-page everyday. insyallah harus istiqamah. doakan hati aku tetap nak ajar budak2 nih. kalau aku malas sikit, memang hancus la.

arina pun baru iqraq intro. tapi dia banyak main2 pun. takpelah aku ajar aje selagi dia boleh focus. tak sampai 3-4 minit dah lari pi main.

3. homework primary school
yang ni senang je. pasai homework depa tak banyak pun. kalau takdak homework, kami buat reading. depa memang dapat supply buku dari sekolah untuk dibaca everyday. alhamdulillah aku tak risau sangat part ni. dapat reading 5 minit sorang pun dah ok dah. yang ni pun banyak gak culasnya. haaaii... nyampah tul kat mama nih!

basically untuk anak2 yang ini lah yang perlu aku concentratekan. aku rasa yang agak menguji kesabaran pasal aku kena fikir nak buat untuk empat orang. aku tau.. aku tau.. agak overacting kat situ. orang lain anak 7-8 orang tak kecoh pun. hahaha.. apa nak buat. aku hanya insan biasa yang dulu tak pernah jadi housewife. dulu aku rasa jadi manager dan engineer sudah stress ya amat dengan work load. sekali allah nak tunjuk, nak commit mengajar anak2 sebenarnya 10 kali lagi susah dari kerja kat office tu. semuanya aku kena ambil iktibar.

jadi setiap malam sebelum tidur, kalau aku dapat tick semua yang diatas, aku rasa syukurrrr yang amat sangat. betapalah ironik. entah kenapa aku rasa kejayaan besar sangat buat aku kalau dapat capai 3 target kat atas ni. padahal tak ada apa pun kan? entahlah. dah sah-sah selama ni aku rasa aku macam bagus dapat buat banyak benda2 susah yang lain, dan pandang enteng dengan perkara2 basic macam ni. allah aje yang maha mengetahui.

aku berdoa agar allah bagi aku kekuatan untuk aku jadi isteri dan ibu yang baik. memang tak senang. sungguh banyak cabaran dan dugaan. semoga anak2 aku membesar jadi manusia yang takut pada Allah. honestly, itulah harapan utama aku.

kalau korang ada tip2 baik untuk disiplinkan diri, sila habaq mai. :D


24 comments:

MLCB said...

Sapa tak disiplin kita rotan!

knv said...

kahkahkah! hang nak tulon rotankan kaa? jauh bebenorr punggg! :P

Saudah Salleh said...

wow, you did great, sis.

tapi kalau kena rotan, boleh telepon teledera tak?

TopsyTurvyMum said...

aku cuba buat style mak aku dulu kat kitaorg, cakap baik2..tapi tak jalannn..
kena pakai rotan gak baru jalan..hishh!
every year balik m'sia kejenya beli rotan, kahkahkah!

aku pun banyak sgt kena belajar lagik ni..

Fid said...

aku??x da tips
aku cedok dr hang ja la knv oiii

Rizza said...

rotan, "kuasa suara", denda,

kalau utk ko ana.. cuba buat mogok tak masak.. heheh haru anak ko akan ikut cakap ko.. hahhahah.. sebab mereka suka makan apa ko masak kan.. hehhe

knv said...

saudah,
thanks. kena tengok jugak sapa yang kena rotan tu hahahha :P


ttm
yang masalahnya aku, bukan bebudak sgt hahahha.. tak sesuai nak rotan orang tua tau!


rizza,
thanks. nak disiplinkan budak satu hal. aku yang tua ni yang harus kena disiplinkan dulu hihihhi.l

MR said...

jumpak lagi belog org mesia dok obersi. huwaaaa.... tertekan makcik dibuatnya. rasa nak suh laki pi apply kijer kat obersi dan-dan ni jugak.

Puan knv dok kat yamalika eh? syok ehh... :)

eh, lupa plak... salam 1 malaysia... salam perkenalan... cewah, cam zaman skulah lak rasanya

Ms Lola said...

I think you've set a very high expectation to yourself on (in??) being a mom.

Nanti diri sendiri yg merana...

Ummu Auni said...

saya punya target pun macam kak non. bab solat je kekadang buat, kekadang tidak ajar depa. sebab kesian juga kat anak. tapi mengaji hari2, buka buku /homework pun almost everyday. Siapa cakap senang? kekadang kita pun naik gak temper. tapi Alhamdulillah, dua-dua tu terang hati

Nur Sakinah Ahmad said...

slm knl kak non..sy jd fully housewife on wikend pon mls nk ajar anak..biar cd je ajar :(
insyaAllah, bila diorang besar sket sy amek kak non jd contoh/ mentor saya untuk saya ajar anak cr kak non, buleh? :)

knv said...

makcikrehan,
yamalika tu mana? hahaha.. saya dibirmingham. salam.. salam.. :P


lola,
:D nama pun target. tak semuanya tercapai. but i think being a housewife, i need to have those. dulu kat msia senang bangat, hantar anak2 pi sekolah agama. kowtim bab2 ngaji solat tu. kita ingat2kan aje. macam kat sini tak dapek la nak harap orang lain dah.

dulu mula2 tu memang tak heran. tapi lama2 risau pulak tengok budak2. i will try to achieve at least 2 out of 3. kalau dapat 3/3 tu memang syukur banyak.


aini,
budak2 memang terang hati. pasal tu akak rasa kena gunakan masa depa kecik2 ni untuk serap benda yang baik2. insyaallah depa akan senang nak turut bila besar sok.


kinna,
weekend tu sekejap sgt. dulu akak kat msia pun macam tu la jugak. now ni rasa kena take on more responsibility pasal akak 24/7 kat rumah. akak fikir2 kalau akak boleh ngadap internet ni lama2, tak adil pulak kalau tak boleh nak ngadap anak2 jugak..hihihi :D

KS said...

takde tips sebab diri sendri pon kurang disiplin...

tapi bab2 agama di zaman skang ni mmg payah la kak. nak cari cikgu ngajo iqra pon susah! saya risauu..

Anonymous said...

KNV : i feel you, beb! bila dok umah ni, expectation kita pada diri sindri utk accomplish certain targets lebih dari biasa sbb rs sgtlah 'melampau' kalau dok umah tapi tak dpt capai. keh..keh... actually those words are for myself. ;-)

Unknown said...

""entah kenapa aku rasa kejayaan besar sangat buat aku kalau dapat capai 3 target kat atas ni. padahal tak ada apa pun kan?""

aih akak.... perkara2 yg disenaraikan ni lah yg menjadi basic kehidupan dan yg paling penting utk anak2 amalkan bila diorg remaja dan dewasa kelak... (cehhh, i bg komen mcm i ni ada anak dh 19 thn gitu).. kalau tak diterap ms kecik2 ni, mmg susah jugak akan datang...
saya juga mencuba utk mengajar iqra' kat anak usia 2 tahun, tp bc satu perkataan je dh lari2 pegi main. kena carik tips utk ajar anak kecil ni....

knv said...

ks,
hahaha.. tu kat msia tu dah risau. akak kat sini lagilah. azan pun takdak. nasib baik internet dekaaattt aje :P


necly,
hihihi.. my guilt sebab selalu sgt dok bersidai depan pc. berjam2 pun tak rasa. tapi bila nak ajar anak, seploh minit pun rasa panasss dah montot hahahha :P


laila,
kita parents ni memang sokmo la kena try and error. akak cuma nak wujudkan certain2 budaya untuk budak2 ni. so that benda2 basic ni bukan alien untuk mereka praktik sampai besar sok. nak didik hati, lagi mudah kalau kita mulakan dari kecil.

insyaallah kita buat apa yang kita mampu, kan?

Min Aina Ila Aina said...

Setiap hari adalah deadline!
Maka tak boleh bertangguh, kena buat hari ni juga. Sebab umur anak semakin bertambah setiap hari. Umur kita pun takkan tak berganjakkan?

Asiah Abd Jalil said...

Dulu saya ustazah KAFA. Saya ajar anak-anak orang mengaji, asas solat, tauhid, feqah, sirah, segala... Budak-budak tu kata, saya mengajar best, sampai depa berebut nak masuk kelas saya, yang kaki ponteng pun dah start suka datang KAFA petang-petang. Saya terima banyak appreciation dari parents yang seronok tengok anak-anak depa ada improvement dalam ilmu agama dan Al-Qur'an.

Tapi kelima-lima anak saya, saya tak boleh ajar. Susah nak ajar anak sendiri, berbanding ajar anak orang. Kalau anak orang, saya boleh bersabar, boleh pulun dan pulun ajar sampai depa pandai. Tapi bila mai anak sendiri, alahai... payahnyalah nak sabar!

Tapi semua tu alasan. Kita akan terus beralasan dan beralasan, alih-alih anak-anak dah besar, dah susah nak lentur, baru kita nak terduduk mengeluh. Yang penting suami isteri kena sama-sama saling menguatkan dan menggalakkan antara satu sama lain. Tak boleh lepas tanggung jawab tu kat ibu semata-mata.

SM@A said...

Salam sis ...

Memang susah nak ajar anak sendiri. My eldest tahun ni UPSR, sedikit sebanyak ada tekanan kat I and my husband. Hantar tuisyen and at the same time I pun ajar kat rumah. Tapi I adalah ibu yang garang, cepat naik darah waktu mengajar. As much as possible, I try to control myself. Bab agama, Alhamdulillah, as you said kalau kat negara sendiri, senang sikit, ada kemudahan kelas agama. Pun ada tekanan kat situ coz tahun ni anak I pun ada exam PSRA.

Kadang-kadang kesian kat anak tapi you have no choice sebab sistem pembelajaran kat Msia mmg cam tu, exam oriented.

Mohon Allah terangkan hati dan tajamkan fikiran anak I, AMIN.

Ms Lola said...

For all u know, org yg non-muslim, yg selama berpuluh2 tahun dibesarkan dlm cara hidup agama lain, lebih mengetahui dan mendalami islam dr org islam sendiri.

Apa yg nak dicakapkan di sini ialah, tak semestinya seseorang yg tak pernah dgr azan, tak pernah mengaji, tak pernah pegi kelas2 agama, tak pernah sembahyang, TIDAK akan kenal islam.

Yg penting, individu itu harus sentiasa ada sifat INGIN TAHU, sentiasa nak belajar (tak semestinya dgn diajar). Jgn nak TERIMA... aje.

I think Arina is a kind of person who will ALWAYS know what she wants in her life.

lemongrass said...

Salam knv,
I selalu jugak baca your blog but diam2 aje, tak tegur. But I terpanggil nak comment on this.
I can fully understand what you are going through in reagrds to being a housewife and duudk overseas and all these expectations and goals that we expect from ourselves.
I pun kadang2 rasa macam I'm the worst Mum in the world in regards to mendidik anak2 mengenal Islam ni. Benda lain boleh buat but nak ajar mengaji rasa mcm tak cukup2 masa pulak. I kesian kat my kids sebab dapat Mum mcm I :-(. Especially bila orang2 I kenal kata anak2 dia dah katam Iqra' at 3y.o or dah hafal segala macam surah.
At least now I feel like I'm not the only one feeling this way :-).
Uish,panjang pulak I meluahkan perasaan kat your blog, hehehe

knv said...

MAIA,
ye kena gigihkan jugak buat apa yang terdaya. anak2 ni amanah. memang confirm allah tanya kat akhirat esok2.


asiah,
memang tak boleh bagi alasan kan? memang kalau akak ingat penat jemu nyampah ngan kerenah anak2 memang hancus laa.. tapi lepas tu kita pulak tak sedap hati. akak dok ingat2, benda2 ni sekejap aje susahnya nak dibandingkan depa nak bawak budaya tu seumur hidup. hopefully usaha tak sia2 lah. :D

knv said...

SM@A,
hmmm.. kesian pulak kat anak2. akak ni cemas2 nak balik msia sebab fikir pasal tu jugak. nanti ni balik, abang darjah 3, aimie aisyah darjah 1. siaplah berperang dengan segala homework bagai. kengkadang i think kena ni tamak nak buat semua benda. buat untuk anak2 ke, untuk kita sebenarnya? hmm..


lola,
that's an interesting thought.

for me, KENAL islam satu hal. yep semua orang pun boleh sekadar kenal islam.

tapi untuk kita yang sudah sedia muslim ini, kita harus KENAL, dan AMAL jugak.

and condusive environment certainly make it easier.

:D my 2 cents.

knv said...

sis lemon!
dah lama tak jumpa? hihihi.. i pun dok bertunggu tangga gak kat umah you :P

itulah kita pun nak kena ada jadual untuk budak2 jugak kan? dulu i pressure sgt sebab tengok anak2 slowwww je progress. padahal sebab mak nya yang slow.

sebenarnya diaorang kecik2 ni lagi senang nak kerah dan perintah. memang solely on us parents la.

itu yang i buat target tu. at least bergerak la jugak walaupun seinci seminggu hahahah :P

takpe, you are definitely not alone. ramai lagi yang sama macam kita kat luar tu.. :D

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger