Saturday, June 19, 2010

kenapa saya baca Casa Arina

Terima kasih!! The ones in the running :D

1. Because I loveeeee Anamiraa (err.. bukan nama samaran) ;)
~ Mimielola

2. ... it is rare, blunt, passionate and authentic! Harmonious! ;)
Saya alih bahasa eh. Sedaya-upaya nih;
Saya baca CASA ARINA hanya kerana... ia berbeza, telus, berketerujaan dan tulen! Beraneka! ;)
~ eZa

3. Nak tahu?
Casa Arina adalah milik Kak Non Vogue
saya baca Casa Arina kerana saya suka idea dan hujahan KNV yang mana seringkali membuka liang liang minda saya agar lebih berfikir daripada menghentam.
Saya juga suka membaca Casa Arina kerana..KNV adalah antara insan pertama yang saya bersua muka sejak membuat kawan secara online…
Tak percaya???saya siap pi ngadap bonet kereta dia lagi tau masa first time berjumpa……
Pertama kali jumpa dah cakap hang aku…sempoi..i like!!!
saya baca casa arina kerana KNV cakap kat anak saya masa pertama kali jumpa
“mai la kat auntie sat..auntie nak peluk bantal…auntie ada girls tau kat rumah…”
hang ingat ka kak non???
Saya baca Casa Arina kerana ada KNV…arina…aisyah..aimie dan akmal serta mamat C!
betoi kan C???
harus rujuk balik nih nota nota cinta kak non!
~ Fid

4. I read your blog because you are not pretentious, you speak from your heart, and that's how your inspiring words reach my heart. You remind us readers that we are not perfect mothers or wives (we will never be), but we can strive to become better ones.
Thank you KakNon.
(Ni macam surat je, nak buat karangan susah la)
~ DrWati

5. well ..saya nak komen tentang blog ini sebab blog ini sudah membuatkanku ingin memenangi beberapa barangan dari oversea....lama tak merasa....sebab ada perkara di sebalik kejadian...
~ zafirazainulabidin

6. Sebab saya suka. Casa Arina banyak memberi inspirasi kepada saya. Saya melihat tuan punya blog sebagai seorang yang istimewa. Dari seorang yang bekerjaya hebat, beliau telah transformkan kehidupan beliau kepada seorang diva di mata anak-anaknya, yang mana belum tentu mampu untuk saya lakukan. Saya seronok membaca kisah hidup tuan punya Casa Arina. Seronok melihat hebatnya resepi-resepi masakannya. Memang Casa Arina banyak memberi influen terhadap saya. Sebab itu laa saya pun terjebak membeli BM dek kerana setiap hari terpaksan menadah saliva melihat kehebatan roti hasil garapan (sesuai ke perkataan nih?) beliau. Selain dari itu, entri-entri dalam Casa Arina juga banyak memberi sentuhan mendalam di dalam hati saya. Betapa entri Casa Arina mampu membuat teguran dalam bait-bait perkataan yang begitu bersahaja, tanpa menyinggung hati pembacanya (hati mak laa, hati orang lain mak tak tau...). Apapun, saya berharap akan terus dapat membaca Casa Arina sampai bila-bila..
~ sayangIbu

7. kerana
* ada cerita
* ada ceriti
* ada resepi
* ada motivasi
* ada merapu
* ada marhaban
* ada segalanya
paling penting di casa itu ada KNV yang vadedas. tanpa dia, itu rumah mesti sepi........
~ Mama Adib

8. Anaamira atau lebih dikenali dengan nick KNV(KaK Non Vouge), blogger tersohor abad ini! Saya membaca & meninggalkan komen di blognya adalah bukan kerana semata entry2 resepi terlampaunya akhir2 ini, tetapi saya telah mengikuti blog beliau dari awal beliau cuba2 menjadi blogger terlampau. Dan bukti bahawasanya beliau adalah memang seorang blogger terlampau, salah satu daripada blog beliau telah di hijack oleh seseorang yang jeles dengan blog beliau iaitu si mamat Mike Haru! Memang haru-biru saya sebagai pembaca setia blog beliau ketika itu.. Mike Haru tidak pandai menarik perhatian sebagaimana tarikan yang dimiliki oleh KNV!! Makanya dia telah mencurik link blog KNV utk blog terlampaunya..;) Walau dimana KNV berada saya tetap mendoakan kesejahteraan beliau bersama insan2 yg dikasihinya even tidak pernah bersua muka, saya sangat sayang KNV macam saudara sendiri (walaupon KNV xsayang saya..*sob..sob..sob..*) . Teruskanlah usaha anda untuk menjadi blogger terlampau hingga ke akhirnya. Dan saya minta halal dunia akhirat sekiranya sepanjang tempoh masa perkenalan kita di alam maya ini, banyak ilmu2 KNV yang telah saya cedok sewenangnya & mengaplikasikan didalam kehidupan seharian saya yea.. Akhir kata I lap U lah Kak Non..;)
~ ealyie

9. saya (dan2 tu saya) suka baca blog KNV sebab kak non adalah vogidevass!! Buleyh? Hak hak. Oke2, saya suka baca blog kak non yang bernama casa arina (nama blog dia ler) sebab suka baca pengalaman kak non kat negara orang di samping laskar2 chinta nya. Jugak suka sbb kak non suka share resepi yg best2 walopun sampai ke hari ni tak sempat nak menerai. Hiks. Tapi yg pasti mmg sukak la!
~ KV

10. Saya suka pada sudut pemikiran beliau yang di pinggir kotak bahagian luar apabila melihat sesuatu perkara. Saya adalah seorang yang di dalam atas kotak, jadi bantuan dari rakan2 yang berada di pinggiran kotak adalah penting bagi menjana minda agar dapat melihat dunia ini dari perspektif orang2 yang berada di pelbagai sudut dan perimeter kotak. Kotak itu mestilah 4 segi.
~ MLCB

11. kerana.. (tetiba flashback kat iklan petronas - kenapa saya suka rumah saya).. ok, back to NOW. Kenapa saya baca Casa Arina? Sebab penulisnya. Walaupun dah kenal sejak 2005/2006 (tak sure part ni), tapi 1st time bertentang mata adalah sebelum keberangkatan beliau ke tanah Birm. Saya anggap dia macam kakak saya (regardless of apa yang dia anggap pada saya). She knows how to touch ppls lives. Mungkin atas dasar itulah kami (you know who you are) sama-sama membuat surprise ketika besdaynya yang ke dot dot dot.. Tapi antara benda yang buat saya terharu bila saya dapat SMS dari beliau yang jauh di sana ketika saya melahirkan NaniNani.. sayang sebab tak dapat angkat phone call pasal tengah sibuk(?) menyusu time tu.. banyak jugak la kesah saya dengan penulis Casa Arina ni.. tak dapat nak tulis satu2.. heeee.. apapun, memang bertuah sapa2 yang kenal si penulis.
~ cikyan

12. Asalnya saya membaca Casa Arina, terkebetulan dari adanya linkage dari rakan-rakan. Kemudian, saya melihat satu entri yang memilik ucapan KNV kepada pembacategar Casa Arina. Believe it/not, saya telah hooked untuk membaca Casa Arina dari saat itu. Tulisan KNV yang ala-ala menggelikan hati saya, dan banyak membuatkan saya berfikir, terutamanya entri-entri lama di mana KNV seolah mencari jati diri, ketika ingin menyambung ijazah sarjana di UIA, di mana sangat berlainan bidang dengan jurusannya. Begitu juga, perihal kelahiran anak-anak KNV yang agak rapat & how she handles it.
~ aini

13. Sebab....
Aku rasa dia GILA macam aku. Kekadang aku rasa dia baikkkkk sangat, kejap kang aku rasa dia lebih sewel dari aku. Kekadang berentry-entry dia menyumpah orang, pastu kang dia berusrah pulak. Kekadang dia masak sampai xmuat meja, pastu dia rasa malas nak masak. Kekadang dia macam seronok sangat menguruskan anak2 dia, kekadang bila dia restless mula la nak membebel tak tentu hala. Kesimpulannya, dia takle sevogue mana, haha kejiii. Lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. Anyway, i love to read Casa Arina sebab DIA ADALAH DIA. Dia blog apa yang dia rasa dengan bahasa yang takde cover2. It's just me, aku suka orang yang macam tu ;).
~ iszan

14. Ianya bermula apabila saya mengadu saya telah gemuk di dalam satu forum keibuan... mungkin kak non lupa tapi saya masih ingat.....kak non menyuruh saya membaca blognya ... katanya mungkin ada iktibar yang boleh diperolehi.... ye.. memang ada isu berat badan.. biasa la perempuan... lepas-lepas tu ada satu entry yang masih saya ingat sampai sekarang iaitu hari persaraan ibunya... Oh... saya sungguh terharu la bila baca entry tu.....semenjak dari hari tu seolah-olah menjadi rutin saya membaca blog kak non...
~ marisa

15. Saya rasa, ada satu sebab utama yang membuatkan saya terus membaca dan meninggalkan komen di blog Casa Arina. Untuk julung-julung kalinya, saya merasakan bahawa untuk mengalami kecelaruan dalam hidup itu bukanlah sesuatu yang sia-sia, untuk mempunyai terlalu banyak minat bukanlah satu kelemahan sebaliknya menjadikan hidup lebih berwarna-warni, setiap pengalaman ada harganya dan apa juga yang terjadi dalam hidup ini ada sebab-musababnya yang tersendiri. Saya tidak lagi menyalahkan diri sendiri atas apa jua yang berlaku. Yang paling penting, saya belajar untuk berlapang dada hanya kerana satu kisah yang pernah diceritakan oleh KNV – sebuah telefon-sarat-kasih-sayang yang dipos dari Birmingham! :P Eh, saya rasa lebih baik perenggan ini yang dicalonkan untuk bertanding. Bolehkah ini dianggap sebagai 2 pencalonan, wahai KNV? Kahkahkah! Banyak songel punya peserta :P
~ mio

16. Saya kurang memori siapakah yang menjodohkan saya dengan Casa Arina, tetapi saya memang selalu nampak nama KNV dalam blog-blog yang saya kunjungi. Namun demikian, saya tak pernah tertarik untuk menerjah ke villa yang diberi nama Casa Arina ini kerana saya tahu tuan rumah tersebut adalah sangat vogue, tinggal di Birmingham lagi tu. Maka saya rasa saya tak layak bertemankan si empunya blog yang vogue kerana saya ni selekeh lagi tak bergaya. Tetapi takdir Allah mengatasi segalanya. Saya terketuk pintu rumah yang tersergam indah, kerana saya ditunjuk arah oleh satu entri keibubapaan di mana tuan rumah telah memaparkan semula coretan Abu Saif. Tulus ikhlas dari hati, saya agak terkejut kerana ada entri sebegitu di dalam Casa Arina. Rupa-rupanya telahan saya selama ini meleset, menyimpang malah salah sama sekali. Oh, maafkan saya wahai kakak yang mesra disapa dengan nama KNV. Kunjungan pertama menyebabkan saya sentiasa datang bertandang, tetapi sebagai tetamu yang mengintai-intai saja, tidak berani lagi menyapa tuan rumah. Lama-kelamaan saya sudah semakin berani merasa makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah, siap ambil resepi dan cuba pulak di rumah. Tak cukup dengan itu, saya panjang-panjangkan resepi kepada kakak dan kawan-kawan saya yang lain. Saya memang suka dengan resepi M hasil air tangan beliau.
~ MAIA

17. ~ KS

18. Saya baca Casa Arina kerana apabila saya lapar, saya mesti teringatkan gambar makanan yang sedap-sedap di dalam Casa Arina. Kaedahnya, Perut Lapar, Ingat Casa Arina. Sementara belum Ramadhan, bolehlah. Masuk Ramadhan nanti, memang cari nahas. KNV, nanti jangan nak menggatal letak gambar makanan sahur dan berbuka tau! Meleleh air liur :-p
~ tinidewi

19. Sebab Saya suka lah.. suka sangat2 entry Casa Arina.. terkadang digenangi air mata bilamana entry yg agak sob sob… terkadang tak kering gusi hehe… terkadang terdengar bunyi ulat dlm perut pabila terpana menu dr air tgn knv… memang berbaloi apa saja dari tulisan knv.. telus dan apa yg penting byk pengajaran dan sgt ilmuan… credit utk Knv, A++ shila bagi..tq so much ye kak non segala macam ilmu yg dah dimuatturun dek akal dan di pakai dek badan.. halalkan ye kak non..
~ nurshila

20. Penulisan yang sgt jujur. Penulisannya tentang realiti hidup sentiasa membuatkan aku berfikir dan berfikir, bagus..jalan jugak otak aku hari2. Sering dia memberikan pendapat yang bernas mengenai sesuatu isu. Kadangkala seperti ibu yang memberi nasihat kepada anak2, kadangkala seperti kakak yg memberi tunjuk ajar kepada adik2nya, kadangkala seperti rakan sebaya boleh dibuat gurau senda terlampau. Banyak yang aku dapat belajar dari hasil penulisannya dan secara tak langsung aku belajar bagaimana nak menangani perangai manusia yang berbagai ragam. Bila masuk ruangan komen pula seperti dalam satu keluarga pula kerana pembacanya ramah tamah belaka. Shakehands je dgn depa, rebut2 nak shakehands jugak hahaha!
~ TTM

21. Sebab.....
a) Saya suka Kak Non lah..
b) Kadar kemerepekan beliau menjadi igauan saya setiap hari
c) Ditambah pula dengan kevougekan dia menjadi domestic gediks di dapur, dengan resepi simple tapi mencairkan air liur saya, dengan gambar non-fotogerdik dia..
Pendek kata, dalam CASA ARINA dia tu,
*
*
*
*
*
MACAM - MACAM ADA!
~ saudah

22. # Sebab saya tak pernah tahu nama sebenar kak Casa Arina. Masih confuse dengan KNV/Casa Arina/ Ana Miraa
# Sebab kak KNV memang tak vogue tau.. ish ish ish, kalau baca blog dia, mesti rasa vevass gitu
# Sebab dia suka masak membuatkan kusakit hati tau.. jealous I tengok dia masak macam-macam. My cooking skill non existent setakat ni
# Sebab kak KNV nih ada 3 puteri, 1 putera. I ada 1 puteri, 3 putera. Confirm tak boleh buat menantu.. hahaha
~ limaunipis

23. Saya suka baca Casa Arina sebab penulisannya sangat dekat di hati saya. Ada entri yang dapat buat saya muhasabah diri sendiri, tak kira lah sebagai ibu, isteri mahupun kawan. Ada entri yang mampu membuat perut saya berbunyi kriuk kriuk di pagi hari serta meleleh air liur sampai terpaksa pinjam baldi CIB. Ada entri yang buat saya teringin ke UK memborong cheese. Ada entri yang buat saya teringin nak jadi chef diva membuat roti. Ada entri yang buat saya sama-sama geram dengan orang yang buat KNV bengang. Ada entri yang buat saya tersenyum sendiri. Ada entri yang menyedarkan saya betapa sebagai manusia biasa kita tak lepas dari buat silap dan salah.
Pendek kata, Casa Arina bukan fokus pada kehidupan penulisnya semata-mata, tapi bisa membuatkan pembacanya membuka mata, membuka minda.
Akhir kata serangkap pantun buat KNV (mentang2 le baru lepas berpantun sakan kan):
Hari Selasa membuat roti,
Disapu sedikit dengan jem strawberry;
Casa Arina sentiasa dihati ini,
Pantang ber-update rumah pasti kukunjungi
~ zetyzin

24. Sebenarnya, blog ini tercipta pon adalah disebabkan oleh Casa Arina. Iyerr.. Dolu2, saya takde ramai kawan2 blog. Dpt blog address ni pon drp Susuibu.com.. Bila saya baca pandangan2 dan komen2 bernas KNV kat SI.com, saya tertarik utk continue baca blog dia pulak. Tak pasal2 jadik addicted sebab entry2 KNV dolu2 agak memberi inspirasi kpd saya yg muda belia dan baru terhegeh2 nak 'betulkan hidup'.. :-D
~ sya



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



yep! inilah tajuk karangannya hahhahahah!

okeh aku nak buat giveaway ni. kepada sesapa yang berminat nak menyertai (kalau tak minat pun buat2 minat jugak la ya.. kang sapa yang malu? mereke dan keluarge mereke jugak! :P), sila ikut arahan dibawah:-

1. buat satu entry bertajuk 'kenapa saya baca Casa Arina' di blog masing-masing
2. tulis satu perenggan kenapa anda mengikuti, membaca, mengomen, etc kat Casa Arina
3. lepas tu pls notify me yang anda menyertai giveaway ini dengan letakkan link dalam komen box this entry.

ok that's it.

selamat berkarya!

:D

51 comments:

TopsyTurvyMum said...

alamak karangannn!!

takpe2..malam ni aku perah idea nak goreng ehehehe..

KS said...

Cesssss.. Kan udah ku bilang takmo karangan!!! Haihhh... Takmo kasik saya menang ke nih?? Hehehe

KS said...

Oh btw, tarikh tutup bila??? Tahun depan ke? Hehe

munira said...

saya suka baca casa arina!
*nak buat karangan malam ni*

Mamaboyz said...

tungguuu kaknon :)

knv said...

ttm
ko takleh goreng. kena bakar je dalam oven. kurang sikit minyak hahahahah! :P



ks
tahun depan tu ptd punya result je hahahahah! lambat NM! minggu depan tutuppppppp!!! :P salam karangan.



munira
sila.. sila.. yang fakta2 aje tau :P



doc
ahahahahah! berdebar lak haku hahahahaha! :PPP

eZa said...

kaknonvogue, saye dah buat tuh. tp slogan lah kekdahnye. pls accept eh?! hehehehe ;P

knv said...

eza
hahahha.. dah... udah tengok pungg... saya amat berketerujaan sekali hahahaha :P

Fid said...

nah
http://yuitsumuni.com/2010/06/19/kenapa-saya-baca-casa-arina/

sila menangkan aku!

Mamaboyz said...

kak non, saya mampu tulis bbrp baris je hahaha

http://drwati.blogspot.com/2010/06/kenapa-saya-baca-casa-arina.html

errr ada hadiah buku tak? bookmark pun jadilah :P

knv said...

thanks all.

dah update dah so far on the running.

:D

eZa said...

adus.. daku sudah tertewas! hehehe ;P

IntanSham said...

fuhhh lajunya dioranggg...tungguuuuuu kak nonnn

zafirazainulabidin said...

Salam...alamak kena buat karangan?sudah lama sudah ku tinggalkan tetapi kerana mu 'Casa Arina' tetapku kuatkan jari jemari ku untuk menaip di dalam blogku...

Saya sudah menyertai Entry yg bertajuk "kenapa saya baca Casa Arina".....

zafirazainul abdidin said...

well ..saya nak komen tentang blog ini sebab blog ini sudah membuatkanku ingin memenangi beberapa barangan dari oversea....lama tak merasa....sebab ada perkara di sebalik kejadian...ok la sila lah yer...semoga dengan apa yg akak dlakukan akan sentiasa dirahmati Allah S.A.W....Fira harap suatu hari kita akan ke temu jua...

knv said...

eza,
apa yang tewasnya? perjalanan masih jauh. cewahhhh! :P


intan,
ahahahahha... ye lah ku tungguuuuuu! :P


zafira,
mana link blog? thanks for the interest :D

tinidewi said...

ehem. tarikh tutup? gatal-gatal lak tangan ni nak mengarang keh3x.

IntanSham said...

kak non...dgn gigihnya saya mempersembahkan...

http://mypreciousever.blogspot.com/2010/06/kenapa-saya-baca-casa-arina.html

sila bungkus satu hadiah utk saya.. terima kasih.. :P

knv said...

tini,
next week Rabu. sila sila kan lah yea... buat macam karangan sendiri hahahahaha :P


intan,
mekasih bebanyak. nasib baik hang jugak sudi. kalau tak sapa yang malu? mereke dan keluarge mereke jugak! hahahhahaha :P

MLCB said...

Sapa kata saya baca Casa Arina? Tak hingin nak baca pun. Taknak kenal pun tuan dia. Takde takde. Tak penah masuk blog Casa Arina. Casa Arina tu apa? Ada iras2 Casa Impian?

TopsyTurvyMum said...

kak non..
bila tarikh tutup ni..
haku tgh busy menjahit ni..
jangan tutup sampai aku siap buat karangan hokehh!!

MS said...

yooohuuuuuuuuu

mak dah siap fakta

jemput tengok

Ealyie said...

http://elyirisahmad.blogspot.com/2010/06/mengapa-saya-membaca-casa-arina.html

;)(xmenang xpe, janji u tau apa ai rasa..ahaks..:p)

KV said...

kak non, kv sudah siapkan karangan. Hehehe

knv said...

cik getah,
hang nak kena penampaq jepun kaa? kahkahkahkahkah! :P

knv said...

ttm,
sampai rabu je. khamis aku announce result hahahah :P. selamat menjahit! :D

MLCB said...

http://mysuperkids.net/kenapa-saya-baca-casa-arina/

knv said...

madib,
thanks. aku dah update pun hah! sila tunggukan resultnya yeah? :D


ely,
mekasih deknon. akak amat terharuu... :P


KV,
terima kasih. tak sangka awak juga sudi turut serta.. :D macehh.. macehhh... :P


cikgetah,
hawwww! nyampah ai tawww! :P

cysev3n said...

biar lambat, asal selamat :P

http://apapaje.blogspot.com/2010/06/kenapa-saya-baca-casa-arina.html

Ummu Auni said...

ok dah dah dah

http://mydearests-v2.blogspot.com/2010/06/kenapa-saya-baca-casa-arina.html

i.s.z.a.n said...

beres!

http://iszslurp.blogspot.com/2010/06/kenapa-saya-aku-suka-baca-casa-arina.html

Crazee Choc's said...

http://marisa-sakura.blogspot.com/2010/06/kenapa-saya-suka-baca-casa-arina.html

m-i-o said...

kahkahkah! nasib baik bukan soalan berasaskan nombor, maka sy dengan sukacitanya mempersembahkan karya sy abad ini -

http://my-internal-outlet.blogspot.com/2010/06/kenapa-saya-baca-casa-arina.html

auwwww. sila bagi sy hadiah. klo tak bagi, sy takmo beli roti. kahkahkah!

Sally said...

pertama kali saya menjejaki tanda cursor kesini(byk cerita menarik!!)..ya ampun lupa bagi salam...ok saya mula disini dengan niat tak mahu campur menempek sebarang N3 sebab rasa tak layak...sebab baru jengik sini kan!.saya dah baca semua link pengomen2 tegar di blog ini..semuanya dari blog yang vadevas gitu..jadi angkatlah saya jadi judgesnya..hehhe boleh gitu???salam perkenalan KNV..izinkan saya menjadi follower anda.

Min Aina Ila Aina said...

Karangan ini hamba persembahkan:

http://minaina-ilaaina.blogspot.com/2010/06/kenapa-saya-baca-casa-arina.html

Fid said...

sengitnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

aku tak nak kalah
apa apa pun aku nak menang sial menangkan aku

ishhh tercabar nih kakakakakaakakakkakak

perahsaaaannnnnnnnnnnnnnnn

m-i-o said...

cik fid,
hang takyah menang pun takpa. hang buat urusniaga baru - ala2 sistem barter la - hang bagi beg, knv kasik la satu BM. amacam, baguih tak idea kami ni? kahkahkah!

Rizza said...

ana... tak termampu aku nak buat karangan..tak terkata ... hehehh
aku tak pandai mengarang..

aku cuma nak tulis...
"aku suka dapat mengenali ko.. walaupun hanya kat alam cyber..."

knv said...

yan,
mekasihhhh.. akak komen kat sana aje yea? :D


aini,
thanksss! nanti akak komen sana. :D


zan,
berehhhhhh! :P


marisa,
thanks deknon. :D


mio,
hahahhaha.. kiranya ini pestime la hang join kuiz casa arina kan? hang bab2 mengarang memang kebabom gituk hihihihih :P


sally,
akak izinkan. tapi kena bayar cukai pintu £10 ajeeeeee.... :P hahahahahhaha! oh welkom! welkom! kat casa arina ni banyak cerita. rulenya sila ambil yang baik2 sahaja. ok? :D


MAIA,
thanks dik. :D


fid,
kalau ada rezeki tak kemana hahahhahaha :P itu aje ayat penyedap hati hahahah :P


mio
bagus sungguh sistem barter hang! hahahhaha :P


rizza,
thanks.
you say it best when you say nothing at all
:P

Mamaboyz said...

knv, wow...now we know how many lives you have deeply touched :)

can i ask you a favor? can you direct me to the particular entry on hari persaraan ibu mentioned by marisa? i would like to read it..tq

(saya tau saya dah kalah hahahaha)

tinidewi said...

assalamualaikum,
saya pun dah join. see entry at http://tinidewi.blogspot.com ^_^

knv said...

doc,
i think it's here http://casaarina.wordpress.com/2006/11/26/happy-retirement/ but then many times i write about my mom kot. you can search more.


tini,
thanks DN. akak dah reply pungg! :D

TopsyTurvyMum said...

Kak Non..dah siappp!!
latest entry..:D

Saudah Salleh said...

dan lagi nak join ka?

latest entry, kak non..

knv said...

ttm/saudah,
dah update dah hah! nantikan aje resultnya! :p

Unknown said...

eh, dh tutup eh?
adeihh... i terlambat... blog akak ni i takleh nk surf kat ofis time2 'berehat'..... biasanya khatamkan entry CASA ARINA ujung minggu...

ape2 pun... wpun tak sempat mengarang...
i sangat2 jatuh chenta ngan blog akak nih.... wpun baru je 'mengikut'... dh lame jugak sy cuba bukak2 di ofis tp asyik kena blockkk aje... sbb kat rumah sy jarang2 online.. tp laanih... blog CASA ARINA ni antara blog wajib terjah di hujung minggu...

aida said...

ok dah tulis karangan.. mekasih

limaunipis

knv said...

laila,
takpe nanti2 masuk entry lain pulak hahahah. mekasih susah2 baca casa arina. you are always welcome here. :D


aida,
thanks. dah update pun kat atas. nantikan resultnya! :D

Unknown said...

waduh2. dek sibuk berpantun tak sempat nak menerjah blog orang. masihkah ada peluang untuk hamba pacal yang hina ini join sekaki?

:)

Unknown said...

ahkak....

walau sudah ketinggalan keretapi,
sudikan juga baca entri ku ini.

ececeh.

http://bungacintamama.blogspot.com/2010/06/kenapa-saya-suka-baca-casa-arina.html

knv said...

thanks zety!

akak update ni. :D

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger