Saturday, August 7, 2010

business mode


setelah dua tiga tahun berpencen dari aktiviti menjual-jual ni, kini nafsu nak berniaga tetiba meluap-luap pulak. terfikir jugak, bagi orang yang dah biasa berniaga ni, kecil kecilan atau besar besaran, memang agaknya tak boleh lari dari minat nak berniaga lagi dan lagi dan lagi.

sedar tak sedar, it was 7-8 years ago since we started venturing into business. masa tu baru anak sorang. kami baru beli satu apartment kononnya untuk investment. dan semuanya adalah idea laki ku yang sungguh optimistik itu. berbekalkan modal dan idea yang tidak seberapa, kami berjaya dapatkan loan dari SME dan jugak petronas dagangan untuk buka satu kedai tayar yang sehingga kini masih baik beroperasi. cuma kini sudahpun berpindah hak milik, since my husband can't commit his 100% there at the shop. apa2pun, we are still getting some passive income until now, so i guess it's still a good investment.

masa mula2 nak nak bukak kedai tayar tu, ramai sungguh la suara2 sumbang kat belakang tu. termasuk la relatives dari kedua-dua belah pihak. kedai tayar? orang melayu bukak kedai tayar? boleh ke survive tu? orang melayu mana ada bukak kedai tayar? mati la kedai cina kerjakan nanti. bla.. bla.. bla.. . lesson no. one: kalau tak dak benda positive nak cakap, sila senyap. tapi tidak dinafikan, memang perit pengalaman tahun2 pertama itu. air mata tu kira selalu la meleleh2 tak kira masa. mana nak bayar rumah, nak bayar pekerja, nak bayar sewa kedai, nak bayar loan bank. banyak kali jugak makan maggie je.

tapi dalam business, semangat waja itu penting. usaha. usaha. usaha. yang lain tu serah pada Allah. insyaallah kalau niat kita baik, usaha kita mantap, rezeki tetap ada. just persevere. dan alhamdulillah. sekarang ramai jugak yang sudah buka mata dan start2 tanya tentang tip2 nak bukak kedai tayar yang boleh survive lebih 5 tahun. gamaknya dulu tu ramai aje yang tunggu masa kedai tu bungkus. hahahha.. manusia ni memang pelik.

dan lepas arina lahir, aku bergiat cergas dengan satu mlm. alhamdulillah. rezeki mencanak-canak masa tu. the product's good. dan dengan human skill yang aku ada (ce wah cewahhhhhhh :P) aku takdak problem untuk buat duit. dan dapat untung dalam jual beli ni adalah satu yang mengasyikan. aku memang seronok gila masa tu. i'm selling solution to people. masa tu pagi petang siang malam dok kirai duit hahahhaha! tapi udah pencen pun. :P

dan sekarang, tetiba macam2 peluang pulak aku dah jumpa untuk kembali aktif kirai duit. :P ni tengah dok belek2 satu-satu. all business needs fair amount of capital. duit dan masa. especially at the beginning. so far aku rasa mlm lah yang paling cepat dapat modal balik. tapi mlm yang berasaskan barang la. bukan yang dok taja-taja orang tak tentu hala tu. yang tu hampeh! so sesapa ada cadangan sila anjurkan. aku akan buat qualitative and quantitative analysis hahhaha..

dan kepada sesapa sahaja yang terlibat dalam perniagan sekarang ini, aku ucapkan semoga maju jaya. afterall 9/10 punca rezeki itu dari perniagaan. jadi orang2 yang berniaga ini memang tinggi darjatnya. dengan berniaga kita melatih diri untuk belajar dua perkara penting; human management AND financial management. bukan senang nak manage manusia dan duit sekaligus. pincang salah satu, pincanglah business kita.

all the best!

:D

11 comments:

Rizza said...

aku suka entry ni.. ye sama2 la kita majukan bidang ini...

Fid said...

bilalah aku nak start ni
brg nk jual pun tak buat lagi hahahahahahahhahaha

knv said...

za, sama2lah kita. menguatkan ekonomi orang melayu islam. insyaallah berjaya.


fid,
ko dah banyak buat tu. start la open table. what you've got to lose? daripada simpan baik juai. dapat singgit dua inggit mula2 pun, sapa nak bagi pree je gitu? cepat2 open table ye?

Liyana said...

Since you dah ada experience dlm business, InsyaAllah future business lagi berjaya. Sayang kalau skill yg ada tak dimanfaatkan.I kirai duit cuma masa raya, duit yg nak bagi budak2..hehe.

Mamaboyz said...

knv, pasal mlm ada jenis yg kira meragukan ciri2 dia ada UZAR selalu tulis.. yg saya ingat mlm tu mesti based on jual produk bukan produk tu hanya sampingan, pastu the board of chairman mestilah sah kita kenal (meaning orang tu wujud secara zahir,boleh dihubungi, saham2 dia kita tahu etc) kalau tak salah saya UZAR ada list mlm yg patuh syariah

saya takde cadangan mlm, tapi makcik saya buat zhulian, and i think some of their products are good (jewelleries cantik ngee dan water filter yg superb)

how about starting your own consultancy? i dont know what but you seem like the right kind of person..apa2 pun all the best ok!

knv said...

liyana,
untung duit tu insyaallah, tapi i'm still unable to manage my time efficiently antara bisnes, keluarga dan kerja 9-5. that was what happened before when i decided to drop the biz. anak2 ramai tengah membesar. takut tersalah priority.


drwati,
thanks. memang cabaran mlm ialah bila kita ragu2 dengan biz plan dia. honestly, i go for the product first. kalau i nampak produk bagus baru i boleh nak rapat. kalau setakat cakap merapu-rapu lubuk duit la, tak yah buat apa cari orang je la, yang itu awal2 lagi i dah black list. i ada baca jugak UZAR bagi review about some of the mlm. nanti i check list dia untuk syariah compliance tu. thanks for sharing this.

nong said...

KNV,

Premium beautiful lah. Sambil paaki, sambil berbusiness. U balik nanti, we go out for teh tarik ok. Let's learn a thing or two from each other :)

Unknown said...

setuju tang product based tu. sesetengah mlm ni dok cari orang manjang. product tah ke mana.

all the best to you, kak!

MommyCT said...

hehe...mcm me ni pun baru merangkak lg. Memang menderita batin jugak le ni. Tengah bersabar, usaha dan tawakal.

one thing yg i percaya, kalau rezeki i kat sini, adalah nampak hasilnya nanti. tapi kalau bukan maka saya kena usaha cari rezeki cara lain.

Lagi satu, laki kena bg sokongan sbb kalau kita down sapa lagi nak bg motivation kan. Dan in the event apa yg di buat tak menjadi dia lah orang pertama yg kena paham. Orang lain fedulik.

HUda said...

i ll intro u satu bisnes ok.. dgr, pikiaq then u let me know ok ke tak... jom jom jom..kita heboh2 ..eh eh lagu jomheboh lak...

knv said...

nong,
PB tu memang menarik. it's in my list. teh tarik? no worries! :D


zety,
thanks. yes, selling something that make sense. :D


MCT,
betul tu hubby kena tau/sokong apa yang kita buat. so kalau jadi apa2 at least dia boleh tolong, at least mentally. saya belajar pun dari suami. dia jenis yang tak banyak songeh. once dia decide nak buat dia buat aje takde teragak2. buat buat buat sampai jadi. saya tengok2 macam sempoi aje. i think that's the secret. buat something sampai berjaya dan tak kisah yang lain2 tu. Allah tu adil. tak bagi kot ni Dia bagi kot lain.

actually berniaga ni banyak guna statistik. jumpa 20 orang dapat close satu deal. so nak close 100 deal? congak sendiri :P but we will get there eventually, insyaallah.

saya rasa umat islam memang untung banyak kalau berniaga kalau betul2 ikut syariat. Allah pasti tolong. itu memang saya yakin betul.

insyaallah semoga sama2 maju. all the best to you!


ude,
ye sila buat presentation. aku nak carpet merah bagai. :P

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger