Saturday, August 7, 2010

ustaz kazim elias yang cool


adalah antara idola aku, antara aku sedar atau tidak.

suara dia adalah peneman setia aku sepanjang menetap di birmingham ini. sekarang ini kalau tidak mendengar dia every other day, jiwa rasa resah gelisah. macam ketagih syabu pulak.. hahahha.. (eh eh eh, pernah ke menagih syabu dulu? :P)

aku suka juga dengar ceramah2 agama untuk makanan jiwa, orang kampung kata soul food gitu. :P majlis ilmu itu seharusnya kerap dikunjungi. dan sekarang sudah canggih. walaupun tidak mampu ke masjid saban hari, tidak mampu ke kuliah agama saban minggu, tidak kuasa ke usrah saban bulan, internet itu dekat sahaja. thanks to the internet orang2 jauh macam aku ni kiranya boleh la jugak nak touch base.

i think he's one of the coolest nice guy around. :D dia tidaklah semuda Ustaz Hasrizal dari SaifulIslam.com mahupun seperti Ustaz Zaharrudin di Leicester ataupun Dr. MAZA di Minda Tajdid. sebab itulah agaknya dia tidak begitu popular dikalangan orang2 muda macam aku (eh muda ke? :P).

anyway, i started listening to him after gotten a link from a website. masa tu tengah nak masak. boring2 maka aku pun bukak speaker besar2. masuk je 5 minit pertama, aku boleh confirm yang aku suka kat dia. jatuh hati. tertawan. cantik tertarik menarik da bomb! :D seperti bila kita masuk kelas pertama bersama cikgu yang baru. of course we expect the worst. tapi it turned out, it was one of the best usrah i've ever attended, virtually.

dia mengajar dengan penuh hikmah. penuh bersahaja. penuh ceria. penuh makna. he's naturally a good teacher. dia sendiri kata, cikgu yang baik ialah cikgu yang 'memudahkan' ilmu untuk sampai kepada anak2 murid. dia antara cikgu2 yang bila menegur kita buat silap, kita terasa nak menangis sebab rasa bersalah instead of rasa nak marah sebab cikgu provoke dengan cara yang menjengkelkan. he's real cool.

aku suka bila dia berjaya buat aku berfikir out of the box. dia mengajar yang islam itu tidak sempit. islam itu mudah walaupun penuh dengan hukum dan tatasusila. dia juga mengingatkan aku yang semua perkara dalam islam ada hitam putihnya. mengingatkan aku agar islam diambil as a whole, not as parts. dia membuatkan aku ingin menyesuaikan diri aku dengan islam, dan bukan menyesuaikan islam dengan aku. mengingatkan aku yang seburuk2 manusia ada baiknya, dan sebaik2 manusia ada buruknya. jadi tak payah prejudice dengan orang lain. mengingatkan aku yang islam itu sepatutnya destiny. islam itu matlamat. dan tak kisah apa alat pun yang kita guna untuk capai matlamat itu. dia menyarankan walaupun duit itu bukan segalanya, tapi orang kaya yang beriman adalah better dari orang miskin yang beriman. jadi tak salah langsung untuk cari duit macam nak mati asalkan lillahhitaa'la.

dia juga ingatkan aku yang benda2 susah yang kita buat atas dunia ni, semuanya berpahala. sebab tu kerja tu susah. sebab tu taat beribadat itu susah. sebab tu didik anak tu susah. sebab tu nak taat kat suami tu susah. sebab tu nak bersedekah itu susah dan berat. pasal Allah nak bagi pahala. dan Allah tak bagi pahala itu dengan sia-sia. semuanya ada harganya. jadi tak payahlah susah2 nak mengeluh.

dan ada orang tanya dia tentang cita-citanya. tentang kenapa dia buat banyak benda tak henti-henti dari muda sampai ke tua. jawabnya satu sahaja.

"saya nak masuk syurga"

without pretentious.

i think that's cool. :D

5 comments:

SM@A said...

Salam sis ..

My husband and I memang peminat setia Ustaz Kazim ni. Memang ada his ceramah collection on CDs.
And I agree dengan you apa yang you komen pasal Ustaz Kazim. He's cool.
Teringin nak hantar anak kat sekolah pondok dia untuk program cuti sekolah.
Ustaz Zawawi and Ustaz Dr Danial pun among penceramah yang best. Ustaz Zawawi pandai mengupas satu-satu isu manakala Dr Danial, by profession, he is a medical doctor. Yang bestnya dalam ceramah beliau, kupasan hubungkait antara sains dan Islam tidak jemu-jemu didengar. No doubt, he's brilliant.

knv said...

hi sis,
honestly saya start dengar dia kat birm ni lah. selalunya my fav ust. shamsuri. now dah tukar hahah.. saya suka dia selambe je.. pedas pun pedas. tapi lagi banyak gelak la kalau dengar tu. ni balik raya nak suruh suami singgah sekolah dia. :D

dr. danial pun saya suka. dulu dia ada blog jugak tapi tengok tak update2 pun. tak tau la kalau ada blog aktif yang lain.

Unknown said...

kak,
thanks utk entry ni. i tak kenal ustaz ni sblm ni kak :(... dh google2. mmg bess!!...

ayat ni plg terkesan di jiwa kak....
"sebab tu kerja tu susah. sebab tu taat beribadat itu susah. sebab tu didik anak tu susah. sebab tu nak taat kat suami tu susah. sebab tu nak bersedekah itu susah dan berat. pasal Allah nak bagi pahala. dan Allah tak bagi pahala itu dengan sia-sia. semuanya ada harganya. jadi tak payahlah susah2 nak mengeluh."

knv said...

laila,
glad u like it! :D akak pasang je audio dia bagi anak2 dengar sekali. dok tergelak tak habis2. lawak jugak dia tu. :P

Anonymous said...

salam~

anda peminat ustaz kazim jom download kuliah beliau di

http://pemudattbc.blogspot.com

leh join di fb~
http://www.facebook.com/?ref=home#!/group.php?gid=143933382286244&ref=ts

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger