Oleh SUHANA MD. YUSOP
suhana.yusop@kosmo.com.my
--------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR - Labur RM30,000 dapat RM60,000.
Ghairah mendengar keuntungan tersebut, seorang peniaga mendakwa akhirnya menjadi mangsa penipuan sebuah syarikat jualan langsung dan kini terpaksa menanggung hutang kira-kira RM300,000.
Kes pertama: Sani (bukan nama sebenar), 23, mendakwa, pulangan lumayan selain keinginan hidup mewah menyebabkan ahli keluarganya sanggup membuat pinjaman bank untuk menyertai syarikat tersebut.
"Sudahnya saya dan ahli keluarga yang menyertai syarikat terbabit terpaksa bergolok bergadai apabila syarikat tersebut gagal menunaikan janji membayar balik wang yang dilaburkan.
"Lebih teruk lagi, hubungan saya dengan ahli keluarga semakin renggang kerana saya yang menarik mereka menyertai syarikat tersebut," katanya pada sidang akhbar di Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini semalam.
Dakwa Sani, syarikat itu masih lagi beroperasi dan giat menjalankan kegiatan penipuan mereka menggunakan nama syarikat lain tetapi masih mengekalkan modus operandi yang sama.
first, aku kesian jugak tengok manusia2 yang ditipu macam ni. Tapi soalan utama aku biasanya, macamana boleh kena tipu to begin with? Tak cukup ilmu? Atau ada ilmu sesat?
aku selalu terfikir, how gullible is a person yang boleh percaya duit itu boleh datang bergolek? Kalau ada makhluk yang datang kat aku dan kata dia boleh gandakan duit aku dari 1000 jadi 2000, maka aku akan tanya, BAGAIMANA? kalau boleh puas hati dengan explanation dia pulak, maka aku akan tengok pulak HALAL atau HARAMnya sumber income gandaan itu.
conservative muamalat, ialah bila kita dapat duit dengan hanya menjual barang atau perkhidmatan. atau dapat duit dengan jual hard skill kita aka kerja makan gaji. that's clear cut. kalau halal kerja yang kita buat, maka halal juga lah income kita insyaallah.
yang boleh muncul was2 bilamana kita dapat wang lebih tapi tak tahu dan tak nak selidik dari mana datangnya wang itu. sistem apakah yang digunakan untuk menjanakan pendapatan lebihan itu? sebagai muslim, sewajarnya kita belajar perkara ini untuk terhindar dari dapat rezeki dari unsur syubhah.
aku hairan dengan manusia2 yang fikir ada jalan mudah untuk dapatkan wang (yang halal). read my lips. TAK ADA. TAK MUNGKIN ADA. TAK MUNGKIN ADA. you need hard sweat and tears for that. contoh terdekat ialah LOGIN FB DAPAT RM100 (ada lagi ke benda alah ni? sungguh useless!). modus operandinya sungguh meloyakan. kita bank in duit kat orang dan lepas tu panggil orang ramai lain untuk bank in duit kat kita dan orang2 ramai yang bank in duit kat kita itu kena ajak orang2 ramai yang lain2 untuk bank in duit kat orang2 ramai yang diatas tu. paham tak? apa pesen punya sistem nak tipu duit orang ni? keji betul tiap2 hari post kat status LOGIN FB SAYA DAPAT BERATUS2 HARI INI SAHAJA! ANDA BILA LAGI? yang sebenarnya semata2 tektik nak pancing orang lain untuk sedekah duit kat kita pulak. hampeh nak mampus. anyway, dukacita dimaklumkan income sebegini adalah terang dan nyata haram. pergilah tanya mana2 ustaz pun.
dan berbalik kepada berita di atas ni, aku harap orang2 melayu ni tuntutlah ilmu dulu sebelum nak melabur kat tempat tak tentu hala. tak berbaloi ko kerja guna tulang empat kerat kumpul duit banyak2 dan akhirnya duit tu lebur gitu aje. dah lah tu, duit sedara mara adik beradik semua pun lebur jugak. banyak lagi cari lain (yang susah) untuk kaya raya. dan yang pegi lingkupkan duit orang tu pulak, nanti kat neraka sok ko jawab aje depan Allah sebelum kau dihumban masuk ke nereka level 7 tu.
sekian dari aku yang agak emo dan terharu dengan kebingungan bangsa aku sendiri.
4 comments:
ada lagi login FB dapat duit RM100 tu..masih berleluasa modus operandinya. bila kita bagi link ustaz zaharuddin, siap bagi link ulama mana2 konon bolehlah (padahal ulama tu bukan refer pada skim tu pun). lepas tu setengah tu, siap delete link ustaz zaharuddin yang saya bagi. mana taknya tunjuk gambar slip maybank masuk duit je..
aduhai
siyes? piece of shit sungguh! it's ok. kita cuma sampaikan. terima atau tidak terpulang pada 'kebijaksanaan' masing2. :D
siap tunjuk gambar pegang duit macam kipas tau...lepas tu tag sana sini. itu kawan saya tulis status dlm FB, bukan susah sangat pun nak buat kipas duit tu, guna note RM 50 pun dah nampak banyak. yang lagi nak best, susun atas katil tu...Letak duit RM 10 banyak2 (gunalah kata duit RM 5000 ke) pun, dah cukup, hehe
kalaulah benar maka jutawanlah kita semua...so bila nak belanja ais krim??
hahahahhaa
Post a Comment