Thursday, February 10, 2011

losing


My father is not well. Both his kidneys failed. He was on dialysis since 3 years ago. And about recently he seemed not well after each session.

Dan aku sedih. Truthfully said, walaupun hidup dan mati itu antara perkara2 yang tidak boleh dipertikaikan lagi, aku rasa tak mungkin ada orang dalam dunia ni yang bersedia kehilangan orang tersayang.

But I guess for each living day, the time is nearer. Untuk kita menghadapi saat2 kematian. Oh. I can’t begin to imagine the sadness of losing mak dan ayah. Mynie, I am thinking of you while writing this. How did you cope back then? Sure enough, time heal all wound. But to go through that period must be hell.

Sebab aku sayang mak ngan ayah. Pasal aku rasa aku masih banyak dosa dengan mereka. Masih belum terbalas budi mereka. Masih belum itu dan ini. At time like this, aku syukur sangat2 sebab mak dan ayah duduk dengan aku. Sekurang2nya aku masih dapat tengok muka mereka tiap2 hari. Aku masih dapat cium pipi mereka sebelum aku pergi kerja. Masih boleh berbual2 dengan mereka. Tau sakit pening mereka. Syukur yang tak terbendung.

Semoga allah rahmati mereka sampai kiamat. Semoga diterima segala amalan mereka. Semoga dijauhi dari siksa kubur dan api neraka. Semoga mendapat kurnia syurga dengan rahmat Allah.

Dan sekarang, takde yang lebih penting untuk aku selain berusaha membahagiakan emak dan ayah. Semoga mereka redha dapat anak macam aku. Semoga mereka ampunkan dosa2 aku selama ini. Semoga aku akan sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka sehingga nafas aku terhenti dibumi ini.

Oh.

I’m going to stop now. The sadness is killing me.

12 comments:

KS said...

gulp... macam tersekat kerongkong baca ni..

thanks for reminding kak non.

semoga kita semua tabah. dan semoga semuanya baik2 saja.

Azlina_yahya said...

salam kak non

it goes the same with my father.after having a mild stroke a year ago, right now ingatan dia dah macam pudar.suka cakap mende2 merapu.he is not strong like he used to be,he is weak day by day...dah tak dengar lagi nasihat2 berguna from him...he seems like a little kid right now...hard to take care of...

hmmmm...sometime aku rasa we have to get 'ready'...

semoga Allah lindungi our fathers...AMIN.

Fid said...

aku doakan kesejahteraan kalian

sisdee said...

saya dah cuba bsedia dgn semua kemungkinan sebab dari tahun 2004 lagi sejak my dad disahkan sakit..doc kata kebarangkalian adalah nipis..tapi ttp pcaya Allah yg tentukan segala2nya...mmg tak bole nak bygkan..lagi2 my dad ni lebih caring huhuhu...apapun semoga kita ttp tabah!!!

btw...eh kita sebaya ek..this month im going to 35 oppsss..!!!

Ummu Auni said...

sedihnya. i always pray for my parents, minta Allah tinggikan darjat mereka di syurga kelak. for the tribulations that they went through, they're strong...and that made me stronger

sis kuro said...

emm banyakkan berdoa, buatlah yang terbaik di saat-saat mereka masih ada. apa pun itu semua kerja tuhan, belajar untuk reda dengan ape yang akan berlaku..

SMM said...

kak non,
rasa perit dan sedih tu tak hilang, it never gets (completely) healed over time.. it's like, a part of me died with her. the pain is irreversible. rindu dan walang, bukan kepalang. now i can understand why sesetgh 'orang barat' (in general) boleh jd depressed (when facing the loss of loved ones). for us, alhamdulillah, we have islam. we have beliefs that consoles us (as per my blog post dulu). including that fact that jasad kita di dunia ni mmg temporary je. afterall, it's better to have loved (and be loved) and lost, rather than never to have loved at all. i'm grateful to Allah for all the years she had been with me (us). may Allah forgive her sins and place her in His heaven.

to the lucky ones whose parents are still around, cherish them with all your hearts. besar pahala anak-anak yang membahagiakan ibu bapa mereka.

kak non, semoga ayah dan mak kak non diberi kesihatan dan kekuatan dan dipanjangkan umur. you are indeed lucky to be staying under the same roof with them and to be able to see them everyday..

HUda said...

sori my dear fren..aku baru baca posting ni...sungguh bila sentuh bab ayah ibu, kita akan sebak... aku pernah melalui saat kehilangan arwah ayah tercinta kira2 11 tahun dulu.. sukar digambar dgn kata2..kepedihan dan kedukaan.. bagai separuh nyawa sendiri hilang..tambahan tidak byk yang dpt aku sumbangkan tika hayatnya kerana masih belajar.terlalu byk pengorbanan arwah.. kini hanya ada mak tempat aku cuba memberi dan terus memberi selagi hayat dikandung badan.
Jika sudah takdirnya, ia akan tetap pergi.. kita cuma boleh terus berdoa dan kuatkan hati...moga kau jugak diberi penuh kekuatan menghadapi waktu2 ini... dan jgn lupa, kawan2 akan sentiasa ada bersama utk memberi lebih kekuatan..Insyaallah...

Anonymous said...

Babe - This post struck me.

Kau adalah anak yang baik, tidak ada apa yang lebih bernilai for your parents than to have you as their daughter...
They have carried and delivered one of the biggest 'amanah' from Allah well and rest assure, Insya Allah syurga adalah tempatnya... Tell them this...

lin said...

ana, u of all people know my dad passed away when we were in Form 4...kidney failure too...on dialysis for almost 2 years...it's been 19 years now and I still miss him (a lot). i cried on each and every phase of my life be it graduation , admission, promotion etc(imagine kalau wedding camne?). Syima and I discussed about death during our recent trip...start2 jer I nangis dah...it's such a painful and sensitive topic to tuoch but that is also my biggest worry most of the time. Mom is the only person i have right now...:(

knv said...

actually satu yang buat aku lega, ialah bila fikir2 balik, kita akan jumpa balik mak ayah kita kat syurga nanti. jadi untuk itu aku kena masuk syurga jugak. anak2 aku kena masuk syurga. that's what i've been telling the kids. human die all the time. tapi allah janji kalau kita buat baik atas dunia ni, kita akan kembali bersama dalam syurga nanti.

dan2 aku rasa hidup ni singkat sangat. semoga allah bagi kita kekuatan untuk jalankan tanggungjawab sekejap atas dunia ni so that kita akan bahagia selamanya kat akhirat.

untuk korang kawan2 aku yang tersayang, aku doakan banyak2. semoga kekal ukhwah kita sampai ke syurga.

dah dah.. aku emo lagi nih.

Saudah Salleh said...

knv, sorry odah baru baca ur post ni.

I went through this phase last year, when my dad's life is threaten by the Steven Johnson Syndrome. After he was discharged, health dia mula deteriorate.

Sayu hati sangat bila tengok dia dah tak sekuat dulu, dah tak dengar sangat macam dulu, mudah penat etc etc.

I'm crying while typing, so pray hard and redha. Take care.

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger