Wednesday, April 6, 2011

Ada degree engineering tapi jadi tukang kasut berjaya


Sapa? Bila? Kenapa? Bagaimana?

Sila tanya orang2 disekeliling anda. Nak2 di negera Malaysia yang tercinta ini, memang ramaiiiiiiiiiiiiiiii yang turn out gini gaya.

Why do you think is that?

Boleh tak aku nak salahkan education system di Malaysia lagi? Hahahahha ngko ni kan kak nonnnnnnn, bukan main lagik yerrrrrr? Semua orang salah. Semua orang tak kena. Apa ko pikir ko tu bagus sangat ke hah??? Iye. Nak buat macam mana. Memang aku pikir aku bagus punnnnn. :P

Anyway back to the controversial facts. Aku fikir begini. Sejak berpuluh puluh tahun yang lepas, pelajar2 di Malaysia atau Malaya adalah tidak lain dah tidak bukan dimomokkan sejak celik2 mata lagi yang kita hanya boleh berjaya dalam hidup sekiranya kita dapat straight A. pandai baca dan pandai mengira. Yang pandai2 lain macam berniaga, pomen kereta, mekap orang, buat kek, main piano, berpidato, berenang, mengimpal (welding la welding!), masak memasak dan banyak lagi lah; pandai2 macam ni sila tolak jauh-jauh bawah karpet. Kalau ada makpak yang bila tanya anak nak jadi apa dan anak kecik innocent menjawab dengan semangat ‘adik nak jadi tukang kasut!’ dah sah2 akan membuatkan mulut makpak terlongo dan kemudian terus2 dimatikan semangat anak kecil itu dengan ubah topic tukang kasut ke doctor, lawyer, arkitek, engineer, ptd dan lain2 lagik. Dan teruslah anak ini memahami (sebab dimomok2kan tiap2 hari) yang tukang kasut itu sebenarnya bukanlah sesuatu yang bagus kerjayanya. Sila simpan aje bawah karpet, nak. Tak guna kau nak berimpian jadi tukang kasut. Tak sesuwaiiii (sengau sikit). Kalau kau jadi tukang kasut cemerlang sekalipun, kalau kau nak sambung belajar amik degree tukang kasut, nanti gomen tak boleh nak sponsor. Sebab bukan couse feberet. Jadi lupakan aje niatmu nak.

Jadi kerja anak2 ni hanyalah buka buku tutup buku pergi sekolah balik sekolah buat homework yang tak abis2. Tak paham apa benda yang kau belajar? Oh tak apa nak. Kerja kau kena hafal sahaja. Dulu makpak pun macam tu jugak. Faham tak faham tolak tepi. Tak perlu faham bagaimana hubungan kinetic energy dengan squared velocity. Tak penting semua teori2 itu. yang penting kau hafal sahaja formula ini itu sini sana sinun. Lepas tu kau hafal sahaja bentuk2 soalan begitu begini beginun. Ini lah cara tersohor untuk dapat A++++++++ dalam setiap mata pelajaran. Kemudian memang mudah urusan kau ke university lepas dapat 18 A+++++++++++++ dalam SPM. Semua company akan berebut2 untuk menaja kau buat degree. Lagi senang buat master teruslah. Baru sesuai dengan kegeligaan kepala hotak kau tu. Kemudian kau pun teruja untuk memilih kos-kos yang powerful untuk membuktikan yang kau memang tererrrrrrrrrr! Yang kalau nak sebut subjek2 yang ko amik tu memang tergeliat lidah makpak kau.

Masa diuniversiti pulak, sungguh pulun ko study nak. Sampai tak sempat nak bercakap dengan orang (tapi bercinta pandaiiiiiii :P), sampai tak sempat nak belajar bersosial. Tak sempat nak berpublic speaking. Tak sempat tak sempat tak sempatttttttttttttttttttt! Anyway kau tak perasan pun. Nanti bila pergi interview esok baru ko perasan yang kau tak reti pun nak jawab apa bila tukang interview tu tanya “can you please tell us something about yourself?”. Masa tu baru kau rasa nak mengelupur dan larik sembunyi bawak meja. Akhirnya setelah 10 kali belajar di-interview, barulah kau berjaya diambil bekerja dengan syarikat tersohor dunia.

Akan tetapi, later in the workinglife, baru lah kau perasan yang kau tak minat langsung kerja kau sekarang. Masa tu umur dah jauh meningkat. Kau kembali ke passion lama kau, iaitu mendesign kasut. Semakin lama semakin ramai pelanggan kasut kau. Eh cantik pulak design kau yerrrr? Makin lama makin kebabom dan meletup2 rating kau sebagai sabarudin tukang kasut. Akhirnya income kau dah sama dengan pendapatan kerja opis kau. Dan akhirnya kau ambil keputusan untuk berhenti kerja dan jadi tukang kasut sepenuh masa. Oh kau sungguh happy dan agak confuse jugak. Sebab terkenang2 kata2 makpak kau masa kau kecik dulu yang kerjaya tukang kasut tidak menjamin hidup. Dan kau tertanya2 kalaulah kau tak payah belajar tentang tenaga kinetic yang berkadar terus dengan jisim dan halaju kuasa dua, dan terus masuk sekolah design kasut, tentu kau sudah lebih berjaya sekarang.

Akhirnya kau happylah dengan hidup kau sekarang sambil selalu ulang2 kat orang yang “sekarang ni aku langsung tak apply apa yang aku belajar kat sekolah dulu. Buat habis karen aje belajar susah2!”

bak kata pakcik kereta mayat,

WOHA!!!

19 comments:

~ As ~ said...

haha...saya suka hamka kereta mayat.

Unknown said...

betul sangat2 tu knv. ramai yang bila dah masuk alam pekerjaan ni baru sedar ini bukan minat dia yang sebenar-benarnya. bila tak minat, kerja pun tak betul2 ikhlas.

Min Aina Ila Aina said...

Saya terjun bidang yang saya kurang minat dan lambat pick up masa degree, kemudian switch ke bidang yang saya minat bila sambung belajar. Tapi bidang saya minat ni bidang terpinggir yang sungguh-sungguh terpinggir sampai mintak biasiswa pun kena reject dengan alasan "bukan bidang keutamaan". Tapi saya masih di sini sebab Saya Cintakan Bahasa.

m-i-o said...

kahkahkahhhhhh!

no komen, no komen :P

m-i-o said...

errr. agak2 in future ada tak budak2 sekolah sebut -

"cita2 saya ialah untuk menjadi penulis blog"

akakakakakaka :P

Ummu Auni said...

mujur belajar accounting boring tapi kerja yeay!

rintzpalil said...

KNV,
Klu ada course yg cuma belajar "mcmna nk hidup" cnfirm dikta low class course. Mana taknya kat U belajar ttg tajuk CINTA. tak ke di gelar low class!

Unknown said...

kak zufaaa... nasib baik tak tersembur biskut yang tengah saya makan.. hahahahhaaha

kak ana, tukang welding pun kalau ada lesen, gaji lebih tinggi dari menejer opis.. terutama tukang welding offshore..

saya setuju entri ni.. siap angkat tangan cam usop lagi!

TopsyTurvyMum said...

No komen..no komen *sambil tutup muka ngan selendang hitam, pakai spek beso*

-dari penyedia lunchboxes berijazah kahkahkah!

DeeYa said...

mcm2.. aku yg ada dip civil eng nie pun jadi kerani cabuk jek.. teringat sorang kontraktor tanya kat bos aku apsal aku kerja camnie jek. bos aku jawab ntah.. apa yg dia suka sgt keje dgn aku.. apa tak dr QC aku tukar jadi kerani. tp best sbb gaji sama jek... lg untung sbb tak byk pikir...

aida said...

ada kawan degree radiology buka kedai makan. bila dia bagi card kat budak university terkojol bijik mata diaorang abg tu ada degree

apa orang ada degree kena kerja kat office je ke? adui, tak kenal dunia lagi budak2 ni

Ealyie said...

hee..:)
Mujur aku masih di landasan yang sama walaupon dok lam cabin opis masuk tahun ke seploh ni kak non wehh.. ;)

knv said...

as, akak ko tak suka ke? :P


zety, ikhlas? hahahahahahhaah! :P


maia, ko memang kebabom deknon! way to go! :D


mio-1,
apsal sakan sangat ko gelak?? orang sirius tau?? :P

mio-2,
aiii? kata no komen?


ummiauni,
abis tu nak brag la tu ek? kahkahakhakhakah! sorry akak asyik laser je dua tiga tahun nih muahahahah! :P


azrinna,
subject gitu2 patutnya bukan belajar masa degree, tapi masa celik2 mata lagi. omputeh masa anak depa kecik2 ajar living skill, bukan ajar membaca. orang melayu terbalik. :P


mast,
makan beskut je? siannn ko! :P oh welder of shore jgn start. sekali session belas2 ribu wehhhh! kalau ko setuju dengan entry ni sila vote akak jadik presiden! :P


ttm, aku tingin nak jadik cam hang nyah. bosan2 ada gak nak jahit muffin kat topi. kool gilerr hokeh? :D


mardiah, cabuk tak cabuk tu doesn't matter. yang penting keperluan hidup tercapai! :D


aida, sapa budak2 uni yang terkojol mata tu? meh aku cucuk dengan garfu meh! :P


ely, landasan ketapi kah? muahahahahahah! good for you dik! whatever halal and meaningful! :D

Unknown said...

biskut le kak.. ptg2 camni.. kang dinner sang bapa sure minta nasi..

kak, blog akak under suspicious threat.. takleh bukak kat uni.. agaknya sebab akak link dengan tunM.. lepas dia kena hacked haritu banyak blog xleh buka

knv said...

ye ke mast? horror! okeh nanti akak remove che det. kalau ada lagi sila bagi tau ok? tengs.

SMM said...

http://www.sepatu.co.uk/
salah seorang ex-engineer (kalau tak silap la) yg tukar career dan kini jadi tukang kasut berjaya..

eh, literal pulak.

sy setuju dgn kak non, because as i blogged earlier "we need to be represented everywhere". kalau semua nak jadi engineer, doktor, akauntan, dan lawyer, sape nak jadi wakil kita dlm bidang pertanian dan perikanan for example? :)

Mommy Ja said...

saya engineerg grad, but happy being the front face of the company menjual..network besar,org kenal,and komisyen alhamdulillah..ngehngeh..if i'm a project engineer, mungkin saya terpaksa adjust claim tiap2 bulan nak bagi masyuk sket income kekekeke!ooopss..jgn marah,tak semua org buat gitu,cuma most of all the ppl i know yg buat gitu ahaks!

Liyana said...

Arwah ayahnyer cita2 : pemandu teksi
hehe, jadi Kastam.

Sepanjang kehidupan study, saya ikut mak punya pilihan. Hanya free membuat pilihan lepas kawin. Mujur gak dapat suami yg memberi peluang. Kalau idak mesti terpaksa di hospital lagi.

freedom to choose what to study is priceless..sgt tak syok walaupun bleh jer nak excel

knv said...

ja, bestnya dapat comissien! kompeni akak takdak komisen. kata berat sama dipikul ringan sama dijinjing! hahahah!


liyana, oh gitukah kisah ko dik? best dapat suami yang paham. btw i think you are really happy with your life right now! :D

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger