Monday, April 11, 2011

untuk amankan anak2 dan makpak jugak


ok. this method is tried and tested. and working so far. jadi aku rasa terpanggil untuk berkongsi dengan pembaca2 tegar (poyo sungguh kamu kak nonnnnnnnnn :P) Casa Arina.

honestly, aku ni agak gagal part2 nak kawal nafsu amarah. nak2 bila anak2 buat hal kat rumah. bak kata mio, nak berak pun tak aman. please imagine empat orang budak2 yang punya empat pemikiran dan empat cara untuk mendatangkan kemarahan ibubapanya dengan serentak. letih nyahhhh!


anyway, sejak mengamalkan tip mudah ini, aku rasa ada perasaan tenang yang menyusup dilubuk hati. muahahahhaha! iye lah tenang, kata dah tak kowserrr terpekik terlolong lagik dah. baik aku simpan suara nak bermarhaban di mesejid. :D ok tang aku tu tak kisahlah kan. patut pun tenang kata dah tua bangka nih hahah. yang aku tengokkan ialah tang tenang budak2 nih. tang lembut hati depa. priceless.

gini, korang tau kan alarm clock radio yang macam kat atas tu? masa kat uk dulu memang kami rembat banyak benda ni kat carboots. entah apsal laki aku dok ngompol menatang ni. murah kot 2nd hand. nak beli kat msia boleh tahan gak kot.


what we did actually, kami set kan untuk jam tu berbunyi at 5.30am. tapi instead of bunyi siren nenongggneeenonggg tu, kami setkan supaya radio IKIM yang triggered, at frequency 92.5MHz kot. radio ikim ni yang bagusnya, sebelum dan sesudah azan subuh, memang akan ada disiarkan segala mala zikir, ayat2 matsurat, al-quran, hadith, etc. seriously good. so most of the time, bila aku dan budak2 terjaga, memang the first thing we will hear ialah alunan ayat2 suci ini semua. i don't know how to say it, tapi in a way aku rasa protected; knowing alunan ayat2 ini sentiasa berada dalam subconcious kami anak beranak. lagi satu yang bagus, boleh letak satu jug air dekat dengan radio clock tu, so that secara tak langung seolah2 air itu dibacakan dengan ayat2 suci. dan boleh bagi minum kat budak2. ini macam bonus la kan. nak harap kita buat air yassin macam tak terbuat. so ni jalan ringkas :P.


so far aku suka dengan kesannya. anak2 tak gaduh cari alasan tak nak solat. ringan je kalau suruh tu. dan yang paling surprising, bila depa dapat hafal jugak zikir2 tu without realizing it. again as i said, when you constantly recieve the same info again and again and again even when you were sleeping, your subconcious mind will take it as it is. so kerja aku jadi mudah in a way.

i think this is the easiest way to get the 'ruh' of al-quran to be inside of you, at the back of your mind. well. don't take my word for it. ada orang yang tidak percaya dengan 'kuasa' ayat al-quran. some can even say, "how do you expect a simple verse and du'a can help you?". i can't say much. only to share that i did it, and it seems to work just fine.


try it. especially untuk ibu2 yang mengandung. untuk anak2 kecil. untuk anak2 besar jugak. untuk makpak jugak. better late than never!

16 comments:

ZR said...

saya mau tiru cara nie...terima ksih...

MLCB said...

apa kata kaknon kasik aku hadiah satu. berganda2 pahala ko dapat kaknonnn

mak encik | SZ said...

bagus tu kak non!

setakat ni saya try set alarm kat henpon cokia.."doa bangun tidur" ...
tenang skit bgn tidur ...

Anonymous said...

Hehehe...aku mmg pakai approach ni sejak aku ada Danial lagik... Tp i play cd laaaa... Cd player dlm kete mmg ada 3 cd berzikir, himpunan doa n suchs. So, cd changer dlm kete aku 3 cd ni mmg channel wajib aku tekan pepagi bila otw nak htr danial ke skool and one more round waktu ptg bila aku dgn the 3 kiddos otw nak blk umah.
Yes, aku percaya it works.. Besides anak2 sume sampai bole hafal la!
One more shortcut to mummy duty! Yeay... Ngeeee :p

knv said...

kt, silakan.. silakan... saya pun tiru orang muahahah! :D


cikgetah, apsal masa ko pegi uk ko tak borong? haa? apsal? apsal?


sz, wahhh memacam dah henpon ni ekk? bagus sungguh! :D


madam, ni aku nak tanya. anak2 dah hapal, yang ngko tu hapal ke idak? muahahahahahha keji gilerr punya soklan. kat ikim tu nyah, ada sesi yang ayat quran campur translation sekali. bila dah ada translation tu aku insaf wehhh! tak jadi nak tuang solat. macam ada malaikat lak dok baca kat telinga ni haaa. kalau tak bangun subuh gak tak tau la nak cakap. memang hati batu gitu muahahahah! :D

Anonymous said...

Kahkahkah....keji giler komen balas ko kak non! :p
Selebihnyer aku x mo komen....kahkahkah

Unknown said...

bagus nih. kalu dak alarm henpon tet tet tet tet tu asyik snooze sokmo. kalau alarmnya ayat2 quran mesti takkan snooze punya kan.

tinidewi said...

tersedak kejap kau tulis ngompol, kak :-p almaklum, ai kan jowo totok. asal ngompol je, ingat kencing malam :-p terkojut den baca, suami kau ngompol HAHAHA.

knv said...

cessssssss! wahai orang jawa, sila gunakan bahasa2 lain jugak ek? :P

Min Aina Ila Aina said...

Alarm saya Asma ul Husna, taaaaapiiii...dok tangguh tangguh juga.

Pasni tukar la alarm surah-surah pulak kan. Radio alarm tak do, kalau tak memang IKIM tu lagi rasa syahdu + sayu siap dengan muzik dia lagi.

knv said...

maia, kalau radio ni dia variety sikit. kengkadang tazkirah, tafsir quran, zikir, etc. itu yang tak jemu tu. :D

nana said...

nak tiru gak lah kak..

selalu nye kalau anak2 dok bertekak, bukak mp3 ayat2 quran esp surah luqman.. mmg terus je jd tenang rumah saya.. hehehe..

Unknown said...

tq for sharing kak...
nk tiruuu...:)

tumpang tanya,
kalau anak dh 3 tahun tp nangis memalam kesyahduan tu nk wat cemana kak?
memula kakak yg 3tahun start, pastu adik yg 7 bulan lak nangis... bersambung2 kak, berpinar2 kepala mama dia bila bangun pagi sbb asyik dok bangun memalam... kalau si adik setakat bangun nyusu tu ok je, no hal. taktau cemana nk hentikan kakak yg menangis memalam...:(

**sorry, panjang pulak pertanyaan..

Anonymous said...

oh sgt betul lah this theory. even dato' fadhilah kamsah pun kata, bila anak2 tidur, kita bacakan al-fatihah, 4 qul, ayat qursi dan hembuskan ke ubun2 anak2, lepas tu cakap kat dia, semoga jadi anak yg soleh/ah. Saya dah praktis, kalau anak2 tu mcm x best jer, bila reflect balik mlm sebelum tu mmg tak buat cam tu...

knv said...

nana, sila.. silaa.. yang akak suka bila dengar ayat2 suci sebelum dan selepas tido ni, dalam keadaan mamai2 tu memang effect dia berbeza dari kita dengar masa tengah alert. it goes direct to your subconcious mind; yang actually defines us as a person. insyaallah semoga ada kebaikannya. :D


ms. anon, betul.. betul. it works wonders with the children. dan yang penting it work wonders with me as well. selama ni dok buat kat anak2 tapi takdak cara nak buat kat makpak. when i found out this simple way, i was esctatic. patutlah nabi suruh umat islam bangun dihujung malam untuk beribadat. sebab waktu2 bening macam tu actually banyak menyentuh hati kita. ada rasa damai dalam hati. tak liat dah nak bangun subuh awal2. tak liat nak buat yang sunat2 tu.

this is simple, but truly work for me and family. :D

knv said...

laila, ya allah akak tak tau camana nak tolong hang. akak dah lama tinggalkan zaman anak2 kecik menangis ni.

ke kembung? takpun dia ngigau kot. anak akak arina pesen camtu masa dia kecik. akak rasa sebab terbawa2 waktu siang dia masa tidor. arina agak imaginative orangnya. kalau dia bad mood siang tu malam mesti ngigau2 nangis.

lagi satu kalau nak cuba, cuba ulang2 baca ayat 55 surah toha masa dia dok nangis2 tu. baca ulang2 pastu tiup kat ubun2.

مِنۡہَا خَلَقۡنَـٰكُمۡ وَفِيہَا نُعِيدُكُمۡ وَمِنۡہَا نُخۡرِجُكُمۡ تَارَةً أُخۡرَىٰ (٥٥)

yang ni ustaz ajar untuk tenangkan keadaan.

take care. hope this helps. insyaAllah.

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger