Friday, April 6, 2012

be kind


life would be so much better if only we are kind to each other. after all, we are here on earth only to please Allah. so before talking about others behind our back; lets talk about ourselves instead. our imperfections. our sins. our wrongdoings.

kalau belek dan telek diri sendiri betul2, sumpah kita takkan ada hati nak mengata kat orang lain. banyaknya salah dan dosa kita sebagai hamba Allah. ibadat khusus, ibadat umum, adakah sudah diterima Allah? tak perlu yang besar2. apa yang kita cakap, apa yang kita buat, apa yang kita fikir, dengan siapa kita berkawan, sudahkah menggambarkan kita sebagai hamba Allah yang dikasihi?

masyaAllah masih banyak yang terbocor sana sini. terbarai sana sini. terbengkalai sana sini. tengok solat. tengok wudhuk. tengok bacaan alfatihah. pasti masih ada yang tak betul. tengok tv. dengar radio. apa yang kita tengok? apa yang kita dengar? dan yang paling penting apa yang kita dapat dan buat dengan apa yang kita tengok dan kita dengar itu?

jangan cepat jelek tengok orang yang tidak solat. tidak tutup aurat. jangan mengumpat. jangan mengata. kalau sungguh nak mengata, berkatalah didepan2. itu lebih baik dari segalanya. nasihat dan berpesan2 ke arah kebaikan. itu lebih utama. berkasih sayanglah tak kira siapa. it's easy to influence with love and kindness. kenapa perlu rasa diri lebih baik dan lebih dari orang lain? sedangkan hanya Allah yang boleh mengubah hati hati manusia. hanya Allah yang mengurniakan syurga kepada insan terpilih semata mata dengan rahmatnya. pernah dengar cerita pelacur yang dipilih ke syurga hanya dengan memberi anjing minum?

dan jangan begitu cepat mencetuskan cerita2 yang boleh menimbulkan fitnah. subhanAllah. berat sekali dosa yang akan ditanggung. hati2 dengan status2 di fb. lagi banyak komen, lagi banyak 'likes', lagi banyak kata2 nista didalamnya yang tidak tahu hujung pangkal, bersedialah untuk dicatat oleh malaikat dikiri kanan. sebarkan kebaikan. bukannya keburukan. sebab kita sendiri tidak tahu asal usul keburukan itu. takut2 apa yang kita sampaikan itu 180 darjah berbeza dari cerita sebenarnya. bila kita nak pergi minta maaf?

jangan amalkan buat dosa dengan manusia. kerana manusia bukannya Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. takut2 kita tergantung2 diakhirat nanti dengan 'hutang2' kita kepada manusia. nau'zubillahi minzalik!

subhanAllah, walhamdulillah, walaailahaillAllah, wallAllahuakbar.

semoga apa sahaja yang kita buat dalam meniti kehidupan ini, akan merapatkan kita dengan Allah, bukan sebaliknya.

salam jumaat my darlings.

6 comments:

SMM said...

sangat-sangat like!
thanks atas tazkirah jumaat yang cakap pasal benda simple tapi sering kita terlepas pandang ni :)

knv said...

thanks mynie. :D

betul2. terlepas pandang selalunya.

Sz said...

Allah Allah Allah...

tgh cari button share utk artikel kak non ni ... boleh kah? ;)

knv said...

mekasih suzie. semuanya dari Allah. :D

Anaasuria said...

betul knv.. kadang tengok status2 luahan rasa, marah, ntah apa2 (yang bukan mengajak pada kebaikan) kat fb tu rasa macam eh, dia orang ni tak sedar ke satu donia baca..tak sedar ke yang apa yang ditulis kadang mencerminkan kejelekan diri sebenarnya ...

knv said...

sis Anaa,
mintak dijauhkan kita terjerumus dalam fitnah fb ni kak. amat menggerunkan!

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger