Tuesday, June 23, 2009

beer halal

ha ha ha ha ha..

aku kan,

nak tergelak ngan peel umat2 islam diakhir zaman nih.

yang Allah kata tak boleh tu, itu jugak yang ko nak kan? seboleh2nya nak bagi boleh jugak.

samdol betullah!



aphal lah yang kemaruk sangat nak minum beer tu? heavan sangat ke beer, wine, apakejadah semua tu? jatuh ke standard sebagai umat islam kalo tak minum beer?

"MUSLIMS can now enjoy a pint or two in the comfort of their own homes thanks to a Manchester business couple. Christine and husband John Humphreys have set up a unique online shop selling alcohol-free products with Asian customers in mind.

They are offering a wide choice of alcohol-free wines and beers including the Indian beer Cobra, which is soon expected to be granted halal status, the Dutch beer Bavaria which is approved by the Iranian government as suitable for consumption under Islamic law.

The shop also stocks the exotic non-alcoholic Bateel sparkling date juice from Saudi Arabia that is popular for weddings and other celebrations."


sumber:
http://www.theasiannews.co.uk/news/business/s/530/530918_beer_for_muslims.html



aku tak taulah orang lain, tapi aku tak nampak apakah motif kukuh untuk orang islam ada jenama beer tersendiri. non-alcoholic beer? hahahahaha! lepas ni harus ada halal pork pulak ye tak?

“Dan jika Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hamba-Nya tentulah mereka akan melampaui batas di muka bumi, tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendaki-Nya dengan ukuran. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui (keadaan) hamba-hamba-Nya lagi Maha Melihat”
(QS. Al-Asy Syura : 43).


melampaukah kita? iye. aku rasa iye. dah bagi betis nak peha. dah bagi peha nak kepala. tak pernah cukup apa yang ada.

maha suci allah.

semoga kita tak termasuklah ke dalam golongan syaitan2 yang direjam.

amin.

14 comments:

rizza said...

ni utk meruntuhkan akidah umat Islam..
mula2 ye le beer halal le.. wine halal le...

lepas tu generasi akan dtg... tak nampak dah 'halal' tu.. belasah semua...
abis le...

umat islam le ni.. nak ikut barat..moden... ni le jadik nye....

'semoga anak2 dan keluarga serta keturunan kita semua .. di beri kan hidayah dan kesedaran serta dilindungi dari terjebak...'

bukan kat s'pore ke ade pork halal
hehhehe

mast@work said...

bak kata ustaz kat sekolah saya dulu,

"ini semua kerja gila"

hehe

MN said...

baru perasan psl benda tuh!

Zety Zin said...

erk... rasanya halal pork pun dah ada dah kak ana! kat singapore kalu tak silap.

::Umi Sufira:: said...

saya juga sangat2 tak bersetuju dengan bendalah itu!ntah apa2 la yang dioarang cuba nak tunjukkan tuh!

CY3.5 said...

k Ana,
kalau b4b1 tu ada leher, dah lama halal gamaknya..

btw, pasal beer tu, sirap bandung tak cukup sedap kaedahnya :P

knv said...

kahkahkah yan!

apa kelas hang samakan sirap bandung ngan beer. lagik sedap 100x sirap bandung tau! takde tandingan!

rizza,
orang kafir memanglah sokmo nak runtuhkah akidah umat islam. yang masalahnya umat islam rela di'runtuh-akidahkan' oleh orang kafir. yang itu yang aku tak paham. hahahahah...

mast,
betullah cakap ustaz tu. depa lagi pening gamaknya! :P

MN,
laa.. iye ke? :P

zety,
waahhh.. dah sampai spore ke? dulu kat aussie memang akak pernah jumpa hahahah :P


US,
nak tunjuk ke'bahlol'an masing2. kahkahkahkahkah!

jua said...

inilah taktik memesongkan umat islam secara perlahan-lahan. benda tu dah nyata tak boleh,tapi dorang nak buat bagi boleh supaya umat islam fikir memang boleh utk minum.

sangat cissness okeh.

knv said...

jua,
the pity thing is, some of US are actually welcoming this kind of bullshit!

yes. cissness is the word!

:P

Marisa said...

Skrg ni mcm2 taktik utk lemahkan umat Islam.. tambah2 yg mana ilmu tak berapa nak cukup... hanyut terus la

Fid said...

apa kes mau minum beer??akukan root beer tu pun aku tak minum was2 sbb ada nama beer!!!

suealeen said...

macam² cabaran umat Islam hari ni.. dakyahnya termasuklah beer halal macam ni...

HUda said...

kat bawah kedai mkn tempat aku ni ada jual bavaria tu..sikit punya besar poster.. dan sebijik botol beer..heran sungguh... dan yang tak berfikir sajalah yang setuju dgn benda2 bodoh ni...

m-i-o said...

sebab sy orang melayu - maka moleklah sy bercakap dalam konteks orang melayu.

orang melayu, kalau nak mabuk-mabuk takyah tunggu beer jadi halal. tapai pulut tu - dia peram lama sket - instead of makan tapainya - dia kumpul air je.

ya, air tapai tu. dapat segelas dua dari tapai yang terlebih peram. ala-ala mabuk jugaklah kekdahnya kot.

heh. sapa kata orang melayu bodoh? bab penapaian tu - salah satu bab dalam subjek sains wokeh!

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger