Tuesday, March 16, 2010

custard tiramisu

Oh ini cubaan orang malas macam aku. memandangkan semua ingredient dah ada depan mata, maka amatlah tidak wajar kalo aku tak cuba resipe nih. yang ni version tak guna mascarpone cheese. hanya custard semata. aku berpendapat resipe ni amat sesuai jika anda ingin meng-impress para tetamu yang datang ke rumah. macam mabeles aje presentationnya walaupun senang gilos nak buat. boleh gantikan raspberry tu dengan strawberry jugak. jangan guna straw udah ye ibuk2 sekalian. kang tercekik aku tak jamin muahahahahha! :))

Okeh enjoy!!






Ini ingredient2 yang diperlukan:-

sponge fingers
ready made custard (nak buat pun senang aje)




raspberry


Cara-caranya (aku cut n paste aje lah):-

Try laying 20 sponge fingers along the bottom of a serving dish. Make up 100ml of strong black coffee and pour over the fingers until they are saturated. Slice fresh raspberries in half and layer in glass tumblers with the sponge fingers and spoonfuls of vanilla custard. Continue layering until the tumblers are full, then top with a few whole raspberries.

Leave to set for about 3 hours and serve for a rich, creamy treat.

11 comments:

Ayu's Store said...

salam..senang resipinya ya.. harus cuba niee.. tq.. :)

knv said...

hi ayu. senang banget. cuba jgn tak cuba :P

eZa said...

dulu mase kt swansea selalu buat tiramisu. bile balik sini takde hati nk buat. sebab?? barang kat sini mahal ya hamat! nyampah!

nak skit kak non! ;)

Saudah Salleh said...

looks delicious. senang jugak eh?

Unknown said...

nampak begitu sedap sekali.

knv said...

korang senang dah sedap. mak sukalah! :P

pasal tu akak tak pernah buat kat msia pun benda alah ni. nak rasa beli aje sepotong dua kat kedai.

kat sinilah baru nak merasa buat. setakat rapsberry tu 2 hengget. custard sekotak lima puluh pence je. satu rumah buleh makan :P

hah buat jgn tak buat. malas nak buat mai datang umah akak makan :P

liadevega said...

tu sbb aku tak terhingin pun buat nak buat...sponge finger tu nak mencari pun ntah kat mana...start keta pi secret recipe lagi sonang...haha

m-i-o said...

errr. cop! sy nk tanya soklan yg agak bodoh,

yg strong black coffee tu - nak bubuh gula ke tak yah ekk?

liadevega - sponge finger tu bleh pakai twiggies gardenia rasanya. tp dalam dia ada cream la, bukan plain sponge fingers.

m-i-o said...

ehhh. satu lagi soklan kedua yg agak bodoh juga,

yg di'sprinkle' celah2 raspberri tu apa? coklat eh?

maafkan sy, maafkan sy. sy budak baru belajar :P

knv said...

lia, aku paham aku paham :P

mio, takyah gardenia tu. lagi senang beli aje span kek butter kat pasar malam tu sebuku. pastu potong slice2. pastu jemur sampai kering. lagi keras lagi bagus.

kat sini span fingers tu texture dia macam biskut.

yang coffee tu ikut mu la deknon. kalo nak buh gule pun ok. tapi kan custard tu dah manis. so takyah pun takpe.

akak buat milo campur coffee. terangkat sungguh!

tapi kalo hang tak buh gula kat kopi tu masa soaking fingers tu toksah lelama. kang pahit berdengung kang!

dah siap tempek gambo eh?

knv said...

sprinkle tu milo. biasanya orang buh coco powder.

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger