Monday, March 15, 2010

the little things

Actually dibawah sedar; perkara2 kecil banyak mempengaruhi kehidupan kita. Tapi disebabkan kecil sangat kita tak perasan yang ianya sebenarnya satu rahmat, dan mungkin jugak satu sumpahan :))

Meh aku bagi contoh sikit:-

1. Dulu waktu pergi shopping kat Giant, Jusco, etc, tak payah nak risau pasal nak bayar dan packing kat cashier. Semuanya bebudak cashier tu lah yang buat. Aku tunggu nak bayar je. Pastu kalau bebudak tu ala2 lembab, harus je rasa nak hambat bagi cepat sikit. Hahahaha :)) Sekarang ni baru padan muka. Dahlah plastic bag kena bawak sendiri. Packing pun kena packing sendiri. Hahaha.. masa mula2 dulu tak tau kena packing sendiri aku pun tunggu aje buat muka seposen kat situ. Pastu siap kena sergah ngan cashier pasal aku tak masukkan barang2 dalam bag plastic hahaha! Rasakan kak non! Dulu ko sergah orang sebab orang lembab. Sekarang turn ko pulak kena sergah! Ish jatuh standard voks I, tawww! :P

2. Dulu lepas balik shopping; si bibiklah yang kena buat segala sorting out. Dahlah melambak barang2. Yang aku tau, balik shopping longgok barang2 kat dapur. Pandai2 ko lah bibik nak susun apa yang patut. Aku kan mem besar. Mana standard nak susun2 groceries ni hahahha! Dan sekarang, sukacita dimaklumkan, akulah si bibik malang itu. Hahahaha! Hamik ko bibik! Susun elok2 yea? Kang aku potong gaji kang! :P

3. Dulu bila terasa nak pergi berpoya2 ngan kengkawan, boleh aje tinggalkan anak2 kat parents. Pastu pergi ajelah mengeteh, mengopi, mengawan eh eh eh silap lak itu ngan laki aku je hahahaha :)) Yang penting ada aje pertolongan yang dekat dan efficient. Kat sini hah hah hah hah. Sendiri mau ingatlah kak non. Bak kata pepatah; mak bapak jauh, sedara mara jauh :P

4. Dulu takde masa untuk aktiviti spiritual. Boleh kira ngan jari berapa kali aku pegi usrah/majlis ilmu dalam 10 tahun yang lepas. Ish saya busylah. Takde masa nak pegi dengar ceramah2 ni. Kerja lagi, family lagi. Saya baca buku pun ok kot? (Hehehehe aku ni ngata diri sendiri yea. Janganlah sesapa terasa lak.) Sekarang ni tetiba terpanggil pulak nak pergi ber-usrah bila dah jauh beribu batu dari tanah air sendiri. Tiba-tiba terasa sungguh ironik. Perlukah berhijrah sejauh ini untuk mendekati diri kepadaNya? :(

5. Dulu agak tak pandang dengan pendidikan agama anak2. Al maklumlah cikgu2 kat sekolah boleh ajar. Kan dah hantar sekolah agama? Oklah tu kan? Kat sini; pandai2 ko lah kak non. Segalanya di atas batu jemala ko sendiri. Nasib baik internet dah advanced. Bolehlah google Al-Quran online. Nasib baik ada insan2 mulia nak tolong ajar anak2 melayu islam di negara omputeh ni. Mekacihhh :D

6. Dulu kalau sekadar nasi lemak, karipap sardin, sate, nasi ayam, buleh ajeeee.. aku pi beli kat kedai depan rumah. Sap sap soi bak kata orang puteh. La ni, sabau ajelah. Buat aje list panjang2 apa nak qada' makan bila balik msia sok. Kalau rajin boleh lah buat sekali sekala. Kalo malas tu bukak aje blog2 masakan tersohor msia dan amik aje bau dari komputer tu kalau boleh la hahahaha :P

7. Haaa.. yang ni akak paling suke! Dulu tu nak jumpa laki lama2 tunggu weekend la. (Pasai tu tak sempat pi usrah hahahahaha!!) La ni syok la, tiap2 hari lakiku ada disisi untuk dibelai dan membelai muahahahahhahaha (cisss aku lak terasa geli kahkahkahkah :P). Bila anak2 dah pi sekolah bolehlah pegi dating berdua-duaan. Nasib baik tak sampai ke paris nun naik eurotrain yang laju gilos tu hahahaha!

Anyway banyak lagi deknons.

The bottom line is, happylah dan bersyukurlah kita dengan apa yang kita ada SEKARANG ini; no matter how petty things seemed to be. Rahmat Allah itu datang dalam pelbagai cara dan ketika. Setiap perkara tentulah ada kelebihan dan kekurangan. Jangan risau dengan apa yang kita tiada. Be happy, be grateful, now.

May peace be with you!

15 comments:

suealeen said...

setuju... kita ni diberi Allah dengan 1000 macam rahmat, tapi cuba tengok insan² kurang upaya... pabila kenikmatan mereka ditarik atau dipinjamkan hanya sementara. terasa sangat diri ini tidak bersyukur...

synn said...

nice entry kak.
Utk kesedaran semua

Sayang.Ibu said...

sgt setuju kak, kena bersyukur dgn apa yg kita ada, kdg2 kita selalu sgt merungut dgn kekurangan yg kita ada, tp x pernah pulak berterimakasih dgn kelebihan yg kita miliki... ingatan yg baek utk kita semua kak, TQ

Anonymous said...

bab suami ade sokmo di sisi tu mmg betulla..time teman hubby further study,,memanjang je dia kat dpan mata..ni...asik takde jegh..

shake

Anonymous said...

bab suami ade sokmo di sisi tu mmg betulla..time teman hubby further study,,memanjang je dia kat dpan mata..ni...asik takde jegh..

shake

Fid said...

macam best ja hidup hang la ni
toksah balik la kahkahkah

weh tesco dah tak layan pack pack ko pack la sendiri plus aku mmg angkut bag sendiri

knv said...

sue, sungguh la tu. kena banyak tenung2 belek2 disekeliling kita :D

syn, makacihhh :D

SI, standard la manusia. benda2 rutin memang susah nak berterima kasih. bila dah takde baru teringat2 :D

shake, dah balik msia ke belum?

fid, ish mana buleh tak balik. habis tu bilanya aku nak makan sate? hahahha nak tunggu buat harus berjanggut weh! a'ah lupa lak tesco. kat sini bag pun recycled.

mirah said...

k ana, wah jauhnya pergi baru dapat usrah kan, tp mmg culture students2 msia kat sana. Itulah cara nak get together dan kukuhkan jatidiri islam kan.

Btw, ya setuju, bersyukurlah apa yg kita ada hari ini. Tak semua org bernasib baik spt kita, maka hargailah.. :)

Marisa said...

hmmmm.... saya pun kena berhijrah jugak la mcm ni :)

TopsyTurvy Mum said...

Alhamdulillah K Non..eh kak Demi :D

Beza sgt kan dok tempat sendiri ngan tpt org...

all the best to u...cam bunyi x nak balik jerrr nii hehehe...

mast@work said...

agaknya saya pun nanti camni la jugak kut ek

Along said...

hehe, Along tergelak sorang baca entry ni. Tapi setuju...ni terasa nak ajak hubby pi merantau jejauh.

knv said...

mirah memang iye. kalo kat msia semangat tu lain sikit hahahah :D

marisa, jom la weh :P

TTM, oh balik tetap nak balik :P

mast, bila hang nak pi? dah confirm ke pi mana?

along, kalau ada peluang pegi aje. bila lagi nak menangis pepagi raya kat tempat orang hahahahha :D

Along said...

Ooo..bab beraya di perantauan dah rasa dah. 4 tahun belajar time Uni. Tapi maybe tak sama kot rasanya bila dah berkeluarga...

Mynie said...

bak istilah FB, LIKE!

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger