Wednesday, March 17, 2010

sosial

Antara aktiviti2 anjakan paradigma yang aku lakukan kat sini, ialah bergaul dan bersosial dengan wanita-wanita Malaysia yang juga mengikuti suami masing2 seperti aku disini. Ada yang ikut suami, ada yang suami ikut dia hihihi! :D Yang suami ikut tu memanglah aku salute yang amat. Bukan senang kan nak tinggalkan kerja tetap kat Malaysia semata2 nak berhijrah selama 1-3 tahun ke negara orang. Yang dapat cuti tanpa gaji alhamdulillah. Yang tak dapat tu, pasrah dan tawakal aje dengan urusan Allah. Sesungguhnya kalau niat suci dan murni, pertolongan Allah itu amatlah dekat.

Kat sini, aku berpeluang bercampur dengan orang2 yang diluar kelompak sosial aku. Honestly, I'm intrigued by most of these big-hearted wonderful ladies.

Ada tu seorang lawyer, sold off her law firm in Malaysia to be with her husband here for only 2 years.

Ada tu seorang ustazah, yang buat Phd dalam Comparative Religion di Uni of Birm. Suaminya pula jauh di Saudi, juga tengah sambung belajar. Masa cuti sahaja baru boleh berjumpa.

Ada tu hanyalah seorang SPM holder; mengikut suami yang buat Phd. Dia tidak pernah bekerja sebelum ini. Datang sini dengan initiatif sendiri mengambil kelas Bahasa Inggeris di Uni of Birm. Sambil2 tu bekerja jugak secara part-time.

Dan ramai lagi watak2 menarik yang berjiwa besar.

Honestly, I'm humbled. No matter what we did in the past, we are all here for the same reason. We have all sacrificed some big things to breathe the air here. Kalau aku rasa aku susah, ada jugak orang lain yang susah. Kalau aku rasa pengorbanan aku besar, ada lagi pengorbanan yang lebih besar.

Jadi, apa barang ko nak komplen2 kak non?

:D

3 comments:

mirah said...

saya suka baca entry ni. Inspiring! Betul kata k ana tu. Sebab bermimpi gak nak g further study oversea. Ntah bila tak tahulah tapi kan.. hihi.. :)

cW said...

umpama di mahsyar nanti, kita semua sama...amaln je yang berbeza...

Unknown said...

saya harap saya pun akan sentiasa tabah dalam pengorbanan camni.. huhuhu

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger