Monday, April 12, 2010

7 months

ish banyaklah aku punya expecting. err.. to think about it, memang banyak pun kot. tapinya not anything to do with babies la kan. cuma life expectation in general. :D

sukacita dimaklumkan, 13th April 2010 marks my 7 months in Birmingham. aku mendarat di Heathrow Airport pada pukul 6pagi 13th September 2009. dalam diam tak diam, dah 7 bulan rupanya aku menumpang hidup di negara orang ni. kadang2 rasa sekejap. kadang2 rasa lama sungguh. bengong betoi.

okey, ini yang boleh aku simpulkan setelah 7 bulan ini:-

aku dah berjaya jadik housewife!!

muahahahhaha! yep! walaupun masih jauuhhh dari sempurna. masih banyak lubang sana sini. masih banyak yang tak betul dan perlu diperbaiki.

tapi yang penting aku survived! dengan penuh jayanya ikut merit standard aku hahahha! terima kasih kepada semua pengalaman hidup aku yang lepas2. terima kasih kepada buku-buku yang aku dah baca. orang-orang yang aku dah kenal dan 'jumpa'. terima kasih kepada semua cabaran yang telah aku lalui sebelum sampai di Birm ini. yang banyak membantu aku untuk 'selamat' dalam apa juga keadaan. benda2 yang aku takut untuk tempuhi satu ketika dulu, rupanya tidaklah sesusah yang aku sangkakan.

life is so full of challenges. but with them come opportunities. to be better and richer.

yes i'm richer now. not wealth-wise though. :D

i will remember the past 7 months; and the coming 4; as one of the most life-enhancing periods of my life. dulu sebelum datang, aku takut sangat akan hilang separuh dari mata pencarian. duit. duit. duit. hanya itu yang ada dalam kepala. dengan gaji yang agak besar, ramai jugak yang skeptikal masa aku ambik keputusan untuk berhenti/bercuti dari alam pekerjaan. almaklumlah kata setahun aje kan? so not worth it. actually masa aku bagi surat berhenti tu, aku memang pasrah aje kepada Allah. sebenarnya untuk company chaplang macam company aku tu, memang tak ada istilah 'cuti tanpa gaji'. hah hah hah. lupakan ajelah labu. tapi rezeki dari Allah. bila aku suarakan aje hasrat untuk meletakkan jawatan kepada boss no. 3, tak lama lepas tu, boss no. 1 datang sendiri cakap kat aku "You come back, ok? One year is nothing. You come back. We still need you." dan boss no. 2 menulis dalam farewell card "You are always welcomed here, Ana". dan boss no. 3 masih ber-sms dengan aku sehingga sekarang. tak habis2 bertanya bila aku nak balik dan resume my position as usual. alhamdulillah. company yang selama ini memang tak heran kalau people come and go. but there is exception, for me. isn't that just miracle? maha suci allah.

yep, honestly kami memang takdak duit dah sekarang ni. duit saving sikit2 sudahpun menyusut dan sangat dekat untuk menghampiri N.I.L. adakah aku risau? oh sepatutnya harus sangat risau. tak pernah rasanya berkeadaan tiada ber'wang' seperti sekarang. makan pakai sekadar cukup. sudah lama tidak merasai kemewahan material. mula2 dulu sungguh sadis rasanya. tapi entah kenapa nafsu terdidik juga untuk menerima kenyataan yang sekarang bukan lagi dulu. happiness does not has to equal material. kami serahkan pada Allah untuk memberikan kami rezeki. jadi ada damai disitu. dengan segalanya serba kekurangan, aku masih terasa damai. aku belajar jadi realistik dan fokus banyak kepada perkara2 yang ada didepan mata. perkara2 yang tercapai dek tangan. ini yang aku ada, inilah kebahagian aku sekarang.

dan pengalaman mengasuh anak2 dengan tangan sendiri 24-7 adalah sesuatu yang mana mungkin diperkecil2kan. dalam hidup serba mencabar sekarang ni, tak ramai ibu2 yang berpeluang bersama anak2 sepanjang masa. hidup dah makin complicated. priority telah banyak terpecah. tak pernah aku bermimpi boleh menguruskan anak2 tanpa bantuan orang lain. memang susah. leceh. meng-hanginkan. menjemukan. membosankan. tapi ada juga kepuasan yang susah nak diterangkan disitu. dan semestinya akan sentiasa terpahat dijiwa.

sebenarnya semuanya adalah rezeki dari Allah. walaupun tidak dilimpahi material, aku sekeluarga berpeluang merasa hidup di tempat orang. anak2 berpeluang mendapat manfaat dari sistem pembelajaran yang sudah mature dan established. kami dapat menikmati keindahan empat musim dinegara orang, bermain snow, menikmati sinaran matahari dicelah2 kedinginan sekitar. masa di malaysia, menyampah dan merungut2 sebab panas sokmo, kat sini bila nampak matahari punyalah jakun semacam hahahha.. :P

dalam tangis dan tawa, rupa2nya sudah 7 bulan. masa untuk pulang pun sudah semakin hampir. yang aku tau aku akan balik ke malaysia dengan perception yang baru. ada benda2 yang penting untuk aku dulu, sudah tidak begitu penting sekarang. benda2 yang tidak penting dahulu, sudah agak penting sekarang. begitulah senangnya Allah membolak-balikkan hati manusia. it doesn't take much honestly. i'm truly humbled.

nevertheless, i can't wait to go back. i miss my parents. i miss my families and friends. i miss malaysia. dan untuk kawan2 yang ada peluang untuk duduk di negara orang, please don't miss the chance. in fact you should work on the chance. jangan terlalu takut dengan perkara2 yang kita tak nampak lagi. but of course it's not going to be easy all the way. there will be mega sacrifices. there will be sweat and tears. there will be a lot of thinking and arguing and reasoning and rationalising. but at the end of it all, it is going to be worth the effort. seriously.

i wish u luck. and happiness.

semoga kehidupan kita di berkatiNya sentiasa. wherever we are. whatever we do.

thanks for reading.

:)

26 comments:

eZa said...

your cheese moved! yeay! ;)
if u didn't take the opportunity earlier you gonna miss much kan?

wish you all the best knv! ;)

mirah said...

saya suka entry ni. Happy for u too k ana.. :)

CY4.0 said...

tacing sungguh.. i'm touched.

Along said...

Hmm..sungguh mendalam. Memang kena admit, sekarang ni asyik terkejar2..terkejar duit, terkejar anak2, terkejar nak sambung belajar...maybe kena sit down and rethink priority. Tapi kalau dtg la peluang pi negara luar...Along dulu tempah tiket aeroplane..hehehhe..

Enjoy your last 4 months!!

DNNA said...

Entry ini membuatkan saya rasa nak sambung belajar lagi walaupun yang saya tgh belajar ni pun tak abih lagi, hahahaha *Apakah ayat ini?? sgt berputar belit, kah kah*

Tapi seriously kaknon, you've opened my eyes. Thanks a million.

Ya muqallibal qulub, tsabbits qulubana 'ala dinika wa 'ala to'atika ... amiin :)

P/s - Lagi 4 bulan?? Souvenir utk saya dah beli lom?? Kah kah kah kah *mak tahu mak sungguh over*

isz_3707 said...

samala aku masa nak quit dulu, takut sgt xde duit nak beli hbag (bley?) tp aku rasa aku lg byk beli hbag lepas aku quit dr masa aku keje. ALLAH Maha Adil. Kita nampak 1 yg Dia tak bagi tapi kita selalu lupa benda-benda lain yang melimpah ruah Dia bagi, Subhanallah.

iza said...

your entry have changed my view..sifu, selalu2lah beri tunjuk ajar...

KV said...

mesti ada kelebihan dan kekurangannya kan. Yang penting berusaha dan tawakal.

mama | sarah | syimir said...

bila baca entry kak non ni terasa betapa besarnya kehebatan/kebesaran rahmat Allah dlm kita meniti kehidupan seharian...ku bersyukur atas segala pemberiannya....kak non ni mmg pandai mengrang/menulis yg bisa meruntun jiwa...huhuhu

Marisa said...

terharu.

Mynie said...

like!

mamaDhea said...

kak, 13 april 2010 genap sebln sya beranakkan si emir.. hikhikhik.. releven? :P

apepon, sya suka sejak2 akak jadik hwife ni tau.. semedang tayang resepi baru yg sedap2 belaka..

drwati said...

knv,
boleh tak merah berair hidung saya baca your post..sob sob i heart u!

masa nak dtg sini pun saya sedih sbb bila balik nanti kengkawan saya akan jadi specialists and they will be my bosses!

tapi rupanya Allah ada perancanganNya sendiri, kalau saya tak dtg sini mesti anak2 saya jadi korban

thank you very much!

knv said...

eza so much of Who Moved Your Cheese, eh? hiihihi.. thanks sis.

mirah thanks sis. :D

cikyan tacing ek? hahahha.. kiut lak spelling tu :P

along itu kejar mengejar biasa dalam hidup komplikated kita nih. actually tak tau apsal we tend to do it ALL. and i mean ALL. padahal kalau tak buat salah satu pun, taklah sampai mencacatkan hidup. :D

dnna amin kat doa hang. kalau ada peluang why not? ramai orang nak buat tak berpeluang. :D masa muda, masa sihat, masa kaya, masa lapang, masa hidup ni lah nak buat apa2pun. tak gitu? :D no worries. i'm just sharing at my end here.

zan sebelum aku decide nak mai sini tu memang horror bangat. malam2 takleh tido fikir hutang2 yang melambak tinggal kat msia. boleh ke? boleh ke? constant nagging sampai laki aku pening. alhamdulillah aku beranikan diri. priceless experience. duit gaji aku berpuluh tahun pun tak boleh nak bayar apa yang aku experience ni. :D

iza ish aku jauh dari sifu nok! :P just sharing pengalaman je. semoga ada manfaat bersama. :D

KV sungguh! usaha dan tawakal. tawakal itu sebenarnya IMHO amat penting dalam proses muhasabah diri. nak2 bila kita rasa kita dah usaha sebaik mungkin dah tapi still gagal lagi.

MSS berkongsi je dik. buat2 saham kat akhirat.. :P

marisa thanks for reading. :D

mynie i like u too :P

sya hah boleh buat menantu tu nanti hahahahha... sabau ajelah! :P

doc susah kan nak detached kan diri dari nikmat material dan status dan pangkat? saya pun camtu la jugak. ni cemas2 nak balik msia. tak tau apa nak expect. malas dah nak kerja balik malam2 macam dulu. outstation sana sini. macam dah tak relevant. but then, knowing msia, we still need the money so much. anak2 sekolah aje dah makan ribu. with mine 4 of them. sabar ajelah bebanyak. insyaalah semoga allah sentiasa bagi jalan keluar kat kita.

sisdee said...

7 bulan dah mcm2 perubahan...insyaallah apapun kita lakukan klu redha...mmg mdtgkan keuntungan pd kta n family...

selalu org guna pakai duit bole cari..kepuasan mendidik anak adalah lebih utama...tp mgkin akan terbalik klu sampai msia kan...apapun doa yg trbaik tuk u n family :)

i pun dah tak nk dok keje smpai lewat mlm dah :(

Zety Zin said...

insaf baca entri knv yang ni. :)

TopsyTurvy Mum said...

ye kak Non...membuka minda betul entry kak non ni...mmg touching.

pengalaman adalah guru yg terbaik...tak gitu??

k non..jawap soklan knon pasal apple pie tu, boleh je pakai filo pastry, bungkus dlm 4-5 helai filo, pastu bakar..

nama pun tukar la jugak, Apple Strudel kak Non Vogeh!

Anonymous said...

satu pengalaman yg menarik, yg saya sendiri pernah lalui. Tapi rakan2 sekeliling semasa di luar negara hairan dgn keluarga kami... ketenangan yg Allah beri di dalam susah, org nampak kita susah, tapi kita tak rasa pun... bagi saya ianya bukanlah faktor berada di luar negara, tetapi faktor niat kita yg ikhlas, dan sifat tawakkal kita kpd Allah, yg Allah berikan berkat ketenangan itu. Sbb ada juga org yg berada di luar negara tapi sentiasa rasa cemas dgn harta yg seperti tak cukup2 di cari2... :D dan skrang saya sudah berada di msia, pada awalnya saya terpengaruh dgn persekitaran rakan2 yg jauh lebih tinggi kedudukan dlm kerja etc. Tapi Allah masih sayangkan saya, saya bertemu dgn rakan yg mempunyai inspirasi yg sama, yg mengharapkan redha Allah, dan meletakkan matlamat mencari mardhatillah itu lebih penting... dan saya rasa kuat kembali.

So, point nyer... niat kita yg ikhlas, dan disertakan dgn amal, dan Allah akan tunjukkan jlnnya, tak kira di mana kita berada. Dan kita kena terus bersyukur dgn bukti amal dan taat kpdNya.

-ks-

rizza said...

yup... situasi yg pernah ku rasa... menghargai apa yg ade...
"realistic"

Ms Lola said...

post ni label apa ya? nanti bila2 kena refresh balik ni :P

Anyways, noted.

Ms Lola said...

apa? takde label? Labelkan!

knv said...

sisdee honestly agak cemas nak fikir2 kena balik msia ni. kena check balik planA, planB, planC. :P betapa berbezanya hidup saya dulu ngan sekarang. nak kena prepare mindset balik semula. :D

zety alhamdulillah. ambik yang baik2 sahaja.. :D

TTM hang tak jawab resipe tat nenas tu weh. bila nak bagi? muahahha! :P

ks thanks. kat sini yang relax banyak sebab masyarakat sekitar tak kisah langsung dengan material dan status. setiap orang nampak bangga dengan diri mereka masing2 tanpa peduli kerja apa, pakai kereta apa, duduk rumah macamana. saya memang akan rindu sangat bab2 tu. takde langsung pressure how to live your live. nobody cares. itu yang saya cemas nak balik msia balik. takut kecundang dengan pressure persekitaran. dah tua2 ni tak larat dah rasanya ;)

rizza yep itu ajelah solutionnya. selalu perempuan ni fikir yang ideal2 belaka. sekali terkena, harus terduduk! :D

lola dah label under 'muhasabah'. bila2 hang rasa perlu tu, silalah korek2 balik cerita mak yang lama2 tu. mana tau boleh buat panduan. :D

Ealyie said...

errr.. kak, hang bole jadik motivator aku nak tak? :)

knv said...

ely oh akak dah lama pencen jadik motivator. pasai diri sendiri pun dah agak kucar kacir muahahhaha! tapi kalo ko nak bayar akak murah aje, rm8/hr.. takpun £8/hr hahahhaha!

Hanis Kamis, MIB said...

kak non,
i new here in ur blog,and saya gigih untuk membaca semua entry kak non yang menusuk kalbu, yang so worthy to read word by word, sentence by sentence..

saya pun tengah serabut otak-jiwa-raga in making life changing decision. tapi, in what ever decision i make, my kids and husband to be near all the time is my top priority..to achieve that, uishhh...jiwa sungguh kacau,solat hajat, solat istikharah, tazkirah,research semua saya dah try buat.

Until at this point..

Barangkali, Allah takdirkan saya pulun baca your blog, untuk Allah tunjukkan jalan kepada saya melalui pengalaman Kak non..
Alhamdulillah, i'm clear now and i hope Allah will bless us through the upcoming journey.

thanks Kak non,Your daily ramble,your real life experience,your honest and humble thought really inspired me, and other moms out there too..

"money is everything, & money Also can mean nothing..Allah jua Maha Berkuasa.."

*huggssss and huggsss.. (^____^)

knv said...

hanis,
thanks for reading. :D

making life-changing decisions are never easy. it's like a civil war going on inside of you.

but the beauty of being a muslim, we can only usaha dan doa. yang selebihnya biar allah yang take care.

semoga hanis berjaya buat keputusan terbaik.

:D

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger