Thursday, April 15, 2010

groceries pokai day

untuk sahabatku Puan Azlina Yahya, aku hadiahkan entry ini untukmu! :P

okeh aku bagi amaran siap2 ek? entry ini mengandungi beribu-ribu gambar lemon. cik puan kat atas ni mengesyorkan agar aku bawak kamera pastu pi snap pics masa tengah buat groceries. out of fun (dan poyo) maka i did just that this morning, masa pi ASDA. ni kalau kat msia macam ala2 giant, tesco la gitu. level hypermarket.

gambar banyak gila. have fun. :D



tengah happy dan excited gilerr nak pi beli groceries. kah kah kah kah! jakun betoilah orang2 kampung nih! :P belum lagi pegi beli rumah!


tu diaa... dah sampai pun haa! yang ni Asda Cape Hill, Smethwick. Antara yang terbesar jugak kot kat area2 rumah aku ni. aku suka mai sini pasai lapang kat dalam tu. jadik bila anak2 aku berlari2 kat dalam tu takdelah depa mat2 salleh tu pandang aku semacam tak pandai jaga anak kan? ha ha ha ha.. :P


masuk2 je belah kiri dia memang books and mags la.


ish laki sapa yang concentrate tengok mag porn tu? kah kah kah! ampun dan maap ku pinta! :P


tu diaa.. pecah rahsia aku muahahahha! okeh ni aku nak kabo, aku amik menda alah ni untuk supplement. untuk pengetahuan, ni protein drink ala2 Herbalife, Shaklee, Usana, etc. aku biasa amik for breakfast. not so much on slimming effect tapi lebih pada energy boosting. segar aje bila minum pepagi tu. lagi satu ianya agak murah. jauh lagi murah dari yang jenama2 standard kat atas tu. aku terfikir je nak borong bawak balik banyak2. uhukkss! tapi fulus takdak! :(


ni barang standard orang pompuan. tak perlu diperjelaskan lagik! :D


kah kah kah! sabun mandi cap babi! :))


yang ni pulak standard untuk pemakai tegar barang2 Asda muahahahha! :P


cubaan aku untuk dapat gigi seputih cat kapur kahkahkahkah! aku seriously suka cuba ubat2 gigi canggih manggih nih! bila lagi nak senyum ala2 hollywood gitu? :))


aisle baju2an. cantik2. murah2. kalau aku kerja sini harus sekontena aku bawak balik! :D


aisle buah2an. macam kat msia jugak.


haa.. tu segala bawang ada. cuma bawang kecik takdak.


aku tak tau menatang radish ni buat apa. TTM ko tau ke tak nak buat apa radish ni?


haa.. segala macam berry ado. apo laie yang ko nak jang? apo laie??? :P


yang ni tau tak apa? kalau tak tau pegi aje hantuk pala kat dinding! :P


buah2an lagi.


mushroom yang macam2 jenis.


yang ni buat baked atau soup memang sedap. besau2 hak ni. aku sukeee :D


ah hah ha ha... mee kuning pun ado. tiga peket £2.50 jo! :)


antara aisle favoriteku. kat sinilah segala macam cheese, spread, yoghurt ada.


aisyah tak puas hati aku takmo beli yoghurt yang dia minat. :P


cheeseeeeeeeeeeeeeee! :))


yang ni section for halal meat.

section susu segarrr! :)


segala macam instant sauce ada. pilih aje! :)


tinggal seketoi aje double cream ni masa aku pi.



hah! macam2 rempah ratus ada. yang aku tak pernah nampak pun ada. ngalahkan india la pulak hahahah :D


cuba teka ni apa nih?


milo yang sentiasa dekat dihati.. :P tapi milo sini tak macam kat msia. butir dia kasar2 sikit. kat msia halus2 gitu.


santan aku beli yang tin gini aje. yang serbuk pun ada gak tapi leceh sungguh nak bancuh2 tu.


kuib ayam halal.


hah yang ni wajib beli. sedap ko! konon nak healthy beli yang baked punya. takdelah rasa bersalah kan? kan? kan? kahkahkah! :P


frozen chips.


custard ready made. aku suka bangat. senang nak buat dessert express.


instant chapati. sedap sungguh! kat msia aku tak pernah cuba chapati camni. roti canai biasa la.


burger instant. sedap dia lain macamlah! :)


hotdog. ala2 ayamas.


aisle biskut2 and cereals.


hak ni sedap tau.


haaa... yang ni dua2 belah row tu hanya untuk roti. jadi sekarang korang paham ngapa rumah aku banyak roti. tak gitu TTM? kah kah kah! :))


aisle mainan. korang perasan tak anak2 aku aje yang dok main kat situ. heran bin ajaib! ;)


eh eh eh? mak sapa lak yang enterframe tuh? voks jugak aku tengok! kahkahkah! :P



itu ajelah kerojenya kalau dah pompuan tu. tak koser aku tau!


abang yang happy setelah selesai beli groceries. kahkahkahkah! happy pasai apa pun aku tak tau! :D

arina perasan voks abis ngan necklace set baru. tak koser den! :P


on the way balik, singgah lagi halal butcher. kat sini ayam dia lagi murah la dari dalam Asda tu.


ayam je banyak. ngan lamb. daging agak susah nak jumpa.


tu diaaaaaa... panjang berjela resit. sekarang korang tau kenapa aku pokai sokmo! :D


okeh, sapa boleh teka ada berapa banyak gambau dalam entry nih? hah hah hah! :P dah dah pi buat kerja balik. ni namanya entry tak berpekdah! aku pun nak tido dah ni hah!

ta-ta bebeh!

:D

20 comments:

TopsyTurvy Mum said...

2 kali nama ku disebut..glam gituk kahkahkah!

Byk beno nak komen ni haa..haku layan la dulu blog hang ni, entry aku pun blum buat.

Radish tu mak buat susuk nyahhh..kasi maintain ayu gitu..mak campur beetroot buat jus. Ado kau berani??

jeles pulak haku kena import kiub ayam kat m'sia. payah beno nak jumpa yg halal kat sini.

gaya aisyah tak dpt yogurt tu sama la ngan muka anak den tak dpt yogurt yg dia nak.

Haku pasrah rumahmu byk roti kak non...sini roti 1 row sajorkk kahkahkah!

sisdee said...

entry x de pekdah ke...ada.........dapat mencuci mata org2 tak pnah g oversea cam mak nie hahahahahhhahah....

i dah kira.63 gambo muahaahahahahahahahah.. nk gak kira (ke terkurang kira) :p

klu kt sini g tesco or giant mmg tak pnah tak pnjg list :(

CiKaYu said...

cuci mata saya pepagi tgk entry akak ni..bnyk tul gambo...seronok kan shopping groceries..suke..suke..

DNNA said...

*Angkat tangan tinggi2*

Saya ... saya ... saya nak teka baper gambar .. ada 65, betul tak??

Kah kah kah ...

Saya memang tgh takde keghoje. Saya MC hari ni .. tak sihat. Budak2 pun pakat kurang sihat jugak. Elok la tu. Bole wat sesi recuperate kat rumah beramai2 .. kah kah kah ...

Wah wah wah ... sungguh berbeza. Syoknya shopping sekarang kaknonnn!! Dulu memang mee kuning tu almost impossible to find la. Pastu burger dan sosej halalan toyyiba tu hanya bole didapati di kedai2 daging halal (dan mahal jiddan pulak tu). Milo apatah lagi ... Memang bagasi saya dulu 5kg jer dah penuh milo dari mesia buat stok setahun ... kah kah kah ...

Emmmm ... ni yang teringin nak makan lamb ni ... *tetiba ja, apakahhhh???*

Hahahahahaha ...

kaezrin said...

ya allah tang tang nih pulak aku rasa nak pi asda..kakakakakakak...

syiok lah..lps nih buat entry shopping kat M&S ker apa plak ker...jakun lah kami kat sini syiok dpt insights guide nih....

murah sebenarnya kalau compare apple to apple kan..cheese sepekat 1pound..ahhhh tension mak..kat isni rm15..meraung aku tgk

:: vErde+hAzizi :: said...

goshhhh best nyeeeee sennag nak dapat halal meat kat situ! siap ade specific section lagie :)
n owh i perasan jugak that weightwatcher meals tue...tp tak beli pon ;p
hahahha kat sini pegi groceries shopping je la yg paling best! heheheh

Cik Puan Kamil said...

Waaa... bestnya ada halal meat kat dalam supermarket !!! Dulu takdo !!!

Azlina Yahya said...

Ya Allah....ampon kannn aku....teruja sioootttt...entry nie untuk aku.Entry terbaaaeeekkk sepanjang zaman nih. Giler best ASDA nie. Kalau aku kat sana harus 4 trolleys sebulan kak Non!!!!

Suka aaarrr tengok mende2 kat situ. Nasib ko tak bawak lori.Patut la ko bersemangat memasak semua mende...roti pun macam macam yang ada.Cheese pun manyak...mee kuning lagi ado....

Baju-baju pon murah,toys lagi.Best...best.

p/s beb, aku suka kau...pad ASDA pon ko hampot gak...!!!i lap u la bebeh.

Ealyie said...

kak, ngko takmo sponsor tiket aku pi sana ka?? ahahaha..
aku sanggop tinggalkan laki aku skrg jugak!!! ahahahah..;p

m-i-o said...

ceiss. mee kuning itu mahal okeh? kat pemborong cap ayam bleh dapat RM3 utk 3 peket tau. ekekeke :P

bab lain sy takleh komen sebab pening nk convert matawang asing. ah ah ah :P

eh, sy tak puas hati pasal ready made custard tu la. tak jumpe pon kat sini? ke sy tak perasan sebenornya?

apa itu cassia bark? bunyi macam kayu. adakah kayu manis?

yg radish tu, sy mati2 ingat lobak putih - tapi kaler merah - apakah menatangnya itu?

agaknya sebab memang staple food diorang, so mewah banget dengan roti, cheese, mushrooms. mushrooms kat sini - aiseh, klo tak pegi pagi-pagi nescaya benyet2 semuanya. nyampah ai!

Mynie said...

waaahhhh! knv begitu gigih berkongsi pengalaman :) tenkiu...
bestnya shopping kat sana.. brand halal tahira tu dulu pun saya selau beli jugak, tapi masa dulu boleh cari kat kedai halal je, belum masuk hypermarket..

Marisa said...

hmmm... tak dapat pi sana.. tgk gambar2 ni cukup syiok....

Sayang.Ibu said...

pergghhh kak non ppt ler hang tetibe jadik chef diva kat sana... sungguh pjg list groceriesmu kakkk...hahahaa

iza said...

na, untung jugak bent request for these pics... akan jadik kenangan terindah hang bila dah balik sini.. :))

eZa said...

saye rindu pisang & susu semi scheme kat tesco sane!!! ;)

KV said...

wah syok shopping barang dapur. Dan gambar banyak2 adalah BEST!

knv said...

TTM eh ko perasan glamm ek? tak koser mak! buat susuk? patutlah ku lihat belakangmu sentiasa muda! kahkahkah! abih tu amik gambau semua nampak belakang aje kan? :P aku dah kata rumah aku banyak roti korang tak caya. ish kiub ayam tu mula2 tu buat berat aje ngangkut dari msia. kat sini ropenya bersepah2. buat berat luggage je hahahah..

sisdee takpelah gambar2 ni buat kenangan bila dah balik msia sok hahahha.. eh 63? maaf anda tidak tepat. muahahahhaha!

cikayu ini aje masanya nak seronok ngan budak2. walaupun sopping groceries je hahahhaa.. :D

dnna hang memang pandai. sungguh la 65. nak hadiah ke? muahahahha! pantang la tu! :P

oh kat sini memang dah banyak gila barang2 nak senang carik. ikan bilis pun ada. cuma mahal jelah. cili kering, pedas yang amat. yang lain2 tu boleh carik lagi. ini tak pergi lagi kedai asian yang lain.

milo tu memang ada je kat sini. tapi kalau nak buat stok banyak2 better la bawak dari msia. mahal gak setin kecik tu dalam singgit lebih kot. buat lepas kempunan ok la.

lamb tu memang sedap lah. beza ngan kambing. buat kuzi sedap ooo!

kaezrin ah hahahha.. asda memang my faverite. takleh celen dengan sainsbury, tesco semua. M&S takdak kat suburb. kena pegi city birm baru ada. tak koser nak pi city sebab parking susah. cheese semua tu memang murah la. biasa depa suka buat promotion 2 for £3 gitu. memang kejenya asyik nak beli cheese aje hahahha!

knv said...

verde memang yang paling best masa buat groceries. rasa nak hangkut je semua hahahha! tak semua asda ada halal meat though. yang besar2 je dan kawasan tu banyak muslim populations. tapi memang convenientlah masa sesak2.

CPK depa pun baru je introduce la2 ni. just in time kami datang hahahha.. :P

bent kalau ikut hati harus tiap2 hari aku nak bertandang kat asda hahahhaha! kalau pepagi tu memang best takdak orang lagi. so everything pun masih fresh dan banyak untuk dipilih. itu aku tak sempat pi fresh fish punya aisle. tapi fish agak mahal sini. kalau nak murah kami pi pasar borong subuh2 gitu. buleh la dapat murah2 gilos. no worries. aku pun gedik gak buat benda nih hahahah.

ko tau aku terasa macam mata2 gelap dok amik gambo. toleh kiri kanan. snap. toleh kiri kanan. snap. kahkahkah! :P

ealyie tak mo ah! lagi akak sponsor ko, baik akak shopping banyak2 sikit hahahhha! tak koser tau! :P

knv said...

mio mee kuning tu kira2nya makanan exotic la. ko ingat mat salleh makan mee goreng mamak ke? kahkhakah!

gila hang dok convert currency hahahha! tak jadik koreje tau! :P

kat msia memang takdak kot ready made custard tu. tak pernah jumpa pun. cassia bark tu adalah cinnamon stick. pandai hang! :D kat sini depa pek dalam bekas. takleh nak benyek kot hahahha :P

mynie oh dah banyak dah tahira kat asda ni. tapi tak semua asda la. ada yang langsung takdak apa2 pun.

marisa ni kira macam dalam giant la ni hahahahha! jakun sehh kami! :P

intan ni pasai banyak benau permintaannya. lagi satu nak cuba la jugak apa2 yang susah nak dapat kat msia tu hihihi :P

iza sungguh! kalau tak harus takde kerja aku nak amik gambo dalam supermarket hahahha!

eza cair la semi skimmed tu. ai tak berkenan! :P

kv ah ha hahah.. macam shopping tesco je. gambar tu saje buat gimmick :D

DNNA said...

Apaaaa??? Akak nak bagi saya hadiah??? *mata bersinar2 penuh harapan* ... Mak sukak!!!!

Hehehehehehe, ai memang pantang you ... pantang dioffer !!!

kah kah kah kah kah ...

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger