Tuesday, April 27, 2010

have you read this? (from email)

aku rasa rata2 orang pun mungkin dah baca kot this excerpt. this is my second time reading it. so i thought i'd just record it here in my blog. since the last correspondent was quite intellectual in dealing with this kind of shmuck (i'm referring to the interviewer who replied the said entry).

(thanks to ladynoe. aku cilok dari blog dia pun.)

***********************************

Baik. Aku rasa seperti mau bunuh orang.

Pernah baca posting aku tentang abang panda yg drive lexus?

Alkisahnya, aku ke pejabatnya, untuk interview kerja. Bersiap sekadarnya dengan sepasang baju
kurung, memakai sedikit lipstick warna pink. Pendek kata sesimple yang mungkin.

Yang penting adalah portfolio. Dimana portfolio inilah senarai sistem yg pernah aku bangunkan. Tak banyak, tetapi cukup untuk meyakinkan aku punya kemahiran php.

Sampai saja dipejabatnya, aku dapati ada 8 candidates yg tgh tunggu turn. Dan aku punya turn. Dan aku tak nampak abang panda itu.

Sempat aku berbual dengan candidates yg lain. Semua pun apply post junior programmer. Dan hati aku agak senang bila candidates yg lain nampaknya sumanya fresh graduates tanpa portfolio. Bermakna aku punya sedikit kelebihan kerana yang lain belum pernah bangunkan sebarang sistem.

Aku pun masuk untuk sesi temuduga. Dua orang interviewer adalah perempuan, dalam awal 30-an. Dua orang lagi lelaki. Mereka membelek2 resume aku dengan muka yg agak kurang berminat. Yang menghairankan, mereka langsung tidak membelek portfolio aku.

Dan, inilah saat yang tiba2 membuatkan aku berang. Apabila salah seorang interviewer berkata kepada aku..

“Sory ye dik. Kami tau adik ni bwk portfolio sendiri. Tapi company ini lebih prefer org yg slim, presentable. Why not u kurangkan berat badan n try again,” Sambil tersenyum sumbing.

Kepada Nurul Fatheha Zainal Alam, a.k.a interviewer yang tidak beradab. Saya tahu anda baca blog saya. Jadi sila baca dengan teliti.

Sebab kenapa orang Melayu tidak maju adalah kerana wujud golongan berfikiran jumud seperti anda. Sejak bila programmer perlu secantik miss world? Adakah anda cuma mahu programmer yang tidak menutup kepala, dengan rambut perang seperti bulu beruk terkena clorox, dengan berpakaian skirt pendek menampakkan betis besar tiang letrik dan berbaju ketat menampakkan
perut boyot seperti anda? Atau programmer yang mengenakan mekap tebal seperti mak nyah, memantis kening senipis mungkin dan cuma tahu pakai visual basic?

Maaf, jika bahasa aku biadap.

Tetapi terima kasih kepada abang panda a.k.a Encik Fawwaz kerana menjanjikan aku post junior programmer sebaik sahaja aku grad, keesokan harinya setelah aku tinggalkan portfolio aku kepadanya. Tetapi Encik Fawwaz, saya tidak mahu bekerja di syarikat anda dengan manusia yang tidak tahu adab. Dan tolonglah update staf anda dengan current programming language. Sesungguhnya untuk bersaing dengan company lain, simpanlah VB yg sudah berhabuk itu.

Noktah. Itu prinsip saya. Maafkan saya. Saya tidak mahu bekerja di sebuah software house yang stafnya berpakaian seperti pelayan kelab malam. Saya harap Encik Fawwaz tidak tersinggung. Anggaplah ini satu teguran, untuk memastikan kejayaan yang diraih adalah dengan keberkatanNya.


and bawah ni ialah reply drpd salah seorang interviewer yg baca blog org ni...

-------------------------------------------------------------------------

Aa'ha said,
March 11, 2009 @ 12:42 am

What the hell do you mean by your redish wording? You just so fuckin rude!
Let me say this;
U tak lulus temuduga dengan kitaorg sebab kitaorang dah buat homework
pasal
you berdasarkan maklumat dlm resume yg u hantar seminggu sebelum interview
and we’all trackback ur blog.
we all rasa u ni islamic freak berdasarkan posting u dlm blog.
guess what? we all tak mahu org mcm u sebab u nanti bermasalah nak
accompany customer karaoke @ minum2. sebab u org kampung yg tak tau sosial
dan pakai tudung macam mak nenek!!
kalau u rasa nak keja dekat company besar u bettter jgn kolot sangat sebab
u’ll never make it dgn cara u ni.u perlu sedar u hidup tahun 2009 bukan
zaman nabi dulu!!
and thanx-a-lot sbb tak terima job ni becoz we all memang allergic dgn org
yg konon2 islamik mcm u.

apa kata u try mintak keja dengan masjid kat kampung you?? buat sistem
masjid ke?

chill……….

-------------------------------------------------------------------------

"Farshia Arissa said,

September 4, 2009 @ 3:39 am

I have no Hadith or quote from the Qur’an to support whatever I’m going to
say here, cause you see, I’m not Islamic.. but I am proud to be a Muslim.

To Miss A’ha, let me tell you something. Saya dibesarkan di US sehingga
umur saya 18 tahun, dan pulang ke Malaysia 6 tahun lepas. So as you can
expect, I have a Western upbringing. Bila balik ke Malaysia , I continue my
life here as a Muslim and a Malay as how I was taught when I was in US.

Here, I have seen so many Westerners-wanna-bes like you… and trust me,
eventhough you think you’re all hyped up with your hedonist life, you’re
nothing but a toy to your company. Do you really think you have all the
potential just because you have all the “qualifications” to entertain your
clients in clubs? Darling, you’re a just a cheap bait that allowed yourself
to be exploited in such a way. Btw, if you’re reading this, I hope you’re
able to comprehend me since I noticed most “sorority-like” chicas like you
in Malaysia just ACT like the whites, but speak funny English.

It’s crystal clear to me that you’re suffering from a major culture shock,
and you need serious help. Trust me, Malaysians, the Malays particularly,
look awful in skimpy outfits no matter how you tried to pull them off.
Nampak macam Philippine hookers. This is actually agreed by many. You can
try to bleach your skin, colour your hair etc, but in the end, you’re still
an Asian like all those people in tudung that you called mak nenek or
kampung.

You kata orang lain kolot? Hahaha that’s the funniest part, I shall say.
Judging from the way you reacted to this post, well honey, let’s admit it,
you pun sama kolot jugak. Whoever said people that wear tudung can’t make
it? Siapa still guna “becoz” lagi zaman 2009 ni? Are you still stuck in the
90’s? And ‘chill’?? You still use ‘chill’ too??

I juga bertudung and at the age of 24, I’m already an executive in a very
established insurance company in Malaysia . No one seems to have a problem
with the way I dress, and the fact that I wear baju kurung sometimes. Not
even the non-muslims. So kalau orang Islam sendiri yang menghina Islam yang
lain for carrying her duty as a Muslim, I suggest you cermin la diri tu and
do some serious deep thinking. Siapa yang kolot sebeanrnya?

I think you should come out from your own little world, open your mind a
tiny wee bit, and realized that there are other ways for people to succeed
in life rather than wearing slutty attires to entertain clients in
karaokes, clubbing, etc.. Newsflash, orang macam you memang biasa digunakan
oleh orang2 atasan company you untuk jadi umpan jaga client. They don’t see
your potential, they see what’s beneath your skirt. I’m not making this up.
I tau sebab I pun banyak client that own companies. Diorang CEO, so they
tell me stuff. I hope I gave you some insight of who you really are now.

************************************

korang ada experience gini? aku pernah sekali masa sibuk cari kerja lepas grad dulu. masa interview si bahlol tu tak cakap apa pun. tapi aku perasan memang bila aku masuk je kilang tu, memang takde langsung orang pakai tudung. tapi aku pedulik hapa kan? orang pandang semacam je kat aku masa tu. haruslah aku buat derk, kan?

dan aku memang berjayalah interview tu. tapi yang paling sadis, masa first day kerja masuk2 lapur diri je terus si menejer jahanam tu mintak aku masuk bilik dia. heeee.. aku memang tak boleh lupa la muka setan dia tu. dia cakap lembut2 je. dia tanya aku boleh tak aku bukak tudung kalau kerja situ? apakah?

korang bayangkan, dah la kerja kilang. aku nak kena kerja ngan mesin. yang ko sibuk pasal aku pakai tudung aphal? dia bagi alasan takut tudung aku sangkut kat mesin. kepala bapak hang!

apa2pun, jam2 tu jugak aku cabut angkat kaki. with the last of my dignity left aku cakap "i can't work here. i can't not-wear my tudung." and you mister, can go to the deepest of hell. ko ingat kalau aku tak kerja sini aku kebuluq?

ni kisahnya about 10 years ago kat kilang seksyen 27 shah alam. aku lupa nama kilang jepun lahanat tu. tapi aku takkan lupa hari tu. aku balik bawak kereta sambil menangis sungguh2. nasib baik tak accident. that would be my first job, if it went through. patutlah semua minah2 operator kilang tu pandang semacam kat aku masa aku masuk situ. and i was to be anengineer for goodness sake! bukannya kerja kat reception jumpa orang most of the time!

wahhh! sungguh emosi kaknon. sorry korang. tetiba kenangan lama kembali semula setelah baca email kat atas tu.

terima kasih. kalau dapat baca sampai habis. :D

15 comments:

Along said...

OMG, ada manusia macam ni? In Malaysia? Malay some more? *geleng kepala*

CY4.0 said...

dah baca dah.. ada kakak kat FB letak kat notes dia.. in fact time tu, kita siap jejak the actual blog lagi.. weee.. (mmg dasar takde keje)

nelcyndana said...

KNV, mmg masa cari kerja dulu pernah gak kena mcm tu... wpun sekadar partime cashier kat mall. awal2 dah ckp kena buka tudung. ada sorang minah ni pernah complaint dalam paper pasal susah nak cari kerja bila bertudung walhal dia sebelum ni berthn kerja kat oversea takde mslh. tapi balik msia org taknak amik kerja sbb bertudung. pelikkan... inilah mslh jatidiri.

knv said...

along
banyak je melayu mental macam tu. hoh tak sedaq diri! :P

yan
dapat ke blog asal? sila email akak nak tengok hahaha!

nelcy
sakit jiwa bila pikir kan? kat uk ni bersepah professional pakai tudung. tak heran pun. equality IS equality. ish actually malas nak kutuk negara sendiri. tapi memang sedih la tengok perangai lagu tu. sabor ajelah!

CikWa said...

sedih nya org melayu cam aah tu

mana actual blog kak, email la saya momluvyou@gmail.com

knv said...

wa
sedih kan? actual blognya akak pun tak tau. tunggu kalo cikyan nak bagi hihih :D

mirah said...

oh sedihnya ada lagi melayu mcm tu, tp saya percaya mmg ada pun.
Nak tahu juga actual blog nya boleh ke... hihi.. sibuk je kan..

Mynie said...

mcm tak percaya je gitu punya direct reply drpd interviewer tu.. saya ni mmg hidup dlm 'bubble' sendiri haha ;p (and let me be) saya tak pernah miss out opportunity sbb tudung etc

isz_3707 said...

betul, klau interviewer non muslim bley terima la, ni klau muslim pun mcm hanjeng baik xyah.

aku penah terkena tp ngan co india. dia xbagi sembahyang, xbg pki bj kurung. masatu aku belum pakai tdg. trs aku angkat montot blah sebelum interview habis. rude? i am tp ada aku kisah?

Mama Adib said...

ngeeh aku pun pernah kena dan benda ni biasa jer esp 10 thn dahalu


lepas PAS jajah beberapa negeri aku tengok perkembangan makin sihat
kalau dulu kat kaunter supermarket mane leh pakai tudungs aka kat RTM recently je baru pemberita bertudungs.


mak bukan penyokong PAS yea nokks haha

CY4.0 said...

sorry ladies.. blog dia dah buang.. asal usul kat WP dulu.. tukang yang interview pun ada jugak buat blog.. weee..

CiKaYu said...

kalau non-muslim, boleh lah accept kenyataan, ni muslim, apa nak jadi agaknye....emo baca notes tu.

TopsyTurvyMum said...

manusia2 tak sedar diri macam tu mmg dah bertambah2 skang ni..

ai dah pernah baca...tak pernah baca kisah hang tu je la..rupa2nya hang pernah kena...aku respect kat hang..sanggup berenti keje!

MN said...

i don't favor judgmental person.
sekian.

knv said...

madib,
kalau penyokong PAS pun apasalahnya? aku sukaaa nik aziz! :D

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger