Wednesday, April 7, 2010

melayu

dulu sewaktu jadi budak undergrad di aussie, aku adalah antara mereka-mereka yang agak segan untuk bercampur rapat dengan sesama melayu. berlagak gile kan? hahahah! dulu tu memang tak nampak dimata hati kenapa perlu bergaul dengan orang melayu. yang aku tahu, hubungan sesama melayu dalam hidup aku hanyalah bersekitaran housemates dan coursemates semata. malah just to make a point, masa tahun akhir, aku dan housemate mengambil keputusan untuk tinggal agak jauh dari kawasan yang banyak didiami melayu. fuhh! bila fikir2 balik macam malu sendiri. apakah yang cuba aku buktikan? yang aku boleh hidup tanpa bangsa sendiri? yang aku malu bercampur dengan bangsa sendiri? bengong!

dan sekarang, sukacita dimaklumkan aku telahpun menjilat ludah sendiri. walaupun aku mengaku, sesungguhnya memang boleh kalau aku tak campur melayu. memang boleh hidup dan bernafas macam biasa. cuma ada rasa kosong disitu. rasa tak lengkap. macam hilang sebelah jari. macam hilang sebahagian anggota badan. yang kalau ada, kita tak perasan pun kewujudannya, tapi kalau tak ada, barulah kita dok teringat-ingat, barulah dok menyesal sebab selama ni kita tak menghargai pun kepentingannya. begitulah.

bila dah berkahwin dan beranak pinak, antara priority hidup adalah kesejahteraan kaum keluarga. apatah lagi bila hidup jauh dari sanak saudara. jauh dari tanah air sendiri. jauh dari kebiasaan dan tradisi. jauh.

disini, bila dekat dengan keluarga melayu yang lain, i can't help but feel safe a litte bit. feel home. feel belonged. nak2 bila suami tiada dirumah dan hanya aku yang bertanggungjawab ke atas diriku dan anak2ku. terfikir juga kadang2, kalau anak2 sakit emergency ditengah2 malam dan suami berkursus ditempat lain, siapakah yang boleh aku harapkan untuk menolong? kalau berlaku kematian (nau'zubillah), siapakah yang boleh membantu menguruskan jenazah? jika tiada komuniti melayu yang mengasaskan sekolah melayu disini, mampukah aku mengajar anak2 tentang makna jalur2 dibendera malaysia, lagu negaraku, kupasan2 tentang rukun islam, rukun iman? bolehkan aku buat semuanya sendiri?

bila bermukim ditempat yang tidak kedengaran azan berkumandang saban hari, jiwa aku resah gelisah. mujur ada komuniti melayu yang rajin buat majlis ilmu dan usrah. dapat jugak merasa baca yassin berjemaah. dapat jugak ramai2 selawat ke atas nabi masa maulidur rasul. dapat jugak anak2 aku bercampur gaul dengan anak2 melayu lain. mengasah jati diri budak2 dan makpak budak. dapat juga berbincang tentang masalah2 yang bersekitaran bangsa dan agama. (padahal masa kat malaysia tu langsung tak kisahpun).

bila fikir2 balik, aku rasa malu dengan diri sendiri sebab satu ketika dulu banyak sangat mengutuk bangsa sendiri. orang melayu, memang tidak sempurna. memang banyak yang harus kita improvekan. dan setiap masalah orang melayu itu pada hakikatnya adalah masalah kita bersama. bukan masalah individu sahaja. kalau orang melayu dikatakan malas, aku juga ada salahnya disitu. kalau orang melayu hanya suka cakap tak serupa bikin, aku juga sebahagian daripada itu. kalau orang melayu cekik dan bunuh anak, aku juga terkena tempiasnya sedikit sebanyak.

apa2pun, i'm a proud melayu now. thanks to all the courteous and wonderful melayu all around the world.


Things that I felt absolutely sure of but a few years ago, I do not believe now. This thought makes me see more clearly how foolish it would be to expect all men to agree with me.
Jim Rohn

11 comments:

sisdee said...

betul tu...apa pun kaitan ngan melayu...even org melayu yg suke ngata itu le ini le..sdikit sbyk dia ckp tuk diri dia..wlupun "kononnya" dia tak mcm tu kan..(yea tempias gak kat muka aku) hahhahh

bila dah jauh baru terasakan..saya ni pun tak suke campur ngan jiran2 sekeliling sgt sbb mereka suke merapu tak sudah tp mmg sgt terpkr kalau le apa2 jadi ngan saya yg segera tlg adalah jiran2 gak....tp dengan blagaknya jugak saya kata "ala tak pe abg saya leh dtg tlg..." tp perjalanan dari umah abg ke umah kita pun amik masa..klu apa2 jadi contoh sakit ke apa ke..dah mati baru le abg smpai gak nya huhuhu..yelah dah sah2 bukan dkt kan...
tu kat ngara sndiri..jadi moral of the story..

aku pun kena gak RETI HARGAI bangsa darah daging sendiri :(

tq dear sbb "bangun" kan org2 melayu cam saya ni dari tido...

Unknown said...

saya pun berharap saya akan dapat jumpa komuniti melayu masa saya pi belajar nanti.. itupun kalau jadi la..

resah saya kalau tak dengar azan.. serius.. tak leh bayang nanti camne

iza said...

aiseh..entry menusuk kalbu..lempang diriku sendiri..

CiKaYu said...

kak, bukan sahaja di jauh nun sana, tapi bile nak cari rumah pun, saya make sure masjid dekat, komuniti melayu ramai ke idak....siap tnya dgn developer, berapa ramai melayu duduk...bla..bla...

TopsyTurvyMum said...

Syukur hang, org2 melayu kat tempat hang baguih2!

Sini melayu berpecah belah..dah ler tak ramai. Mentaliti depa masih ditakuk 80-an masa depa mula2 sampai sini...

patut la dulu2 hang tak suka depa..

KV said...

hidup Melayu! Hehe

mak encik | SZ said...

sangat betul apa yg KNV ceritakan tu...ku turut berbangga dengan bangsaku sendiri!

Cik Puan Kamil said...

Tak Melayu hilang di dunia, darling...

DNNA said...

Saya dulu masa mula2 dpt tahu yg sy ditempatkan utk belajar kat kampung G*lw*y pernah berkata2 dalam hati - kenapa la tak dapat belajar kat kotaraya D*blin??

Ada hikmah rupanya. Ternyata di situ, saya dipertemukan dgn komuniti melayu yg sungguh close knit dan saling mengingatkan antara satu sama lain jika ada tanda2 utk kesasar.

Saya sungguh bersyukur.

Tapi kaknon, saya mengaku yg saya ada wat silap jugak. Saya tak berapa nak rapat sgt dgn my Irish classmates pada mulanya - ni adalah kerana perasaan rendah diri yang melampau dan perasaan takut terikut budaya depa sebenarnya.

Silap sungguh approach saya tu.

Di tahun-tahun akhir pengajian barulah saya sedar dan mula rapat dengan classmates.

Saya berkawan dengan depa dan berkongsi budaya kita dengan mereka. Alhamdulillah, dengan adanya support group komuniti Melayu yang fantastic, saya tetap berpegang kepada Rukun Negara yang Lima :)

Hanya dengan cara inilah baru mereka tahu bahawa bangsa Melayu khususnya dan rakyat Malaysia umumnya boleh duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan mereka.

Pengajaran yang paling bermakna buat saya :)

Sesungguhnya, wasatiyah itu adalah yang terbaik.

Hehehe, sekian, sesi usrah dari Ustazah DNNA yang bersiaran khas dari blog knv utk hari ini ... Wslm ;p

knv said...

sisdee baguslah kalau ada manfaatnya. just sharing what i feel aje. actually kalau duduk ramai2 dalam masyarakat, we tend to take things for granted. biasalah kan, bila depan mata buat tak nampak. kalau dah takde barulah nak sebut2. :D

mast insyallah melayu ada kat mana2 pun kot. tinggal nak carik je. oh tang tak dengar azan tu memang agak mencemaskan hahaha. nasib baik ada internet you tube bagai.

iza sama-samalah kita lempang melempang hahahha.. :P

cikayu yep penting tu. surau masjid semua tu actually identity kita sebagai melayu muslim. insyaallah sejahtera.

TTM honestly mak tak berapa ingat dan kenal komuniti melayu kat brisbane. almaklumlah. tapi i personally feel that kat UK ni quite good and reliable. itulah, apa kata hang migrate mai sini pulak jadik jiran aku? hahahha!

KV hiduppp!!! :D

MSS yep saya masih berbangga, walaupun agak sedih dan cemas tengok anak bangsa yang sebahagiannya seperti hilang punca dan asal usul.

CPK betoilah tu. antara menyerlah dengan tidak aje. :D

DNNA for me, yang untung dapat tinggal obersea ni, is you are exposed to many options. kena weigh the possibilites wisely.

i love the malay community here in a way that it's not suffocating. you can 'come' and 'go' as you please. but you know that they are always there in the background, in case. never once that i feel pressurised in any way. i still remember the first few days we arrived here. they take turns cooking for us while we settle down with the house etc. tiap2 hari ada orang hantar makan. it was more than thoughtfulness. it was downright kindness.

oh, have faith in yourself. takkannya boleh terikut2 budaya asing hanya dengan berkawan dengan orang asing? :D we are better than that.

thanks for sharing your experience.

:D

Ealyie said...

hmm..
selagi tak merantau, mgkin belum nak terasa menda2 gitu ek kak.. :( mcm aku la skrg ni hagaknya, manjang ngelat nk pi xtvt kejiranan..

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger