Monday, May 10, 2010

bila aku ada, kau pun harus ada

Charity is the greatest thing on earth. i think.

Pasal itu tangan yang menghulur sentiasa lebih baik dari tangan yang menerima. dalam islam ianya amat jelas. orang kaya yang dermawan amat dikasihi Allah. orang miskin yang dermawan apatah lagi. aku teringat satu kisah benar tentang seorang hamba allah di malaysia yang menyewa rumah sampai ke tua kerana sebahagian besar gajinya diperuntukkan untuk kerja-kerja amal. setengah orang harus pandang sinis sambil mencemuh dalam hati, "Diri sendiri pun tak mampu, ada hati nak menolong orang!"

Oh oh! Jangan begitu. Jangan. Jangan. Kalau kita berat tangan nak menghulur kerana rasa untuk diri sendiripun tidak cukup, jangan sekali2 pandang enteng dan serong kepada manusia yang berpendirian dermawan begitu. Sesungguhnya, orang2 seperti ini tidak hairan dengan harta dunia. Kerana mereka sedang sibuk mengumpul harta untuk akhirat. Mereka sentiasa meletakkan kepentingan orang lain lebih dari kepentingan diri sendiri.

Siapa tak kenal Puan Norlina pengasas PERNIM. Beliau bermula kerja amalnya hanya sebagai isteri seorang anggota tentera. Dan lagi, tidak mudah menangani anak2 yang menghidap HIV. Tak termasuk lagi cemuhan dan kata nista dari ramai orang. Kos2 penyelanggaran lagi. Kita yang tengok ni pulak yang terlebih ngeri dari dia yang memikul.

Aku terfikir2, kalaulah aku ini hartawan atau jutawan, mampukah berbuat hanya separuh dari itu? Tak usahlah banyak. Mampukah melapangkan minda membersihkan hati untuk 'mengutip' stranger ditepi jalan dan menjadikannya sebahagian dari anggota keluarga? Mampukah merendahkan diri sebegitu? Sudahkah aku menyiapkan anak2ku untuk berbesar hati dalam mengorbankan sedikit keselesaan diri mereka untuk orang yang kurang bernasib baik?

Hmmm.. sesungguhnya perjalanan masih jauh. Masih banyak yang perlu dipelajari dan didalami. Kadangkala terlalu asyik dengan masalah sendiri hingga kita tak nampak sekeliling. Bukan senang nak jadi manusia hebat.

Jadi jangan lupa untuk tengok cerita The Blind Side ni. It will definitely make you think. It will warm your heart and soul. You'll feel nice. You'll feel sad. You'll feel good. You'll feel hopeful. You'll feel awed. Tentang manusia2 yang baik dan hebat. Tentang manusia2 yang tak punya apa2 tapi masih punya cita2 dan kebaikan dalam diri.

A must-watch true story. Sekian terima kasih.



6 comments:

mak encik | SZ said...

mmg sgt kagum dengan pn norlina tu...penah terbaca dia sanggup mintak izin suaminya utk mengandung/melahirkan sbb nak menyusukan anak2 angkatnya kan ... semoga Allah membalas jasanya... :)

IntanSham said...

citer nih mmg best... susah nak jumpe manusia yg mcm tu kannn...

Fid said...

kagum sungguh

laki aku tgk..laki aku kata..TA SANGGUP hahahaaa

KS said...

Citer lama ek? Bisa melelehkan air mata ke? Haihhh ni yg kenot ni.. Kang saya meroyannnnn

knv said...

ks
tak leleh air mata pun. cuma rasa best aje. recommended. :D

fid
itu lah. bila fikir2 aku pun tak sanggup. sungguh selfish rasanya!

intan
sebenarnya ada aje disekeliling kita. benda2 ni nak kena cari baru jumpa :P

mss
ye. allah je yang boleh balas. :D

SMM said...

mmg kesian kat budak2 yang ketandusan perhatian dan kasih-sayang ni.. tapi kan, saya honestly rasa saya tak sanggup nak adopt utk dijaga sprt anak sendiri :( setakat bantuan kewangan apalah sgt (sbb mereka lebih perlukan kasih-sayang), tapi harap2 masih dikira sebagai amal kebajikan..
and mmg kagum dgn puan norlina, moga Allah beri ganjaran terbaik untuk dia.

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger