Sunday, May 9, 2010

potato-cheese-onion pie

aku sebenarnya mula2 makan cheese and onion pie ni kat satu bakery popular sini. pastu bila makan tu, macam tak cukup satu. harus nak lagi. dan lagi. dan lagi. so memandangkan memang sodap, aku decide nak cuba buat sendiri. baru puas hati satu family boleh makan.

so google for the resipe. rupa2nya memang senang. outcome-nya amatlah mengembirakan diriku. aku ubah suai resipe2 yang ada kat internet tu. so yang ni style paling mudah yang sesuai dengan kadar R yang tak berapa nak tinggi :P.

this is something not that usual kat malaysia kot. cheese n onion pie, korang pernah makan tak kat msia? aku tak pernah la pulak. maybe ada kot kat bakeri2. aku je yang tak perasan.

anyway, this is worth trying. insyaallah ramai yang terpegun ngan rasanya yang simple tapi sedappp.. :D.

Ingredients:-
Instant puff pastry
Bawang besar - 2 biji
Shredded cheese - 2 cups
Kentang lenyek - 2 cups
Telur - 2 biji (1 biji untuk filling, 1 biji untuk sapu)
Mixed herb (or anything you've got) - 1 sudu kecil
Salt and pepper to taste
Mustard - 1 tbs (optional)
Worcestershire sauce - 2 tbs (optional)

Cara-cara:-
1. Roll kan pastry. Tekap2 jadik bulat2.
2. Blend/chop bawang. Panaskan butter dan tumis bawang sampai lembut. Tutup api.
3. Bila bawang dah agak sejuk, gaulkan sekali dengan cheese, kentang lenyek, 1 biji telur dikocok, herbs, salt and pepper to taste. Kalau nak tambah sekali mustard and worcestershire sos.
4. Sandwichkan antara dua pastry bulat tadi. Sapukan telur sebelum tekap keliling pastry dengan hujung garfu.
5. Bakar dalam preheated oven 200degC dalam 20minits.

Tengok gambarlah senang ek?


cheese and mash potato. the main ingredient.

yang di setelah di-mix kan semuanya.

hahaha.. ada pulak tangan yang tak diundang.

tekap pastry jadik bulat2 camni.

bubuh filling kat atas dia. pastu tutup dengan satu lagi pastry. jangan lupa sapu telur kat keliling tu dulu.

bila dah siap cucuk atas dengan garfu dan sapu lagi dengan telur.

haaa.. ni bila dah masak.

cantikkan naik dia? macam kat kedai punya. hihiihihi.. sukanyaaaaa mak! :D

ni cross-sectional view. :P sedap. memang sedap. takleh aku nak kaborkan. hihihihii :D

buat bentuk karipap pun ok gak. yang ni batch nak bawak gi usrah.


okeh, selamat mencuba ek? gerenti tak nyesal. :D actually boleh jugak kalau korang tak guna puff pastry ni, boleh buat dough karipap tu. tapi kalau guna puff pastry ni macam ala2 bakeri la kan? nak bawak sebagai buah tangan pun memang sesuai. mesti gembira si tuan rumah dapat hidangan exotic camni hahahhaha. sabau ajelah! :P

12 comments:

TopsyTurvyMum said...

rajin bener kamu yaaa...

pernah gak buat ala2 camni tapi lain sket..ing lebih kurang cuma aku tambah chiken mince kebab.

happy mother's day kak non..

selamat berusrah..confirm pie hang lakuuu!!

KS said...

Pagi2 bukak blog kak non buat saya lapoooo... Ok ok yg ni mmg simple dan semua bahan mmg kebetulan ada dalam fridge (oh saya mmg sentiasa standby puff pastry mana tahu mak metua datang sonang :p)

semoga saya rajin untuk menerai ini ptg karang. Pagi ni tak sompek nak bawak anak gi klinik...

Lapaa lapaaaa

btw slamat hari ibu kak non yg vogue de vasss

Crazee Choc's said...

mak aih... sungguh menyelerakan

KV said...

oh, nampak sungguh gebu dan mengiurkan!

IntanSham said...

instant pastry puff ni kan kak non, kalo kat m'sia ada jual kat tesco ke giant ke x? sbb x pernah buat kannn.. so x tau.. :P

KS said...

Kak non,

disebabkan kak non tidak bermaustautin di mesia skang maka soalan sayang ibu biar saja saya yg jawab :p

jawapannya: ada dijual di carrefour, cold storage,
giant. Pendek kata ada di mana2 hypermarket.

Oh btw kak non, saya baru jek lepas melahap pie ini, sedapppppppp. Saya selalu buat chicken pie so agak
leceh. yg ni mmg mudah banget. Tq kak!

knv said...

TTM
mesti best campur mince chicken. memang macam2 boleh improvise resipe ni. yang basic pun dah sodap apetah lagik kalo R kan? hihihih :P

ks
SHI ks! akak dah terjah blog hang! waahhhhh amatlah meriah! memang voks. sesuai ngan akak kahkahkahkahkah! cantik betoi hang buat pie tu. eh, akak rasa hang lagi terer la bab masak2 nih. sungguh pro! :D

marisa
buatlah sis. senang aje. gaul2 aje ingredient tu.

KV
nanti try ek? amat impressive walaupun actually senang banget!

intan
adaaa... adaa... bak kata KS tu, kat hypermarket mostly ada. akak pernah beli dulu sekali kat giant.

KS
sedap kan? nanti boleh buat kalau ada party kat opis. mesti orang tertanya2 apa isi dalam tu hahahha! :P

IntanSham said...

orait thanks KS & KN.. ahaksss

knv said...

intan, pastikan PUFF pastry yea. jangan tertukar lak dengan SHORTCRUST pastry. besarrr bezanya disitu... :D

Min Aina Ila Aina said...

puff pastry ni boleh buat karipap jugak kan? currypuff.

knv said...

MAIA
boleh jugak. apa2 inti pun buleh. cuma kulit je puff pastry. :D

KS said...

kak non,

dulu mungkin la saya pro. tapi selepas kemunculan kak non sebagai chef tersohor, mmg hilang taring saya hehehhhe :P

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger