Wednesday, June 2, 2010

anak-anak

Bila anak2 dah menginjak besar ni, i can't help but feel runsing a little bit. (err.. apsal aku suka sangat campur2 BM ngan BI nih? hampeh tul :P)

Akmal, Aimie, Aisyah, Arina; 9, 7, 7, 5. In 5 years time, they will be 14, 12, 12 and 10.

O.M.G.

Life was so much simpler when they were just babies and toddlers. Masa tu hanya nak tengok depa membesar dengan sihat dan kuat. :P Masa tu hanya risau kalau depa berlari2 dan jatuh luka disiku dan lutut. Sibuk hanya dengan doctor's appointment. Tentang makanan seimbang. Tentang pertumbuhan fizikal.

But nowadays. *sighhh* . Macam2 kebimbangan. Bimbang kerana mengetahui yang aku sebenarnya bertanggungjawab besar untuk menjadikan anak2 aku, insan2 kamil. Bimbang sebab anak2 sudah boleh melihat apa yang aku buat, instead of buat membuta tuli apa yang aku suruh. Mereka sudah pandai bertanya kenapa itu dan ini. Sekarang sudah sampai masanya untuk lead by example. Masalahnya, cukupkah aku example yang baik2 untuk memimpin? Cukupkah kami suami isteri amalan2 baik yang boleh diikuti oleh anak2? Dear God, it's so frightening. Mana dengan menjerit2 kat anak2 bila stress. Mana dengan leka didepan PC. Mana dengan rumah bersepah tidak berkemas. Mana dengan sikap ignorant terhadap society. Mana dengan rancangan tv yang banyaknya la'gho. Macam-macam mana yang amat membimbangkan!

Ada ustaz cakap, perkara2 yang mendatangkan pahala, memang s.u.s.a.h untuk dilakukan. Kalau tidak, masakan ada ayat Al-Quran yang ingatkan kita tentang hal ini:

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk. (Al-Quran 2:45)
.

Oh memang amat terkesan dijiwaku. Aku dapati, memang tidak mudah untuk mengajak anak2 mengambil wudhu dan mengajar mereka solat setiap hari. Macam-macam kerenah yang menguji kesabaran. Tidak mudah untuk mengajar anak2 mengaji Al-Quran secara berterusan, kalau kita sendiri tidak istiqamah. Tak mudah untuk suruh anak2 jangan menjerit2 sedangkan aku masih terjerit2 ketika marah. It's just so contradicting. So not right.

Yep, kusyuk dan istiqamah itu amatlah susah untuk dilakukan selagi hati masih tidak terdidik.

Up until this moment, honestly aku rasa aku bukanlah role model terbaik untuk anak2 ini. But how can that be? They are my own flesh and blood. These are my little caliphs in this life. And i will be asked about them in the after-life. Subhanallah. It's enough to send shiver down my spine. Macamana nanti kalau anak2 aku disoal disana dan mereka menjawab: 'Tidak tahu. Ibu bapa kami tidak mengajar kami.' Oh oh oh.. amat sadis. Itu namanya ibu bapa yang derhaka terhadap anak2.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya" (Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ahmad)

Jadi mahu tidak mahu, terpaksa juga memperbaiki diri. Ingat mengingati. Belajar dan belajar lagi. Sebelum memcukupkan makanan rohani untuk santapan anak2, aku sendirilah yang harus mantap dahulu. Bagaimana nak memberi kalau diri sendiri masih kekurangan?

You cannot speak that which you do not know. You cannot share that which you not feel. You cannot translate that which you do not have. And you cannot give that which you do not possess. To give it and to share, and for it to be effective you first need to have it.

So there. Sama-samalah kita saling melengkapi.

12 comments:

eZa said...

"Tak mudah untuk suruh anak2 jangan menjerit2 sedangkan aku masih terjerit2 ketika marah". shame on me! :(

saye setuju, nak mendidik anak2 jd terbaik, kite as parents yg patut diperbetulkan dulu. OMG, there are loads to learn...

semoga kita semua dipermudahkan srgalanya. amin.. :)

TopsyTurvyMum said...

ye istiqamah penting...
nak suruh anak jadi insan kamil, kita as parents dulu yg kena bagi contoh yg baik..

banyak betul diri aku yg perlu dibaiki..

thanks kak non..ingat mengingati:)

Zety Zin said...

sangat terkesan entri akak ni kat hati saya. saya selalu rasa saya ni bukan mak yang baik. banyakkkk sangat-sangat yang perlu saya ubah, perbaiki.

thanks kak!

CiKaYu said...

anak saya masih umur 2 thn, tapi pas baca ni. peluh dingin tetiba lak kuar...apa tandanye itu??

KS said...

betul2.. walaupun kita cuba buat yg terbaik, sebenarnya masih belum cukup baik.

part mengaji tu mmg kak, kat area sini susah nak cari ustaz mengajar, so hubby ajar sendri. tapi itulah, bila sendri ajar, anak2 tak serius. kita pon jadi kurang sabar. dah le kadang2 terlupa dek kerana kesibukan. :(

banyak btol perlu diperbaiki. membesarkan anak2 bukan sekadar cukup makan pakai. tapi lebih dari itu. ndak2 dalam zaman yg macam2 ni. :(

Ealyie said...

thanks kak..
n3 ini juga mengingatkan diri aku sendiri.. aku tak reti nk tulis mcm ko tulis tapia apa ko rasa, sama jegh ngan apa aku rasa..
aku ni simpan dlm diari hati ku..;)
berapa mau charge?? :p

CY4.0 said...

i'm still there.. mode suara pitching tinggi kalah ziana zain bagai.. i managed to minimise part tangan melayang-layang atau rotan melibas-libas (as of now)..

jauh lagi perjalanan.. semoga sempat perbaiki sebelum sampai ke penghujung..

Sayang.Ibu said...

thats true kak... betapa byknya kekurangan diri untuk membentuk sahsiah anak2.. sdgkan anak2 makin membesar, tp diri sendiri masih compang-camping di sana sini... huhuhuuu
terima kasih atas ingatan akk

sz | m.a.s.s said...

teringat kata2 mak mertuaku, anak-anak ni masa kecik risau lain...dah besar plak risau tang lain...pendek kata sentiasa risauuuuuu

FAM said...

salam kak. thanks for reminding. I'm still a young mother (umuq wise hmm??ahahha). mmg terkesan entry akak nih. mmg takut nak didik anak zaman skrg nh.

~: UmmiNor:~ said...

kak,
betul apa yg saya rasa, makin anak besar makin terasa diri ni makin jahil, sampaikan anak baca doa masuk tandas depan kita sekali dia tak ingat, mintak kita sambung tp hampeh, macamano tu??? :lap peluh:
thank diatas entri bg sedar ni, bak kata cikyan, moga masih ada sisa-sisa masa utk memperbaikinya sebelum bertemu nokyah : wah, berpuitis la plak:

knv said...

eza
loads is the word! selagi tak tutup mata, selagi itulah dok belajar tak sudah! :D

ttm
yep, we need to be first. the kid second.

zety
samalah. masalah ibu2 ni sama aje semuanya kan?

cikayu
baguslah gitu. u have the privilege of starting early. :D

ks
ye, kadangkala kita risau sgt2 yang anak2 tak cukup makan pakai. kita lupa mereka juga amat perlu makanan rohani setiap hari. bukan seminggu sekali. memang berat tang nak istiqamah tu. akak ni masih bertatih. memang stress. memang berat. sabar ajelah bebanyak.

ely
harga member £10 aje... :P

yan
kena cepat2. takut kang tak sempat nak didik anak dah arwah. :P ya allah sabar ajelah.

intan
sesamalah kita. banyak lubang nak kena tampal ni.

mss
iye sungguh. tak hilang2 risau.

FAM
askm. insyaallah doa banyak2 kat allah. semoga dipermudahkan urusan kita ibu2 ni.

umminor
insyaallah. semoga allah mudahkan kita nak didik anak.

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger