Monday, June 21, 2010

i love you, dad

most of me, i owe it to my mum and dad. and dad especially.

ayah seorang yang amat objektif, and highly disciplined. i inherited the objective part, but not the discipline aspect, though. :D

it would not be an overstatement if i say that i was his favorite (it was just between me and my elder brother). still is, i guess. sejak kecil, entah kenapa kerja aku ialah mengekor ayah ke hulu ke hilir. bila mana budak2 seusia aku sedang seronok bermain bersama kawan-kawan, aku mengikut ayah pergi ke perhimpunan agung umno. seusia 8 tahun, aku sudahpun khatam buku2 tebal hasil karya Abdul Talib Hassan, Saga dan Saga II. buku-buku karya allahyarham Hamka. Aku sendiri tidak ingat bagaimana aku boleh habiskan membaca cerita Tenggelamnya Kapal Van der Wijck, tentang cinta Haryati si heroinnya seingat2 aku.

seusia 9-10 tahun, aku dan abang dipaksa menulis karangan tiap2 minggu. tajuknya akan dipilih oleh ayah. kemudian hasil karangan kami akan dibaca dan dikritiknya satu persatu. oh tak ubah seperti penulis professional lagaknya. tapi itu lah sebenarnya yang menjadikan aku biasa mengarang. bagilah apa tajuk pun, sudah tentu lancar sahaja aku menggoreng. :D dan sudah semestinya ayah berbangga bilamana karya-karya cerpen aku dipilih menjadi wakil sekolah semasa disekolah rendah.

aku masih ingat betapa aku melihat ayah sebagai hero paling hebat dalam dunia. i can talk to him about practically everything. ayah seorang yang pintar. walaupun tidak berupaya melanjutkan pelajaran ke universiti kerana kesempitan hidup datuk dan nenek, kepintaran ayah tidak pernah pudar. selepas habis sekolah ayah berpindah dari satu kerja ke satu kerja. aku masih ingat bagaimana ayah bercerita tentang kerjanya sebagai pengilap kasut. RM20 pertama akan sentiasa diberi kepada nenek. menitis air mata aku mengingatkan diri sendiri yang sering alpa menghulur kepada ayah, hanya kerana aku rasa segan kerana tidak mampu memberi lebih.

ayah sentiasa jadi penyelamat untuk adik beradiknya yang sepuluh orang itu. ayah tidak pernah kaya raya, tapi ayah sentiasa ada simpanan. dan bila berkunjung ke rumah adik2nya, ayah tidak akan lupa untuk menghulur kepada sepupu-sepupu aku. ayah akan sentiasa monitor anak-anak saudara ayah. siapa yang cemerlang dalam peperiksaan, sudah tentu akan dapat hadiah istimewa dari ayah. ayah selalu berpesan, hanya ilmu yang akan menaikkan darjat manusia. ayah terlalu banyak bersedekah kepada sanak saudara. ayah kata, apa yang kita bagi kepada orang itu akan datang balik kepada kita lebih banyak lagi. ayah mengajar aku bahawa dalam hidup ini penting untuk ada agenda ummah. tangan harus selalu bersedia untuk bantu orang dalam kesusahan. hati mesti bersih.

ayah tidak perfect, tapi ayah sentiasa cuba untuk menyediakan yang terbaik untuk kami keluarganya. bila kerusi makan kami nampak sudah kusam dan comot, ayah akan cat balik agar nampak baru. ayah berbakat dalam melukis. ayah beli tampi beras yang bulat2 itu dan akan lukis gambar pemandangan yang cantik2 diatasnya. kemudian ayah gantungkan di dinding. ayah ajar aku agar sentiasa berbangga dengan hidup kita, walaupun kita tak punya duit dan pangkat. ayah ajar aku agar buat kerja dengan cekap, cermat dan betul. he thought me to do things with pride. that integrity matters.

sehingga ke tua, ayah sentiasa mengambil berat tentang adik2nya. aku masih ingat kami sekeluarga masuk ke felda jauh ke dalam negeri sembilan untuk melawat seorang adik ayah yang susah. kami membawa satu boot penuh dengan beras, gula, biskut, dan lain2 makanan ruji. bila sampai sahaja ke rumah itu, ayah terus menyuruh kami mengemas rumah yang dhaif itu. ayah membebel2 kepada adiknya tentang pentingnya rumah yang kemas. tentang pentingnya solat untuk memberkati rezeki. tentang membazirnya merokok berterusan sedangkan keluarga sendiri tidak cukup makan pakai.

dan banyak lagi perkara-perkara yang menjadikan aku, manusia. kenangan2 yang membuatkan aku terus bangga punya ayah yang hebat.

and dad, i'm glad that i've made you proud in return. i could never really pay you back, ever. but i'm doing my best. i just want you to know that i owe you most of my life. kalau orang berbangga dengan pencapaian aku sebagai manusia, sesungguhnya banyak kredit harus pergi kepada ayah.

and i love you, dad. i might not say it often these days. but i love you. and i will always remember how much you have sacrificed for our happiness.

ya allah, kau ampunilah dosa kedua ibu bapa kami. kau kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani kami semasa kami kecil dahulu.

amin.


18 comments:

aida said...

i love this story.. sobbbb

Min Aina Ila Aina said...

Terkenang ayah yang jauh di sana. Ayah tak sempat lihat kejayaan saya kecuali UPSR.

nur_shila said...

i like.. huhu teringat ayah di kampung.. suka sgt tulisan knv, sgt2.. thanks knv..

nong said...

Good one.

Happy Father's day

m-i-o said...

alamak. ni yg buat pe'el neng yatimah ai datang balik ni.....

uuuu uuuu uuuu....

Sofira said...

amiinnn for your du'a, knv.

May Allah SWT blessed you and all the family members as well, insya-Allah.

Ealyie said...

ai terkedu jap..
hebat..hebat..

tapi jauh dalam hatiku yang byk bunga nie, mmg rasa mau nanges sbb syahdu.. hmm.. MIO, pe'el aku pon sama mcm ko jugak ehh..;)

Ummu Auni said...

amin.
my father plays an important role in my life :)

KS said...

amin :)

baca ni buat saya mahu balik jumpa ayah saya sekarang jugak!

knv said...

thanks for reading.

entah kenapa rindu yang amat kat ayahanda tercinta.

banyak dosa kat ayah. nanti nak kena mintak maaf lagi dan lagi dan lagi.

Unknown said...

adeihhh......... meleleh2 air mata saya baca entry ni....
1-kagum ngan ayah akak...
2-teringat kat arwah ayah yg tak sempat langsung sy 'berkhidmat' utknya.... arwah pergi ms umur saya 9 tahun...

**entry ni mberi pengajaran yg sangat hebat... saya suka!**

knv said...

thanks for reading laila. :D

mirah said...

saya baca buku tenggelamnya kapal van der wick tu masa umur 20thn kot. Hebat lah k ana baca masa umur 8 thn.

Yes, jasa ayah ni takkan dapat dibalas selamanya. He plays his own role other than the mother. I'm proud of my dad too.

Unknown said...

kagum saya. kagum dengan ayah akak. kagum dengan akak. kecik2 dah baca buku gitu. saya sampai sekarang tak pernah sentuh pun. hihi.

terima kasih atas entri yang buatkan saya terkenang jasa2 ayah saya jugak :)

Asiah Abd Jalil said...

Pepatah ada Arab ada cakap, "Kalau nak nilai seorang lelaki, lihatlah pada anak perempuannya."

Pemilik blog ni adalah seorang wanita yang hebat. Saya boleh bayangkan, tentu ayahnya juga sangat hebat! :-)

Asiah Abd Jalil said...

Pepatah Arab ada cakap...

knv said...

mirah,
itu ayah akak yang paksa baca. lepas habis baca kena buat book report lagik. sabau ajelah :P


zety,
thanks for reading. ayah akak memang ala2 sasterawan gitu. koleksi buku dia lebih kot dari akak hahahah :P


asiah,
lupa nak cakap, anak akak yang aisyah tu, teacher dia panggil a.s.i.a.h kat class.. hihihi..

ayah hebat? akak rasa semua anak2 pun rasa ayah kita hero paling hebat kan? :D

ayah akak jauh dari perfect. but i love him unconditionally.

HUda said...

i m so missing my dad... moga ditempatkan di tempat org2 yang dirahmatiNya.. i bet ayah ko pun rinduuu sgt kat ko..i m so very sorry my fren x gi visit dia selalu...

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger