Friday, June 18, 2010

kawan lama

aku ada seorang kawan, yang aku anggap seperti sudah berada di on top of the world, career wise. selama ni aku agak segan dengan dia. dengan keadaan aku yang dok bercuti tanpa gaji ini, terasa sungguh tak punya apa berbanding dengan dia suami isteri yang seolah2 punya segalanya.

sebelum ini, sudah banyak kali dia mendesak nak jumpa aku. to catch up for old time sake. aku dengan dia dari sekolah menengah yang sama. kemudian ke australia sama-sama buat degree. aku budak mara. dia budak ausmat. lepas australia, aku memang lost contact langsung dengan dia. adalah jumpa sekali kat Subang Parade masa aku pregnantkan aimie dan aisyah.

entah macamana, aku terjumpa dia semula sebaik sebelum terbang ke Birm. itu pun sebab terjumpa di rumah member yang kebetulan buat jamuan makan. aku dapat tau dia sudah 8 tahun bekerja di london, dengan satu multinational company. suami pun sama jugak. memang agak hot dan sensasi cerita dia ni. itu la pasal aku jadi segan tak bertempat. self-concious gitu.

anyway, bila dah sampai sini, banyak kali dia contact aku ajak jumpa. nasib baik rumah dia kat london, so jauh la jugak dari Birm. jadi valid la alasan aku tak boleh nak pergi jumpa dia cepat-cepat. sampailah bila dia dok invite lagi dan lagi dan lagi. aku cakap kat laki aku, rasa sombong pulak kalau tak pergi orang dah ajak datang rumah banyak kali. yang sebetulnya aku risau dan segan, sebab tak taulah whether aku boleh ngam ke tidak dengan dia lagi setelah sekian lama dipisahkan dengan masa dan keadaan.

so off we went to london. yang entry aku visit london tu, itu menumpang rumah dialah tu. oh oh oh oh.. sebaik langkah masuk rumah dia dan peluk salam dia, hilang segala kerisauan aku. sebetulnya, dia langsung tidak berubah dari zaman sekolah hinggalah sekarang. we clicked instantly. apatah lagi, anak2 dia pun empat orang. baya2 anak2 aku jugak. apa lagi seronok betul la budak2 tu dapat jumpa member melayu yang sama2 sembang omputeh. hahahha.. anak2 dia semuanya lahir sini except yang sulung. memang tak reti sangat bahasa melayu. so bila ada member sekampung reti cakap omputeh, maka memang sembang tak habis la hahahha. aku pulak yang nganga dengar budak2 ni berabuk cakap omputeh.

so it was really an eye opening experience for me. as long as i've known her, she is still one of the most unpretentious human being alive. sungguh down to earth. sungguh sempoi. the fact that we have quite the same way of thinking truly surprised me. menyesal aku tak catch up dengan dia awal-awal. menyesal aku overnight rumah dia satu malam aje. me and my husband were worried for nothing. it was truly a great experience. we are visiting again, soon. sebelum balik malaysia for good.

we talked about so many things in such a short time. dia bercakap tentang masa depannya di london. tentang rindunya dengan malaysia. tentang harapan ingin kembali ke malaysia. tentang kerisauan untuk membesarkan anak2 tanpa ustaz dan ustazah untuk mengajar mengaji di london. tentang overloaded dengan barang2 berjenama. tentang masa untuk mengumpul harta. tentang kawan-kawan yang punya seribu satu macam perangai. tentang semuanya yang boleh dimuatkan in such a short span. but it was worth it.

dan semestinya banyak jugak aku belajar dari dia. sesungguhnya, jadi orang kaya london dan bekerja di office beralamatkan trafalgar square tidak menjadikan dia orang lain. dia tetap dia yang aku kenal. dan juga membuka mata aku bahawa status dan duit, when we have more than enough of both, we will tend to revert to something else that is surprisingly simple, but more meaningful.

terima kasih kawan. :)


23 comments:

Fid said...

seram sejuk tubuh aku baca
sebab aku rasa jauhnya perjalanan nak sampai London ehh nak sampai tahap tu

Fid said...

sambung
dan membuatkan aku rasa sangat kerdil
jauh lg jalan aku ya

KS said...

alhamdulillah... :)

UmmuAhmads said...

anamiraa...setuju!:D

Actually, saya rasa kehidupan di malaysia sgt stress, sehingga ramai yang terkejar itu ini dan pressure (peer, family) sehingga anak2 pun dapat tempiasnya. Saya pun sejak duduk UK lama.... esp semasa membesarkan anak2 di kala kawan2 ada beberapa org yg bekerja & membesarkan anak kat sana... Saya jadi lebih relax & take things easy, Alhamdulillah sampai sekarang.... Saya dpt lihat kawan2 & adik beradik sendiri pun macam stress & pressure utk kumpul duit & tentang pelajaran anak2. I truly understand how they feel kerana keadaan di msia memang begitu, sgt stress. Deep inside saya sgt bersyukur dpt belajar drp kehidupan saya di sana, yg membolehkan saya tidak merasa atau terpengaruh untuk merasa pressure & stress utk terkejar2 kumpul duit, atau untuk pastikan anak saya excellent dlm pelajaran.... Of course the drive for excellence is still there, but it is with different perspectives & different approaches which is more relaxing, and most of the time really satisfied me, Alhamdulillah.... I'm sure you've learn a lot from your life over there too... :)

m-i-o said...

hmmm. sy rasa utk diri sy sampai ke tahap career wise gitu - macam tak tercapai. kahkahkah! bukan sebab tak optimis, tapi sejak akhir2 ni rasa macam dh tau apa yg sy nak dan ke mana sy nak tuju maka skop pencapaian tu dah narrow down. it's time to keep my focus. and be realistic.

sy rasa, setiap org akan melalui tahap yg mana memang kita akan terkejar2 - tak tau apa yg kita kejarkan tp memang kita tenggelam dan lalai tak pasal2. and there will come this one moment that we truly sit down and think deeply what we really want and what we should do next.

whatever it is, it depends on how we define life. then we set our priority. and that will change the whole thing - what we do, how we think, how we act, etc etc.

sgt bagus bila kita ada peluang jumpa kawan2 sebegini. kdg2 letih jugak asyik jumpa kawan2 yg sengal sokmo. ekekeke :P

IntanSham said...

wow... kagum baca ttg kwn kak non tu.. x semua org yg berubah bila berada di puncak kan kak..

knv said...

fid,
lagi jauh kita berjalan, lagi ramai orang kita jumpa, lagi kecik kita akan rasa diri kita ni. macam takde apa2. patutlah Rasulullah s.a.w suruh orang arab jalan sampai ke cina.



ks,
alhamdulillah... :D



ummuahmads,
nanti balik msia saya akan contact awak kalau tetiba saya rasa takleh nak cope dengan enviroment. actually kawan saya tu tak ready nak balik msia sebab dia kata dia takut tak boleh nak cope nanti. stress kerja semua la. kat sini dia lepak banyak. beranak sorang cuti sampai setahun. majikan faham family is priority. memang seronok dengar dia cerita. kata dah 8 tahun hidup macam tu. saya yang duduk setahun ni pun cemas, apatah lagi dia. thanks.

knv said...

mio,
yang akak suka, dia actually bukanlah career-oriented sangat. itu pasal dia seronok sgt kerja london pasal tak pressure sgt. you can still take care of your family and at the same time being somebody important in the office. dia tekankan yang rezeki dia tercampak ke london tu, nothing else.

orang2 macam ni truly humbled you down. i'm glad i met up with her.

knv said...

intan
ye betul. kadang kala kita aje yang prejudis but some people just couldn't be bothered with materials. :D

Fid said...

knv
so far kan aku jumpa org yg bebetul kaya depa mmg humble gila gila
sampai kita tak perasan dia kaya raya
sehinggalah tgk sendiri dan siap kita leh tanya awat tak habaq hang kaya melana nih

respect oo org gini

tapi haq tak kaya melana tu selalu berlagak kaya jaa
kuang kuang kuang

tak ngaku pernah susah tapi susah sokmo huwahuwahuwa

Liyana said...

Suka baca entry ni dan komen2 nye sekali. Meaningful in its own way.

arin said...

salam,
betul tu.lagi jauh kita merantau lagi kita jumpa orang yang tak di sangka.
ur friend ausmat?mesti my super senior..:)

The Owner said...

salam knv,

salam kenal..blog hopping and jumpa your blog dari blog CY Apapaje..

nice blog! suka baca experiences org yg dok kat oversea..

regards,
fatma

knv said...

fid,
adakah hang mengata sesapa tu? hahahahha... macam pernah dengaq jaa.. :P


liyana,
i'm glad it's meaningful to you. vice versa! :D


arin,
yep budak ausmat. then you are my super junior as well :D


fatma,
assalammualaikum. :D
terima kasih. pengalaman sikit2 sahaja. tak dok lama pun. thanks for reading ye? :D

arin said...

kak,
i batch ausmat 11. :)

bib said...

aku faham....aku kagum dgn korang berdua!...

Azlina yahya said...

ekceli both of you are marvelous and amazing people around...!!!!

both of u are very lucky to have such an experience over there...

wish u two the very best in life!

knv said...

arin,
nanti akak tanya member akak tu dia kenal tak hahahaha :P


bib
hehehe.. aku biasa2 aje. dia tu yang hot hahahah :D


bent
oh tenkiu.. tenkiu.. aku tak rasa pun aku gitu.. cuma rezeki je kot dapat rasa hidup sekejap kat tempat orang. alhamdulillah... :D

Sue said...

baca entry ni buat mata saya terbuka luas seluas-luasnya!!!! tq!

knv said...

sue,
i'm glad then.

welkom to casa arina. :D

Anonymous said...

kawan itu n blogger ini dua2 adlah classmate yg amat ku sayangi...XOXO....Bent n Bib juga kengkawan yg beshhh

knv said...

cikanon, sapakah hang? baik ngaku cecepat!!! :P classmate haku? ish seram la pulok! :P

Anonymous said...

u think...? takkan x ley bau kot aku muahahahaha...kwang3x...aku skali skala jer di sini...;-)

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger