Wednesday, June 16, 2010

musykil

antara perangai pelik mat salleh yang aku tengok sini, ialah mereka tidak menganggap ibu bapa perlu dijaga oleh anak2. dan yang haru, it's like a norm in the society. well accepted by both the children and the parents themselves.

aku tak taulah samaada mereka menganggap bahawa ibu bapa itu satu liability, ataupun memang mak pak depa suka duduk sorang2 bila dah tua. tapi aku berpendapat, budaya ini agak pincang.

kasihan melihat makcik pakcik jalan kaki terketar-ketar pakai tongkat ataupun berwheelchair pegi balik kedai beli barang makanan mereka. alone. belas betul hati aku. ada yang dah tua bongkok pun. dok bawak shopping bags sendiri. dok mengheret groceries sendiri.

dan ada jugak yang jadi jiran2 aku. dok rumah sorang2 je gitu. tak pernah nampak la pulak anak2 datang. ke, memang tak ada anak pun? hmmm.. musykil. deep down i can't help but wonder, adakah hati pakcik makcik ini tersentuh dan berkecil hati dengan anak2? i can't help but wonder, how on earth in a developed society where caring for others seemed to be the utmost important; can these senior citizens live alone? aku memang musykil.

yang pastinya, aku tak suka budaya ini. aku tau la memang tanggungjawab aku jaga anak2. tapi aku juga ingin anak2 aku terdidik dengan rela hatinya untuk include aku ngan ayah depa dalam kehidupan depa no matter what or where. aku tak hingin nak dok sorang2 bila dah tua nanti. tak koser weh!


20 comments:

Ms Lola said...

mungkin parents kat sana mmg tak harap anak2 nak jaga depa, so depa pun tidak la berkecil hati.

individualism, bukankah itu?

Ms Lola said...

(is there such word?)

knv said...

iye kot. macam happy je dok sorang2. tapinya yang haru kalau jatuh ke dalam rumah. mati reput sorang pun tak tau. haru sungguh!

kita pun memang la tak harap anak jaga. tapi idaklah sampai nak duduk sorang2 sampai anak2 pun tak mo mai tengok.

individualism? ada.. ada..

TopsyTurvyMum said...

sini pun camtu gak...sian betul aku tengok..aku agak mmg budaya laa..
ramai yg suka dok nursing homes jugak..samada sukarela dok situ atau pun anak2 hantar dan bayarkan..
retirement village pun banyakk..yg tua dah pencen dok dlm satu komuniti..

Liyana said...

Itu mmg lifestyle diorang. Anak2 lepas highschool pun 'dihalau' keluar, suruh cari tempat tinggal lain. Memang budaya ni pincang, tapi diorang ada sistem sendiri. Just nak share kat Sweden camna: ada nurse dtg visit senior citizens. Taxi driver boleh jemput door to door utk warga tua ni gi klinik/hospital.

Tapi mmg kesian. My neighbour ada sorang pakcik, dah tua sgt. Nak gi buang sampah pun mmg tak larat. Pergi beli groceries lagi. Diorang pulak bukan campur dgn jiran2 ni. Tu sebab kat negeri omputeh selalu ada kes mayat reput sorang2. Anak2 pun tak tanya khabar berita.

Semoga hari tua akak nanti dikelilingi anak2 & cucu2 tersayang. InsyaAllah, bila kita sayang ikhlas diorang, kasih itu akan datang sendiri....

knv said...

ttm
yep betoi.. betoi.. ada rumah orang2 tua yang memang cantik gitu. mahal lagi nak masuk kan? eksklusif la gitu. nampak gaya kena sampai pencen pastu duit kwsp buat register eksklusif club gitu.. :P

liyana
ye yang terketar2 tu yang kesian. kalau sihat ok je. tapi nama pun orang tua kan? makin lama makin tak sihat. rasa nak pegi peluk2 aje kalau nampak depa dok susah payah kat kedai. teringat mak kat rumah. haishhh!

Fid said...

kak non
itulah bezanya budaya timur dan barat

org timur lebih bab mak bapa ni
tgklah bahasa depa
depa cakai i u ja kan ngan mak pak
per hang cakap saya kau .kamu.hang ngan ayah hang

x pun kalau anak hang cakap ehh mama ko tak nak makan ka
rasa nak lempang kan kakakaaa

ayah aku dedolu mmg dia tampaq ja alau kami salah guna kata ganti nama hahahha

Fid said...

oh ohh ada tambahan juga

aku kekadang x leh faham la
mak bapa yg ada anak 10 kat malaysia ni
umah mak pak 3 bilik ja semua sumbat dok situ kali 2 jadi 20 la sbb dah nikah
kalau tau nak duk serumah awat tak share duit beli bungalow?

jiran akukan pagi ptg lepak depan umah
dah tua daaaah

knv said...

kahkahkah fid..
yang pakat tinggai ramai2 umah makpak tu namanya menyusahkan orang sampai ke sudah. yang itu wajib dihalau keluar tu hahahahha!

ojasamid said...

salam kak, pertama kali tinggal jejak :D (buleh kah? hehe)

saya duduk kat jepon.same thing goes here.dh tua2 pon pegi mana2 sorg2 dgn gagahnya. n mmg ramai mak bapak yg tak mahu lgsg susahkan hidup anak2 bila mereka dh ada life sendiri nnt. sbb tu anak2 disuruh independant cepat2 sejurus lps habis belajar supaya boleh keluar n hidup sendiri.
yg sedihnya, ramai org2 tua yg mati reput sorang2 kak. jadi satu fenomena pula kat sini. kesian sgt2 kan?

i guess, bila manusia memandang kemajuan material adalah segala2nya, hal2 kemanusiaan, kejiwaan dan fitrah akan jd jauh tertinggal di blkg..:(

knv said...

oja
oh newcomer kena bayar cukai pintu £10 hahahhha! :P

iye kesian kan bila perkara2 keji macam tinggalkan makpak tu dah jadi satu norma kehidupan. sedihnya bila fikir2 balik.

penat lelah besarkan anak2, pastu endingnya kita mati mereput kat rumah sorang2.

i totally can't comprehend.

Rizza said...

ana.. tu le budaya masyarakat...(mostly bukan Islam... di obesi..)

aku dulu dok canada ..sewa kat apartment yg 50% dari nye adalah org2 tue... kadang2 aku lepak dan sembang2... dah mereka nye cara hidup gitu.. anak2 disuruh keluar dari rumah lepas abos sekolah.. then mak pak pula leh antor kat rumah org tua2 je.. atau bior tinggal sorang...

ade sorng nenek tu.. entah hidup ke mati dah le ni...
dia seronok aku pi jumpa dia.. sembang2.. call dia... dia siap cerita,.... dia rindu kat anak dia.. tapi anak dia dah mati.. yg ade menantu dan cucu2 nye.. sekali sekala cucu2 nye le dtg dan bawak jalan.2....

dan di oz pun sama.. mak cik tu pun gitu.. dok sorang2... sekali sekal je anak2 dtg... turun naik bas....

kesian je..

semoga kita mampu jaga anak kita ngan baik dan depa jaga kita ngan bagus akan dtg....

Rizza said...
This comment has been removed by the author.
KS said...

Itu yg cantiknya tentang agama kita dan budaya kita. Diorang mungkin rasa bila dah besar, masing2 punya hal. Mak pak hanya utk besarkan. Lepas2 tu pandai sendri. Itulah cyclenya.

mommysarah said...

saya suka ayat akak ni

"penat lelah besarkan anak2, pastu endingnya kita mati mereput kat rumah sorang2."

movie diorg pun tunjuk lagu tu kan? tp diorg ada rumah org tua2 yg cun2 (n mahal2). mintak dijauhkanlah m'sia jadik mcm tu (tp cha ya nun alif pun dah banyak menuju ke situ kak)

Ummu Auni Afif said...

isk sedihnyaa

lailasani said...

hmm.. sedihnyeee... tetiba teringat bonda yg jauh di mata... dok sorang tp bukan mengabaikan, mak takmo dok ngan anak2... huhu..
tak sama kan situasi ni?

err.. dulu masa sy kat jepun budaya yg sama jugak berlaku. nampak pakcik makcik yg dah sangat tua beli barang sorang2, kesana kemari pun sorang2..

Fid said...

jepun dolu2 ok sejak depa kalah ngan US depa dah ikut US
ceh ngok sungguh

knv said...

rizza,
aku rasa nenek tu dah arwah kot hahahaha.. iyelah dok sorang2 gitu. nurse pun bukan boleh tengok tiap2 hari, kan? :P

aku rasa yang bagus orang melayu ni, kita tak gamak nak buat macam tu kat makpak. kalau gamak pun, malu jugak kat masyarakat sekeliling hahahah :P



ks
memang gitulah nampaknya cycle itu. amat sadis. alangkah sedihnya kalau dah tau begitu penghujung hidup kita... :( kesian kat makcikpakcik itu.



mommysarah
chaya tu lain la pasal depa pun memang tak suka nak jaga anak2 masa anak kecik. itu yang hantar pi nursery seminggu terus tu. wiken aje baru amik. sampai anak pun tak kenai makpak. memang patut la anak tak nak jaga bila depa dah tua sok. padan muka! hahahahah.. aku lak yang emo lelebih! :P



aini
memang sedih. kalau tak ada anak takpe boleh dimaafkan. kalau ada, memang aku rasa nak pelangkung aje anak2 tu. yang kesian kalau yang dok terbongkok2 tu seret groceries. nanti hang nak mai sini hang buleh la tengok secara live. :(



laila,
akak pun dok teringat2 kat mak. sedih!



fid
itulah kalau material is everything. sudah hilang kasih sayang dan kemanusian. :(

ecah said...

kak,sowi kak,,saja nak tinggak jejak.

Saya ni jenis org jawa so kalau ckp dgn mak,guna nama AKU..gitu lagi mesra..

contoh:

saya:mak,pekabo?aku sehat.
mak:Ko bila nak balik kg?
saya:aku balik minggu dpn yer mak..

......

mesra kiteorg camtu..

dan saya pon sedey bila pk mak bapak dah tua..rase nak berhenti koje dan duduk dekat2 dgn mak dan abah..tapi dah beli umah kat KL..suami koje kat KL pulak..sabau jelah..selalu windu kat mak abah..

muga anak2 kita esok ingat kat kita kalau kita dah tua ek kak..

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger