Thursday, September 30, 2010

kerja dan motivasi


esok aku start kerja balik.

kalau tanya aku, sesungguhnya sukar untuk menukar mode 180 darjah. dari tenang kepada tension. dari aman kepada chaos. dari suka hati kepada susah hati. :D

macam2 yang aku rasa sekarang. positif and negatif bertembung.

akan tetapi, aku dah janji dengan diri sendiri. sekarang bukan lagi masa untuk buat apa yang aku tidak suka. bukan lagi masa untuk komplen dan rasa tidak puas hati. bukan lagi masa untuk merungut2 sambil mencari rezeki. hari hari aku minta dari Allah untuk mudahkan apa yang terbaik untuk aku dunia akhirat. maka yang mudah itu, haruslah aku tatang sebagai tanggungjawab dan amanah dariNya. Dia lebih mengetahui. mungkin sampai seribu tahun lagi pun aku masih tidak mampu merungkai apa yang telah tertulis untuk aku. mungkin bukan kerja aku pun untuk memikirkannya.

jadi to keep motivated, i am looking at the bigger picture. the ultimate WHY i do what i do. birmingham banyak mengajar aku untuk mengubah persepsi tentang kehidupan. pengalaman itu akan aku apply sewajarnya. so i'm focusing at the bigger picture now. umur pun dah makin meningkat. dah lama dah zaman aku berlalu. tak buleh nak jadi drama queen lagik. :P

yang sebenarnya, aku takut banget. takut2 tak buleh nak deliver kerja yang diamanahkan untuk aku itu. semacam ada batu besar kat bahu ni. tapi aku bukannya berseorangan dalam perjalanan ini, aku yakin. kalau kita ikhlas, kalau niat kita betul, pertolongan itu sentiasa dekat.

jadi, kesimpulannya, jangan la tunggu lagi entry2 memasak kat blog nih! hoh hoh hoh hoh! :P ish tak dapat tangkap lagi ke? aku kan akan jadik boss besar lepas ni. apa barang nak masak2? apa barang nak buat2 roti donut bagai? baik aku beli kedai aje hahhahahahah! berlagak gileeee! balik kampng tanam jagung la kak non woi! :P :P

okeh korang! selamat bekerja keras untuk mencapai apa yang korang inginkan dalam hidup ini!. ingat! berhenti buat apa yang korang tak suka! :D

18 comments:

Unknown said...

gambatte kudasai!!

mem besar kak non.. jangan tinggalkan cik BM.. kesian kat dia? pas kat saya la nanti kat mesia. hahahahhaa

Unknown said...

slamat keje kak... insyaallah... semuanya berjaln lancar...

**kak, BM sy dah start bekerja dah... mekasih kak..:)

cc said...

slmt kembali bkerja knv. semoga pengorbananmu kembali memerah keringat dpt dimanfaatkan (ecewah ayat xblh blah hahaha)

nt dpt first gaji blh open table keke =P

Liyana said...

Nak bagi sokongan ni!!

*lompat sambil pegang pom-pom*

Semoga semua kerja seharian kita diberkati Allah. Itulah, I bila balik nanti pun, it's going to be a different life altogether. Lebih besar tanggungjawab kat tempat kerja, mana tau ada rezeki, bertambah ahli keluarga ke etc. Tapi semoga jauh perjalanan & luas pemandangan ke tempat orang jadikan kita padi yg makin berisi, makin tunduk.. bukan kaki macam bunting padi (eh, ni takde kaitan!!)

mak encik | SZ said...

selamatttt kembali ke alam kerjaaaa makannnn gaji kak non!

:: LadyVerde + Mr.Doc :: said...

ok sat i confuse...
u dah back for good ke babe?!?!?

ke i dah lupe dulu2 u ade cakap u amek 1yr unpaid leave ;p

ok...ape2 pon...ku ku cayurk bebeh!
happy working!

aida said...

selamat bekerja kak. Kite jumpa di msia nanti

SMM said...

all the best :)

NeroEcha said...

Happy working kak non

Min Aina Ila Aina said...

Selamat Kak...Akak dah masuk ke gerbang yang disukai, saya pulak masih mencari apa ye yang saya suka.hehe.

ena said...

kak non

i lap u so strong!! sila buat n3 tiap2 hari ya.
saya akan kembali bekerja pada Januari 2012

huhuhu

knv said...

mast, bm tak tinggal. dah berapa kali buat donut ngan bun hihihihihi :P


laila, dah menjadik kah itu roti2 dan donut? :P


cc, mekasih dik. insyallah bermakna semua keringat dan air mata dan air idung yang tumpah muahhahahhahah! open table? tak nyempat2 ko ek? :P


liyana, you've said it well dear. :D insyaallah insyallah. semoga kita makin dekat. bukan makin jauh. have a wonderful and baraqah life ahead of you! :D


suzie, mekasihhhhhhhhhhhhhhh! excited tak terhingga nih hahahahha :P


verde, back for good dear. dah sampai masa kena singsing lengan kat opis pulak muahahahhha! you pulak berehat2 aje kat sana ek. i sokmo 'semangat' nak kerja nih! :P


aida, mekasih dik! wah wah buat open house nampak? hihihihi :P


thanks mynie! :D


nero, mekasihhhhhhh :D


maia, insyaallah disukai. :D it's ok. your time will come soon insyaallah.


ena, kalau buat entry tiap2 hari pastu bila pulak nak kerja nya? muahahahhaha! good luck to you too! :D

suret said...

selamat bekerja akak..silicon casing dah dapat...bm jer adik tak pi amik lagi..anyway thanx bebanyak ye kak..

cts said...

happy working knv

IntanSham said...

good luck kak.. slmt bekerja semula... :)
*i miss u too* .... ahahhaaa

Ina Hashim said...

cantiknya header baru...selamat masuk keje balik..mesti mood x besh je kan...:(

Mrs Azarol said...

amoigod..diam2 rupanya dah setahun lepas..akk pun dh balik sini..

anywys.. selamat kerja kak..

saya yg br habis cuti sebulan payah gile nak tukar mode 180 apatah lg setahun ek..

Sue said...

bos besaq kat mana tu kak.. nak pi intai. Nak jupe face to face malu. So nak tgk dari jauh jek. Bleh??

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger