Monday, September 20, 2010

progress


so amacam raya korang semua? dah selamat dah? :D

honestly, raya adalah agenda ke-dua kami sejak balik hari tu. banyak jugak rupanya benda2 yang nak kena settle setelah setahun meninggalkan hutang piutang dan masalah domestic di malaysia. dan ketidakcekapan pegawai2 bank yang tak tau nak dengar arahan dan tak reti nak berfikir diluar kotak membuatkan perkara yang senang jadi susah. but then, what else is new kan?

dan memang aku yakin malaysia masih terbelenggu dengan attitude 'menyusahkan yang senang' aka redtapes. aku sendiri tak pasti kenapa ini masih terjadi kepada kita, tapinya mungkin kerana ramainya penganggur2 dimalaysia ini yang menyebabkan satu kerja mudah dibahagi kepada 2-3 orang untuk membuatnya. begitukah? kesian sungguh.

dan aku masih busy mencari sekolah2 untuk anak2 aku. first choice aku ialah Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) di seksyen 7 shah alam. aku pilih ini kerana aku tak gemar anak2 aku balik sekolah kebangsaan dan kemudian terburu2 pula untuk ke sekolah agama. sudahnya balik pun lambat around 6-7pm dan kemudian akan sibuk pula dengan homework sekolah kebangsaan yang tentulah banyak dan effective itu. kalau mereka ke SRAI ini, paginya sekolah kebangsaan, dan terus pula sambung syllabus agama selepas makan tengahari disekolah. balik around 4pm. aku yakin itu adalah tidak begitu memenatkan dan tidak begitu rushing sangat. jadi kami telah pun menghubungi jais dan mereka akan aturkan entrance exam untuk anak2 aku. persoalannya disini, mampukah anak2 aku untuk melepasi entrance exam itu? part academic aku tak risau, tapinya bab2 islamic studies itu agak mencemaskan aku. akmal maybe masih ingat syllabus KAFA dia dulu, tapi aimie aisyah? hmmm.. sedih pulak aku bila fikir2. nak masuk sekolah gomen yang murah gitu kena pulak entrance exam.

kalau aku opt untuk sekolah integrasi swasta pula, aku kena sediakan around rm5k per head per year untuk all 4 of them termasuk arina. which is aku tau aku tak mampu. last resort, masukkan sahaja sekolah kebangsaan dan hantar ke sekolah agama lepas balik sekolah. which i hope will not happen. susah2 sgt aku bayar aje mak aku ajar depa mengaji dan mintak makpak aku hangkut depa pi surau sekali untuk solat jemaah. isn't that a more practical approach?

aku sebenarnya mahu anak2 aku lebih masa dirumah. entah kenapa malaysia sekarang sikit2 sudah jadi tempat yang scary dan commendable dari segi masalah sosial dan akhlaknya. ayah aku pernah tegur budak2 pakai baju sekolah yang dok peluk2 dan cium2 kat belakang pokok2 di tasik seksyen 7 masa dia pergi jogging. boleh budak2 tu marah ayah aku balik? ayah aku yang dah tua tu? jangan kata hormat, takut pun tidak. aku lempang kang, harus aku kena lempang balik.

jadi aku yakin, hanya dengan pengaruh besar ibu bapa didalam rumah sahaja yang dapat menyuntik nilai2 positif untuk anak2 aku membesar jadi insan kamil. apalah guna IQ tanpa EQ? dan aku syukur banyak, walaupun lepas ni aku kembali kerja 9-5pm, makpak aku ada untuk monitor manusia2 kecil dirumah ini. terima kasih tak terhingga mak dan ayah.

dari segi kerja pulak, aku akan start balik on 1st October 2010. alhamdulillah. dapatlah aku kumpul dana balik untuk menampal mana2 yang bocor selama setahun yang lepas ini. sungguh la miracle kerja Allah ni. yang aku tak suka itu agak baik untuk aku. :D

ok. itu progress aku setakat ini. dan aku bercadang untuk melihat hidup aku selepas ini sebagai satu anugerah dan peluang dari Allah. aku tak mau lagi komplen banyak2. so kalau lepas ni aku naik hangin satu badan, sila ingatkan aku balik apa yang aku niatkan ini. (kecuali dalam beberapa perkara ikut standard merit aku hoh hoh hoh hoh! :P)

dan semoga kita semua bertenang2 dalam menjalani kehidupan semasa. sila toleh kiri dan kanan. masalah kita, mungkin penyelesaian bagi orang lain. masalah orang, mungkin penyelesaian bagi masalah kita. mari ambil yang baik2. jgn prejudis. please offer solutions on top of comments.

salam sejahtera! :D

23 comments:

Along said...

hal sekolah anak2 memang bleh pening. My eldest sekarang ni pagi pi sekolah kafa, petang pi sekolah kebangsaan. Setakat ni ok lagi, sebabnya ada lag time from 1030am until 1pm untuk dia balik, tido, mandi and makan b4 pi sekolah petang. HW pun setakat budak darjah 2...still managable. Sekolah2 pun, dua2 depan rumah so hal meround dalam bas sekolah sampai sejam tu takde la. Tengok la camne in a few years.

Anyhow, welcome back to the rat race!!

aida said...

kalau boleh masukkan sekolah integrasi, masukkan la kak.. penat budak2 kan

anak sulung saya taknak balik malaysia sebab sekolah kat malaysia penat.. aduh, camner la nak pujuk ni

Unknown said...

takpe kak.. yang penting wajib ke sekolah agama.. tu bagi saya la.. tak dapat lama, kejap.. kalau ada sekolah integrasi camtu bagus la sangat2.. saya suka bebenor..

attitude menyusahkan yang senang tu kat mesia je.. kat jepun ni birokrasi dia tahap dewa, tapi ok je semua kerja boleh jalan.. huhuhuhu..

Fid said...

selamatlah hendakNYA semuanya
amin

lain kali habaq kat ayah hang kalau depa marah rekod je video antaq ke tv3 hahahahhaa

knv said...

along, thanks. ni nebes nak kerja balik ni hihihihi.. itulah, kesian budak2 kat msia ni. ngalahkan orang tua jadual depa kat luar rumah. balik dah letih lesu. nak pergi sekolah pun tak seronok dah. sabau ajelah.


aida, si akmal memang nangis masa nak cuti sekolah hari tu. dia memang ingat la sekolah sini macamana kan. ni baru nak pi register PPD.


mast,
kat shah alam ada dua sekolah gomen integrasi gitu. tapi dua2 pun kena entrance exam. itu yan lomah den!


fid, mekasihh. doa2lah anak2 aku semua dapat srai tu. tak yah aku pening2 nak hantar ambik bagai. bas sekolah pun mahai la nih. hmmm..

hanis said...

selamat pulang ke tanahair terchenntaa kak...

ttg school tuh...saya setuju jgak yg bab anta kat integrasi agama tuh...isnyaALLAH anak sulung kami pun if ada rezki nak dimasukkan ke SRAI jugak...

lagik hebat kalo skolah agama swasta yg siap ada kelas hafazan quran tuh...

tp yelah kemampuan kne tgk jugak kan...

neway yg penting kita berusaha yg terbaik utk anak-anak...lepas tu berdoa byk2x utk mereka...

anak2x ni saham kita diakhirat kelak...

"manusia yg paling cerdik adalah yang menyediakan bekalan yg byk di dunia akhirat nanti"

eZa said...

even anak² sy still kecik² lg, tapi sy sendiri dah rase stress & risau bile pk hal skolah diorg. sguh memenatkan lah education malaysia skang nih. concentrate more on papers. practically? hal² berkaitan real life nih tertinggal la pulak. since kindie dah kene kerah pi tuition. kesian. nak masuk skolah integrasi pun nk kene xm bagai. bkn ke skolah utk blajar? kalau amik yg pandai jek, yg kurang pandai mcm mane pulak? bebdk skang pulak, social life nye mengalahkan hollywood. and saye percaye tu sume sbb didikan & persekitaran kat rumah. kan?

eh, panjang pulak. ni bukan bg solution nih. nih luahan hati nih. hehehe.

pa pe pun, bak kate knv semoga kite beroleh ketenangan dlm menangani any situation dlm kehidupan kite. amin... :)

mirah said...

k ana,
sekejap je setahun berlalu kan. macam baru je baca kiaah k ana di birm tu..

selamat mula bekerja kembali ya.. :)

Ummu Auni said...

Assalamu`alaikum
Saya pun plan macam tu, kesian kat budak sebenarnya..Sebab tu ingat nak masukkan sek al-amin. Lepas tu dengan cabaran besarkan anak lagi..adeh...Stress duk tengok berita dalam TV, budak lari dari rumah la..buang bayi la. Allah!

SMM said...

suka nasihat knv dlm perenggan terakhir. semoga kita semua bertenang :)
hope the kids will get into the SRAI..

Mamaboyz said...

knv, nanti tolong bagi feedback pasal sekolah agama integrasi tu, saya pun rasa nak hantar anak2 saya sekolah agama lah. eh betul lah cakap eza tu, apasal nak kena exam?

Ya Allah, berilah anak2 kami guru2 dan sekolah terbaik.

knv said...

hanis,
memang akak lagi prefer masukkan depa maahad tahfiz tu. tapi yang sekitar shah alam mahai ya amat. ke ada yang murah akak tak reti cari? moga anak2 ini dapat doakan kita kat akhirat sok. amin.


eza,
gomen tak mampu lagi nak sediakan sekolah macam ni banyak2 kot. semuanya adalah dollar and cent. semoga cepat2 malaysia jadi negara membangun so that orang pandai atau tidak both dapat peluang yang sewajarnya.


mirah,
sungguh! rasa macam sekelip mata aje. ajaib! :P


aini,
camno al-amin tu? dah pegi interview hari tu kan? al-amin tu antara rating tinggi tu. susah nak masuk kan? kalau dapat best betul!


mynie,
insyaallah. akak pun harap sgt. senang hati. tapi kalau tak dapat pun, kita cuba lagi hihihi.. :D


doc,
nanti akak update. dua minggu ni sekolah masih busy dengan upsr dan exam sra. so lepas tu baru sekolah akan arrange entrance. kalau tak dapat masuk terus pun, at least start tahun depan harap buleh kowtim. ni dok ngajar depa kat rumah aje. ala2 homskool la pulak hahah :D

SM@A said...

Salam Sis

My 2 cents, kalau you takde helper kat rumah I memang setuju you hantar kat SRAI. My kids, since I have helper at home, mereka gi sekolah agama selepas sekolah kebangsaan. My kids gi ABIM nye tahfiz.
Budak2 ni terang hati, kalau you hantar sekolah agama Insyaallah, mereka boleh, mungkin mula-mula agak ambil masa nak adapt but as time goes by, they'll manage, Insyaallah. Sejuk hati bila mereka boleh hafal sume surah, Surah Yasin pun mak pak belum tentu hafal.

knv said...

sis, how much you pay for tahfiz abim tu yea? actually that was what we did earlier, before birm. pagi sekolah kebangsaan, petang sekolah agama. but i personally found it too demanding in term of logistic. ni lagi nak cater for 4 kids. macam tak mampu gitu (money and time as well)

Azlina Yahya said...

kak non...

ko sambung keje tempat lama balik yer?

semoga semua selamat untuk anak-anak ko.mmg kalau sekolah biasa penat kan. nak study belah malam pun dah mengantuk. nanti aku pun nak carik gak la sekolah macam nie...

Ummu Auni said...

fasal al-amin tu, saya dah update kat blog. Tak tahulah macam mana. katanya yang lulus interview tu ramai, lebih dari quota, jadi kena buat saringan lagi. jadi yang lulus (for the moment), mungkin tak lepas saringan seterusnya. itu yang sekarang dah 2 bulan lebih, belum dengar apa2 berita.

sek al amin dah hantar surat pada mereka yang gagal. saya? surat apa2 pun belum dapat. risau gak..tapi aida kata, masuk sek keb pun ok. sek kebangsaaan masa kami kecil dulu, cuma kesian kat budak lah kan, sure penat

Min Aina Ila Aina said...

Saya mencelah sikit ye kak...

Saya sempat jadi tenaga pengajar sekejap kat Al-Amin(tapi bukan Shah Alam).Sekolah ni memang dah tak muat lagi nak terima pelajar...terlampau ramai nak masuk.

Dari segi sistem akademik dan sahsiah memang bagus, cuma masalah sekolah swasta adalah keluar masuk guru.Walau apapun, peranan ibu bapa sangatlah penting. Guru-guru boleh mengajar dan mendidik, tetapi amalan dan akhlak perlulah diteguhkan di rumah.

Semoga anak-anak akak akan mendapat pendidikan di tempat yang terbaik.

Fid said...

Min Aina Ila Aina
kalau Cik Fidnak apply jadi cikgu boleh ke?kakakakaa

SM@A said...

Salam sis

Tahfiz ABIM sekarang ni kalau kat BBBangi ni sebulan RM60 seorang. Tapi I tambah RM12 untuk additional kelas mengaji yang intensif. Sebenarnya RM60 dah termasuk mengaji.

UmmuAhmads said...

salam anamiraa, selamat kembali ke tanahair..:)

Memang betul sekolah integrasi, budak kurang penat. Dan saya prefer integrasi supaya anak-anak tak nampak ada pemisahan antara agama & ilmu lain. Moga your children dpt masuk SRAI tu....aminnn....:)

min aina ila aina, saya setuju... akhlak & amalan asasnya memang di rumah, dan perlu continuously diamalkan dirumah.

liadevega said...

nak tambah sket je..

anak I sekolah kat SRAI, reason buat exam tu bukan utk pilih budak yg pandai tp sbb nak tapis kerana terlalu byk demand sedangkan as u know sekolah ni under JAIS, bukan Kem. Pendidikan, so tempat dan bajetnya adalah limited...byk sumbangan adalah drpd ibubapa juga. Even kat shah alam dah ada 2 SRAI, (which the only daerah dlm selangor yg ada 2, daerah lain ada 1 je) pun tak cukup jugak nak menampung permintaan ibubapa yg nak masukkan anak kat sekolah ni. Bayangkan kat SRAI sek 19, yg datang buat test 800 org, yg nak dipilih 200 org jer berdasarkan tempat yg ada. Dah semorang nak masukkan anak kat integrasi gomen, nak buat lagu mana... sbb I pun tak mampu nak gi swasta... huhu.

n.i. said...

isk isk isk kalau la kat tempat i duduk ni ada SRAI, sudah lama i hantar gi SRAI... so akibatnya, ke sekolah kebangsaanla adam jawabnya... adam x gi sek agama tapi dia gi ngaji rumah ex-teacher kindy dia... 3x seminggu...

knv said...

bent,
a'ah. itulah aku fikir taknak bagi depa terkejut sgt bila start sekolah sini. bagus sgt kalau dapat masuk srai tu. pukul 3 dah habis. lepas tu boleh duduk kat rumah terus. aku bertuah sebab mak ngan ayah aku dok sekali. jadi aku amik peluang tu untuk depa spend masa kat rumah ngan atuk nenek. makpak aku rajin pi surau untuk solat ngan ngaji. semoga turun kat anak2 jugak. amin.


aini, akak doakan dapat si kakak masuk situ. memang rating tinggi al-amin tu kan. memang worth la kalau dapat masuk.


maia, memang al-amin takdak branch kat shah alam. itulah depa kena buat tapisan tu. pasal ramai sgt yang berminat sekarang. makpak sekarang dah makin exposed. alhamdulillah. semoga makin banyak sekolah2 camni wujud nanti. kalau banyak barulah kurang sikit competitive dia. so kos jadi makin rendah. insyaallah. semoga kami parents ni dapat sambungkan apa yang belajar kat sekolah tu sampai ke rumah. amin.


fid, buleh je. tapi sebelum tu kena pi amik sijil2 yang berkenaan dulu kot. bukan senang gak nak ajar syllabus agama walaupun to kids.:D


thanks sis SM@A. kira ok sgt la 60rm tu. dulu akmal saya masukkan sekolah kafa belah petang. rm120 fardhu ain+ngaji.


ummuahmads, hari tu pi lawat school masa depa buat test. seronok tengok budak2 buat solat dhuha sebelum lunch break. love the environment. memang banyak pekdah dapat sekalikan agama ngan academic. makpak pun senang.


lia, thanks for your review. memang amat competitive kan. nak2 sekarang ni pre-schoolers memang dah makin pandai. 4-5 tahun dah pandai baca mengira semua. nak tak nak kena tapis jugak. mintak2 la msia gomen kaya cepat2. tak pun mintak kat jutawan hartawan msia yang boleh sponsor buat sekolah gitu banyak2.


ni, dok kat mana? biasanya srai ni kalau area selangor memang satu daerah ada satu macam kata lia. shah alam baru je tambah lagi satu. meh la pindah shah alam hihihiih. akak pun ingat kalau tak dapat SRAI ingat nak upah ustaz datang rumah. senang kat boleh ajar empat2 orang sekali. save sikit duit bas pegi balik pegi balik tu.

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger