Saturday, October 30, 2010

bonus dan expectation


untuk aku dapat bonus berjuta-juta rupee, aku kenalah jual TS dalam sepuluh juta ringgit. bonus biasanya company bapak aku bagi sebelum CNY every year. memandangkan aku baru je masuk kerja, maka jangan haraplah untuk dapat bonus coming CNY 2011 nanti. pro-rated? entah tak berani den nak cakap.

apa2pun, kesimpulannya aku tak expect apa2pun. maka kalau aku dapat nanti, memang betullah defination 'bonus' tu sendiri. memang bonus lah kalau aku dapat bonus tu. hihihih.. paham ke idak? tak paham sudah. :P

anyway, weekend ini ada jugak perkara2 yang aku anggap bonus la jugak untuk hidup aku yang ala2 stress tak kena tempat ni.

first, aku dapat smart phone freeeeeeeeee! wooohooooo! mesti korang buleh imagine aku terbatak2 dok slide hujung2 jari ke atas touch screen comel tu kan? memang terbatak.:D sesapa yang kenal aku, maka taulah yang aku ni tidak langsung ke arah gajet2 yang canggih2 ni. satu tak reti nak guna, satu lagi bajet tu ala2 tak sesuwei (sila pronounce ala2 sengau sikit hahahah :P) dengan poket. maka aku ada zero expectation. lansung tidak berkehendak. maka bila dapat FOC tetiba rasa kembang hidung semacam je hahahahaha. dah lah memang sejak azali kembang. tak sedor diri betul la ngko kaknon! :P tapi itulah. ni namanya bonus!

satu lagi, tadi aku tido petang. terlajak sampai asar. bila bangun aje aku terus gosok2 mata. macam tak percaya apa yang aku nampak depan mata aku. yang buatkan hati aku tersentuh yang amat. yang buat aku rasa nak nangis dan ketawa serentak. yang buatkan hati jatuh ke lantai dan pecah berkeping-keping. yang buat hati rasa kembang kuncup. yang buat aku rasa happy dan sedih sekaligus. yang boleh buatkan aku trade-in kan smart phone FOC aku just for that moment.

yang sememangnya bonus besarrr untuk aku. syukur.

sesungguhnya, rezeki seseorang itu memang sudah tertulis sejak di loh mahfuz lagi. apa yang ada disekeliling aku sekarang ini, memang bukan langsung ketentuan aku. aku cuma berada disini sebagai penjaga amanah. suami, anak-anak, harta, ilham yang baik-baik, kebolehan berfikir dan membuat keputusan, degree engineering aku, mak ayah, etc, etc, etc. semuanya adalah ujian dari allah untuk aku yang semuanya sudah tertulis sejak azali lagi. siapalah aku nak ngaku aku bagus.

syukur aku bukan terpilih untuk diuji menjadi orang miskin yang bodoh dan tak tau berfikir. yang duduk bawah jambatan. yang hidup menjadi masalah kepada orang lain. penagih dadah, pelacur, ibu2 yang sanggup membuang anak sendiri. segala sesuatu yang tidak elok itu adalah untuk kita mengambil pengajaran yang setimpal.

allah itu maha kaya.

[Al Baqarah:117]
Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah!" Lalu jadilah ia."

[An Nahl:40]
Sesungguhnya perkataan Kami terhadap sesuatu apabila Kami menghendakinya, Kami hanya mengatakan kepadanya: "kun (jadilah)", maka jadilah ia".

[Yaasiin:82]
Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia".

[Al An'aam:73]
Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataan-Nya di waktu Dia mengatakan: "Jadilah, lalu terjadilah", dan di tangan-Nyalah segala kekuasaan di waktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui

[Al Mu'min:68]
Dia-lah yang menghidupkan dan mematikan, maka apabila Dia menetapkan sesuatu urusan, Dia hanya bekata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia".

[Maryam:35]
Tidak layak bagi Allah mempunyai anak, Maha Suci Dia. Apabila Dia telah menetapkan sesuatu, maka Dia hanya berkata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia".

[Ali 'Imran:47]
Maryam berkata: "Ya Tuhanku, betapa mungkin aku mempunyai anak, padahal aku belum pernah disentuh oleh seorang laki-lakipun." Allah berfirman (dengan perantaraan Jibril): "Demikianlah Allah menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. Apabila Allah berkehendak menetapkan sesuatu, maka Allah hanya cukup berkata kepadanya: "Jadilah", lalu jadilah dia.

[Ali 'Imran:59]
Sesungguhnya misal (penciptaan) Isa di sisi AllAh, adalah seperti (penciptaan) Adam. Allah menciptakan Adam dari tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya: "Jadilah", maka jadilah dia.

sekian, muhasabah pada hujung minggu ini. :)

sapa yang dapat teka apa yang aku alami lepas bangun tidur itu, aku hadiahkan KCT™ khas untukmu. :D

14 comments:

Unknown said...

tertanya2 ape yg berlaku slps bgn tido tu.. rupanya teka teki ek...
hmm... sy teka jelah... anak2 dan suami siapkan minum ptg utk akak...

**klu susah laaa kak, happy
+ sedih nih..

aida said...

akak terlajak tido tau2 anak2 sibuk buat housechores?

eZa said...

dapat kete baru ke kak non? ;)

Ealyie said...

ko nk dapat baby baru ehh kak??? ehehe..

Ealyie said...

ko nk dapat baby baru ehh kak??? ehehe..

Anonymous said...

Akmal jadi imam solat asar with his sisters...??!!

knv said...

hikhikhik! :D

Min Aina Ila Aina said...

Ade ke gelak je....ke nangis tu? Jawab le...nak tau jawapan, saya malas teka sebab no idea kecuali saya berada di tempat kejadian atau sekurang-kurangnya di bawah bumbung yang sama.

CiKaYu said...

anak-anak & suami buatkan minum petang or masak dinner tuk kaknon? (dgn harapan jwpn betul tuk dptkan KCT)

Unknown said...

anak-anak dan suami solat berjemaah ke kak? :)

mak encik | SZ said...

errr...lantai siap di mop...berbau harummm! ;p

knv said...

babes,

akmal IMAM kan aimie dan aisyah solat asar.

(syima, ngko kah anon diatas? pandaiiiiiiiiiii ko!)

aku terperanjattttt!

aku terharu. terkujat. dan banyak terrrrrrrr lagi. syukur alhamdulillah. aku selalu rasa aku fail jadi mak yang baik. tapi tiap2 hari aku doa yang baik2 untuk anak2 ni. dan allah dengar permintaan aku. syukur.

so itulah bonus aku tahun ini. it's perfect! :D

CiKaYu said...

so sweet lah..syukur alhamdulilah. semoga ALLAH kurniakan saya anak lelaki untuk saya.amin

Anonymous said...

it's me dek Noi....asal aku terror sgt meneka...hahaha...oppps riak...so BR on u ;-)

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger