Thursday, November 4, 2010

saya rasa saya seorang yang wise, tapi ada masa macam bongok jugak!


hahahahahahahhaaaaaaaahhahahahhahahaaaaaaaaaaaa!

apa punya tajuk daaaaaaaaaaa!

ehem ehem.. (batuk sambil betulkan cermin mata)

aku rasa makin lama makin haru blog aku nih. makin melalut2.

masalah kan bila kita rasa kita cerdik (aku la tu) tapi secara sengaja atau tidak terbuat jugak benda2 bangang tak masuk akal.

ish ish ish ish ish ish ish ish ish kak nonnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!



on the other note, selamat bercuti panjang. alhamdulillah boleh melaksanakan perkara2 yang patut dilaksanakan.

lagi satu, kepada sesapa parents yang dok shah alam yang nak cari sekolah best2 untuk anak2, aku memang SYORKAN gila gila gila punya RESTU KIDS kat taman seni islam tu. insyaallah, investment korang takkan sia-sia.

Yayasan restu adalah satu-satunya badan yang buat usaha2 menyalin, mencetak, menterjemah, membekal al-quran di malaysia ini. bak kata founder dia hari tu, sekarang ni orang sibuk bakar quran, YR akan sibuk cetak quran untuk edaran satu dunia.

i think it's a modest goal. dan semoga ada saham untuk kita jugak dalam usaha2 murni ini.


ha? apa benda bongok yang aku buat? hmmmm.. nanti2 aku cerita. :P

8 comments:

CiKaYu said...

esok cuti, boleh betulkan mana-mana 'bongok' tu..

knv said...

hahahahahahahhaah! baik puan!

Anonymous said...

kaknon, when u go to the orphanage, boleh tinjau diorang punya library, kalau in a very poor state and you would like to replenish them, then u can contact me bcoz here we have MUM project (Manchester Untuk Malaysia) and insyaAllah we can supply you with quality 2nd hand children books (of course dari carboot :)) tapi next shipment will only be in March 2011(winter kan takde carboot sgt)

it's FOC! kaknon kena bawak pegi kat diorang and susun kat almari diorang je :)

-dr wati

knv said...

doc,
honestly rumah depa ni kat kawasan rumah teres biasa je. makcik kamariah buat rumah dia jadi orphanage. memang sempit dan amat ala kadar. memang tak proper pun. actually i doubt ada library kat situ. rumah kecik je anak2 pulak ramai. insyaallah nanti i amik gambar sikit2.

but don't worry. i buleh cari orphanage lain. kat klang pun banyak. will surely let you know.

wahhh manchester ada buat gitu ek? welldone! thanks a lot for your idea!

mak encik | SZ said...

ooo anak saya ada ihtifal kat taman seni islam ahad ni, tp maknya tak dpt g la tgh berpantang ni...muehehehe...

Ummu Auni said...

kak ana, kalau ada masa boleh email senarai or whatever orphanage yang akak rasa perlukan buat tak. sebab saya ingat nak cadangkan pada usrah untuk attach to one orphanage and make constant donation. bukan sekali sekala je..

anyway, nak komen fasal entri bawah, baru semalam pergi kelas ustaz fasal korban, and ustaz tegaskan syarat sah korban ialah mesti orang bertaqwa. kalau orang tu tak pakai tudung tapi nak buat qurban untuk banyakkan dacing kebaikan di akhirat, ustaz kata, orang tu korbannya tidak diterima, sebab hukum tutup aurat wajib, hukum qurban sunat. i think it applies to solat here to..macam mana nak baik kalau tak solat? dan macam mana nak mencegah kemungkaran sekiranya solat tidak berkualiti?

HUda said...

engkau ni kenapa labu?? hehe... eh bila hang nak pi tu? saturday or sunday? calling2.. mcm nak ikut... yes, mari kita buat aktiviti utk mereka ini... blh slot in reiki for kids...

knv said...

aini,
kebanyakkan orphanage, ada guru2 agama, ustaz ustazah yang murah hati buat slot ngaji dan usrah.

tapi in this case i think more is better. sekurang2nya anak2 ni walaupun tak cukup material tapi cukup makanan jiwa. they'll surely need a lot of it for their future undertakings.

entry solat tu, my point is, dalam hidup ni ada dua hubungan kena jaga, hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia.

sepatutnya saling berkait. kalau taat pada allah, haruslah hubungan dengan manusia itu sentiasa baik, kerana perintah allah semuanya yang baik. masalah manusia hari ni ialah tiada keseimbangan antara hubungan dengan allah dan hubungan dengan manusia.

tak harmoni. muslim yang solat tapi jahat dengan orang lain. muslim yang baik dengan orang lain, tapi tak solat pulak. jadi tentu ada yang tidak kena dengan manusia itu sendiri; bukan masalah solat atau perintah Allah yang lain-lain.

wallahualam.

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger