Thursday, November 4, 2010

takkan nak tunggu musibbah baru nak solat kot?


hahahhaha.. sinikal jugak ni!

hahah.. tapi peringatan untuk aku jugak. :D

kenapa kita solat?

nak jadi baik? nak kaya? nak bersihkan hati nurani? nak masuk syurga? takut kena belasah dalam kubur?

bukan.

kita solat sebab allah perintah kita solat. kalau ngaku islam dan kita tidak di-certified-kan gila, maka wajiblah solat. sebab allah suruh.

jadi tak payah lah tunggu 'seru' sampai baru nak solat. tak payah tunggu tsunami. tak payah tunggu sakit. tak payah tunggu banjir.

takut2 tak sempat. takut2 ajal sampai awal.

dan tak payah la nak cakap "aku tak solat pun aku baik hati, tak kacau orang. ada orang solat tapi hati busuk, mulut jahat, suka tabur fitnah sana sini". that's so over rated. again, that's not for you to care. kenapa kita solat again? SEBAB ALLAH YANG SURUH. end of discussion.

jadi sempena musibah banjir sana sana sini, meh solat hajat ramai2.

tau pulak ko takut ye?

12 comments:

NadiahKhair said...

hohohoh.

cynical dan menusuk kalbu.

ouch!

moh solat!!

Ealyie said...

Hayya ala sollah!

reena said...

Melengahkan solat pun dah dosa apatah lagi meninggalkan solat.

Tsskk. Takutnya.

Marilah bersolat (tepat pada waktunya).

knv said...

nad, nasib la tu hahahahhahah! solat jgn tak solat!


ely, hayya! pandai pun ko arab ek? hahahah!



reena, oh bab lengah solat tu kena buat satu entry sinikal yang lain hahahaha!

Anonymous said...

huhuhu...reminder to myself too ..

TopsyTurvyMum said...

SURAH IBRAHIM (14) AYAT 40

Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

DeeYa said...

pada orang yang cakap dia tak solat pun dia tak kacau org dia buat baik etc... apa kata cakap kat dia, sami kat kuil tu lagi baik, nyamuk hinggap pun dia tak pukul tau.... hamik ko... ko nak compare tang tu ke??? :sigh.. nie lagi sinikal tak?

Fid said...

knv
tapi tak pa la at least sbb musibah kita ingat balik asal usul
kalau yg makin sesat lagi naya

knv said...

mardiah, ganasssssssssssss :P



fid, betul lah tu. ada orang yang hanya musibah yang menyebabkan dia balik ke pangkal jalan. tapi takut bila musibah datang sudah terlambat untuk kita kembali. :D bukankah mencegah itu sentiasa baik dari merawat?

Fid said...

betoi kak non!

Ms Lola said...

"sbb Allah yg suruh"? percayalah, kalau guna alasa/sbb ni, ramai yg tak dpt menghayati solat. bila tak menghayati solat, maka timbul rasa tak ikhlas. bila tak ikhlas, lama2..... curi2 tulang.

p/s: ingatan utk diri sendiri kenapa perlu solat

knv said...

lola, i dunno.

ikhlas for me ialah bila solat kerana allah suruh. what else is there?

bak kata rabiatul adawiyah, "kalau tiada syurga dan neraka, adakah engkau akan masih menyembah allah?"

itulah tingkat ikhlas yang paling tinggi.

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger