hahahaha... i wrote below entry back in june 2008. so sempena petrol naik lagi malam tadi, aku nak paste ajelah balik entry aku ni. masihkah relevant? you be the judge! :D
***************
Aku sedih sangat petrol naik.
Sedih untuk aku. Dan lagi sedih untuk orang2 yang lagi susah dari aku.
Disaat2 aku tak larat nak buat kerja susah2 ni lah, datangnya satu berita yang memaksa aku terus menerus buat kerja susah demi kestabilan ekonomi keluarga aku yang tercinta.
Petrol naik satu hal, yang lagi penting ialah domino effect yang bakal melanda.
Kalau MYDIN, giant, tesco dan segala hypermarket pun dah mahal, apa kes?
Boleh tak bayangkan yang dok kampung?. Lagi mahal weh! Ikan kembung dah rm8 sekilo. Hari tu aku beli ayam kat pasar sek 16 (konon murah la) pun rm34 dua ekor! Apa kes??
Dan aku nak seru, pak2 menteri bangak yang tak habis2 suruh umat Malaysia ubah cara hidup, pleaselah toksah dok cakap apa2 lagi! Hang tu tau ke apa erti berjimat cermat? Hang tu pandai ke isi minyak kat petrol pump? Pernah ke usung anak ramai2 naik turun bas? Pernah ke makan maggie mee sebab kena ikat perut nak bagi anak2 makan? Pernah ke takde duit nak bagi anak2 pi sekolah? Pernah ke?
Nescaya jawapan untuk soalan2 diatas ni ialah TAK PERNAH kan?
Jadi tolonglah weh. Sebelum semua orang dok menyumpah hang tak pasai2 dan hang mati dalam kehinaan, pleaselah toksah lagi bagi nasihat2 yang hang sendiri tak tau intipatinya. Selagi hang masih pakai kereta2 mewah, masih menghabis duit dok bercuti sekeluarga ke oversea, masih buat rumah macam istana, masih berpesta sana sini, tolonglah jgn bagi nasihat suruh orang ‘berjimat cermat dan tukar cara hidup’. (err.. antaranya sekarang ni bila makan ikan, jgn buang tulang ikan tu. Tapi makan sekali. Kalau buang tulang tu kira membazir. Tulang ayam pun sama. Pulun sampat tercekik ok?)
Dan toksah dok ulang2 cakap yang ‘harga minyak dimalaysia masih murah jika nak dibandingkan dengan harga minyak di luar negara seperti UK, US, Europe, etc.’ Ish orang bodoh pun tau la. Hang bayar gaji pekerja dengan US dollar ka? Dengan british pound ka? Dengan euro ka?
Pak menteri. Jangan ingat orang bodoh macam hangpa.
Anyway, to accept this positively, meh la sama2 kita cari lagi banyak lubang2 duit. Untuk orang2 desperate, semoga anda masih punya iman untuk tidak terjebak dalam kegiatan-kegiatan maksiat dan haram. Takpe, walaupun akhirnya anda dan anak2 akan mati kebuluran, nanti bila kena soal dengan Allah, anda cakap aje pemerintah anda yang jadi penyebabnya, ok?
Lepas tu kita sama2 tepuk tangan bila pemimpin2 ni dihumban masuk dalam nereka. Boleh gitu?
(err.. duit yang aku bayar tax tu, sekiranya diselewengkan walau seposen, aku akan dakwa manusia2 tu diakhirat nanti. Serius aku tak halal weh!)
Sekian.
Salam sadis dari aku.
8 comments:
actually letih dah...jap lagi semua naik..naik dan naik...
dah le jap lagi minyak masak pun naik gaks...uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
sistah,
kalau kita tgk org malaysia ni berbelanja mak aiiiii... mcm org2 kaya dari arab! gaji baru 5k hidup mcm org gaji 15k.
my point is (mungkin tak berkaitan dgn entry), org malaysia harus diajar supaya tahu menilai dan menyayangi lalu berjimat cermat bila menggunakan komoditi dunia.
about pemimpin yg bodoh2, i no komen. kalau rasa taknak contribute/beri gaji kpd org yg bodoh, jgn la byr cukai (got it?.
p/s: kala maid kita buat keja ala kadar (tak padan dgn gaji) pun kita tak sabar nak terminate / tunggu smpi balik modal utk hantar dia balik kan?
ahahhahahha..
personally when i read this again, i think i was quite harsh tang bodohkan pemimpin tu. well tak semua la kan. and i still pay tax faithfully.
dan petrol msia depa cakap memang antara terendah didunia(?). orang petronas sila komen hahahhaha. adakah ini based on income per capita? i seriously want to know.
basically i guess when i wrote this back in 2008, i was hugely refering to orang2 low to medium income yang memang tak ada gaya hidup pun, let alone change it.
lola, yang hang cakap income 5k tapi belanja macam 15k tu, it is indeed obvious kan? until now i can't comprehend. :D
ramai je yang gaji 5K tapi belanja macam 15K. saya terus dapat bayangkan sapa..haha.
macam biasa, lepas ni nasi campur mahu RM 7 sebungkus :P jom diet!
haha doa jela mintak dicukupkan/ ditambah rezaki. di tambahkan pengetahuan orang-orang malaysia ni untuk discover lebih banyak teknologi.Macammana caranya biar dia (tuhan) yg tentukan. negara kita ni kaya dgan tanaman sawit dan pelaburan tanaman sawit di banyak negara, iklim panas dan lembab sepanjang tahun, kalau org malaysia ni celik teknologi, boleh manfaat kan sumber komoditi dan sumber tenaga dgan bijak isu minyak naik harga sepatutnya tak timbul....Tapi bila lagi?
naikkan je smeuanyaaa.....
aku ada bebel gak tang mana entah
ML
aku vote ko!
sokong ML,
ntah kak. tapi hmm...ntahlah.
yang penting, saya harap anak2 saya akan datang tak hidup susah. tak terkais2 dekat negara sendiri.
ada kaitan ker? nak komen lebih pun tak boleh koz kalo jengah sana sini, ada jek org gaji 3 @ 4 ribu beli designer bag macam beli kacang tanah. tapi bila part petrol naik, yuran sekolah anak bertempik macam apa.
hmmm...tak tau nak kata apa lah...
Post a Comment