Ni actually ikut logic akal aku. Kalau tak logic untuk orang lain, maka yang tak baik itu datang dari aku la sahnya. :D
Hidup aku dengan kerja jual beli ni memang takleh dipisahkan (walaupun aku berhempas pulas untuk memisahkannya :D). baik kerja kat opis 9 to 5, maupun kerja2 part time yang pernah aku buat dalam sepuluh tahun yang lepas ini.
Proses jual-beli itu banyak cabarannya, nak2 kalau kita berada dipihak yang menjual itu. Tanya ajelah sesapa yang bukak bisnes tu. Kalau hati tak kental, muka tak toye, takde kesabaran dan kesungguhan untuk keep moving forward bak kata The Robinsons, maka memang takleh la seseorang itu menyahut cabaran untuk menjual.
Kalau la sungguh 9/10 punca rezeki itu dari perniagaan, aku rasa aku tahu mengapa berdasarkan pengalaman aku yang tak seberapa ni. Orang yang nak menjual ini, kena bersedia untuk keluar dari luar kotak keselesaan. Kena berlatih buat apa yang dia tak suka nak buat. Kena mahir buat banyak benda sekaligus, samada suka atau tidak. Kira macam paksa rela la.
Contoh pertama, seperti memahirkan bidang komunikasi. Macam kerja aku jual tong sampah ni, aku terpaksa la call orang sana sini untuk tanya lebih kurang “errrr.. selamat pagi encik. Saya dari syarikat TS nak memperkenalkan tong sampah kami kepada encik. Memang sesuai tong sampah ini bukan sahaja sampah yang boleh kita perangkap, malah apa2 sahaja yang orang bingai buang ke longkang macam tayar, sofa buruk, malah peti ais pun boleh. Kalau nasib baik mayat orang kerat lapan pun boleh jumpa. Tak termasuk menatang2 macam mengkarung, cicak kubing dan cipan. Kalau encik berminat saya boleh datang sebelum subuh esok. Kalau encik tak confirm pun tak apa, saya boleh tunggu aje kat opis encik untuk maksima tiga jam. Kalau tak boleh juga lusa tulat pun saya boleh datang lagi. Saya memang takde kerja lain selain tunggu encik aje. Encik berminat kah?”
Masa mula2 buat sales dulu, untuk satu sales call yang aku buat, aku terpaksa bermandi peluh jantan dan peluh betina dahulu. Jantung pulak dup dap dup dap dup dap dup dap dup dap macam nak pecah. Tapak tangan basah dengan peluh2 diatas. Kena tulis skrip siap2 apa benda yang nak cakap kat orang nih. It’s not easy to knock on stranger’s door asking them to pay attention on what you are about to tell them. Itu adalah skill yang perlu diasah tajam-tajam. Segala jenis ego yang ko ada, sila tolak ke tepi. Kadang2 tu tak sempat habis cakap orang sebelah sana dah letak telefon. Lahabau betul. Takpe.. takpe.. ada ubi ada batasssss…….
Second contoh, kemahiran untuk menahan sabar. Customer is always right. Yeah right! Aku tak setuju pun dengan fakta ini. Dah sah2 kengkadang kena berdepan dengan client yang bingai. Tapi memandangkan periuk nasi aku bergantung kepada berapa jumlah tong sampah yang aku Berjaya jual, maka dibalik sumpah seranah nak maki hamun di lubuk hati yang paling dalam, aku senyum mesra (tapi jauh) juga diluar. Lahabau betul. Takpe… takpe.. ada ubi ada batasssss……
Kengkadang produk yang kita jual tu dah ok sangat dah, tapi mungkin sebab silap pasang ke, silap makan ke, sila guna ke, sampai client tak nampak yang benda tu berfungsi dengan baik. Jadi normal lah dia akan bambu la kita yang menjual ni kan. Hoh sabau aje lah bebanyak.
Third contoh, kemahiran menguruskan sumber. Sumber kewangan, sumber manusia, sumber asli, etc. Skill. Skill. Skill. Ingat senang ke nak uruskan duit? Nak uruskan orang? Hoh tidak sekali.
Fourth contoh, kemahiran matematik nak2 dalam bidang statistic dan penaakulan mantik. Hahahahahha! Horror tu! Sales is about statistic. Kalau hanya 1 orang yang berminat dengan product kita selepas kita approach 10 orang, makanya untuk dapat 10 customer kita kena approach 100 orang. Senang kan? Apa yang susah? Penaakulan mantik pulak ialah kemahiran untuk decide when to proceed further and when to stop altogether. So kena pandai cari info yang sewajarnya dari sumber2 yang kita ada. ini penting pasal kalau memang takdak harapan, maka don’t waste your time. Move to the next prospect already.
Kemahiran dalam bidang pemasaran. How would people know about your product and services kalau ko tak cakap? So nak sampaikan kat orang macam2 cara la sekarang. Internet, flyers, banners, advertorials, etc. etc. etc. tepuk dada tanya poket je. Dan ini kena berpanjangan pulak tu! Seksa ooo, kalau income idaklah lebat kemana, tapi marketing harus jalan walau macam mana sekalipun. No pain no gain baik kata orang putih, walaupun not all pain are gain bak kata orang putih pessimist pulak hahahahhaha macam2lah orang putih nih!
Kemahiran untuk hidup bertenang2 walaupun tanpa income yang tetap. This is by far the most difficult kot. Nak2 income you solely from your business. Mana nak bayar pekerja, nak bayar advert, nak bayar gaji sendiri, nak bayar bil air bil api bil segala macam tok nenek. Sampaikan boleh jadi negative income lagi sementara nak tunggu profit sampai. Boleh ke bertenang dalam keadaan macam ni? Boleh. It’s a skill you will only learn through doing business. Pasal apa? Pasal kita orang islam. Kita percaya kalau kita buat habis baik dengan niat dan tujuan yang betul, pertolongan itu amat dekat. Walaupun kita Cuma ada 10 henggat dalam poket, kita boleh rasa aman. Walaupun kita hanya makan Maggie 2 kali sehari kita boleh rasa tenteram. Sebab kita percaya allah itu adil. Insyaallah, we will perservere.
Dan banyak lagi lah yang nak kena hadapi. Berniaga itu susah sebenarnya. Pasal tu lah ianya membawa begitu banyak kebaikan dan pahala kepada manusia2 yang sabar. Memang sesuai lah kenapa ianya 9/10 dari punca rezeki (whatever the definition is). Hanya orang2 terpilih sahaja boleh lakukannya.
Sekian ceramah aku untuk hari jumaat yang berkat ini. Assalammualaikum.
11 comments:
kak non,
betul lah sprt yg akak cerita, mmg tak senang nak menjual ni.. saya mmg angkat tgn ngaku skill menjual sy amat lemah. (dan bila boss offer nak cuba kerja sales tak, sy cepat je cakap tak nak!)
dan lagi satu sbb berniaga dikatakan 9/10 punca rezeki, ni pendapat peribadi saya lah, sbb majoriti kita akan beri 90% income kita kepada peniaga2 (dan 10% utk savings/bayar diri sendiri)! rumah (developer/bank), kereta (pembuat kereta/penjual kereta/bank), makanan (pengeluar/peniaga makanan), pakaian (pembuat/peniaga pakaian) dll segala-mala pembekal barang/perkhidmatan.. hehe :)
trading/economy is where the money berpusing..
mynie, selling always push us out of our comfort zone. itu pasal ramai yang tak suka nak buat. tapi once we break through it, insyaallah the rewards will be priceless.
maleh nak cakap ngan mathematicians ni. sempat lagi tu buat congak2 hahahahha. eh your baby kabare? ni dalam pantang ye? baby girl ke boy?
saya sendiri pun nak try tambah customer utk menjahit ni pun tersemput-semput nak wat promosi. kena byk lagi berlatih dalam bab komunikasi..
hanya orang yang pernah berniaga je yang tahu jerih payahnya nak berbisnes ni.
saya ni tak payah tengok jauh. tengok suami sendiri kena kerja keras itu ini pun boleh terasa tempias nya.
definitely kena keluar dari comfort zone. negative income itu dah normal sangat dah hehe.
terpaksaaaa jugak setuju dgn semua pernyataan dan perenggan kak non tuh...
uhuks...
saya makan gaji tp laki keje sendiri ...
terkadang (ke selalu?) gaji pekerja dia yang lebih didahulukan drpd gaji dia ...
alhamdulillah keje sendiri pandai2 la manage semua menda alah tu kan...
terimah kasih atas ceramah!heheheheh
pernah rasa perit menjual masa jual kain kat Kompleks PKNS dulu. Gaji sehari RM25.. kalau takde sale, nak bayar gaji pun tak lepas beb. kena pikir tu.. it wass the best work experience for me. Dari orang yang tak banyak cakap, terpaksa banyakkan cakap sebab nak buat sale... pergh...
Hahahaha..entry hang kali ini tersangatttlah dekat di hatiku!
Bab gaji pekerja tu, MEMANG pasti aku utamakan dahulu, aku punyer gaji, adalah perkara ke-2 slps mereka. To me they r the strenght of my comp.
Ya, to be successful in biz we haf to think out of the box! Perit jerih perjalanan biz tu hanya Allah yg tahu..
Org lain ujung bulan excited nak tunggu gaji, aku 15hb da tak lelap tido memikior kan collection! Huhuhu
knv,
belum bersalin lagi. nnt dah bersalin, insyaAllah ada announcement dlm blog :) tak cepat, lmbt. doakan..
ths is a v gud posting.. teringat kat fazilah kamsah masa kita gi jumpa dia dulu.. taktau dia bertapa hebat kawan aku sorg ni hehe...aku setuju semua di atas yang arif.. :)
liza,
good luck ni your biz. sikit2 lama2 jadi bukit. as long as you keep doing it. :D
zety, hmm.. negative income. so familiar to me as well. insyaallah semoga semakin bermotivasi untuk berjaya. :D
suzi,
betul lah tu. pekerja tu salah satu amanah yang kena pegang dalam biznes. insyaallah banyak ganjarannya kalau kita amanah. :D
fid, bagus. pi start biz hang sekarang jugak. :P
mardiah, i think that's the best part of doing biznes, and why you can be rewarded handsomely for yor effort, dunya wal akhirah. :D biznes brings the best out of you. :D
madam, you must know very well than the rest of us i guess. hang kan boss busat. :D jadi bila nak belanja aku ni boss? :P
mynie, semoga selamat semuanya dik. take care. :D
ude, hahahaha..bila tu ek? macam dah berkurun kan? well, we grew up since. mekasih yang arif. :D
Post a Comment