Friday, March 25, 2011

tazkirah jemahat :D


Jalan bertangguh untuk buat perkara2 wajib yang disuruh agama. Contoh paling mudah; solat. Sesetengah orang menafsir agama ikut pandai dia yang tak berapa pandai, sambil mengutarakan alasan2 seperti “belum sampai seru lagi. Daripada aku buat tak ikhlas, baik tak payah buat. Aku tak solat pun tapi hati aku baik, tak kacau orang”

Again, that’s totally beside the point. Arahan Allah itu WAJIB dilaksanakan samada ‘ikhlas’ itu hadir ataupun tidak. Sebab kalau TAK buat, dah tentu2 hukumnya jatuh berdosa. Tapi kalau buat, walaupun tak ikhlas, maka hukum wajib itu telahpun terlaksana. Hukum ikhlas atau tidak itu biarlah Allah yang menilainya. Jadi sementelahan memang wajib kena solat tu, ikhlas2kan lah diri.

Contoh kita suruh anak2 buat kerja rumah, ataupun boss suruh kita buat kerja kita. Boleh ke nak bagi alasan ‘tak sampai seru lagik, tak ikhlas hati nak buat’? boleh ke gitu? It’s the same analogy. Kalau anak2 tau takut dengan kita, dan kalau kita tau takut dengan boss, kenapa kita tak ada hati nak takut dengan Allah?

Hukum solat telahpun turun sejak 1400 tahun yang lalu. How could we defy something so ancient and huge dengan perkara2 picisan yang berlaku dalam hidup seharian kita? Bagaimana sanggup kita mengenepikan solat?

Jawapannya mudah aje. Sebab walaupun kita kata kita percaya rukun islam dan rukun iman, tapi sebenarnya kita bukan percaya sangat pun. Kita kata kita percaya kiamat dan kebangkitan semula, tapi kita still tak bersedia untuk ke sana. Still buat banyak benda2 lagho, bersembang hal2 lagho, tak terasa nak mengupgrade ilmu dan amal, tak terasa nak buat pahala banyak2. Tak suka nak bersedekah. Rimas tengok orang buat baik.

Can you imagine, persiapan untuk orang nak pergi menunaikan haji yang 40 hari tu, bagaimana sibuk dengan kursus berbulan2 lamanya, sibuk dengan persiapan beli baju dan kelengkapan nak buat haji. Confirmed sibuk setahun sebelum the actual haji tu. Tapi persiapan kita nak ke akhirat pulak macamana? Akhirat yang kita akan hidup selamanya2, bukan nak duduk untuk 40 hari, 400 hari maupun 4000 hari? Yang disana hanya ada dua pilihan iaitu syurga dan neraka. Bagaimanakah sepatutnya persiapan kita untuk ke negeri akhirat yang kekal itu? Tapi kita relax aje sekarang sebab walaupun kita kata kita percaya hari akhirat, tapi kita bukan percaya sangat pun sebenarnya.

Sekian. Salam hari jumaat. :D

تَكَادُ ٱلسَّمَـٰوَٲتُ يَتَفَطَّرۡنَ مِن فَوۡقِهِنَّ‌ۚ وَٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةُ يُسَبِّحُونَ بِحَمۡدِ رَبِّہِمۡ وَيَسۡتَغۡفِرُونَ لِمَن فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ أَلَآ إِنَّ ٱللَّهَ هُوَ ٱلۡغَفُورُ ٱلرَّحِيمُ (٥)

Alam langit nyaris-nyaris pecah dari sebelah atasnya (kerana ngeri dan takutnya kepada kemurkaan Allah terhadap penduduk bumi yang lupakan kebesaran Allah sehingga menyeleweng dari jalan yang benar) dan malaikat bertasbih dengan memuji Tuhannya serta memohon ampun bagi makhluk-makhluk yang ada di bumi. Ingatlah! Sesungguhnya Allah, Dialah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Ash-Shura ayat 5)


6 comments:

cc said...

terima kasih di atas ingatan ini kak. i is terasa sket bila baca hahahaha

knv said...

hahahahaha.. no sweat dik. i know i was a bit sarcastic. just letting my 'head' out. :D

Mamaboyz said...

jazakallah, kaknon :)

nelcyndana said...

isk.. lamanya tak kena tazkirah ngan cik ana he..he... Cik Ana is it possible to have your email address (yg valid yer..). S/thing nak ckp lah (saspen..!). Email bukan sbb nak antar spam ke iklan ke, it's personal ;-). My email : nelcyndana@gmail.com

* FYI, we've moved to www.bugzmind.com. Jemput mampir.

saudah said...

tepat pada masanya peringatan ini. kita pun dah lihat, dunia semakin nazak dengan gempa,tsunami,banjir, kemarau. dengan tanda-tanda kiamat pun dah banyak.
semoga kita semua sempat menyucikan diri sebelum kehidupan kekal tiba.

TopsyTurvyMum said...

Betul k non, aku setuju sangat.
Aku ada satu articel nak share ngan hang dan juga reader lain..

http://www.suhaibwebb.com/personaldvlpt/character/why-do-people-have-to-leave-each-other/

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger