Wednesday, March 2, 2011

What’s your justification?


Dalam hidup kita sebagai muslim, apa2 yang kita buat sepatutnya perlu justification. You know, why we do what we do. Selalunya apabila kita bersungguh2 melakukan sesuatu kita akan justify kenapa kita buat benda tu untuk mengukuhkan apa yang kita buat itu sememangnya sesuatu yang betul dan wajar sebagai tuntutan hidup. “Saya buat macam ni kerana…… saya tak ada pilihan lain kerana…… saya belajar ini kerana….. saya berkahwin kerana….. saya bercerai kerana…. Saya kerja kerana… saya berhenti kerja kerana… saya nak anak ramai kerana….. saya nak anak sikit kerana…. ". You feel in the blank.

Dan bila observe orang kiri kanan, aku terasa yang ada antara kita ni tend to justify apa yang kita buat itu sebagai benda yang BETUL dengan menggunakan quran dan sunnah. Tak salah gunakan quran dan sunnah sebagai justifikasi kita, malah itulah yang sewajarnya sebagai umat islam. tapi aku seru, please take quran dan sunnah as whole, not as partials. Kita kena paham intipati al-quran dan sunnah itu apa sebenarnya. Apa yang al-quran dan sunnah actually required from us the mere mortals.

Contohnya gini. Kita berusaha sungguh2 mencari pendapatan demi pendapatan kerana ada hadis yang mengatakan ‘bekerjalah seolah2 kamu akan hidup 1000 tahun lagi’. We quote this hadis to justify apa yang kita buat itu betul. Tapi kita (buat-buat) tak perasan yang there is a second part of the hadis yang berbunyi ‘beribadatlah seolah2 kamu akan mati esok hari’. Agak2nya kalau betul kita nak mati esok, what exactly would we be doing today? Think about it. Dan sesapa yang suka quote hadis ni, sila check pulak adakah hadis ni hadis sahih to begin with.

Lagi satu contoh pulak, kita tak nak cari harta yang berlebih-lebihan kerana al-quran kata ramai orang2 miskin yang masuk syurga. Tapi kita tak kaji dan dapatkan huraian orang2 miskin macam mana yang masuk syurga tu. Ada pendapat mengatakan mereka itu miskin kerana sibuk menginfaqkan harta ke jalan Allah sehingga mereka sendiri tiada harta yang boleh dibanggakan. Jadi macamana nak menginfaqkan harta ke jalan allah kalau kita miskin dan selalu berkeadaan ‘cukup-cukup makan’ sahaja? Think about it.

My point is, berhati-hati dengan justifikasi kita. Adakah kita sudah benar2 paham apa yang harus kita lakukan sebagai hamba allah dimuka bumi ini? Apakah tujuan hidup kita yang singkat dimuka bumi ini? Apa yang Allah inginkan dari kita sebagai manusia? Adakah kita berada dijalan yang benar?

Untuk semua ini, sila lah dalami al-quran dan as-sunnah secara total. Pergi berguru.. Berkawan2 dengan orang2 yang berilmu. Hanya dengan ilmu kita akan dapat kelapangan dan pencerahan. Hanya dengan ilmu kita akan dapat lepaskan apa yang tidak penting dan mendukung apa yang penting2 sahaja. Hanya dengan ilmu kita tidak akan sesat, insyaAllah. Kerana al-quran dan as-sunnah tidak boleh diambil sedikit2 untuk disesuaikan dengan keadaan ‘semasa’ kita.

Dan langkah pertama kita seharusnya bermula dengan memahami ini:
"Dan tidak Ku jadikan jin & manusia melainkan supaya mereka menyembah dan beribadat kepada Ku." ~ Surah Ad-Dzaariyaat (56)

18 comments:

m-i-o said...

hmmmm.
ini yg buat sy rasa makin lama makin cetek ilmu ni.

adoi.

mast@work said...

setuju dgn kak zufa.. bila nak cari justifikasi la maka kita kena lebih belajar mendalam, lebih banyak kita belajar, lebih banyak yang kita tak tahu.. bila lebih banyak tak tahu maka kita lebih perlu beristighfar sbb terlampau jahil..

sebab tu kena jadi padi.. makin berisi makin tunduk..

kak ana, saya sentiasa rasa saya tak cukup belajar.. sebab tu tak pandai nak quote apa2 berkaitan agama.. jahil sangat..

knv said...

my dearest sisters, pasal itu akak rasa penting untuk luangkan masa secara constant untuk belajar ilmu agama. daily weekly monthly. it's up to us.

benda2 wajib tak boleh ditangguh2. janji allah itu benar2 belaka.

semoga kita semua sentiasa dibawah rahmat allah.

Ummu Auni said...

kak ana menulis makin serius.

just to share, wealth doesn't make you more/less pious. ingat cerita nabi sulaiman a.s.? he made a doa that he will given power/wealth which nobody precedes him and nobody will subsequently (from later generation) inherit those kind of wealth that he gets.

Kena betulan persepsi, zuhud tak bererto sehingga terlampau berjimat cermat, but kalau boleh provide the best for ur family, that's better

knv said...

aini, ada definasi ustaz tentang zuhud, ialah harta2 dunia tidak lekat dihatinya. maknanya walaupun kaya macam mana pun dia tidak cinta harta. bila2 masa dia boleh lepaskan harta itu. jadi orang kaya juga boleh zuhud.

serius? :D ada masa2nya kena serius.

Sayang.Ibu said...

wow kak ana... n3 akk hari ni membuat saya terasa betapa kecilnya saya dgn ilmu yg tidak seberapa ni...
thanks for reminding

Mynie said...

like!
terima kasih atas peringatan... tulislah lagi entry2 tazkirah macam ni, ya? moga Allah kirakan sebagai amalan kebajikan, insyaAllah :)

knv said...

adik2 yang dikasihi,

think about it. we live our whole life berpaksikan apa? what's the purpose? only when you discovered this truthfully, you'll be peaceful. you'll know what's required of you.

kalau rajin boleh baca buka pasal akhirat. betapa sakaratulmaut itu benar, seksa kubur itu benar, kebangkitan semula itu benar, berkumpul di mahsyar itu benar.

honestly, kita perlukan 'ketakutan2' ini untuk menyedarkan kita dari lena yang panjang. we live this life for the afterlife.

sudah bersiapkah kita?

Nin said...

You're right, take the quran and sunnah wholly. Bukan cedok yang mana convenient je... kan kan?

Anonymous said...

jazakallah kaknon, love from manchester (malas login)

knv said...

nin, yep. :D


aida, bila nak balik? :D

KS said...

rendah hati baca entry kak non ni...

knv said...

thanks ks. akak tulis pun dengan rendah hati. semoga ada kebaikan.

Ealyie said...

Thanks kak non kerna sudi berkongsi rasa berkongi cerita & berkongsi ilmu & pengalaman dengan diriku yg tak seberapa ini.. :)

knv said...

ealyie, mekasih dik. :D

MarDiah said...

nak komen tapi pasal riak pada amalan.. kalau faham definisi tauhid yang ke-6 nescaya kita akan hilang rasa riak tu serta merta kenapa? baik atau buruk itu Allah jua yang jadikan. Amal makruf, syurag neraka kita semua telah ditetapkan. Ada abid yang di hujung nyawanya menjadi ahli neraka kerana turut hasutan syaitan yang menyamar manusia. Siapalah kita nak merasa riak, walupun riak dengan amal dan ilmu.

knv said...

mardiah, akak riak kah? i don't get really get you.

knv said...

mardiah, sorry if i misunderstood you.

ok syurga neraka semua tu memang dah tetap, kepada mereka yang memahami. but it's not that easy to comprehend. allah lebih tau siapa, kenapa dan mengapa.

hidayah itu exclusive hak allah. kita langsung takde kena mengena. sebab itu kita kena sentiasa beramar makruf. mana tau ada jugak yang sangkut sana sini.

sebetulnya kita manusia ni, sebelum nak terdetik dalam hati je pasal keburukan, kebodohan, kejelikan, kemiskinan, kejahilan, kejengkelan, kejijikan orang, baiklah kita istighfar banyak2. who are we to judge people?

but sadly, ramai orang rasa yang dia bagus. amalannya banyak. rasa lebih dirahmati. rasa meluat dan marah dengan orang2 jelik disekeliling dia yang kononnya tak ikut islam. that's totally wrong. again, who are you now is 100% from Allah.

for me, amar ma'ruf nahi mungkar is the best way to go. semoga ada manfaat untuk semua.

 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger